26.10.13

ROTI TAAT EDISI 4

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sabtu bekerja buat ibu tetapi tidak sanggup ke tempat kerja. Tentera semulajadi Muhammad sedang bertempur dengan bakteria/virus demam untuk malam kedua malam tadi. Ibu juga tidak nyenyak tidur. InshaAllah demam biasa yang bagus untuk mengaktifkan tentera-tentera imunisasi dalam tubuh Muhammad. Alhamdulillah subuh tadi berpeluh seolah penat bertempur. Syafakallah ya shaikh Muhammad!

Semalam hampir waktu berbuka, ibu uli tepung untuk meroti edisi ke-4. Kali ini resepi youtube seperti yang disarankan mak dalam jelitawan organik. Kali ini juga sukatan taat setia asbab ibu sudah beli penimbang dan sudu penyukat. Alhamdulillah dengan izin Allah, betul-betul jadi roti! Baru sahaja Puan Gokurilbulma cadangkan bread maker pada ibu :D.

Tarraaaahhhh! Panas dari oven!

Perasan macam roti beli :P.

Malam semalam Muhammad tidur dan tidak berapa aktif. Jadi, pagi ini tinggal beberapa keping sahajalah. Ayah cecah air. Ibu makan begitu sahaja. Nampak gayanya Muhammad kurang berminat apabila disuakan tadi. Mungkin asbab 'kosong' dan rumah iman kita pula tiada sebarang jem. InshaAllah, atas permintaan ayah dan kesukaan Muhammad, ibu telah adun dan sedang tunggu sejam doh kembang ketika ibu menaip ini. InshaAllah meroti edisi ke-5! Mahu tahu bahan dan cara membuat roti taat di atas? Sila tonton video di bawah ini sendiri :D.

Selamat mencuba! Semoga berjaya! ;)

23.10.13

WW- TEMPAHAN TEPUNG TURKI

Ada yang bertanya berkenaan tepung non-GMO dari Turki tetapi non-organik. Maksudnya, benih gandum ini, tulen tanpa dikimiakan dengan racun serangga dan sebagainya tetapi disebut non-organik asbab semasa gandum membesar, mungkin digunakan baja penggalak dan sebagainya. Menurut mak organik, masih baik kerana bermula dengan akar atau biji benih yang elok iaitu non-GMO. Jom cuci mata dahulu setiap pepenjuru pek tepung ini.

Beli 10kg lebih mudah. InshaAllah ada diskaun dari tokeh tepung yang kami panggil, Kak Ton :D.

Pandangan depan.

Pandangan belakang.

Pandangan sisi kiri.

Pandangan sisi kanan.

Semua gambar daripada Kak Ton sebab saya malas mahu ambil gambar :D. Pada mulanya, saya cadangkan kepada Kak Ton untuk menerima tempahan terus ke telefonnya. BAi hanya sebagai medium iklan, tetapi Kak Ton bimbang tidak menang tangan.

Sebelum ini saya beli 10kg terus termasuk 2kg untuk kawan saya asbab saya pernah jumpa tepung organik yang tertulis 'product of Turki' yang berharga kurang 10sen menjadi RM10 sekilo. Selepas itu, terus saya hubungi Kak Ton untuk tambah 'order' :D.

Di bawah pula maklumat memudah cara tempahan daripada Kak Ton:
3kg rm18 + pos rm10
5kg rm30 + rm13
10kg rm60 + 20.50

Minimum 'order' ialah 50kg. Jadi, mak-mak yang sudah tempah, memang agak lewat terima tepung asbab pihak kami perlu kumpul. Jadi, sesiapa berminat, boleh email saya di attuffahumairah@gmail.com atau lebih pantas melalui SMS, Whatsup, Weechat sahaja yang ada. Sekian, terima kasih :D.

Kemaskini tempahan:
1. Ummu Musab - 3kg
2. Ummu Ahmad - 5kg
Lagi 42kg.

