31.5.12

Tudung Murah Collections GIVEAWAY!

Sekali lagi BAi telah di'tag' oleh TM ;)



Jom klik gambar atas untuk memanjangkan ukhuwwah walau di alam maya! ;D

Dengan suka hatinya Bai sekali lagi tag :D
mummy bamlom
kak syiela mama 4 hero
ummi tasneem

2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna

BAi telah di'tag' oleh TM ;)



Jom klik gambar atas untuk memanjangkan ukhuwwah walau di alam maya! ;D

Dengan suka hatinya Bai tag :D
mummy bamlom
kak syiela mama 4 hero
ummi tasneem

23.5.12

WW- TEMPAHAN CUTI SEKOLAH MEI 2012

Bismillah. Kami membuka tempahan sebanyak 5 pasang telekong masturah sahaja sempena cuti sekolah mei 2012. Setiap pembelian telekong, insyaAllah disertakan dengan cenderahati daipada kami sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda selama ini ;).

Baru menyiapkan 2 pasang telekong pada minggu lepas yang ditempah oleh rakan setugas suami.

Sekiranya anda berminat, kunjungi kedai kami imaNiaga dan emailkan kepada attuffahumairah@gmail.com untuk keterangan lanjut insyaAllah! Tarikh tutup tempahan adalah pada 31 Mei 2012.

21.5.12

1 REJAB 1433H

Kawan-kawan blog BAi yang kucintai kerana Allah ;)
Menjelang maghrib sebentar sahaja lagi akan masuk 1 Rejab 1433H. Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa dan istighfar di dalam Rejab supaya disampaikan di dalam Ramadhan insyaAllah!

Sayang fillah buat semua! ;)

17.5.12

HADIAH KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY SELAMAT DIPOS

Selamat Hari Pendidik buat warga pendidik diseluruh dunia terutama buat ibu dan ayah yang merupakan perintis pendidik buat Muhammad dan adik-adik ;). Tidak lupa juga kepada semua makcik-makcik yang merupakan pendidik ulung dirumah. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Alhamdulillah semalam bersempena hari pendidik, Muhammaad telah pun pos semua hadiah-hadiah kepada peserta KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY menggunakan pos domestik yang harganya lebih kurang pos laju sahaja dan menurut ayah, pos laju lebih murah untuk barangan yang tidak berapa berat seperti semalam berbanding pos domestik.


Mudah-mudahan semua hadiah ini selamat dan masih elok rupanya.  Alhamdulillah terima kasih atas semua doa-doa makcik. Mohon didoakan berpanjangan buat Muhammad sekeluarga. Semoga segala doa makcik-makcik turut terbias mencari semula makcik-makcik semua ;).  Sayang fillah! ;)

15.5.12

PEMENANG KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi butiran diri.
Seperti yang dijanjikan, Muhammad akan mengumumkan 3 pemenang utama
KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY.


3 pemenang utama jatuh kepada...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


3. azyatun@fawwaznuha

Tahniah! Makcik-makcik bertiga layak untuk mendapatkan mini kolam renang kerana ...



...pemilihan pemenang kali ini dibuat berdasarkan pandangan nenek Muhammad ;).
Kenapa nenek Muhammad?

Tersebut kisah pada suatu petang ibu dan nenek sedang berbual. Antara pokok ceritanya adalah ibu yang yang sangat takut dengan anugerah rezeki Allah yang begitu luas untuk Muhamamd sekeluarga. Bukan kaya-raya tetapi Alhamdulillah cukup untuk hidup bersederhana. Sebagai contoh Allah ambil stoller dan lain-lain, namun Allah menggantikan dengan jauh yang lebih baik dengan apa yang diambil pinjamanNya ketika di sana. Siapa yang tidak gentar dengan firman Allah, 'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?' (Al-Ankabut:2-3). Jadi, nenek pun menyuruh ibu terus menerus dengan amalan bersedeqah. Sentiasa memberi untuk menyuburkan harta.

Ibu pun memberitahu nenek yang GA ini sedang berlangsung ketika itu sebagai kenduri doa selamat versi alam maya dan ibu memang ada niat untuk memberi kepada semua memandangkan ibu sengaja membuat selama 3 hari sahaja yang cukup untuk meraikan pengikut setia KEMBARA CINTA AGUNG sehingga episod teakhir. Nenek yang tidak tahu prosedur biasa penganjur membuat cabutan sama ada manual atau menggunakan random.org, terus meneka bahawa 3 orang yang teratas itulah pemenang utama dan selebihnya nenek mencadangkan untuk mencari hadiah lain sebelum ibu sempat memberikan gambaran GA di alam maya. InsyaAllah gambaran pemenang yang nenek suarakan, Muhammad dan ibu abadikan untuk GA ini ;). Tahniah untuk 3 pemenang utama!

Makcik-makcik yang lagi 7 orang pula, jangan bersedih hati kerana...


..makcik-makcik semua akan menerima bakul mainan seperti di atas dan juga...

...ole-ole makanan sunnah setiap seorang.

Muhammad berharap semua makcik-makcik sukakannya ;). Doakan Muhammad sekeluarga sentiasa dalam pemeliharaan dan petunjuk Allah. Doakan ibu Muhammad supaya sihat dan kuat agar proses kelahiran adik Muhammad dipermudahkan lebih daripada kelahiran Muhammad di tangan-tangan doktor dan jururawat muslimah seperti Muhammad hampir 2 tahun lepas serta adik lahir dalam keadaan sihat sempurna dan mampu menikmati susu ibu yang mewah sejak di hari pertama kelahiran adik Muhammad. Doakan ibu dan adik Muhammad ya! ;)

Terima kasih kepada semua pengikut setia setiap episod KEMBARA CINTA AGUNG dan juga semua peserta GA kami ini. Mudah-mudahan semua makcik-makcik sekeluarga dikurniakan keluasan rezeki yang mencurah-curah untuk sama merasa 'bakal kembara cinta agung' makcik-makcik semua akan datang insyaAllah! Salam kasih sayang, ukhuwwah fillah abadan abada daripada Muhammad sekeluarga kerana Allah! ;)

14.5.12

HADIAH KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY

Alhamdulillah hari ini insyaAllah Muhammad kemaskini status hadiah dan peserta sahaja.


InsyaAllah semua peserta bakal menerima seperti berikut:

3 x mini kolam renang untuk pemenang utama

Manakala 7 peserta lain insyaAllah bakal menerima:
7 x bakul seperti di atas

dan 
Ole-ole makanan sunnah untuk semua peserta.

Alhamdulillah setakat hari ini 8 daripada 10 peserta telah menghantar butiran diri.
Mohon makcik-makcik yang Muhammad hijaukan untuk segera email butiran diri.

4. Mama Adam Zakwan
6. emi9100@gmail.com
8. nur iryani

InsyaAllah setelah kesemua peserta telah menghantar butiran diri, insyaAllah Muhammad akan segera mengumumkan 3 pemenang utama dan 7 penerima cenderahati daripada Muhammad sekeluarga ;).

13.5.12

SENARAI PESERTA KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY

Alhamdulillah dan terima kasih Muhammad ucapkan kepada semua makcik-makcik yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY ini.

Terima kasih juga kepada makcik-makcik yang sudi membuat entry promo GA kami ini.
Maaf tidak meninggalkan jejak Muhammad ;).



Berikut adalah senarai peserta KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY:

4. Mama Adam Zakwan
6. emi9100@gmail.com
8. nur iryani
10. IntaNBerliaN

InsyaAllah kesemua 10 peserta ini bakal menerima hadiah dan ole-ole daripada Muhammad sekeluarga.
Jadi, sila emailkan butiran diri makcik-makcik sebelum maghrib hari ini untuk memudahan ibu Muhammad membuat pelbagai persediaan ;).

Skema penulisan untuk butiran diri yang diemailkan adalah seperti berikut:

To: attuffahumairah@gmail.com
Subject: KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY

UMMU MUHAMMAD
LOT 10 BAYT AL-IMAN
KAMPUNG MUJAHID-MUJAHIDDAH
87002 PETA DUNIA, MALAYSIA.
012-3456789

Mohon makcik-makcik taip dengan huruf besar tanpa menulis 'NAMA' dan 'ALAMAT'. Teruskan sahaja nama dan alamatnya. Itu sahaja ;).

InsyaAllah pemenang dan hadiah untuk setiap peserta baal menyusul insyaAllah pasti dengan izin Allah!

KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY TAMAT!

Senyum pembuka bicara ;)


InsyaAllah dengan kuasa VETO Muhammad yang diberikan ibu sebagai penganjur,
Muhammad dengan lafaz

menutup rasmi KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY.

Kenapa tutup awal? ;)
Sebelum itu, Muhammad terlebih dahulu meminta maaf selaku penganjur kerana Muhammad ada hajat.
Muhammad mahu memudahkan ibu dan ayah. Itu sahaja. :)

InsyaAllah nantikan senarai peserta pula insyaAllah pasti dengan izin Allah!

11.5.12

KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY


Hari ini biarkan bakal Abang Long Muhamamd berkata-kata ;)

Alhamdulillah dengan izin Allah, ibu telah menamatkan catatan KEMBARA CINTA AGUNG kami di tanah haram selama 29 episod. Jadi, Muhammad sekeluarga berbesar hati untuk mengadakan kenduri kesyukuran versi alam maya sebagai meraikan kesyukuran atas segala limpahan kurniaan rezeki Allah Taala yang begitu luas tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah dengan berkat penghulu segala hari, KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY bermula mulai sekarang sehingga hari Ahad setelah azan maghrib insyaAllah. Hanya 3 hari sahaja dan hanya 3 soalan mudah perlu dijawab. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Di episod berapakah ibu menyatakan 'RM100 wang kita bersamaan sepuluh ringgit wang mereka'?
2. Di episod berapakah dinyatakan Miqat Masjid Bir Ali?
3. Di episod berapakah ibu menceritakan sejarah Adam dan Hawa dipertemukan setelah 40 tahun diturunkan di dunia?

