29.8.13

JOM JEMPUT REZEKI CEPAT!

InshaAllah pagi ini ada rezeki buat pembaca yang mana rezekinya sedang mencari alamat tuannya. Pagi-pagi saya berbual dengan seorang sahabat yang tidak pernah bertentang mata tetapi sangat dekat di hati. Fikrah tentang amalan pemakanan anak, ubat alami anak, membuatkan ramai sahabat maya menjadi sahabat yang akrab. Teknologi whatsup menghubungkan kami. Fikrah kami sama ;).


Ini rezeki Ramadhan yang mencari kami. Terima kasih ustazah kesayangan saya nun jauh di utara. Rezeki kami ada dalam rezekinya ;).

Buku ini dibaca dahulu oleh tuan suami. Subhanallah! Kupasan ceritanya membuatkan saya tidak tunggu lama untuk saya berlumba baca dengannya. Kita biasa membaca kupasan buku tentang rezeki tetapi olahan bukunya sangat menarik. Bagaimana penulis cuba mengajak pembaca bukunya untuk menjemput rezeki kerana MENJEMPUT REZEKI ITU LEBIH MUDAH DARIPADA MENCARI REZEKI.

Sejujurnya saya tinggal beberapa bab kecil untuk dilengkapkan tetapi takdirnya mak teringin sangat mahu membacanya selepas saya berulang kali menyatakan betapa perlunya buku ini untuk dibaca kerana inshaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi bertambah baik! Percayalah!

InshaAllah ada kelapangan yang berkat, mudah-mudahan Allah izinkan saya kupas penulisan penulis berkenaan rezeki yang mampu menarik kita semua dalam beramal inshaAllah!

Jadi, seperti tajuk di atas, rezeki sedang menanti 10 orang yang bertuah di blog Puan Iryani Ahmad sempena GA ulangtahun tentera keduanya yang genap setahun bernama Hassan sempena nama pengasas parti PM Morsi Mesir, Ikhwanul Muslimin iaitu diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Kami di Bayt al-Iman mendoakan anakanda Hassan juga abangnya AlFatih, membesar sebagai tentera Allah yang hafiz Quran semenjak kecil dan istiqomah dalam berjuang menegakkan agama Allah inshaAllah! Dunia memerlukan generasi kalian untuk dibentuk dan diacu sebagaimana generasi awwal inshaAllah! Doakan Muhammad dan Abdullah juga! ;)

Apa tunggu lagi? Jom jemput rezeki DISINI!

22.8.13

TRAGEDI TRAGIS SEBELUM SYAWAL 1434H

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sana sini rakan-rakan alam maya mengabadikan kenangan kisah raya, ibu pula masih dalam Ramadhan. Ramadhan yang sentiasa dirindui. Ianya membawa keberkatan, keberkahan dari pelbagai segi. Rohani, jasmani. Mudah-mudahan momentem Ramadhan membawa kita istiqomah untuk 11 bulan lainnya. Mudah-mudahan Allah sampaikan lagi kita dalam Ramadhan 1435H pula.

Ramadhan begitu signifikan dengan bulan Al-Quran. Tadarus, tadabbur semakin diperhebat. Maklumlah, Ramadhan sangat istimewa. Semua amalan digandakan berlipat kali ganda. Sebab itu Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan kita. Alhamdulillah walaupun ABC ibu agak panjang tahun ini, Allah izinkan ibu khatam juga walau sekali.

Tahun ini masih bertadarus berdua dengan ayah. Kami tidak membahagi setengah-setengah. Tamakkan pahala berganda :D. Jadi, selepas subuh atau selepas maghrib, mana-mana yang sempat, ibu akan baca semuka dan disemak ayah. Begitu juga sebaliknya. Ayah baca semuka, ibu semak. Sebenarnya ibu cukup tidak sabar untuk sama-sama bertadarus bersama Shaikh Muhammad dan Shaikh Abdullah. Moga Allah kurniakan masa-masa syurga itu bersama kita inshaAllah!