16.10.13

WW- ROTI DERHAKA TEPUNG TURKI

Alhamdulillah akhirnya tepung Turki yang non-GMO tetapi non-organik selamat sampai seberat 10kg. Penantian yang disambut dengan roti 'derhaka' edisi permulaan sentuhan ayahanda Muhammad dan Abdullah ;). Derhaka sebab banyak derhaka ramuan dari ebook yang kami beli. Ebook roti? Nantikan roti derhaka edisi ke-2 :D.

Memang ada rupa roti tetapi liat membatu haha!

Zoom dekat. Walaupun keras membatu tetapi Muhammad makan berselera cecah teh 'o'. Bakar dari hati ayahanda, bakar dengan iman bak kata chef ammar ;D.

Ini dia tepung dari Turki yang bebas GMO. Mahal sedikit dari 2 jenama yang GMO pernah diceritakan di entry INI tetapi lebih baik dari jenama yang disyaki ada gelatin binatang najis mungollazoh oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Wallahu'alam.

7.10.13

'MAUZUN' ORGANIK

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Kisah hasil kebun ayah petang Sabtu lepas. Mauzun organik! Mauzin ialah pisang dalam bahasa arab. Pisang yang membesar tanpa sebarang baja penggalak atau baja sintetik. Jadi, kita label baru sebagai 'kebun organik ayah'. Nama yang cantik!

Pisang organik yang suci tanpa dicemari baja penggalak atau sintetik.

Ayah suka berkebun. Dulu ibu pernah tulis tentang HASIL KEBUN AYAH. Masa ini memang meriah sangat hasil kebun ayah. Semuanya memang organik. Bebas GMO. Hasil yang lumayan diagih-agih kepada jemaah surau selalunya. Serai, cili, sawi, lengkuas semuanya disedeqahkan kepada yang ada rezeki.

Jadi, kita makan selalu berulamkan daun pegaga. Gemuk-gemuk pegaga ayah. Semasa itu kami sudah sedar akan bahaya sayur yang dijual yang mengandungi racun yang cukup tinggi. Jadi, memang jarang ayah beli sayur. Kebiasaannya satu lauk sahaja makanan dirumah kita. Teringat kisah salah seorang mak organik. Dikhabarkan sayur dipasaraya disemur dengan RIDSET untuk kekalkan kesegaran dan jauhlan serangga perosak datang. Aduhai!




Sekarang kebun organik ayah itu, tidak semak pun sudah dikira baik haha! Sayur-sayuran agak terbatas. Ayah ada azam yang kuat. Mungkin selepas ini, giliran Shaikh Muhammad pula yang menanam. Ayah mahu turunkan ilmu berkebun dengan iman dan taqwa inshaAllah! Tanaman menjadi semuanya Allah yang bagi, jadi untuk keberkatan 'menjadi' itu ada ilmu juga bukan ;).

Sekarang kita makan sayur organik beli sepaket RM1 atau RM2 tahan seminggu. Kadang potong-potong timun sahaja. Kadang tomato. Makan sayur sebagai ulam lebih berkhasiat ;). Kenapa kita memerlukan makanan organik atau makanan yang bebas GMO?

GMO adalah teknik penanaman menggunakan benih yang telah disuntik dengan DNA serangga, atau haiwan perosak, malah DNA virus ciptaan mereka. Apabila tumbuhan ini tumbuh tidak akan ada serangga perosak padanya lalu didakwa sebagai ‘pesticide free’. Padahal disembur dengan racun Round-up (herbisid glyphosate) yang mematikan tumbuhan lalang di sekitar tumbuhan GMO tetapi tidak mematikan tumbuhan GMO tadi. [sumber: PTT]

Suruhan menjaga kesihatan bukan suatu surahan yang main-main wahai anak-anak. Ianya suatu tuntutan. Ibu tertarik dengan kupasan Ustaz Rosli, sahabat ayahanda di Sabah dahulu tentang MANFAATKAN WAKTU SIHAT. Ianya entry ringkas berkenaan kupasan kesihatan dalam konteks islam. Ibu telah minta izin untuk salin dan kongsi.