Hadiah? Hadiah ringkas sahaja ;). Ole-ole makanan sunnah dari tanah haram dan sebagai memperkasa sunnah berenang yang dianjurkan Rasulullah SAW, hadiah yang disediakan ibu adalah 3 buah mini kolam renang yang bersaiz kecil sahaja yang boleh memuatkan kanak-kanak sebesar Muhammad seramai 3 orang ;).

Mini kolam renang ini perlu dipam dahulu ;).

Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua yang beralamat di Malaysia sama ada yang punya blog ataupun tidak.
2. Anda tidak perlu membuat sebarang entry. Hanya perlu menjawab di ruangan komen entry ini sahaja. Semua komen hanya akan disiarkan apabila tamat GA ini. Skema penulisan jawapan diruangan komen entry ini adalah seperti berikut. Contoh:

ID: Muhammad
Url Blog: muhammad.blogspot.com (jika ada)
Jawapan:
1. Episod 1
2. Episod 2
3. Episod 3

3. InsyaAllah kriteria pemilihan pemenang akan diberitahu pada entry pengumuman pemenang kelak.

Itu sahaja. Mudah bukan? Selamat mencuba! ;)

10.5.12

EPISOD 29: DUNIA ARAB

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah kita semua telah selamat sampai dan sihat seperti sediakala setelah melalui fasa sebulan lebih balik umrah yang mana kita semua diuji dengan ujian kesihatan. Setelah melalui kembara ini, lebih-lebih lagi ketika ziarah kedua yang mana ibu dapat bayangkan keadaan haji sebenar apabila melihat sendiri Arafah-Muzdalifah-Mina, ibu ayah angkat tangan menyerah diri ;). InsyaAllah sekiranya tiada aral Muhammad pun sudah besar, adik sudah menyusu 2 tahun, ayah ibu perlu meninggalkan Muhammad dan adik sekiranya ada rezeki kami dijemput sebagai tetamu Allah pada musim haji pula. Ibu harap sangat dalam masa 2 tahun ke depan, ibu ayah akan sedayanya memenuhkan tabung haji kami dan mudah-mudahan Allah menyegerakan kami ke sana lagi untuk menyempurnakan rukun islam kelima kami. Kudrat orang muda juga terasa penatnya untuk umrah, haji pada pandangan ibu lebih lagi. Persediaan mental dan fizikal yang rapi, pendek kata kesihatan yang baik diperlukan agar proses haji atau umrah mabrur dapat dicapai dengan izin Allah.

Barang Boikot
InsyaAllah secara kesimpulannya, pada pemerhatian dan pendapat ibu disisi lain dunia arab masih lagi dibelenggu penjajahan pemikiran sebagaimana kuffar harapkan. Bermula di Oman sehinggakan di Mekah, dunia arab masih bergantung sepenuhnya kepada barat. Sebagai contoh, dari hotel di Oman sehinggakan di Mekah, teh, kopi semuanya adalah barangan boikot. Memang ibu dan ayah boikot sejak bertahun yang lalu. Jadi, kami tidak minum minuman panas kecuali minuman panas kopi pracampuran yang ibu bawa sendiri dalam 10 paket sahaja. Benarlah seperti apa yang ditulis oleh seorang ikhwah berkenaan dunia Arab hari ini. Ibu jadi teringat kepada sebuah entry yang ditulis di blog seorang ikhwah kita tentang AQLIYYAH APAKAH INI di sini. Ibu olah tulisannya dengan mengekalkan isinya.

Hakikat politik yang beragamakan kapitalism hari ini, memperhamba manusia dengan sistem ekonomi hasil strategi berkesan Illuminati. Bangkitlah ummat Islam dari terus dilalaikan!

Tiada Kepakaran
Keduanya, orang arab tiada kepakaran. Hanya kurma, kismis dan beberapa makanan sunnah yang pure dari tanah arab. Lain-lain made in China. Teringat bos lama ibu melalui cerita ibunya, paling terharu apabila membelek-belek dan lihat barangan tersebut made in Malaysia ;). Barang-barang dari China dan Korea yang mana negara ini juga adalah negara yang lebih dahulu miskin dan mundur sama seperti mereka telah berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Mekah dan Madinah yang kaya-raya dengan hasil minyaknya disamping tenaga dan kepakaran mereka juga 'bersepah' diseluruh dunia. Dimanakah pakcik-pakcik dari dunia Arab? Tahukah panglima-panglima ibu bahawa pada tahun 1933 dunia arab sudah maju sebelum perang dunia kedua yang mana dikawasan teluk arab telah ditemui lombong minyak. Mereka merupakan kawasan yang terkaya di dunia dengan pendapatan perkapita hasil minyaknya. Sehingga kini, semua negara arab berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Contohnya di Dubai iaitu Buj Dubai. Di Jeddah pula sedang dibina menara yang mahu mengalahkan ketinggian Burj Dubai dan tidak lupa juga menara jam yang berada betul-betul di hadapan Masjidil Haram dan kini merupakan menara jam yang tertinggi di dunia dan menara kedua tetinggi selepas Burj Dubai.

Dimana Hebatnya Dunia Arab?
Malangnya, semua binaan ini bukan dengan kepakaran oang arab sendiri. Semua bangunan ini adalah hasil rekaan dan kepakaran dari negara yang dulunya miskin dan mundur lebih dahulu daripada mereka. Burj Dubai dibina hasil kepakaran orang Korea. Sama juga dengan binaan-binaan gah di tanah arab sana. Semuanya bukan dari orang arab sendiri. Mereka hanya pengguna sahaja walaupun telah 79 tahun minyak telah keluar mencurah-curah dari dalam perut bumi arab. Apabila duduk termenung, di manakah hebatnya orang Arab yang dulu? Dimanakah kereta jenama mereka yang boleh setanding dengan Toyota, Honda, Lexus yang negara pengeluarnya juga adalah sebuah negara miskin dahulu seperti tanah arab. Dengan modal dan kekayaan hasil minyak mereka, agak mustahil sekiranya jawapannya adalah tiada kepakaran. Walau bagaimanapun, orang Arab ada yang telah mula sedar dan menghantarnya anaknya belajar ke luar negara supaya pulang sebagai profesional tetapi apa yang menyedihkan adalah anak-anak muda ini rosak akhlaknya. Mereka tidak menunjukkan jati diri seoang muslim dengan erti kata sebenar. Parti, seks, mabuk menjadi aktiviti utama mereka disana. Maka, tercapailah matlamat agenda barat untuk memusnahkan golongan pemuda Islam semenjak keruntuhan empayar Islam Zaman Sultan Abdul Hamid II.

Usrah Merubah Fikrah
Sesungguhnya kembara ini memberi satu impak yang besar buat diri ibu terutamanya. Apa yang ibu pelajari sepanjang berusrah secara 'radikal' zaman belajar dahulu, terjawab umpama dalam satu karangan yang panjang. Usrah zaman belajar dahulu dipimpin oleh sisters yang sememangnya terhebat! Mereka berjaya membuka habis fikrah iaitu cara berfikir ibu sepenuhnya dan ianya bukan mudah untuk diterima semua. Kita memerlukan usrah yang merubah fikrah! Bayangkanlah remaja seusia ibu ketika itu yang begitu meminati cerita cinta korea, jepun, coupling dan pelbagai jahiliyyah lain yang sudah sebati dalam kehidupan kita, dikejtutkan supaya merenung semula matlamat dan tujuan utama kehidupan seorang manusia yang bertanggungjawab sebagai  hamba dan  khalifah. Terlalu banyak tugas terbengkalai kita daripada terus melayan perasaan dan terus menerus membaiki diri tanpa memperdulikan kemashlahatan generasi ummat Islam kini yang semakin parah. Tidak cukup untuk baik diri sahaja malah kita sepatutnya menyeru orang-orang sekeliling kita supaya sama menjadi baik. Tanya sahaja berkenaan artis hollywood, bollywood, malaysiawood dan pelbagai lagi, pasti kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Cuba pula kita tanya bilakah Rasulullah SAW dilahirkan? Siapa 10 sahabat yang dijamin syurga? Adakah lidah mereka mampu menjawab selancar tadi? Di sinilah dikatakan ummat Islam hari  ini sememangnya sengaja dilekakan dengan hiburan yang keterlaluan. Jangan kata pemuda, orang-orang tua yang sudah diseru kubur sekalipun masih ada yang terkinja-kinja mengalahkan orang muda. Tenat! Orang yang cuba menjauh dari maksiat dikatakan tidak sporting, anak dikejutkan dek budaya melampau hari ini, tidak menjaga hubungan sesama manusia, menulis tidak mengikut tatabahasa yang betul juga menjadi isu supaya jangan dirosakkan bahasa. Apa yang dilihatnya adalah bukan pada sisi isi syaraknya tetapi dilihatnya gejala remeh-temehnya.


Khutbah Jumaat Tidak Berkesan
Seperkara lagi, apa yang ibu cukup ingat adalah negara-negara Arab yang sengaja dipecah-pecahkan supaya setiap negara hanya memperdulikan negara mereka sahaja. Maka, terjadilah Palestin seperti hari ini. Negara-negara Arab yang berjiran dengannya hanya berpeluk tubuh melihat saudara-saudara kita dibunuh kejam oleh rejim zionis. Barang-barang rejim israel pun pak-pak Arab tidak mampu boikot. Pemimpin arab pula umpama boneka yang umpama lembu ditarik hidung oleh Amerika. Amerika pula adalah tulang belakang segala perbelanjaan untuk membentuk negara haram israel. Jadi, jangan terlalu hairan apabila khutbah Jumaat di serata dunia, tidak meningkatkan fikrah langsung. Orang yang mendengar pun yang sedia mengantuk dek penahan kerja semakin mengantuk. Tiada apa yang perlu disemangatkan. Khutbah di Masjidil Haram yang dihadiri berjuta manusia juga tidak terlepas dari bercerita perihal isu yang evergeen seperti adab-adab dan akhlak seorang muslim. Sepatutnya, khutbah Jumaat memainkan peranan yang sangat penting! Ambillah peluang di mana semua pemuda berkumpul ketika itu, untuk menyampaikan sesuatu yang merubah fikrah dan menyebabkan mereka ingin setiap hari adalah hari Jumaat. Barulah pemuda boleh bangun dari mengantuk yang panjang! Walau bagaimanapun, rakyat Arab sedang melalui revolusi-revolusi menentang pemimpin diktator mereka. Banyak kerajaan kuku besi yang tumbang di sana bukan asbab pilihanraya kerana kerajaan sedia ada memang sukar digoyahkan dengan pilihanraya. Namun, sejarah membuktikan banyaknya kerajaan Arab yang tumbang di atas jalanraya!

