29.6.11

KREDIT & DEBIT HADIAH

Kredit debit hadiah? Alhamdulillah petang tadi sebaik segala persoalan terungkai baik, kami pun singgah di pejabat pos untuk pos hadiah 3 komenter bertuah giveaway. Giveaway mengejut Bayt Al-Iman baru-baru ini. InsyaAllah ianya sampai beberapa hari lagi dengan izin Allah kerana hanya menggunakan pos domestik biasa. Jadi, ini namanya kredit hadiah ;)

Debit hadiah pula, sebaik sampai rumah, saya mendapat panggilan daripada pihak GDex courier untuk penghantaran barang. Mulanya saya tidak pasti kerana saya hanya menanti CD yang dipesan oleh kawan-kawan. Kemudian barulah saya teringat yang hadiah daripada Jemari Asmara 2nd Giveaway yang mana rezeki saya mendapat tempat pertama. Terima kasih Puan Zefa Nor Asmara ;) Semoga kru Jemari Asmara dimurahkan rezeki dan umur yang  berkat disisi Allah insyaAllah!

Ini adalah hadiah yang Bayt Al-Iman terima. Kain pasang dan brooch yang cantik. Muhammad pun turut gembira menyambut hadiah yang baru kami terima petang tadi. Alhamdulillah rezeki baju raya. Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur!

Begitulah juga kehidupan. Ada kredit dan debitnya. Allah tarik sesuatu dan digantiNya dengan sesuatu yang lebih baik. Segala sesuatu hanya untuk melihat taat dan redhonya hamba-hambaNya. Percayalah segala janji-janji Allah insyaAllah! ;)

26.6.11

3 KOMENTER BERTUAH GIVEAWAY!

Entry sebelum ini ada menyatakan yang kami sekeluarga pergi lagi ke Pasar Melayu mencari bahan bantu mengajar untuk BAi Homeschooling Muhammad semalam. Jadi, memang sudah ada niat membuat giveaway mengejut dan sedikit berbeza daripada yang sebelumnya. Tidak perlu syarat-syarat penyertaan ;) Hanya ada 3 buah buku sahaja yang bertajuk Mendidik Anak Mencintai Solat. Jadi, giveaway kali ini Bayt Al-Iman bercadang untuk memberi kepada 3 komenter terbanyak yang bertuah pada ketika entry ini disiapkan  insyaAllah!


Sebenarnya, tujuan utama giveaway mengejut ini adalah untuk meraikan Muhammad. Semasa Muhammad semput sebaik balik dari kampung ayah Muhammad cuti lepas, saya ada terdetik untuk membuat giveaway ringkas sebagai tanda syukur sebaik Muhammad sembuh. Alhamdulillah Allah izin hari dan ketika ini disamping Muhammad yang semakin cergas dan aktif perkembangannya insyaAllah! Jom kita tengok siapa yang bertuah!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tahniah kepada teman-teman blogger Bayt Al-Iman yang bertuah. InsyaAllah ada rezeki lagi, Bayt Al-Iman buat lagi giveaway mengejut seperti hari ini insyaAllah! Kepada ummi na dan kak zefa, alamat anda diperlukan ;) Kepada puan nina, alamat anda masih dalam simpanan. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen-komen yang sentiasa membakar semangat saya! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)

23.6.11

PALING TIDAK, SOLAT!

Tulisan kali ini lebih menjurus kepada pemilihan jodoh :) Beberapa minggu sudah, ada seorang sahabat yang cukup saya rindui bertanya pendapat saya tentang lelaki idaman saya. Soalannya, andai saya dirisik untuk memberikan ciri-ciri suami pilihan saya, apakah jawapan saya untuk lelaki pilihan saya tersebut. BERIMAN, BERILMU dan BERAMAL. Inilah jawapan singkat saya kepada sahabat saya. Pada saya, 3 aspek ini sangat penting dan perlu diberikan penekanan serius!