Sesudah membaca doa khatam Al-Quran yang ibu cukup suka dan sungguh syahdu doa khatam Al-Quran. Maknanya yang sangat mendalam dan penuh pengharapan hanya kepada Allah. Ibu meneruskan niat dan misi ibu untuk membuat lagsir di dapur basah untuk menggantikan bidai yang telah berkhidmat dengan kita hampir 4 tahun lamanya. Memang sangat kritikal si bidai di dapur basah kita.

Belek-belek katelog ikea, dapat idea untuk membuat langsir corak kotak-kotak merah di atas. Tema ala-ala English kunun ;).

Kain ini RM2 semeter. Ibu ukur dan inshaAllah 7 meter cukup untuk kawasan bidai lusuh tersebut.

Maka, bermulanya tragedi tragis yang menyayat hati. Sedang ibu seronok menjahit, ayah memanggil. Abdullah buang sisa besar sehingga bocor. Jadi, ibu  diperlukan untuk cuci kawasan yang tercalit sisa besar adik untuk disucikan. Selesai sahaja urusan mensucikan tempat-tempat bernajis tadi, ibu segera mendapatkan kain kotak-kotak ibu semula.

OMG! 

Nampak tidak apa yang terjadi?

MUHAMMAD GUNTING LANGSIR IBU! Bahagian tengah pula itu. SHAIKHH KABIRRRR!!! Marah anak memang perlu sumpah yang baik-baik. Rujuk ibu Shaikh Sudais, imam Masjidil Haram. Betapa 'solehnya' Shaikh Sudais semasa kecil. Peristiwa mahsyur semasa kecilnya. Si shaikh membaling pasir masuk ke dalam hidangan untuk para tetamu ibunya. Si ibu sumpah as-shaikh pergi jauh. Menjadi imam Masjidil Haram. Allah takdirkan masin si mulut ibu. Hah begitulah cara menyumpah anak! ;D

Ibu puasa. Mood baik dan tenteram hati. Baru lepas khatam tadarus lagi. Baca maksud doa khatam Al-Quran, sabar pun lebih sedikit.  Ibu gunting tempat guntingan Muhammad ke bawah dan jahit semula dan mencatumkannya semula. Alhamdulillah ilham Allah. Selesai masalah.

Bidai yang berkhidmat selama 4 tahun kepada kami terlalu uzur, siap bertongkat :D.

Kerjasama ayahanda yang sangat baik. Ibu siap sahaja jahit, segera digantikan bidai berjasa kita yang kritikal itu. Terang mata masuk dapur sekarang ;).

Inilah hasil terakhir. Bahagian bawah dicerut menggunakan tali.

Kos langsir ini hanya RM14 dan Allah izinkan selesai masalah. Untuk menaikkan batu dan membuat pintu dan tingkap, ianya memerlukan modal yang tinggi. Maklum modal perlu dikumpul berdikit-dikit, jadi, tiadalah pintu dan tingkap berdinding batu. Perlu kreatif. Asal ianya kemas dan harmoni mata memandang.

Ada satu lagi projek yang ibu teringin buat sebelum balik kampung. Projek alas meja! Lerang besar kain berkotak besar dijual RM15 semeter. Paling kurang mesti semeter setengah. Anggaran ibu. Ibu tangguhkan dahulu kerana terlalu mahal pada ibu.

Balik dari kampung ayah pula, ibu kembali untuk mencari semula kain tersebut. Selepas raya, dijualnya RM5 semeter. Amboi! Harga runtuhkah selepas raya? Ibu belilah semeter setengah berserta alas meja jernih jenis tebal. Dengan kos RM 11.30 jika ibu tidak silap, maka selesaikan masalah alas meja buat meja pusaka, warisan daripada nenda turun temurun haha! 