Realiti Ummat Islam Hari Ini
Sedikit ulasan dari analisa ibu di dunia Arab selama 12 hari kita di sana sebagai penutup episod KEMBARA CINTA AGUNG. Dunia Arab hari ini adalah realiti kepada ummat Islam dunia keseluruhannya. Semuanya masih terjajah dengan baik dengan sekularisme barat yang mana mereka berjaya mengasingkan agama dari kehidupan ummat Islam hari ini. Disogokkan mempertahankan bangsa dan bukan agama. Masjid pertama dan kedua ummat Islam, Allah sudah mengizinkan kita sampai di sana. Ibu ada tanamkan cita-cita untuk berada di dalam masjid ketiga ummat Islam iaitu Masjidil Aqsa di Palestin yang kini dijajah rejim zionis laknatullah! Walau bagaimanapun, lawatan dan sebarang kunjungan ke sana setakat hari ini adalah dilarang HAMAS kerana ianya seolah-olah membenarkan yang Aqsa adalah milik zionis dan ianya menyumbang kepada dana penyumbang peluru-peluru membunuh saudara-saudara kita di sana. Boleh baca laporan penuh disini. Semoga kembara ini menjadi satu pengalaman berharga dalam meneruskan sunnah Rasulullah SAW yang menyeru supaya 'keluar' agar lebih memahami dan menghayati kisah-kisah INI SEJARAH KITA dan bukan sejarah-sejarah tipu yang kita pelajar melalui buku-buku teks yang telah dieksplotasi barat dengan berkesan!

Wallahua'alam. Segala penulisan yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik adalah dari Allah juga atas kelemahan hati ibu yang sentiasa ada jahiliyyahnya. Semoga para panglima dan srikandi Islam yang telah lahir dan bakal lahir keluar dari rahim ibu, bakal berjuang menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan seterusnya serata alam insyaAllah! Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan para panglima dan srikandi Islam yang terdidik di Bayt Al-Iman untuk terus istiqomah menuju Allah dan Rasul! Semoga Allah meredhoi segala usaha 'ereka yang lebih dahulu melalui jalan dakwah yang penuh cabaran. ISLAM PASTI MENANG!

9.5.12

EPISOD 28: SETELAH UMRAH

Hari 12, Jumaat
25 Rabiul' akhir 1433H : 23 Mac 2012
Malaysia

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Kita sampai di tol yang berdekatan pada waktu Subuh. Ayah dan tokwan solat dahulu dan ibu menyuap Muhammad bubur panas di bahu jalan perhentian tol tersebut. Nenek yang dijemput atok dan makngah pula terus balik kerana pakaiannya tidak suci untuk solat. Fuang juga ikut bersama mereka. Ayah, ibu, Muhamamd dan tokwan pula dijemput maklong. Sepanjang perjalanan kita semua tidur. Ibu sedar sesekali dan menoleh tokwan dan ayah di belakang sedang tidur ternganga. Penat yang teramat sangat. Ibu juga menjawab pertanyaan maklong antara sedar dengan tidak. Sedar-sedar kita sudah pun berada di hadapan Bayt Al-Iman kita kira-kira jam 8 pagi. Sebelum ibu terlupa, beg semasa balik telah 'beranak pinak' ;). Kurma, kismis dan barangan yang kita beli disimpan di suatu beg plastik besar dan tidak dilupai, kita pulang dengan 3 galen air zam-zam untuk ayah, ibu dan juga Muhamamd. Cenderahati dari travel agensi ;).

 2 galen masih belum diminum manakala yang satu lagi tinggal setengah digunakan Muhammad sebagai penawar ;).

Terpaksa
Memandangkan ayah dan ibu memohon cuti rehat khas (CRK) hanya 4 hari bermula isnin hingga khamis yang mana kalau diikutkan CRK ini tidak boleh diambil berderetan, namun atas budi bicara tuan guru besar dan pengetua serta kelulusan pihak jabatan hasil sokongan pihak pentadbir, Alhamdulillah CRK kami dilulusan dengan izin Allah. Semasa memohon cuti, jadual pernerbangan kita masih tidak berubah dan ianya berubah di saat-saat akhir. Lewat sehari. Mahu tidak mahu, ibu ayah terpaksa juga menghadirkan diri walau hanya untuk 'tunjuk muka'. Ayah dengan kudrat lelaki terus menggagahkan dirinya dengan terus bersiap dan ke tempat kerja. Manakala ibu memang tersangat letih dan berbaring di sisi Muhamamd. Bayangkanlah ibu ayah berhadapan dengan perjalanan yang penuh cabaran tanpa boleh rehat walau untuk terlelap melepaskan penat di dalam kapal terbang mahupun bas.

Pemanduan Mengantuk
Ibu sedar apabila Muhammad pula sedar dan merengek. Di sini ibu bagaikan ada 2 dunia. Satu masih di tanah arab, satu lagi di tempat kita. Minda masih terapung untuk menyesuaikan diri semula. Lebih kurang jam 1120 pagi barulah ibu bertolak ke tempat kerja bersama Muhammad. Hari ini hari Jumaat. Jadi, jam 12 tengah hari sudah tamat sesi. Keletihan ibu jelas mempengaruhi pemanduan. Bahaya memandu ketika penat dan mengantuk. Ibu cuba tahan mata pergi dan balik. Jam 12 tengah hari pula, kita balik semula. Hanya beberapa minit sahaja di tempat kerja ibu. Sampai sahaja depan pagar, Alhamdulillah selamat sampai kita. Lega ;).

3 Serangkai
Selepas solat Jumaat dan zohor bagi ibu, kita 3 beranak memang tidur pengsan tanpa sempat ibu membersihkan habuk yang ada di bilik yang ditinggalkan selama 12 hari. Kesihatan Muhammad semakin memburuk ketika ini. Kita semua dipilih Allah untuk menerima '3 serangkai' iaitu demam, batuk dan selsema. Bahagian ibu di Mekah lagi. Ayah dan Muhammad pula sebaik sahaja sampai di Malaysia. Ayah mula seram sejuk sejak di dalam bas dari KLIA menuju ke tol berdekatan tempat kita. Muhammad juga sama cuma tambah satu lagi iaitu semput. Menjelang malam, semakin kuat bunyinya. Ayah yang juga ada semput yang diwarisi Muhammad, segera membawa Muhammad ke hospital. Menurut ayah, ayah sudah tahu rasa azab semput. Kasihan Muhammad.

Tanggungjawab Sendiri
Demam Muhammad ketika itu adalah 40 darjah celcius. Memang panas dan selepas diberi sedut gas, Muhammad sepatutnya ditahan untuk bermalam di wad kerana menurut doktor, kesihatan Muhammad akan dipantau disamping akan memasukkan antibiotik ke dalam badan Muhammad. Ibu segera memanggil ayah diluar dan kami musyawarrah sekejap. Ayah dan ibu mengambil keputusan untuk membawa Muhammad balik dan di atas tanggungjawab ibu ayah sekiranya terjadi sesuatu. Ayah menandatangani borang pengesahan tersebut. Sebenarnya ibu dan ayah sama turut tidak larat. Kita semua memerlukan tempat yang selesa untuk berehat iaitu tidak lain, Bayt Al-Iman kita.

Alhamdulillah 6 Hari
Alhamdulillah dengan tunjuk ajar berpanjangan dari pengamal rki di tahfiz medik, Muhammad pulih dari demam dan selsema setelah 6 hari mendapat rawatan alternatif tanpa ubat moden dengan izin Allah. Cuma batuk tidak hilang lagi setelah 6 hari. Ibu ada catatkan perjalanan kenangan '3 serangkai' Muhamamd iaitu demam, batuk dan selsema di entry SUSU TERAKHIR & SUSU KAMBING. Ibu juga ada catatkan rawatan alternatif yang bagaimana kita amalkan dengan tunjuk ajar orang-orang alim berkenaan ubatan alternatif. Susu EBM Muhammad yang berbaki sebelum umrah, habis kesemuanya digunakan ketika Muhammad demam kali ini. Alhamdulillah hari isnin di rumah ummi walid yang juga mengamalkan ubatan alternatif, menyenangkan lagi tugas ibu dan sedikit sebanyak ianya memberi sedikit ketenangan ketika ibu bekerja. Ibu dan ayah perlu banyak menuntut daripada ummi walid Muhammad. Di rumah ummi inilah Muhammad mahu susu kambing karihome yang Muhammad tidak suka itu. Bagaimana ummi melakukannya? InsyaAllah ibu akan catatkan ilmu ummi di dalam suatu entry yang mana ibu mahu jurnalkan perjalanan penyusuan Muhammad yang setahun 7 bulan itu insyaAllah dengan izin Allah.

Foto ubat-ubatan alternatif dalam merawat Muhammad. Sama di entry SUSU TERAKHIR & SUSU KAMBING.