Iman, Ilmu dan Amal
Sekiranya hilang salah satu daripada 3 ciri ini tadi pada saya mengundang bencana. Berilmu tanpa amal umpama riyak. Beramal tanpa ilmu jahil. Manakala sekiranya seseorang itu beriman, insyaAllah ilmu dan amal pasti mengiringinya. Pada saya, saya tidak memandang pada pendidikan tertingginya kerana berapa ramai yang balik dari timur tengah yang mampu mengamalkan segala ilmu yang mereka pelajari disana. Pelajar agama tetapi rokok masih tersentil dijari. Pelajar agama tetapi masih ber'couple'. Pelajar agama tetapi masih bersengkongkol membantu israel membeli peluru-peluru  yang bermacam rupa untuk membedil Palestin. Berilmu tetapi tidak beramal. Biarlah lelaki pilihan itu bukan orang beraliran agama sekalipun namun ilmu agamanya yang diperolehinya walaupun sedikit, diamalkannya dengan baik.

Perempuan Itu Lemah
Nasihat saya kepada adik-adik junior saya, carilah lelaki yang boleh membimbing kerana setegas manapun perempuan dalam beragama, andai Allah ujinya dengan kehadiran lelaki yang kurang menekankan aspek agama, isteri pastinya akan terikut rentak suaminya. Perempuan ini lemah imannya. Semakin lama, semuanya pasti dimudahkannya. Jadi, seorang perempuan memerlukan lelaki yang sentiasa mengingatkan agar dia boleh istiqomah dengan apa yang diamalkan semasa remajanya malah insyaAllah dia boleh menjadi lebih baik daripada zaman remajanya.

Paling Tidak, Solat!
Ya, paling tidak carilah lelaki yang solat. Saya berani jamin, andai anda pertaruhkan kehidupan anda untuk lelaki yang tidak solat, bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkaran-kemungkaran yang seterusnya! Sedikit demi sedikit dia akan mula berjinak-jinak dengan perjudian. Kemudian, disusuli pengkhianatan dengan wanita-wanita lain. Seterusnya, tidak mustahil menjadi kaki arak pula. Ini antara kebiasaan implikasi-implikasi masa depan akibat melalaikan peritah Allah yang utama iaitu solat. Namun,jika Allah hendak membuka hatinya dengan taufik dan hidayah, boleh jadi dialahorang yang lebih beriman dan bertaqwa daripada orang-orang lain.

Implikasi Masa Depan
Suatu hari kita semua akan semakin dewasa dan menua. Kesukaan kita pada zaman nakal semasa remaja, bukan lagi keutamaan. Kita yang solat pasti akan teringin kembali kepada fitrah yang sentiasa inginkan kebaikan. Kita mahu mendengar kuliah-kuliah agama, ada keinginan menunaikan haji. Namun, andai kita bersuamikan manusia yang bongkak kerana tidak solat, mampukah kita mengajak suami kita sama-sama merialisasikan segala impian-impian kita diusia senja?

Tidak Solehah
Persoalan yang sentiasa bermain difikiran, kita tidak solehah, bagaimana mahu mendamba lelaki soleh. Senang sahaja formula saya, berubahlah anda kerana Allah. Semakin dekat kita dengan Allah, insyaAllah Allah pasti mengabulkan doa hamba-hambanya. Ketahuilah, suami adalah sahabat baik kita hingga ke syurga. Dialah teman suka duka kita sepanjang umur. Jauhilah mencipta rumahtangga umpama neraka dunia. Rumahtangga yang jauh dari nur Allah.

Inspirasi Pakcik Sarjan
Semasa zaman persekolahan, saya selalu mendengar jiran belakang rumah berleter sambil memasak. Awak dah basuh kasut sekolah awak? Awak dah sidai baju? Awak dah itu? Awak dah ini? Rumah saya adalah rumah teres. Jadi, saya boleh mendengan jelas setiap patah perkataan kerana bahagian dapur yang bertentangan. Sebenarnya saya cukup admire kepada manusia ini kerana dia adalah seorang ayah, bukan seorang ibu! Pakcik ini berpangkat sarjan pencen awal. Saya tidak pernah mendengar suara isterinya yang berleter di dapur. Semua urusan rumahtanga dan anak-anak, si sarjan yang menguruskan. Anak-anak perempuannya juga cukup terjaga apabila beriadah bersama ayahnya. Isterinya pula saya amat jarang bertemu dengannya. Namun beberapa tahun sudah, sarjan dan keluarganya telah berhijrah ke Melaka. Tiada lagi riuh rendah suaranya ketika memasak.