Tarraaahhh! Alas meja baru dengan penjimatan hebat haha! Alas pinggan atas meja pula 99 sen sekeping. Anak-beranak seorang satu. Jangan gaduh.

Sekian kisah tragis yang sungguh nostalgia di penghujung Ramadhan 1434H haha! InshaAllah kisah raya yang pilu inshaAllah akan dicatat ibu juga dengan izin Allah. Syawal juga merupakan bulan walimah ibu ayah. Maka, salah satu dari syawal kali ini, genaplah usia bayt al-muslim kami yang ke-5. Sudah 13 Syawal baru ibu tersedar, sudah beberapa hari berlalu tarikh genap 5 tahun kami. Terlepas candle light dinner! :D

21.8.13

WW- BAHAN ASAS MASAKAN DI BAi

Niat dihati mahu catatkan tragedi tragis sebelum syawal atau lebih tepatnya penghujung puasa sebelum pulang berhari raya ke kampung ayahanda Muhammad dan Abdullah. Tangguhkan dahulu. Agak sibuk untuk selesaikan beberapa urusan tergendala ;). Jadi, cerita pendek sahaja hari ini. Tentang bahan asas masakan yang kami gunakan di Bayt Al-Iman kami.

Gula putih (refined sugar cane) yang dikimiakan, kami ganti dengan gula perang (gula semulajadi atau gula proses yang tidak dikimiakan). Banyak lagi bahan yang boleh menggantikan manis gula seperi daun stevia. Kami belum sempat mencari pokok stevia lagi. Gula bertukar warna menjadi putih setelah melalui proses 'klorox' atau dilunturkan.

Alhamdulillah kami telah merasakan perbezaannya setelah mengamalkan gula perang ini. Apabila kami makan selain gula perang, memang mudah tegang urat kepala. Tidak percaya? Cubalah amalkan. Gula perang ambillah seberapa banyak sekalipun, inshaAllah ianya tidak memudaratkan. Bahan-bahan organik, semulajadi inshaAllah pengambilannya tiada batas.


Garam halus (NaCl), kami ganti dengan garam berwarna merah jambu atau nama popularnya, rock salt atau natural sea salt. Mulanya, seram juga warna garam begini rupanya. Setelah istiqomah menggunakannya dengan izin Allah, ianya sedap! Ada 'lemak'nya tersendiri ;D.


Ini dia stok gula (5 paket gula perang) dan sepeket garam pink. Stok lepas geram ayahanda Muhammad dan Abdullah asbab kami pernah kehabisan stok disebabkan bekalan gula perang yang tiada sebelum puasa lepas. Stok untuk taska Muhammad dan Abdullah juga. Moga anak-anak di taska membesar dengan sihat dan ummat yang disukai Allah & Ar-Rasul inshaAllah.


Gandum cap pelbagai itu kami ganti dengan cap Atta atas saranan dan kajian Puan Tabib Terpercaya (PTT) dan Puan Osem yang telah mengkaji susur galur penghasilannya. Menurut PTT, cubalah cari gandum yang organik atau gandum yang berasal dari bumi anbiya' atau Jepun yang masih belum tercemar dengan GMO. Begitu juga dengan rempah ratus. Sejujurnya, kami sendiri memang jarang menggunakan tepung. Makanya, tepung ini belum lagi terusik ;).


Alhamdulullah akirnya ketemu juga dengan kicap organik seperti saranan Puan Dee kesayangan :). Kicap ini jenama Jepun. Baru-baru ini juga kami bertemu kicap jenama lain yang organik juga. Keduanya mahal! Rasa juga tidak sesedap kicap popular. Biasalah yang sihat memang tidak sedap. Ianya sangat berguna ketika waktu kecemasan iaitu ketika berlaukkan telur goreng, telur rebus semata ;). Terima kasih Allah atas kurniaan 'telur'. Lauk yang paling mudah dan cepat dimasak ketika anakanda Muhamamd kelaparan tidak terbendung untuk menantikan lauk pauk lain haha!