**********************************************************************
Pepatah arab ada mengatakan:

الصحة تاج المرء لا يعرفه إلا المريض
Sihat itu mahkota seseorang yang tidak diketahui kecuali orang sakit.
Orang tua-tua ada berpesan “Akal yang cerdas berasal dari badan yang sihat”.

Kesihatan amat penting kepada seseorang. Setiap orang mahu supaya dirinya kekal sihat sepanjang masa. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata mahu kekal sihat.

Islam menyuruh umatnya supaya menjaga kesihatan. Sebab itu dalam maqasid syar’iyyah antara lain menekankan supaya menjaga akal. Justeru Islam melarang umatnya bersigup, minum arak, hisap dadah kerana perbuatan tersebut amat membahayakan kesihatan dan akal seseorang.

Kesihatan perlu dijaga. Punca penyakit ialah perut. Nabi صلى الله عليه وسلمbanyak kali berpesan agar jaga makan untuk kesihatan. Baginda sendiri makan mengikut keperluan. Negara kita ramai orang mati sebab makan.

Masa sihat ini perlu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat samada untuk dunia kita maupun untuk akhirat. Ramai orang terpedaya dengan nikmat sihat. Masa sihat tidak diguna untuk buat taat, bila sakit baru ingat.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ)
“Daripada Ibni Abbas Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, ‘Ada dua nikmat dimana manusia banyak tertipu kerananya, iaitu kesihatan dan waktu luang’.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

عن بن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه : " اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك " 
أخرجه الحاكم في المستدرك
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :Waktu mudamu sebelum tuamu,
sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sihat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti pada waktu sakit. Amat beruntung bagi orang yang sentiasa memenuhi waktu sihatnya dengan amalan soleh. Sabda nabi

عن أبي موسى - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا))؛ رواه البخاري 
.
Daripada Abi Musa katanya, Sabda nabi صلى الله عليه وسلم Apabila seseorang hamba sakit atau bermusafir, maka ditulis pahala ke atasnya seperti mana ia beramal ketika bermukim dan sihat. Contohnya kalau kita semasa sihat sentiasa solat berjamaah, apabila sakit kita dapa juga pahala berjamaah walaupun solat di rumah.

********************************************************************
Memang tepat! Sabtu selepas selesai tugas ibu untuk karnival sukan, ibu terus demam tidak boleh bangun. Hanya bangun untuk solat dan perkara yang terdesak. Maka terasalah besarnya nikmat kesihatan untuk beramal soleh. Bila sakit, bagaimana mahu beramal dengan baik? Mudah-mudahan ilmu pendidikan kesihatan dari kaca mata islam, dihadam baik oleh Muhammad dan Abdullah untuk ummah kerana Allah inshaAllah! Sayang kedua shaikh kabir kerana Allah!

2.10.13

WW- TEMPAHAN EVOO DIBUKA

Kesinambungan dari entry WW- MINYAK SUNNAH ISTIMEWA, inshaAllah kami ada 12 botol extra virgin olive oil (EVOO) yang masih diawangan :D. InshaAllah produk dari Syria. Harga tetap RM 39.90 tidak termasuk poslaju.


Sebotol beli baru-baru ini tinggal suku botol. Jadi, tempah terus untuk sedozen.

Sesiapa yang teringin, boleh email di attuffahumairah@gmail.com atau SMS/Whatsup/Weechat di talian 013-3575915. Sekian, terima kasih.

Kemaskini tempahan:
1. Ummu Musab - 2 botol
2. Ummu Wafas - 1 botol
3. Anna Juliana - 3 botol
4. Ummu Baazon - 1 botol
5. Puan Anis - 2 botol
Baki = 3 botol