Berdoalah!
Begitu kuat pengaruh pakcik sarjan, membuatkan saya terdetik di dalam hati. Bestnya dapat suami yang boleh memasak untuk saya dan menguruskan rumahtangga. Disamping itu juga, ustazah di sekolah agama juga pernah berpesan supaya berdoa dari muda untuk mendapatkan suami yang soleh. Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Doa merupakan senjata yang paling mustajab. Cumanya jangan pernah putus asa dalam berdoa isnyaAllah!

Dalam hidup kita, Allah sentiasa memberikan ruang dan peluang untuk kita berfikir dan mimilih. Kita berhak untuk menentukan masa depan kita dengan memilih calon yang mempunyai ciri-ciri soleh yang dapat membantu kita sama-sama membangun sebuah baitul muslim yang hanya mencari redho Allah. Jangan gadaikan masa depan kita dengan memilih lelaki yang tidak tepat untuk menjadi bapa kepada anak-anak kita nanti. Nasihat saya, sebelum terlambat, tinggalkan sahaja teman anda yang tidak solat!

22.6.11

FASA TERAKHIR REJAB

Terpandang di kalender bulan di sidebar blog rumah iman kami baru sebentar tadi. 20 Rejab 1432H. Fasa terakhir rejab. Maksudnya, sudah semakin hampir dengan sya'ban. Sudikah Ramadhan menyambut kedatanganku? Ya Allah, sampaikan aku pada Ramadhan...

Jom tengok testi-testi @ iLuvislam.com yang indah tentang bulan Rejab insyaAllah ;)





Semoga dengan hampirnya kita dipenghujung Rejab, semakin kita bersedia mensucikan hati dan diri di dalam Ramadhan nanti insyaAllah! TUNGGULAH AKU WAHAI RAMADHAN!

21.6.11

BILA OBAMA BERSERBAN

Akhirnya!
Seantero dunia tahu siapakah dia Barack Obama. Beliau merupakan presiden US yang sangat dinanti untuk merubah kekalutan dunia hari ini. Hari ini beliau berjaya mengubah penampilannya kerana Allah, yang telah memancarkan cahaya taufik dan hidayah tembus ke dalam hatinya. Taktiknya mendekati konco-konco Israel di rumah putih membuahkan hasil apabila mereka berjaya dipengaruhi oleh Obama. Setelah beberapa lama mengikuti rentak dunia berqiblatkan laknatullah, akhirnya Barack Obama dengan beraninya memperkenalkan dirinya yang sebenar. Kini, Obama berani tampil kehadapan dengan penampilan yang sangat jauh berbeza. Imejnya yang berpakaian sunnah cukup membuatkan siapa sahaja yang melihatnya cukup teruja termasuk saya!

Merubah Dasar
Obama bukan sahaja merubah penampilannya yang berserban dan berjubah, persis ketika zaman Islam gemilang, tetapi beliau dengan tegas dan berani telah merubah banyak dasar yang selama ini hanya bermatlamatkan hawa nafsu dan syaitan. Tiada lagi pesta-pestaan yang melalaikan. Tiada lagi riba' yang membebankan. Tiada lagi penindasan ke atas golongan yang lemah. Tiada lagi askar Amerika di bumi Palestin. Tiada lagi persengketaan di tanah Arab. Semuanya kembali muafakat di bawah jajahannya. Dunia kembali berubah 360 darjah!

Sistem Al-Quran
Jika dahulu, lawatan muhibbahnya ke negara-negara serantau disambut dengan muzik-muzik dan tarian-tarian penyanyi wanita gelek yang mengiurkan. Namun kini, hanya selawat dan takbir menyambut ketibaannya sebaik sahaja turun dari pesawat. Ucapannya  kini juga berkisar sejarah dan tamadun Islam yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Harapannya, semua negara Islam dapat bersatu bersama-sama mencapai perpaduan kerana Allah dan duduk dibawah naungan Khalifah Allah yang ditunggu-tunggu. Semua sistem telah dimansuhkan dan ditukar kepada sistem Al-Quran sepenuhnya. Subhanallah hebat!