Catatan ini adalah nikmat ujian yang ditakdirkan oleh Allah setelah umrah buat kita sekeluarga. Bukan kita anak beranak sahaja, malah nenek dan tokwan serta jemaah lain juga tidak sihat sama seperti kita. Ada juga yang lebih lagi ujianNya. Sepasang suami isteri kehilangan kesemua tiga-tiga bagasi besarnya yang terisi kurma berkilo-kilo, jubah dan pelbagai lagi. Tidak tahu hilangnya dimana. Sama ada di lapangan terbang Oman ataupun KLIA. Ujian masing-masing. Setelah sebulan lebih balik dari umrah, barulah ibu merasa berada betul-betul di dunia yang nyata dan tidak diawang-awangan lagi. Alhamdulillah juga, disaat ini juga batuk yang setia menemani ibu dari tanah arab sehingga sebulan lebih setelah umrah, telah pergi berlalu meninggalkan ibu ;). Entry sebelum ini, ibu menyatakan insyaAllah ini adalah entry teakhir, namun ianya seakan tergantung tanpa membuat kesimpulan tentang dunia arab yang ibu lihat dan merasai sendiri pengalaman selama 12 hari perjalanan. InsyaAllah entry penutup sebagai kesimpulan KEMBARA CINTA AGUNG kita bakal menyusul kemudian insyaAllah dengan izin Allah!

8.5.12

EPISOD 27: JEDDAH - OMAN - MALAYSIA

Hari 11 & 12, Khamis & Jumaat
24-25 Rabiul' akhir 1433H : 22-23 Mac 2012
Jeddah - Oman -Malaysia

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Kita tiba di airport Oman sesudah subuh. Maknanya, kita perlu qada' waktu subuh dan ibu ayah ada solat menghormati waktu ketika Subuh di udara. Dalam perjalanan dari Jeddah ke Oman, ibu tidak berapa ingat bagaimana keadaan Muhammad. Namun apa yang pasti, badan Muhammad mula panas di airport Oman.

Tidak Mungkin Terlupakan
Satu yang paling ibu ingat dan tidak mungkin akan lupa selagi Allah masih mengurniakan ibu ingatan, Muhammad sangat kelaparan ketika itu. Ibu dan ayah segera menukar wang RM100. Tiada nasi putih, yang ada cuma nasi beriyani. Ayah dan ibu beralih pula di kedai kopi eksklusif yang mana di sana ada dijual roti-roti pelbagai jenis. Namun, ibu dan ayah merasa begitu hampa kerana Muhammad hanya menjamah sedikit sahaja. Bayangkanlah, sudahlah susu ibu tidak banyak atau mungkin tiada langsung pun, makan pula tidak mahu, ditambah lagi tahap kesihatan Muhammad yang sudah suam-suam panasnya.

Tidak Sanggup Menceraikan Susu
Sebelum kita bertolak umrah lagi, pada pendapat ayah, eloklah ibu ceraikan Muhammad dari susu badan memandangkan ianya tidak mengenyangkan malah kesakitan ketika Muhammad menyusu mungkin asbab tiadanya susu. Cuma, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya ibu untuk berdepan dengan kenyataan yang Muhammad perlu diceraikan dari susu badan. Ibu masih ingat Muhammad meraung di apartment di Mekah ketika semua orang sedang tidur. Hampir sejam sehingga tetidur sendiri. Namun ianya bukan yang terakhir kalinya. Apabila Muhammad menyusu sekalipun, Muhammad akan segea melepaskannya kerana mungkin tiada susu T_T. Ah! Sukarnya ibu menerima kenyataan yang satu ini.

Kritikal Momen
Kita berlepas dari Oman menuju ke KLIA setelah jamak qasar Zohor Asar. Sepanjang perjalanan 6,7 jam itu, Muhammad merengek, meraung dan pelbagai lagi yang pastinya mengganggu ketenteraman penumpang lain. Muhammad tersangat lapar. Memang sangat kasihan dan ianya merupakan kritikal momen buat ibu. Mahu atau tidak, ibu terpaksa juga menyusukan Muhamamd walaupun ibu tahu susu ibu tidak cukup malah mungkin tiada langsung T_T. Muhammad tidur sekejap dan bangun lagi untuk menangis dan meraung. Begitulah momen yang paling ibu tidak mungkin terlupakan. Terima kasih kepada pramugari dan pramugara Oman Airways yang sentiasa bertanya keperluan kita. Mereka membawakan nasi putih berlauk yang dihangatkan lebih awal dari masanya semata-mata memenuhi permintaan kami kerana Muhammad memang tersangat lapar T_T. Malangnya, Muhammad tidak mahu makan juga dan teruskan merengek mungkin asbab perut yang sudah masuk angin.

Naluri Keibuan
Semasa mengemas beg sebelum berangkat menunaikan umrah, hati kecil ibu sudah berbunyi supaya ibu membawa susu kambing karihome yang Muhammad tidak mahu langsung itu berserta botol susu. Namun, ibu melawan gerakkan hati ibu dangan mengatakan Muhammad tidak mahu susu tesebut dan tiada guna ibu memberatkan bagasi kita. Kebiasaannya sekiranya ibu mendapat lintasan sebegini, ibu perlu juga langsaikannya kerana apabila hari maju ke depan, ianya insyaAllah pasti ada gunanya. Apabila difikir semula, insyaAllah sekiranya ditakdirkan ibu membawa susu berkenaan, Muhammad insyaAllah terpaksa juga meminumnya asbab lapar keterlaluan. Namun, perancangan Allah itu Maha Hebat. Ini sebahagian ingatan buat ibu supaya lebih sensitif insyaAllah!

Udara Tidak Sihat
Udara di dalam kapal terbang sangat tidak bersih. Semua orang batuk bersahutan temasuklah ibu. Rata-rata jemaah kelihatan tersangat 'lepak'. Nenek pula sudah mula tidak sihat dan kelihatan lesu di kerusinya. Masing-masing dengan ujian yang tersendiri. Sampai sahaja di KLIA dan ketika melintasi penapisan tahap kesihatan, ibu dan ayah disuruh melaluinya sekali lagi. Rupa-rupanya Muhammad didapati demam sedikit dan kami dinasihatkan untuk membawa Muhammad ke klinik. Maka, perjalanan balik dari Jeddah, transit di Oman sebelum menuju ke Malaysia, bermulalah segala-galanya. Kebanyakkan dari kita yang sihat serta merta menjadi tidak sihat.

Oman menuju KLIA
Ibu Cuai!
Perjalanan dari Oman ke KLIA terasa begitu azabnya kerana ibu, ayah dan Muhammad masing-masing dalam ujian Allah. Sampai sahaja di KLIA ketika tengah malam, ibu segera menghubungi makngah dan meminta tolongnya untuk memasakkan Muhamamd bubur. Kita sampai di lebuhraya berdekatan tempat kita menanti bas untuk bertolak bersama jemaah umrah yang lain ketika mahu berangkat 12 hari yang lepas. Sama seperti perjalanan Oman ke KLIA, dari KLIA menuju ke rumah masing-masing, Muhammad masih menangis dan merengek yang tidak dapat dibendung. Sedih hati ibu wahai anak. Sebaik sampai di lebuhraya,  ibu segera menyuapkan bubur nasi yang dibawa makngah. Muhammad makan dengan penuh seleranya setelah seharian tidak makan 'menu' biasa Muhammad di Malaysia. Ibu tersangat sayu sehinggakan tidak mampu membendung air mata dari tumpah. Teresak-esak sehingga ditenangkan makngah. Ibu gagal dan cuai T_T.

Di dalam kapal terbang itulah kali terakhir Muhammad menyusu terus dengan ibu. Genap setahun 7 bulan. Itupun solusi terakhir yang terpaksa ibu dan ayah gunakan kerana mahu Muhammad senyap dari menangis berterusan. InsyaAllah ibu kembali mencatat di episod 28 yang merupakan episod terakhir untuk KEMBARA CINTA AGUNG kita insyaAllah pasti dengan izin Allah!

7.5.12

EPISOD 26: TAWAF WIDA'

Hari 10, Rabu
23 Rabiul' akhir 1433H : 21 Mac 2012
Makkah - Jeddah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Masa memang terlalu mencemburui kita. 10 hari yang terasa sangat padat dan cepat. Kita telah pun berada di penghujung KEMBARA CINTA AGUNG kita. Banyak lagi tempat yang sepatutnya diziarahi kita, namun Allah Maha Tahu kenapa kita tidak sampai di tempat-tempat tersebut. Alhamdulillah hanya sehari ibu demam dan kita ke Masjidil Haram buat kali terakhirnya ketika pergi menunaikan fardhu Asar dan melakukan tawaf wida' kemudiannya.

Tawaf Wida'
Tawaf Wida' adalah tawaf perpisahan yang wajib kita lakukan untuk meninggalkan Mekah sebelum berlepas pulang ke tanahair kita. Para jemaah umrah disuruh untuk siap berkemas dan pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf wida'. Selepas selesai membuat tawaf wida' dan berdoa di multazam (berhadapan pintu ka'bah sekiranya diberi kesempatan), para jemaah tidak boleh lagi membuat sebarang jual beli dan beberapa perkara lain. Maksudnya di sini, selepas tawaf wida', afdalnya kita akan terus keluar dari tanah haram.

Semua Mahu Tinggal Di Tanah Haram
Semasa melakukan tawaf wida', Muhammad ketiduran di dalam carrier bag yang dikendong ayah. Ada kain pelekat yang ayah gunakan untuk solat, ayah lipat dan lapikkan didada ayah sebagai bantal buat Muhammad. Kita pun mengelilingi ka'bah buat kali terakhirnya. Ibu hanya zikir pendek. Selebihnya ibu yang memegang hujung baju ayah, hanya melepas pandangan sayu ke arah ka'bah. Ya Allah mudahkan kami untuk ke sini dalam masa terdekat untuk haji diusia muda pula T_T. Sebaik menamatkan pusingan terakhir dan kita bergerak keluar dari laluan tawaf, ibu terasa seperti melanggar sesuatu benda yang lembut di kaki ibu. Begitu juga ayah. Rupa-rupanya yang lembut itu adalah kain pelekat ayah ;). Kain pelekat ayah juga mahu tinggal di sana sebagaimana stroller dan sandal ibu ayah sebelum ini ;). Pendek kata semua kenangan di tanah haram yang Allah pinjamkan diambilNya semula. Semuanya tidak mahu berpisah dengan tanah haram. Sayu bukan kerana harganya, tetapi nilai sentimentalnya yang begitu tinggi. Hanya Allah Maha Tahu kenapa wahai anak ;).

