Khalifah kecil II hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
InsyaAllah hari ini ibu tuliskan sesuatu buat kenangan khalifah kecil II yang ayah, ibu dan Muhammad rindukan ;). Alhamdulillah hari ini Allah memberi kekuatan dan semangat buat ibu untuk memulakan siri membersih episod pertama hanya selepas khalifah kecil II berusia lebih 8 bulan setengah di dalam kandungan ibu. Alhamdulillah juga target ibu tercapai untuk mencuci bersih segala alatan yang bersangkut paut dengan penyusuan. Melihatkan kawan-kawan maya ibu yang sedang giat mengumpul stok, ibu jadi terlalu rindukan saat-saat indah mengumpul stok buat abang Muhammad. InsyaAllah jihad ini ibu akan teruskan buat semua adik-adik Muhammad pastinya dengan izin Allah. Di bawah adalah proses-proses mencuci bersih alatan menyusu buat khalifah kecil II nanti insyaAllah dengan izin Allah.
**************************************************************************
1. Memandangkan botol-botol untuk menyimpan susu melimpah ruah, jadi, tempat tos botol yang berwarna biru tidak lagi sesuai dengan kuantiti botol yang banyak. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan ibu terpandang rak merah berkenaan untuk dijadikan tempat tos botol-botol tersebut.
2. Ini pula botol-botol yang sempat digunakan dalam lingkungan 6 bulan sahaja. Pada mulanya sangkaan ibu botol-botol ini tidak perlu dicuci memandangan ianya ibu letakkan di dalam beg plastik. Namun, setelah membuka dan menghidu baunya, tidak sampai hati ibu mahu terus menggunakannya terus. Memang perlu dicuci dan disterilkan terlebih daulu.
1. Ini pula adalah alatan pam yang ibu mula gunakan ketika Muhammad berusia 6 bulan. Alhamdulillah pam susu jenis Medela Freestyle ini cukup selesa dan berjasa dalam membekalkan susu ibu buat Muhammad setiap hari ketika ibu bekerja.
2. Alhamdulillah motor pam masih elok dan ibu perlu cas semula baterinya sebagai persediaan membawanya ke hospital nanti.
3. Jika diperhatikan, softfit yang bentuknya umpama corong hanya ada satu kerana yang satu lagi telah koyak. Maklumlah ibu adalah pengepam tegar yang lasak ;). Jadi, dengan hanya satu itu, ibu hanya boleh membuat single pumping. InsyaAllah ibu akan usahakan untuk mencarinya supaya double pumping dapat dilaksanakan pastinya dengan izin Allah.
4. Beg yang umpama mini peti ais ini perlu juga dicuci kerana sudah berhabuk ;).
5. Ini pula Muhammad yang cukup suka dengan motor pam ;). Jika diperhatikan, ada sebungkus beg plastik susu sebagai bantuan kehabisan botol nanti.
1. Botol-botol yang banyak tadi ibu cuci berperingkat-peringkat.
2. Kemudian, ibu steril menggunakan
sterilizer. Pada mulanya, ibu sangkakan yang
strelizer ini seakan tiada fungsinya. Alhamdulillah ianya cukup membantu memudahkan. Ibu pernah menulis mengenainya di
entry SISTEM BARU & STOK SUSU. Foto ini menunjukkan botol-botol yang diisi di tingkat bawah.
3. Ini pula tingkat kedua yang terisi penuh bersama penutup dan alatan pam.
4. Dengan hanya 70ml air, botol-botol tadi disterilkan selama lebih kurang 5-10 minit.
5. Sabun pencuci Pureen dan berus botol panjang jenama Tupperware yang juga sesuai untuk mencuci botol-botol minuman ibu dan ayah.
1. Ini adalah barisan semua botol-botol yang siap disteril. Di bahagian bawah rak, ibu letakkan dulang air pemberian Cik Yan sebagai hadiah walimah ibu dan ayah dahulu ;).
2. Tingkat atas dan tengah, terisi dengan botol-botol sahaja.
3. Ditingkat paling bawah pula adalah buat penutup-penutup botol-botol yang banyak tadi.
******************************************************************
Menulis berkenaan penyusuan susu ibu, ibu teringat tentang kisah disebalik kejayaan dalam hidup beragama Ustaz Don Danial, pendakwah terkenal yang kerap keluar di TV. Secara jujurnya, memandangkan BAi kita tiada TV, ibu tidak pernah menonton kuliahnya di TV. Ibu mengenali Ustaz Don melalui kawan-kawan blogger yang selalu menulis berkenaan beliau dan pernah juga mengikuti kuliahnya melalui Youtube. Antara tajuk blogger-blogger tidak lama dahulu yang begitu menarik minat ibu adalah berkenaan penyusuan susu ibu disamping sokongan ayahnya buat si ibu Ustaz Don. Ibu akhiri tulisan ibu kali ini dengan satu perkongsian oleh Prof Dr Muhaya menerusi kata-kata ibu Ustaz Don yang ibu google untuk diabadikan disini.
.................................................................................................................
Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:
"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)
...........................................................................................................
InsyaAllah ibu dan ayah juga sedayanya berusaha untuk melahirkan generasi ulama' dengan amal yang bakal menegakkan kalimah Allah mengikut zamannya. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha-usaha kecil ayah dan ibu buat semua penghuni rahim ibu yang telah, sedang dan akan lahir insyaAllah!