Hudud
Semua orang memperkatakan tentang kehebatan Islam! Hudud kembali ditegakkan. Jenayah kini berada diparas 0.00%! Hukuman hudud yang telah Allah perintahkan sesungguhnya adil dan merupakan penyelesaian masalah dunia yang kian membarah. Tiada lagi penganiayaan kepada golongan yang lemah. Tiada lagi korupsi. Tiada lagi perdagangan wanita. Di pasar, di dalam pesawat, di tempat kerja, semuanya hanya kerana Allah. ALLAH bergemar diseluruh alam! MasyaAllah!

Dinar Emas
Selain itu, Obama juga telah menghapuskan sistem wang dan ditukar kepada dinar emas. Semua urusan hanya boleh dijalankan menggunakan dinar emas. Beliau juga telah menghapuskan sistem cukai yang cukup menindas. Harga barang-barang kawalan dunia kembali rendah hampir 50 kali ganda. Semua rakyat diseluruh dunia menikmati kadar takrif air, elektrik dan telefon secara percuma. Jalan-jalan dibaiki. Golongan miskin diberikan kehidupan seperti orang lain. Semua manusia hidup bagai di dalam syurga dunia.

Usrah
Usrah WAJIB!
Barack Obama cukup menekankan aspek tarbiyyah di dalam setiap rakyatnya. Semua rakyatnya wajib mengikuti usrah di tempat-tempat kerja. Usrah ini amat penting dalam meningkatkan fikrah diri setiap individu muslim. Jadi, setiap manusia tidak terlepas untuk mengikuti usrah sebagai sumber kekuatan dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim yang sebenar. TIADA KOMPROMI, kata Obama.

Media
Media pula hanya menampilkan iklan-iklan dan rancangan-rancangan yang mendidik jiwa. Tiada lagi artis-artis yang seksi dan nyanyian cinta. Tiada lagi fitnah yang Maha Besar di dada-dada akhbar. Media dipegang oleh manusia yang cukup berwibawa! Artis-artis seperti Maher Zain sahaja yang layak untuk membuat persembahan. Semuanya bertukar seratus peratus!

Obama Dan Isteri Berpestaan!
Obama kini.
Suatu hari, Barack Obama membawa isteri beliau ke suatu pesta yang suasana cukup terjaga dan menepati syariat. Semua orang menutup aurat mereka dengan baik seperti isteri beliau. Yang perempuan dengan jubah dan jilbabnya yang labuh. Tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan dengan tirai yang tinggi dan lebar yang tidak mungkin menampakkan lelaki dan perempuan. InsyaAllah..insyaAllah..insyaAllah..you find the way...Maher Zain dengan lagu popularnya. Tiba-tiba datang seorang wanita dengan pakaian yang seksi hadir ditengah-tengah pesta tersebut. Sekiranya anda merupakan wanita tersebut, apakah perasaan anda ketika itu? Tidakkah anda malu? Saya pasti semua mata tertumpu kepada anda, kerana anda sememangnya manusia pelik ketika itu.

Terasing
Namun hakikatnya, sesiapa yang berpakaian menutup aurat seperti isteri Obama tadi yang sedang cuba istiqomah mengamalkan islam dengan sebenar cukup terasing pada hari ini. TERASING! Inilah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan setiap orang yang cuba untuk istiqomah menuju Allah dan Rasul. Kitalah yang dipandang pelik pada hari ini. Setiap wanita yang bertudung labuh, berjubah dianggap EKSTREM dan mesti dikaitkan dengan gerakan itu dan itu. Memang sunnatullah orang yang membawa khabar dan mesej islam tidak digemari dan dipandang enteng oleh orang lain. Benarlah sabda junjungan kita Rasulullah SAW, mengamalkan islam di akhir zaman umpama menggenggam bara api.

Sombong
Wanita yang membawa mesej islam juga sering dilabelkan sebagai SOMBONG. Tidak beramah mesra dan sebagainya. Ketahuilah, seorang perempuan yang bermaruah yang cukup menjunjung nasihat dan perintah suaminya dengan penuh setia tidak mungkin beramah mesra dan sentiasa meminimakan pergaulannya dengan lelaki ajnabi! Mereka bertindak sesuai dengan perintah Allah. Namun, orang-orang yang tidak memahami akan hakikat islam yang cukup menitik beratkan pergaulan dan batas antara lelaki dan perempuan, dengan jahilnya akan mudah melabelkan seseorang wanita baik dengan perkataan SOMBONG. Berbaik sangkalah! Mereka sebenarnya sedang menjaga iman mereka!