Kami bukanlah terlalu cerewet. Kami meraikan semua pemberian jiran, keluarga kerana disitu ada keberkatannya. Begitu juga keberkatan dalam menyambung silaturrahim ketika beraya, menghadiri jemputan rumah terbuka. Kami makan sajian tuan rumah dengan berselera haha! Bukankah menggembirakan hati dengan menghabiskan sajian tuan rumah itu sangat dituntut? ;) Jadi, jangan anggap semuanya kami pangkah. Berpada-pada kata ayahanda Muhammad dan Abdullah kerana kita selalu akan diuji dan teruji dengan apa yang kita perjuangkan. Cuma ayam bandar memang kami terpaksa pangkah awal-awal juga, produk zionis serta minuman bergas dan pewarna yang keterlaluan. Ayam kampung, ayam organik, kami makan ;D. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan :D.

20.8.13

MESIR, PETANDA KIAMAT SEMAKIN DEKAT?

Mesej ini saya terima melalui adik-beradik bulatan gembira kami dahulu dalam kumpulan WhatsApp Usrati kami malam semalam. Ianya isu penting disebalik permainan sistematik zionis dalam hal Mesir dan negara-negara Arab kini yang kita perlu dan sangat penting untuk ambil tahu. Sedarkah kita yang kiamat itu semakin dekat? Fakta rahsia ini saya perbaiki mutu gaya bahasanya.

Ketika ini seluruh umat Islam di dunia menumpukan perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria, tetapi sedarkah kita bahawa ini adalah episod terakhir permainan Dajjal sebelum laknatullah ini membuka fasa berikutnya.

Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin? Sebaliknya MEKKAH dan MADINAH! Tahukah anda MEKKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran) bermula dengan:

1. TURKI UTHMANIYYAH yang ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak sekular ekstreme, walaupun kini diperintah 'pemimpin islamik' Erdogan? Hakikaynya beliau hanyalah PUPPET yang hanya bersuara tetapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Antartuk.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. [sumber]

2. PALESTIN yang sebelum itu makmur di bawah pemerintahgan Uthmaniyyah ditawan mudah puak kuffar sebelum diserahkan pada Zionis.

3. IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara  ketenteraan diceroboh dan diranapkan, USA dan negara Salib dan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

4. AHGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya di dunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

5. LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan 'ARAB SPRING'. Rakyatnya dihasut untuk BANGKIT dan dibantu bersungguh-sungguh oleh TENTERA SALIB (NATO).

6. SYRIA adalah sasaran sebenar OPERASI ARAB SPRING yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi  bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah (Dajjal) dan Al-Mahdi.

7. MESIR walaupun 'DISERAHKAN' kepada Dr. Mursi dari ikhwanul muslimin, kemudian dirampas semula oleh tentera firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tidak terhingga umat islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

Lihatlah peta dunia, SEMUA NEGARA ARAB DISEKELILING MEKKAH DAN MADINAH telah ditawan dengan sistematik.

Lihatkan negara-negara Arab bergolak yang telah disebutkan di atas 'mengepung' Mekkah dan Madinah secara sistematik. [sumber]

Di akhir zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa tempat suci umat islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH yang diberi kepercayaan memerintah ROM. Siapakah LELAKI HABSYAH yang dimaksudkan ini?

Semua sedia maklum, ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya dan satu-satunya LELAKI HABSYAH (kulit hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA!

Presiden ROM a.k.a USA, Barrack Obama. [sumber]

Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah SAW mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:

Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila masa kaabah akan diruntuhkan dan pelakunya seorang lelaki berketurunan Habsyah yang dilantik menjadi Pemerintah Roman.

