Sekadar berkongsi isi ceramah sempena Maulidur Rasul SAW yang disampaikan oleh Ustaz Badlisyah yang diceritakan zauji berkenaan falsafah ketupat. Di Tanah Melayu, orang yang pertama menerima Islam adalah orang Parsi dan Cina. Orang Jawa menerima Islam hanya selepas seratus tahun kemudian melalui wali Songo. Wali Songo menawan hati-hati orang Jawa melalui kehidupan mereka.
Salah satunya adalah ketupat. Anyaman ketupat melambangkan dosa kita sebagai manusia. Apabila tiba Hari Raya, ketupat dibelah dan menampakkan putih bersih isinya menggambarkan bagaimana kita mensucikan hati dan diri kita daripada dosa-dosa.
Wanita ibarat keropok keping.
Falsafah seorang pensyarah saya berkenaan keropok keping. Diceritakan kepada kami, pernah ada seorang wanita yang ramai peminat semasa zaman belajar mereka. Setelah beberapa tahun bertemu semula, rakan wanita mereka itu digambarkan umpama keropok keping dicecah minyak panas yang menyebabkan struktur keropok keping itu mengembang.
Di usia kini, saya mengakui falsafah ini. Betapa payah untuk mengekalkan struktur zaman remaja. Usia semakin meningkat, semuanya berubah. Kulit, letak tulang dan sebagainya tetapi suka juga saya petik kata-kata Puan Tabib, kurus tidak semestinya sihat dan gemuk tidak semestinya sakit.
Obesogen.
Kadangkala, saya perhatikan rakan-rakan saya yang bertubuh besar, kuantiti makanan mereka lebih sedikit daripada yang bertubuh kecil tetapi persoalannya, mengapakah mereka besar tetapi yang kecil tidak besar. Hasil pembacaan saya membenarkan OBESOGEN.
Rupa-rupanya, wabak obesiti hari ini bukan sahaja kesan daripada pencemaran makanan tetapi ianya sangat mudah 'dijangkiti' melalui bahan-bahan kimia sekitar kita sebagai contoh syampu, BPA, botol air, sirap jagung tinggi fruktosa, kuali tidak melekat dan pelbagai lagi.
moogoo.my yang baik hati.
InshaAllah dibuat dengan bahan-bahan terkawal, bebas kimia dan untuk keperluan kami sekeluarga, ianya tahan setengah tahun. Pembelian dahulu, mereka menghadiahi saya sebotol pencuci muka untuk jenis normal dan belian kali ini, mereka menghadiahi saya pencuci muka untuk kulit jenis berminyak dan pelembap bibir perasa strawberi.
Sekadar melepaskan hobi menulis yang saya rindui. Masa saya sangat padat hampir 3 bulan kebelakangan ini. Saya hanya ada solat dan tidur untuk berehat. Amat jarang saya membuka laptop kecuali sesekali untuk urusan yang perlu didahulukan. Mengemaskini page TTM di Fb dengan aktiviti anak-anak yang tidak boleh menampakkan page atau dinding orang lain menerusi telefon pintar. Aplikasi syok sendiri seperti blog.
Ianya sebahagian disiplin dalam proses mendidik hati.