Sunnatullah
Tiada apa yang pelik apabila seseorang yang membawa mesej agama tidak disukai dan digemari malah mungkin akan disingkiri. Sememangnya inilah sunnatullah orang-orang beriman terdahulu. Sejarah telah membuktikan bagaimana dahsyatnya penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi terdahulu. Ianya adalah sunnatullah orang berdakwah. Ianya akan berulang dan terus berulang.

Islam Dagang
Analogi Barack Obama berserban adalah inspirasi cerita suami suatu masa dahulu ketika kami dalam perjalan pulang ke Bayt Al-Iman setelah mengambil Muhammad sebaik tamat bertugas. Tazkirah Jumaat. Saya rasa perkongsian yang cukup menarik tetapi diolah saya untuk menggambarkan islam dagang diakhir zaman dengan mengambil contoh Barack Obama selaku pemegang kuasa dunia yang digambarkan sebagai seorang beriman dan bertaqwa. Dialah pembina sistem khalifah yang telah terhapus pada tahun 1924 dahulu. Suami mahu menggambarkan peliknya manusia yang hidup beragama apabila cerita Obama yang beriman dan bertaqwa itu tadi adalah sebaliknya. Maka, manusia yang mengamalkan perintah Allah dan mengikut sunnah junjungan Rasulullah SAW diakhir zaman ini umpama makhluk asing!

20.6.11

DIPAKSA MATI!

Pernah satu masa, negara kita ini mengambil tindakan drastik menggunakan kerusi elektrik untuk mengurangkan jumlah penduduk yang semakin membebankan negara. Saya merupakan antara nama-nama yang naik untuk menemui ajal di kerusi elektrik tersebut. Bayangkanlah perasaan saya ketika itu. Maut bagai mengejar memaksa untuk mati. Sebelum saya menemui ajal dikerusi elektrik tersebut, saya diminta penguasa untuk memberi kata-kata terakhir.

Terbayang Dosa-Dosa
Apa yang bermain dikepala saya hanyalah, adakah Allah mahu berjumpa denganku? Layakkah aku untuk berjumpa Allah? Ya Allah! Saya tersangat takut untuk menghadapi kematian ketika itu. Dengan kaki yang menggeletar, saya pergi ke rostrum untuk kata-kata yang terakhir. Saya hanya terbayang-bayang dosa-dosa saya sesama manusia yang perlu dibereskan sebelum saya meninggalkan dunia. Adakah mereka sudah mengampunkan saya? Kadangkala tanpa sedar kita telah menyakiti orang-orang disekeliling kita. Air mata saya ketika itu semakin tidak terbendung lagi. Saya tidak mampu untuk berucap panjang. Saya kemudian dibawa semula ke kerusi elektrik tersebut.

Terlupa Suami
Sampai dikerusi elektrik tersebut, barulah saya teringat akan suami. Saya lupa untuk meminta keampunan dan keredhoannya sepanjang saya menjadi isterinya. Saya lupa untuk meminta dihalalkan segala makan minum saya. Saya lupa meminta keredhoannya agar saya tenang disana. Ya Allah, masa sudah semakin dekat untuk dijemput Malaikat Izrael dan akhirnya...

Tidak Bersedia
...saya tersedar daripada tidur dalam keadaan terkejut. Betapa nipisnya iman saya menghadapi kematian. Betapa tidak bersedianya saya untuk menghadap Allah. Pelbagai persoalan timbul dibenak hanya selepas mimpi dikejar maut. Saya mula terbayang ibadat-ibadat saya yang hanya ditemani leka dan tersangat kurang. Saya kembali merenung semua pekerjaan saya, adakah Allah suka? Adakah Allah redho? Adakah semata-mata kerana Allah?

Impak Yang Besar
Sesungguhnya mimpi saya beberapa bulan sudah, memberikan impak yang sangat besar kepada saya. Sepanjang seminggu dua, saya ditemani kematian dihati. Apabila memandu mahupun hanya duduk disebelah pemandu sambil memangku Muhammad. Ketika saya duduk bersendirian. Setiap hanyun langkah saya hanya memikirkan kematian yang sebenarnya dekat! Andai Allah menimpakan tazkirahnya ketika ini dan itu, dan kemudian ajal saya telah tertulis di Loh Mahfuz dalam keadaan sedemikian, apakah saya mampu untuk menjawab segala persoalan Mungkar dan Nangkir di dalam perut tanah nanti? Ya Allah saya begitu takut!