SUBHANALLAH! Kiamat semakin hampir! Asbab itu saya percaya yang dunia hari ini ada bersangkutan dengan konspirasi menjatuhkan umat islam dengan izin Allah. Bermula dengan ideologi, perang makanan, ubat-ubatan, semuanya dibuat dengan hanya satu tujuan, menjatuhkan Islam! Wallahu'alam.

18.8.13

MESIR BERDARAH

Kenapa dengan Mesir?

Soalan makngah Muhammad beberapa hari lepas tadi ketika sama-sama menonton berita tv3. Isu Mesir yang sedang diperkatakan muktahir ini.

Isu yang panas juga buat kami. Isu yang membuatkan saya terfikir, adakah lagi ruang dalam syurga buat saya? Betapa ramai mujahiddeen di Palestin, Syria, Mesir, dan negara-negara Islam yang sedang bergolak. Mereka semua sudah menempah ruang eksklusif mereka dalam syurga. Allah!

Buat yang masih tercari-cari kenapa dengan Mesir, google sahaja isu berkaitan Mesir, dimana-mana ianya hangat diperkatakan.

PM Morsi adalah satu-satunya PM Mesir yang dilantik secara demokrasi tetapi telah digulingkan oleh As-sisi, ketua panglima tenteranya sendiri. Sebelum ini, ketua tentera adalah orang lain tetapi telah ditukar oleh PM Morsi sendiri kerana rancangan jahat, konspirasi untuk menjatuhkannya dikesan.

Kuasa Allah lebih mendahului perancangan Morsi, akhirnya tentera yang dilantiknya sendiri, belot! Sehingga kini Morsi masih tidak dapat dikesan dan pembantaian, pembunuhan kejam terhadap ikhwah akhowat kini disana semakin melampau!

Rasa sakit hati dengan Raja Saudi, Jordan dan Emir UEA yang menyokong tentera Mesir. Tanggunglah kamu-kamu raja-raja firaun terhadap darah rakyat Mesir! Kami saksi! [sumber]

1.8.13

UBAT GIGI ORGANIK

Alhamdulillah saya cukup bersyukur Allah lorongkan dan pertemukan orang-orang baik dalam linkungan kehidupan seharian saya sehinggalah saya bekerja kini. Sejak di zaman belajar, Allah kirimkan 'makcik' yang membawa saya kenal 'bulatan gembira'. Dari situ saya mula faham kemashlahatan ummat yang berlaku diseluruh negara. Sebelum itu, dalam Malaysia sendiri saya tidak ambil peduli T__T. Moga Allah sentiasa bersamanya.

Bergelar ibu. Allah kirimkan lagi 'makcik' untuk saya kenal dan berhati-hati setiap apa yang masuk dalam tubuh anak-anak saya. Walaupun Muhammad Allah izinkan ianya terlajak sehingga dia berumur 5 bulan, perancangan Allah itu Maha Hebat. Rupanya, bermula dengan 'makcik' ini, Allah mahu kami teliti pula pemakanan.

Sekali lagi, dengan kasih sayang sahabat maya saya, Puan Nina ;), menjadi asbab saya berbulatan maya bersama para ibu-ibu berbincang mengenai pemakanan sihat yang mana ianya cukup bermakna kerana pelbagai topik dikupas dengan jelas oleh para tabib yang berfikrah islami inshaAllah. Terima kasih mak-mak sekalian! Semoga kembangan ilmu kalian menjadi saham jariah berpanjangan buat kita semua.

Jadi, hari ini dan inshaAllah dikesempatan lain juga, saya akan cuba kongsikan seberapa banyak kupasan menarik tentang pemakanan sihat yang menjadi asbab kita mampu hidup sihat dan walaupun sesekali diuji dengan kesihatan, inshaAllah kita ada makanan sunnah lagi alami untuk merawat. Fitrah yang Allah bagi, mekanisma badan adalah menolak dadah. Ingat lagi tulisan puan tabib terpercaya mengenai MEKANISMA BADAN NORMAL ADALAH MENOLAK DADAH.