Bas Lewat
Bas sepatutnya sampai selepas semua jemaah umrah menamatkan tawaf wida'nya. Namun, ianya muncul selepas maghrib. Ada sedikit kekeliruan para jemaah di sini. Pada perancangan awal, kita akan solat jamak sahaja di lapangan terbang jeddah nanti, namun disebabkan kita belum keluar kawasan atau lebih tepatnya, masih berada diperkarangan apartment, ramai juga yang serba salah mahu solat dulu atau tidak sehingga ditegur banyak kali oleh pemilik hotel. Ibu terjemahkan bahasa arabnya mengikut kefahaman ibu. Tawaf adalah sunnah Rasulullah, solat adalah wajib untuk Allah. Lebih kurang begitulah. Si pemilik mahu menyampaikan yang solat itu wajib berbanding tawaf. Jemaah umrah kita difahamkan apabila sudah tawaf wida', maka tiada solat lagi selepas itu di tanah haram. Bagi yang faham, mereka akan solat maghrib seperti biasa sahaja. Kesukaran ketika ini adalah tempat solat. Ibu dan beberapa jemaah umrah yang lain solat di tempat makan apartment dengan membentangkan plastik hitam (plastik sampah yang besar) sebagai sejadah. Jemaah lelaki pula berjemaah di surau. Surau berdekatan tiada tempat solat wanita.

Dihalau Cleaner
Bas berkenaan sampai sebaik sahaja jemaah menghabiskan solat maghrib dan kita keluar dai tanah haram sebelum isyak. Jadi, jemaah bolehlah qasar iaitu memendekkan waktu isyak menjadi 2 rakaat. Perjalanan dari Mekah ke Jeddah hanya memakan masa sejam lebih sahaja. Jadual penerbangan kita adalah pada jam 240 pagi waktu saudi. Di sana setelah semua bagasi siap diurus, semua jemaah pergi ke suraunya untuk menunaikan solat isyak pula. Di tempat wuduknya juga sekali lagi kebanyakkan para jemaah diuji. Kali ini kami sering dimarahi cleaner yang begitu takut tandas dan tempat wuduk yang dalam jagaan mereka kotor. Ada yang dihalau dari tandas dan tempat wuduk di bahagian surau ketika sedang berwuduk kerana cleaner mahu membersihkannya termasuklah ibu. Sabar sahajalah.

Tidak Membeli-Belah
Wang saudi kita masih berbaki banyak. Di Mekah mahupun Madinah, kita tidak membeli belah. Ibu ayah hanya ada RM 2 ribu sahaja sebagai duit poket kita anak beranak dan persediaan untuk tokwan yang ditaja sepenuhnya oleh ibu dan ayah. Hadiah istimewa untuknya ;). Di Mekah, ayah sempat membeli beberapa helai jubah labuh yang berharga 10-15 riyal sehelai. Ibu pula hanya sekadar membeli stokin kait dan cenderahati buat adik-beradik ibu. Muhammad dan adik juga tiada apa-apa yang ayah dan ibu belikan. Cuma tokwan ada membelikan sepupu Muhammad di kampung ayah tetapi jubahnya terlalu kecil. Jadi, tokwan membeli yang baru untuk cucunya itu dan jubah seluar yang kecil itu rezeki Muhammad. Kebanyakkan wang kita habis untuk membeli makan di sana :). Fuang pula hanya berhabis RM300 sahaja. Nenek juga tidak membeli-belah dan banyak berbelanja makanan yang untuk dimakan setelah balik dari Masjid. Ada sahaja menu barunya ketika sampai di apartment yang kita juga akan merasa roti-roti berlainan rasa.

Kopi Dan Jam
Jadi, buat kali pertamanya ibu dan ayah membeli kopi panas yang mahal untuk menghabiskan baki wang tersebut. Secawan 7 atau 12 riyal. Ibu tidak berapa pasti. Muhammad sedang tidur ketika ini setelah kenyang makan bekalan makanan yang disediakan travel agensi sebaik turun bas. Kemudian, kita berjalan di sekitar kedai berdekatan di balai berlepas dan ayah berkenan dengan jam digital yang akan berbunyi ketika masuk waktu solat. Ayah sudah berminat sejak di Mekah lagi. Jadi, dengan baki wang tadi kita tambah RM5 untuk mencukupkan harganya SR165 jika ibu tidak silap. Tidak lama selepas itu, kita beratur untuk berlepas ke Oman pula.

Jam tangan alfajr.com. Jenis jam sebegini sesuai untuk riadhah.

Perjalanan dari Jeddah menuju ke Oman memakan masa selama 2 jam setengah. Ibu tamatkan catatkan ibu di sini dahulu. InsyaAllah ibu menyambung semula kembara hari ke 11 kita dari Jeddah ke Oman untuk transit beberapa jam. Di sinilah segala-galanya bermula ;). InysaAllah ibu kembali mencatat pasti dengan izin Allah!

6.5.12

EPISOD 25: HIKMAH UJIAN

Hari 9, Selasa
22 Rabiul' akhir 1433H : 20 Mac 2012
Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Balik dari membeli selipar adalah kemuncak ketidak laratan ibu. Sebelum ibu lupa, semasa menukar wang di Mekah, tukaran mata wang semakin meninggi walaupun hanya beza beberapa hari. Jika sebelum ini di Madinah RM 100 bersamaa 120 riyal saudi, di Mekah pula ianya meningkat iaitu RM100 bersamaan 116 riyal saudi. Kembali kepada tajuk, seingat ibu, kita tidak ke masjid untuk Maghrib dan Isyak kerana ibu mulai seram sejuk. Apabila nenek datang ke bilik kita dan merasa dahi ibu, memang sah ibu demam. Ianya berlarutan sehingga keseluruhan hari ke-9. Keseluruhan hari ke-9 di sana, kita duduk di bilik sahaja menanti ayah yang membawa makanan naik ke bilik. Menurut nenek, demam seringkali dikaitkan 'tidak baik' untuk ibu hamil kerana dikhuatiri memberi implikasi kepada air ketuban. Wallahua'alam. Biarlah Allah yang menjaga adik ;).

Dalam bas ketika sesi ziarah pertama. Jubah seluar Muhammad versi 'asbol' (asal boleh) yang ibu jahit sendiri ;).

Lepak
Subuh pula, ibu cuba gagahkan diri seperti biasa untuk qiam di masjid sehingga menanti subuh, namun kudrat ibu tidak mampu melawan lemah badan yang keterlaluan ketika itu. Muhammad dan ibu tidur sehingga tengah hari. Bayangkanlah dua beranak yang begitu 'lepak'sehingga tertidur sedemikian rupa. Bangun untuk solat sahaja. Muhammad pula bagaikan membayar hutang tidur sepanjang 8 hari perjalanan kita. Hampir Zohor barulah Muhammad sedarkan diri. Di sini pada ibu adalah anugerah Allah disebalik nikmat ujian. Allah datangkan demam buat ibu supaya Muhammad cukup rehat untuk menempuh sekali lagi perjalanan yang panjang untuk balik ke Malaysia nanti. Ayah pula mengambil peluang untuk mengerjakan umrah untuk kali ketiganya. Hanya sebelum Zohor iaitu selepas menamatkan tertib terakhir umrah, muncul ayah di bilik sebelum bersiap sedia semula ke masjid menunaikan solat zohor.

Tempat biasa kita di tingkat 1 ;).

Secara keseluruhannya, hari ke-9 adalah hari 'betapa' buat kita. Semasa Asar ibu mahu mengikut ayah ke masjid, namun rehat itu lebih perlu untuk ibu mengumpul sisa-sisa tenaga yang ada untuk tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) pula keesokan harinya. Jadi, ibu akur untuk rehat sepenuhnya supaya ibu mampu melakukan tawaf wida' keesokan harinya. Walau bagaimanapun, kurniaan kembara ini memberi impak dari segi kesihatan buat ibu. Jika dahulu ketika mengandungkan Muhammad, baru 4 bulan, kaki ibu sudah bengkak. Namun hamil kali ini walau sudah masuk 7 bulan lebih ketika ini, Alhamdulillah kaki ibu masih belum bengkak mungkin asbab perjalanan jauh berulang-alik pergi dan balik Masjidil Haram. Cumanya, hamil kali ini kulit ibu sangat sensitif. Walaupun anak yang keluar dari rahim ibu yang sama, pembawakan si anak walau ketika si ibu sedang hamil tetap berbeza. Agungnya ciptaan Allah dalam mencipta kebelbagaian watak setiap makhluk ciptaanNya ;). InsyaAllah ibu kembali mencatat untuk suasana hari ke-10 iaitu hari terkahir kita di Masjidil Haram insyaAllah pasti dengan izin Allah!

4.5.12

EPISOD 24: MASJIDIL HARAM

Hari 8, Isnin
21 Rabiul' akhir 1433H : 19 Mac 2012
Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Balik dari ziarah kedua kita ke Arafah, Muzdalifah dan Mina di entry Imaginasi Haji yang lepas, ibu memang tersangat letih sehingga tidak mampu untuk berjalan ke masjid untuk Zohor. Hanya ayah sahaja yang memang penuh berjemaah di Masjidil Haram tanpa ponteng walaupun jarak pejalanan memang jauh. Mudah-mudahan 'hati masjid' seperti ayah yang mana pemuda yang hatinya terpaut kepada masjid termasuk di dalam 7 golongan yang menerima arash Allah di padang mahsyar nanti, dicontohi oleh panglima-panglima Allah yang telah dan bakal keluar dari rahim ibu insyaAllah! Ibu duduk di majlis ilmu pagi tadi untuk yasin dan tazkirah 7 golongan yang dijanjikan perlindungan Arash Allah di padang mahsyar nanti.