Hidup Mahu Apa?
Hari ini Allah memberi saya kekuatan untuk tulis kisah mati saya yang dipaksa dan sekaligus memberi impak yang mendalam kepada keseluruhan hidup saya hampir 2 minggu setelah mimpi itu. Saya terkenang kata-kata suami saya, hidup ini mahu apa? Apa sangat yang mahu dikejar? Hanya redho Allah, jawab saya. Memang terlalu banyak perkara-perkara yang kita lakukan membuatkan kita lupa akan kematian yang selalu mengintai. Setiap hari hanya mahu fikir kaya cepat dan tidak pernah menilai adakah pekerjaan itu halal disisi Allah yang tidak menyalahi syariat. Wang, wang dan wang!

Apa Jenis Kematian
Saya masih terbayang-bayang, apa jenis kematiankah yang menanti saya. Adakah seperti tadi? Berakhir di kerusi elektrik? Ketika di rostrum di dalam mimpi itu, saya sempat juga mengatakan, saya tidak mahu kematian saya berkahir begitu. Saya mahu kematian saya berakhir ketika saya bersujud. Syahid. Saya mahukan kematian saya dalam kemuliaan. Ya Allah hinanya aku untuk meminta-minta yang langsung tidak layak dan setimpal dengan pengabdianku kepadaMu ya Allah!

Andai Ini Yang Terkhir Kalinya
Sebenarnya, setiap kali saya menghantar suami ke muka pintu ketika dia melangkah keluar berjihad ke masjid dan surau walau sempat hanya dengan mata, hati saya terdetik, andai ini perpisahan terakhir kita. Saya sangat redho dengannya dan saya berharap suami juga redho dengan saya. Suami umpama kurniaan yang tidak ada tolok bandingnya untuk saya di dunia. Dia terlalu banyak meringankan bebanan saya. Pendek kata segala urusan rumah sememangnya tugasnya.

Begitu juga ketika menghantar Muhammad ke rumah pengasuhnya. Sekali lagi hati saya terdetik, andai ini yang terakhir kalinya saya dapat memeluk dan mencium Muhammad, saya redho dengan sesungguhnya. Boleh jadi Muhammad pergi dahulu. Boleh jadi juga saya pergi dahulu. Andai sesuatu berlaku kepadanya  yang menjadi asbab kematiannya, insyaAllah saya bersedia kerana saya sedar semuanya hanya pinjaman Allah untuk saya yang entah berapa lama. Hanya seorang ibu yang faham kasih seorang ibu kepada anaknya. Saya sedang berlatih untuk melepaskan Muhammad menuntut ilmu kemana-mana dimasa usianya yang muda bahkan menghadapi kematiannya juga orang-orang penting dalam hidup saya. Saya perlu sediakan minda dan hati andai ianya berlaku dengan tiba-tiba. Saya mahu saya redho dan tidak menyalahkan takdir Allah.

Pinjaman Belaka
Sekali lagi saya renung nikmat Allah kepada saya. Terlalu banyak tidak terhitung. Penyudahnya, kita hanya dibungkus dengan kain kapan dan diletakkan nesan sebagai tanda meninggalnya kita. Baju kurung, bag sekolah, kereta, suami, anak, semuanya saya perlu tinggalkan. Hanya doa anak yang soleh, sedeqah jariah berpanjangan dan ilmu yang bermanfaat mengiringi dan bekalan kita disana. Semuanya hanya pinjaman belaka!

Ya Allah matikan aku dalam keadaan aqidah yang sejahtera ya Allah! Akhiri hidupku hanya dengan redhoMu ya Allah! Matikan aku dalam keadaan aku bersedia untuk bergembira dengan para kekasihMu ya Allah! Perkenankanlah doa hambaMu yang sungguh hina ini ya Allah!