Bak kata seorang sahabat di dalam kumpulan itu, cara merawat dengan kaedah makanan sunnah dan bahan alami ianya memang memakan masa tetapi inshaAllah kesan penyembuhannya berpanjangan. Hari ini saya kongsikan mengenai UBAT GIGI.


Terus sahaja saya lihat ubat gigi di dalam bilik mandi. Allah! Semuanya label HITAM! Pure chemical! Saya mencari-cari juga ubat gigi organik yang berlabel hijau atau biru. Payah rupanya. Atas nasihat sahabat dan puan tabib terpercaya dalam kumpulan kami, maka, eloklah kami sekeluarga hijrah sepenuhnya kepada kayu sugi seperti mereka.

Menurut mereka yang telah amalkan sejak dalam 2-3 minggu kebelakangan ini, sahabat saya ini menyatakan yang kayu sugi tidak membuatkan mulutnya berbau. Memang tiada bau. Cuma mungkin gigi tidak putih. Maka, puan tabib terpercaya mencadangkan ARANG untuk memutihkan gigi. Macam orang zaman dahulu. Semuanya sihat. Organik dan alami!

Kasihan kita zaman sekarang. Zaman canggih. Makanan juga canggih dan lazat. Siap dalam masa beberapa minit T__T. InshaAllah ada masa diizinkan Allah, saya mahu kongsikan pengalaman saya dalam masa 2-3 bulan kebelakangan ini mengamalkan makanan sihat, Allah izinkan sakit kulit (gegatal) hilang dengan izin Allah. Berat badan saya turun sebanyak 5 kilo dalam masa 2 bulan inshaAllah! Makan nasi dengan kuantiti yang sama juga ;). InshaAllah sambung nanti.

HADIAH PR1434HGA SELAMAT DIPOS

Peserta PR1434HGA yang dikasihi kerana Allah ;)
Hari-hari terakhir Ramadhan yang sibuk dan sayu. Hanya tinggal beberapa hari sahaja bulan yang mana amalan kita dilipat gandakan untuk cover dosa-dosa 11 bulan bakal meninggalkan kita. Entah bertemu lagi tahun berikutnya T__T. Ramadhan 1434H menyaksikan kebenaran untuk beramal ketika muda, lapang. Jangan tunggu sudah tua, waktu sibuk barulah mahu beramal T__T.


Alhamdulillah hadiah-hadiah makcik selamat dipos semalam. 4 orang makcik yang terlebih tuah, kami pos menggunakan poslaju dengan mengambil kira faktor keselamatan. Manakala makcik-makcik yang mendapat saguhati, kami pos setem :P. 

Sampul surat untuk 4 makcik bertuah telah diganti dengan sampul poslaju. 

Bagi makcik yang baru perasan dan ingin membantu kami memakmurkan bonus raya :P, boleh lagi memberikan details anda, inshaAllah kami akan pos kemudian. Berikut adalah senarai hijau makcik-makcik yang telah memberikan details dan hadiah juga telah selamat dipos.
1. makcik izan mama mia
2. makcik ain
3. makcik fifah
4. makcik dell
5. makcik bishanani omar
6. makcik aishah
7. makcik marlina mohtar
8. makcik umi yatie
9. makcik zahirah
10. makcik noen
11. makcik mama aisy
12. makcik fiza
13. makcik intanberlian
14. makcik mama aidanini
15. nenda rohana (hafidzyoungscientist)
16. makcik ummu amir
17. makcik mama aqib
18. makcik nurul nadiah

Moga semuanya selamat sampai. Andai tidak Allah izinkan sampai, beritahu kami ;). Semoga kita berjaya menjejaki malam lailatul qadr, diampun segala dosa dan sama-sama berkumpul dalam syurga Allah. Ya Allah kasihanilah kami yang lemah lagi kerdil serta hina dina ini T__T.