Asar
Alhamdulillah dengan sisa kekuatan yang ada, ibu gagahkan kaki untuk Asar pula. Mengenangkan amat rugi untuk tidak ke Masjidil Haram walau untuk iktikaf yang entah bila lagi ada rezeki kita ke sana. Dengan usia kandungan yang telah 5 bulan setengah ketika itu, matlamat ibu tidak menggunung tinggi untuk solat di hijir ismail, mengucup hajaatul aswad mahupun membuat umrah berkali-kali. Apa yang ibu set sejak awal hanya untuk iktikaf disamping mengenangkan Muhammad dan adik. Biarlah Muhammad dan adik berlama-lamaan di dalam masjid supaya cinta akan masjid telah sebati sejak di alam rahim ibu lagi insyaAllah!

Mekah vs Madinah
Apabila dibandingkan Mekah dan Madinah, benarlah apa seperti yang didakwa blogger-blogger yang pernah ke sana bahawa Madinah lebih tenang berbanding Mekah. Patutlah juga Prof. Kamil memilih Madinah sebagai tempat menetapnya. Suasana Madinah dan Mekah memang berbeza. Sekiranya menyoroti sirah kita, dakwah awal Rasulullah SAW sememangnya tidak diterima di Mekah dan hanya segelintir yang beriman walau Baginda telah berdakwah 13 tahun lamanya menanam iman dan taqwa. Kemudian, Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan tertubuhnya sebuah kerajaan pertama di dunia ini dengan mudah. Setelah itu, barulah tertubuhnya sebuah negara di Mekah. Oleh sebab itu Madinah mendapat jolokan kerajaan pertama manakala Mekah pula disebut sebagai kota yang tertua di dunia. Jadi, tidak pelik sekiranya atok Oman yang kita temui di dalam kapal terbang mengatakan orang Madinah adalah orang terbaik di dunia. Bahasa dan riak muka mereka lebih halus melambangkan keterikatan yang begitu erat antara Ansar dan Muhajirin ketika hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Ka'bah
Walau bagaimana tenang sekalipun di Madinah, Mekah tetap lebih istimewa kerana di sanalah tempat perhimpunan ummat Islam di seluruh dunia dengan niat semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Binaan gah ka'bah pasti memukau sesiapa sahaja yang datang. Rumah Allah yang merupakan kiblat ummat Islam diseluruh dunia pasti menggamit-gamit jemaah untuk datang lagi dan lagi tanpa jemu. Cuma satu yang perlu kita pasti, ka'bah hanya suatu binaan dan bukan sembahan. Ibu teringat yang di atas langit juga terdapat Baitullah yang dipanggil Baitul Makmur untuk para Malaikat. Sahabat ibu di Gombak yang mana keluarganya biasa menunaikan umrah ketika bulan puasa yang mana ganjarannya seolah-olah mengerjakan ibadat haji, memberitahu yang pada malam lailatul qadar, langit di atas ka'bah terbuka dan memancarkan cahaya yang berkilau-kilau yang tidak pernah dilihat abangnya yang ketika itu menunaikan umrah dan segera menghubunginya di Malaysia untuk siap menyambut lailatul qadar. InsyaAllah itulah malam lailatul qadar yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam. Mungkin kilauan cahaya yang berwarna-warni memukau indah itu adalah malaikat-malaikat yang turun ke bumi. Subhanallah!

Aduhai! Rindunya ya Allah!

Keistimewaan Mekah
Masjidil Haram terlalu banyak barakahnya. Bayangkanlah masjid pertama ummat Islam. Ibu tidak berhajat untuk menceritakan secara details sejarah pembinaannya dari semasa ke semasa sehinggalah hari ini. Apa yang pasti kerajaan Saudi terus menerus melakukan pengubahsuaian demi keselesaan jemaah. Terbaru, kawasan tawaf akan dibesarkan lagi seperti mana yang diwar-warkan oleh berita baru-baru ini. Sekali lagi tanpa jemu ibu sertakan kajian dari sudut saintifik berkenaan ka'bah yang pernah ibu kepilkan di entry UMRAH PERTAMA sebelum ini. Antaranya keistimewaan Mekah dan Ka'bah:

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Selipar/Sandal Baru
Selepas Asar, kita berjalan pulang ke apartment dan singgah di sebuah kedai yang menjaul kasut. Aduhai harganya. Si peniaga yang boleh berbahasa Melayu kita mengatakan ayah BELIT dan ibu TIDAK BELIT. Sahaja untuk mengambil hati. Bayangkanlah selipar yang umpama selipar jenama crocodile ibu yang dibeli dengn haga 40 ringit lebih yang hilang tempoh hari, berserta dengan selipar untuk ayah, semuanya adalah 150 riyal saudi dalam keadaan kualiti seperti selipar crocodile ibu yang hilang itu. Si peniaga sempat menjeling kasut kulit yang sedang ibu pakai sambil berkata sesuatu kepada pekerjanya. Ayah pula hanya berselipar tandas, pinjam daripada fuang. Penghabisan tawar menawar, kami perlu bayar 100 riyal untuk selipar dan sandal ayah yang menurutnya diperbuat daipada kulit unta. Kata dia daripada kulit unta ;). Alhamdulillah ada juga selipar atau sendal yang selesa buat ibu dan ayah.

Kenangan Makkatul Karamah yang masih ada sehingga kini ;).

Hari ini hari ke-8. Maghrib nanti masuk pula hari ke-9 kembara kita di tanah haram. Hari ke-10 selepas jamak qasar zohor dan asar di dalam waktu zohor, kita akan terbang semula ke tempat kita. Begitu padat dan singkatnya masa berlalu selama 10 hari itu, rasa ingin pergi lagi ;). Masuk hari ke-9, ada lagi nikmat ujian yang menanti ibu. Namun, ibu cukup percaya dengan segala ketetapan Allah itu ada hikmahnya. InsyaAllah ibu kembali mencatat kembara kita di episod akan datang insyaAllah pasti dengan izin Allah!

3.5.12

EPISOD 23: IMAGINASI HAJI

Hari 8, Isnin
21 Rabiul' akhir 1433H : 19 Mac 2012
Arafah-Muzdalifah-Mina, Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul :)
Imaginasi haji? :) Alhamdulillah walaupun permintaan mengerjakan haji diusia muda masih belum menjadi takdir kita, namun Allah itu Maha Penyayang. Belum haji namun Allah sudah memberi nikmat melihat sendiri tempat-tempat yang menjadi syarat wajib haji antaranya Muzdalifah, Mina dan juga tempat monumen simbolik cinta Adam dan Hawa iaitu di Jabal Rahmah yang terletak di Arafah. Tempat pertama yang kita tuju untuk ziarah sesi kedua kali ini adalah Jabal Rahmah yang  terletak dibahagian timur padang Arafah.

Arafah
Arafah adalah sebuah padang pasir yang terletak kira-kira 25km dari sebelah timur luar kota Mekah. Di sinilah ummat islam menunaikan rukun wukuf pada musim haji. Pada hari-hari biasa padang pasir ini tiada penghuni. Sepanjang perjalanan ziarah kedua kali ini, padang pasir di sana telah ada tumbuhan-tumbuhan hijau. Ajaib bukan? Ini kerana bersebelahan pokok-pokok berkenaan terdapat pili paip yang mana airnya sentiasa mengalir ;). Awas! semasa berihram dilarang sama sekali memetik daun mahupun mematahkan dahan kayunya dan jika melakukannya, damlah jawabnya. Kita juga berpeluang menyaksikan pembinaan moneral yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 yang mana ianya akan menghubungkan kota Mekah, Arafah, Mina dan Muzdalifah. Mengikut rancangan kerajaan Saudi, 4 landasan moneral akan dibina dan dijangka menelah belanja 7 bilion riyal saudi atau RM7 bilion.

Jabal Rahmah- Doa Bertemu Jodoh
Menurut mutawwif, jabal bererti gunung atau bukit manakalah rahmah ialah kasih sayang. Bukit kasih sayang. Ini kerana menurut riwayat, setelah 40 tahun Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah telah mempertemukan mereka di atas bukit ini. Terdapat 168 anak tangga untuk naik ke puncaknya. Puncaknya terdapat tiang bersegi empat yang berukuran 8 meter tinggi dan 1.8 meter lebar pada setiap sisinya. Puncaknya cukup luas serta dikelilingi oleh dinding yang mempunyai ketinggian 57 cm. Menurut mutawwif lagi, jabal rahmah adalah tempat berdoa untuk jodoh. Ianya tiada dalam hadis pun untuk mengesahkan kesahihannya. Mutawwif yang ibu lupa namanya sempat berseloroh yang mana apabila suaminya berdoa dengan bahasa arab untuk berkahwin dua dan isterinya yang tidak pandai bahasa arab hanya mengaminkan tanpa tahu isi doa suaminya. Sebelum balik dari umrah, tahu-tahu si isteri telah dimadukan sebab istei pertama yang telah memberi keizinan dangan doanya tadi di jabal rahmah :). Jemaah lelaki memang sukalah apabila gurauan melibatkan fitrahnya termasuklah pakcik-pakcik dalam bas kita di sana ;). Jabal rahmah menjadi bukti dari kasih sayang Allah kepada hambaNya yang bertaubat setelah memberikan hukuman sekian lama atas kesalahan yang dilakukan. Adam bertaubat sepanjang hidupnya sehingga Allah mengabulkan permohonan dan permintaannya untuk dipertemukan dengan Hawa.

Monumen simbolik cinta Adam dan Hawa. Kota Cinta Kita (ala-ala Kota Paris ;).

Istikhorah
Muhammad masih ingat 2 orang adik-beradik yang sangat suka menyakat Muhammad kerana gemar melihat Muhammad malu-malu? ;) Suami si kakak, seorang navy dan tidak diizinkan untuk ikut serta dalam umrah ini.  Kakak pula sedang hamil yang mana anak sulungnya insyaAllah sebaya dengan adik Muhammad. Jadi, tidaklah dia larat sebagaimana ibu untuk mendaki si bukit kasih sayang ini. Si adik yang 20 tahun itu pula ada hajat berserta ibunya merupakan ibu tunggal di Jabal Rahmah ini. Paling kelakar apabila si adik yang kita panggil angah dan ibunya, mendaki Jabal Rahmah tanpa menaiki tangga kerana tidak ingat akan tangga walhal ibunya sudah beberapa kali menunaikan umrah. Gelak ibu mendengar cerita si dua beranak ini. Ibu sempat juga menyuruh angah membuat solat istikhorah dan bukan semua solat istikhorah itu alamatnya dalam bentuk mimpi. Kadang-kadang Allah membei ketenangan dalam pemilihan kita. Ibu juga seorang yang tidak pandai membuat keputusan. Jadi, insyaAllah istikhorahlah solusinya. Ibu memberi gambaran kepadanya, boleh jadi orang itu tidak sesuai dengan kita dan dengan asbab istikhorah, Allah menzahirkan segala ketidak suaiannya berdamping dengan kita. Banyak perlakuan-perlakuannya yang membuatkan kita semakin tawar hati dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Boleh jadi pula, banyak perlakuan baik dia yang disorokkannya, terbongkar dan ianya cukup melapangkan hati. InsyaAllah hamba bertanya meminta kepastian, pasti Allah bantu merungkai kebuntuan. Percayalah hanya kepada keputusan Allah insyaAllah!

Stokin, Kasut Kait Murah
Sekali lagi, kita tidak mendaki bukit kasih sayang ini termasuk ayah kerana ibu dan Muhammad lebih utama untuk dijaga keselematannya. Kita terlepas melihat hamparan Arafah dari puncak jabal rahmah. InsyaAllah ada rezeki lagi pasti kita akan ke sana lagi ;). Kita hanya berjalan-jalan di kaki jabal rahmah sahaja untuk merakam kenangan. Di kaki bukit ini juga terdapat banyak penjaja yang menjual sepertimana di sepanjang jalan ke masjidil haram. Ibu tertarik dengan stokin kait yang tidak pernah ibu jumpa di Madinah mahupun kota Mekah. Ibu sempat membeli 4 pasang stokin kait dengan tujuan dipakai semasa berpantang nanti dengan harga 5 riyal setiap pasang. Ibu juga sempat membeli stokin yang umpama kasut yang juga berkait sebanyak 2 pasang yang berharga 15 riyal jika ibu tidak salah ingat. Harga di Malaysia ibu pasti, pastinya berbelas ringgit mahupun berpuluh ringgit sepasang. Namun, sampai sahaja dirumah nenek, kakak-kakak ibu yang sama sukakannya mengambil seorang satu. Cantik katanya ;). Kita juga membeli kurma bagi menampung kurma-kurma yang sedia ada yang dibeli di Madinah sebelum ini.

Stokin kait yang tinggal untuk ibu berpantang.

Caj Foto Mahal
Sebelum turun bas, mutawwif telah mengingatkan supaya berhati-hati dengan peniaga gambar jalanan yang mana mereka menjual foto yang mereka ambil dengan kamera mereka sendiri dengan harga yang agak mahal. Ada juga unta yang disediakan untuk bergambar. Harga sekeping foto yang menggunakan kamera mereka adalah berbelas riyal jika ibu tidak silap manakala upah untuk mereka mengambilkan foto menggunakan kamera kita sendiri, mencecah 5 riyal menurut mutawwif. Jadi, semua jemaah turun dari bas dengan pilihan sendiri. Kita pula seperti biasa hanya menggunakan kamera handphone cap kapal layar kita dengan meminta bantuan seorang pakcik dari kalangan jemaah umrah kita.

Muzdalifah
Kemudian, kita dibawa menyusuri jalan-jalan di Musdalifah dan Mina serta tempat melontar jamrah. Semuanya dari bas sahaja asbab kesuntukkan masa mungkin. Tenaga ibu pula semakin merundum. Badan mula untuk suam-suam ketika ini. Letih ibu hamil mungkin ;). Nama Muzdalifah diambil sempena manusia yang berkunjung ke sana pada permulaan malam ataupun tengah malam dan mereka semua akan keluar secara serentak menuju ke Mina. Para jemaah haji digalakkan dengan ibadat-ibadat seperti zikir, takbir dan tahlil mengtauhidkan Allah. Pendek kata muzdalifah adalah tempat bermalam jemaah haji dari Arafah menuju ke Mina. Di sinilah jemaah digalakkan mengambil batu-batu kerikil pada malam 10 zulhijjah untuk melontar jamrah di Mina nanti.

Muzdalifah. Foto ehsan google disini.

Tentera Bergajah Abrahah
Ada peristiwa penting berlaku di Muzdalifah iaitu pada tahun 570M, tentera bergajah Abrahah yang datang dari Yaman ingin menghancurkan masjidil haram di Mekah telah dihancurkan oleh sepasukan burung yang diutus Allah untuk menghancurkan tentera bergajah. Setiap burung membawa 3 biji batu. Satu di paruhnya manakala 2 yang lain berada di kakinya. Tentera bergajah dikalahkan dengan sepasukan burung membawa batu yang kemas terakam di dalam surah Al-Fil ayat 1-5.

1. Apakah kamu tidak melihat apakah yang Allah lakukan terhadap tentera bergajah?
2. Allah menjadikan pekerjaan mereka itu sebagai sia-sia.
3. Dan Allah mengirimkan kepada mereka burung ababil yang berbondong-bondong.
4. Kemudian Melontarkan mereka dengan batu panas yang berasal dari sijjil.
5. Lalu jadilah mereka seperti daun yang dimakan ulat.

Asbab peristiwa ini kita disunatkan mengutip 7 biji batu untuk melontar Jamrah Aqabah pada siang 10 zulhijjah tetapi jemaah haji selalu dinasihatkan untuk mengutip 70 biji batu untuk persediaan awal 11, 12 dan 13 Zulhijjah nanti kerana kita difahamkan agak payah untuk mencari batu di Mina nanti.

Mina
Di Mina, jemaah haji akan melontar Jamrah Qubra (wajib haji) pada siang 10 Zulhijjah dan selepas itu mereka bercukur atau bergunting rambut (rukun haji) untuk tahallul awal. Selepas itu, jemaah lelaki sudah keluar dari ihram dan boleh memakai pakaian selain pakaian ihram. Mereka akan tinggal di Mina ini selama 3 hari lagi untuk bermabit dan melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Selama di sini mereka digalakkan menyembelih binatang qurban, membaca al-Qura, berzikir, melakukan solat-solat sunat dan sebagainya. Kebiasaannya menyambutnya sebagai Hari Raya Qurban atau Aidiladha. Tempat ini dinamakan Mina kerana banyak darah korban yang ditumpahkan di sini.

Khemah kalis api di Mina.

Miqat Ji'ranah
Sebenarnya, ziarah kali ini ibu amat letih dan kebanyakkannya mata ibu hanya mampu terpejam. Sekali lagi kita tidak singgah di Masjid Ji'ranah ini untuk niat dan solat sunah ihram. Ji'ranah meupakan miqat umrah paling afdal di Mekah kerana sirah menunjukkan Rasulullah SAW berniat ihram di sini selepas Ghazwah (peperangan) Hunain yang berlaku antara tentera Islam dan kaun Hawazin dan Tsaqif. Rasulullah SAW berkhemah di sini untuk membahagikan harta rampasan perang.  Peperangan Hunain ini Allah rakamkan di dalam Suat At-Taubah ayat 25-26. 

25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai orang-orang mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu ketika kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu,maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dan bercerai-berai.

26. Kemudian Allah memberi ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah telah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikian pembalasas kepada orang-orang yang kafir.

Menurut pembacaan ibu, Ji'ranah adalah nama seorang perempuan yang dungu dari kaum Bani Tim yang telah memasukkan racun ke dalam perigi di situ. Lalu, Baginda Rasulullah SAW telah meludah ke dalam perigi tersebut sebagai penawar kepada racun yang dimasukkan oleh Ji'ranah. Dengan kuasa Allah asbab ludahan Baginda, air perigi tersebut dapat menyembuhkan pelbagai penyakit bagi peminumnya. Malangnya, tiada lagi perigi tersebut pada hari ini kerana kerajaan Saudi bimbang perkara tersebut menjadi khurafat. Wallahua'lam.

Masjid Ji'ranah. Foto ehsan google disini.

Alhamdulillah seperti biasa, kita sampai di apartmen sebelum Zohor bagi memudahkan jemaah yang ingin menunaikan umrah supaya siap sebelum Zohor. Sepanjang perjalanan balik, mutawwif ada menunjukkan beberapa tempat sejarah lainnya antaranya Jabal Nur iaitu tempat turunnya wahyu pertama, Al-'Alaq: 1-5, perkuburan ma'ala yang menempatkan ummul mukminin, Siti Khadijah ra, isteri pertama Rasululah SAW yang melahirkan zuriat Rasulullah SAW seramai 6 orang dari 7 orang anak Rasulullah SAW keseluruhannya serta banyak lagi yang ibu tidak mampu rakam dengan baik lagi ketika itu asbab keletihan yang teramat sangat. Waktu Zohor pula, ibu, Muhammad dan adik tidak ke masjid. Hanya ayah sahaja. Kita ke masjid pada waktu Asar. InsyaAllah ibu kembali mencatat KEMBARA CINTA AGUNG kita untuk episod seterusnya insyaAllah pasti dengan izin Allah!

1.5.12

EPISOD 22: BILIK AIR

Hari 7, Ahad
20 Rabiul' akhir 1433H : 18 Mac 2012
Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul :)
Alhamdulillah kita ke masjid semula pada waktu asar. Kali ini ayah menggunakan baby carrier untuk mengendong Muhammad. Sebenarnya selain stroller, ibu ada membawa sama baby carrier dan beg yang punya tali untuk mengawal. Beg bertali tersebut bagaimanapun tidak disukai Muhammad. Muhammad akan menangis apabila ibu memakaikannya untuk tujuan ibu boleh solat berjemaah bersama. Sama seperti beg bertali tadi, Muhammad juga tidak suka dimasukkan ke dalam baby carrier. Namun Alhamdulillah, selepas ketiadaan strolller, Muhammad memberi kerjasama yang baik sepanjang perjalanan pergi dan balik masjid dengan menggunakannya. 

Keperluan Muhammad yang ibu bawa. Stroller, baby carrier dan little buddy-Batman Backpack with Parent-Child-Link. Semua foto ehsan google. Ibu kemalasan ;). Beg batman tersebut ibu gunting kepaknya atas arahan ayah dan ibu menjahit getah kain yang mencantumkan tali di bahagian dada supaya Muhammad payah menanggalkannya selain menjahit terus tali dengan bag tersebut sebagai ciri keselamatan.

Tawaf Sunat
Selepas asar, kita mengerjakan tawaf sunat. Ini adalah kali pertama buat ibu tetapi berkali-kali buat ayah, Waktu ini waktu padat. Ibu pula terpaksa melebihkan satu pusingan lagi kerana terkeluar anak rambut. Begitu juga keadaannya ketika umrah kedua lepas. Kita perlu melebihkan satu lagi pusingan kerana ibu juga T_T. Terselak lengan yang mana sarung lengan ibu tidak terletak kemas dipergelangan tangan ketika melambai di Rukun Hajar Aswad. Kasihan ayah yang mengendong Muhamamd yang sedang tidur ketika itu disamping membawa beg sandang yang mengisi keperluan seperti botol air, pampers Muhammad dan sebagainya. Depan dan belakang penuh sesak T_T. Ibu pula hannya mampu membawa adik. Selalunya waktu yang tidak ramai orang adalah selepas Subuh lebih kurang waktu dhuha sehingga Zohor menurut nenek dan ayah yang kerap juga melakukan tawaf sunat apabila kita tidak ikut bersamanya. Mereka sempat sampai di hijir Ismail. Sekali lagi Allah takdirkan ayah berpeluang solat di dalam zon makbul doa iaitu Hijir Ismail. Pengorbanan ayah buat kita yang Allah balas ;). Nenek dan fuang pula sudah sampai tetapi tidak dibenarkan masuk kerana Hijir Ismail sedang dibersihkan. Muhamad, ibu dan adik pula? Lihat sahaja rumah Allah lama-lama. Walau hanya memandang, Allah juga mengurniakan rahmat seperti yang dijanjikanNya insyaAllah!

Hijir Ismail antara tempat mustajab doa. Foto ehsan google disini.

Cabaran Membawa Anak Kecil
Kami bercadang untuk terus iktikaf sehingga isyak ketika itu. Cabaran membawa anak kecil di masjid ini adalah apabila anak-anak membuang air besar mahupun mahu menukar lampin memandangkan bilik airnya terletak di bawah tanah berdekatan pagar masuk ke masjid. Ibu sempat juga turun ke bawah dengan menggunakan tangga bergerak sebanyak 2 kali. Semasa di Madinah, Masjid Nabawi dan hotel kita berdekatan dengan masjid. Jadi, ibu tidak ke bilik air bawah tanahnya. Di Mekah pula apartment kita terletak agak jauh. Jadi, solusinya ialah ibu akan ke tandas dahulu dan ayah akan menguruskan Muhammad di bawah selepas ibu selesai. Ibu tunggu diperkarangan masjid yang berdekatan dengan bilik air. Apabila Muhammad sudah selesai, giliran ayah pula. Memang agak mencabar membawa anak kecil yang tidak pandai mengurus diri lagi namun Alhamdulillah ayah dan ibu mampu sekadarnya menanganinya dengan izin Allah.

Tidak Beratur
Sekali lagi di bilik air wanita ada lagi ujian sepertimana kisah dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah sebelum ini. Kita biasa beratur menanti giliran. Selepas membereskan apa yang patut, ibu ke tempat wuduk dan beratur. Tiba-tiba datang seorang yang berpangkat makcik meletakkan barangnya dan segera duduk seakan memeluk orang yang sedang berwuduk tadi. Ibu masih boleh sabar dan beransur ke deretan yang  lain. Selepas orang yang dihadapan ibu selesai berwuduk, dia menarik tangan ibu memandangkan ada seorang lagi makcik yang memang tidak pandai beratur. Ibu segera duduk ditempatnya tadi dan berwuduk. Apa yang memeranjatkan dan angin panas ibu sudah sampai di kepala, si makcik tadi menadahkan tangannya di atas tangan ibu yang sedang menadah air untuk berwuduk. Tadah atas tadah. MASYAALLAH! MASYAALLAH! Ibu separa menjerit dengan suara yang hampir tiada asbab batuk sebagai tanda protes. Ibu melihat tajam makcik itu sekali lagi. Boleh ya dia buat sedemikian rupa? Selepas itu, dia beredar memandangkan ibu dipihak benar yang beratur. Sifat ibu pula memang keras. Sekali dua masih boleh diampunkan, masuk kali ketiga perlu juga diajar supaya lebih menghormati orang lain. Jangan memikirkan kesenangan sendiri sahaja.

HALAL vs HARAM
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian yang sedang ibu ingat, ibu catatkan disini sahaja. Segelintir mereka suka meletakkan harga sesuka hati. Pernah terjadi harga semasa pergi ke masjid lain dan balik dari masjid juga lain. Kebiasaannya mereka akan tanya HALAL? Menunjukkan apakah kita bersetuju dengan harga mereka, cara mahu menjawab yang kita tidak setuju dengan harga mereka adalah dengan menjawab HARAM! Mereka kebiasaannya akan bertanya berapa harga yang kita boleh. Kita terkena hari pertama sampai di Mekah. Memandangkan baju kita anak-beranak sudah semakin menyusut dan apartment yang kita diami tidak seperti dalam jangkauan fikiran, amat payah juga mahu mencuci dan menyidai pakaian. Jadi, ibu ayah terpaksa juga menghantar dobi yang bedekatan. Terkejut ayah dibuatnya. Hanya untuk beberapa helai baju kita, caj yang dikenakan lebih kurang 90 riyal saudi. Dahulu musim hujan di Malaysia, nenek pernah menghantar pakaian yang lebih banyak daripada itu namun cajnya hanya RM30 lebih sahaja. Keesokkan harinya, pekerja lain yang menerima bayaran daripada ayah amat terkejut dengan harga yang berkali lipat tersebut. Ketika itu kita baru sahaja dan belum begitu pandai dengan sifir peniaga-peniaga di sana. InsyaAllah ini semua kurniaan Allah supaya kita belajar dan terus belajar berhadapan dengan manusia yang pelbagai kemenjadiannya.

Wuduk
Berbalik kepada kisah bilik air seperti tajuk catatan ibu hari ini, bagaimana pula sekiranya terbatal wuduk hanya kerana terkentut? Amat payah juga mahu meredah perjalanan menuju ke bilik air bawah tanah lebih-lebih lagi yang begitu mudah melepas angin. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar 2 rakan ibu yang pernah ke sana, mereka menyuruh supaya dibawa botol air kosong. Untuk minum dan mengambil wuduk. Kebiasaannya lelaki mudah untuk mengambil wuduk. Mereka hanya pelu ke air zam-zam yang berkepala paip sebagai contoh ditempat saie tingkat 1. Tempat minumnya di situ umpama sinki membasuh tangan kita di medan selera. Bagi wanita pula yang perlu menjaga aurat, selalunya ayah yang akan mengisi botol atau mengambilkan segelas plastik yang disediakan pihak masjid dan membawanya kepada ibu disudut-sudut tertentu di dalam masjid yang sesuai untuk berwuduk. Ambil wuduk untuk anggota 4 yang wajib sahaja iaitu muka, tangan hingga ke siku, rambut dan kaki sahaja secara tertib dengan sekali sapuan rata. Tidak dilupakan tuala kecil sebagai tempat tadahan wuduk sekiranya tidak menjumpai tempat yang sesuai untuk berwuduk di dalam masjid. Selalunya ayah akan mengawal lalu lintas dan ibu akan berada dibawah telekung yang umpama khemah ketika bewuduk ditempat awam sebegitu.

Tempat wuduk yang berdekatan pagar utama masjidil haram lebih sesuai untuk lelaki. Foto ehsan google disini.

InsyaAllah ini sebahagian tips untuk persediaan mental para jemaah yang belum ke sana. Mudah-mudahan bayangan ini mampu menyediakan ibu ayah yang akan membawa anak kecil dan memberi sedikit gambaran wuduk ringkas memandangkan bilik airnya yang jauh. Pernah juga ibu terfikir kenapa tidak dibuat sahaja bilik air untuk menukar pampers anak, kajian pendek ibu mendapati, disiplin setiap orang itu tidak sama. Lihat sahaja disiplin mengambil wuduk tadi. Perkara remeh sebegitu pun kita tidak mampu memberi kerjasama, apatah lagi sekiranya bilik menukar pampers tadi ada. Rata-rata orang arab suka kita yang dari asia. Malaysia bagus kata mereka ;). Alhamdulillah dan insyaAllah jemaah dari Malaysia dan Indonesia biasanya cool dan sungguh berdisiplin. Tidak merempuh semata-mata mahu mengucup hajaratul aswad, tidak menjerit-jerit, pendek kata jemaah dari Malaysia mahupun Indonesia mengerjakan ibadah umrah dengan begitu berdisiplin sekali ;). InsyaAllah episod akan datang ibu catatkan ziarah kedua kita di tanah haram Mekah insyaAllah pasti dengan izin Allah!