19.6.11

BUKTI CINTA SEJATI

Dah baca kisah Bilal? tanya suami.
Kat blog kite ke? tanya saya sambil mengingat semula blog yang dibookmark di kepala.
Tulah berblog sangat. Si suami memerli dengan jayanya :)

Meremang Roma
Saya baru terfikir tajuk entry yang masih kemas di sidebar blog rumah iman kami iaitu Tinggallah disini dan azanlah untuk kami wahai Bilal! Dalam hati, akan singgah nanti untuk baca tetapi diloceng terlebih dahulu oleh suami ;) Sebuah sirah tentang Bilal Bin Rabah yang ditulis oleh Ustazah Maznah Binti Daud yang merupakan Bekas pensyarah UiTM Shah Alam, Ketua Wanita IKRAM Malaysia, Penasihat Tabung Haji Malaysia dan juga Panel Radio IKIM.fm. Kisah ini cukup membuat saya meremang roma dari permulaan sehingga akhirnya! Subhanallah!. Betapa tulus dan kasihnya Bilal kepada kekasih Allah dan kekasih kita semua iaitu Rasulullah SAW! Sesungguhnya iman kita tidak mungkin sama dengan iman Bilal. Astagfirullah!

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah terbaca kisah ini. Sekiranya kita rajin untuk mendengar ikim.fm, ada slot Ustazah Maznah untuk rancangan di ikim.fm. Banyak ilmu dan manfaat di blog Ustazah Maznah. Saya copy sahaja kisah dibawah ini daripada blog ustazah. Jom terapi hati di  Zaadut-Taqwa insyaAllah! ;)

Tinggallah Disini Dan Azanlah Untuk Kami Wahai Bilal!
Bilal bin Rabah, muazzin Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang diangkat oleh baginda menjadi muazzin di Masjid Nabawi di al-Madinah al-Munawwarah. Bilal r.a. tetap setia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selama hampir 10 tahun.

Apa yang berlaku kepada Bilal selepas kewafatan kekaksihnya dan kekasih kita, Rasulullah s.a.w.? Mungkin tidak ramai yang tahu?

Bilal datang bertemu Abu Bakar r.a. dan berkata:
“Wahai Khalifah (pengganti) Rasulillah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Amalan seseorang mukmin yang paling afdhal ialah berjihad di jalan Allah.”
Abu Bakar bertanya:
“Lantas, apa yang engkau mahu wahai Bilal?”
Bilal menjawab:
“Aku hendak bermurabatoh (berada di medan jihad) di jalan Allah sehingga aku mati!”
Abu Bakar bertanya:
“Kalau begitu, siapa yang akan azan untuk kami?”
Bilal menjawab, sedang air mata bergenang di kelopak matanya:
“Sesungguhnya aku tidak akan menjadi muazzin kepada sesiapapun selepas Rasulullah s.a.w.!”
Abu Bakar memujuk dengan berkata:
“Tinggallah di sini dan azanlah untuk kami wahai Bilal!”
Bilal membalas:
“Sekiranya engkau telah merdekakan aku dahulu supaya aku tunduk kepadamu, maka letakkanlah aku sebagaimana yang engkau mahu. Tetapi sekiranya engkau merdekakan aku dulu kerana Allah, maka biarkanlah aku untuk apa yang engkau merdekakan aku.”
Abu Bakar menjawab:
“Bahkan aku merdekakan engkau untuk Allah wahai Bilal!”

Maka Abu Bakar r.a. tiada pilihan kecuali membenarkan Bilal memilih jalannya untuk berjihad dan sentiasa berada di medan juang. Bilal berhijrah ke Sham. Di situlah beliau mengabdikan diri di medan jihad…

Salami isi hati yang dicurahkannya sendiri:
“Aku tidak tertanggung tinggal di Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “

Setiap kali dia cuba mengalunkan azan, apabila tiba pada “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah” kerongkongnya tercekik lalu dia akan menangis. Maka dia berangkat ke Sham bersama para mujahidin.

Selepas beberapa tahun berada di Sham, beliau melihat Rasulullah s.a.w. di dalam mimpinya. Baginda berkata kepada Bilal, “Kenapa begitu lama kamu menyepikan diri wahai Bilal? Belum tibakah masanya untuk kamu ziarahi kami?”

Bilal terjaga dari tidurnya. Hatinya sungguh sedih. Beliau segera berangkat ke Madinah dan terus menuju ke maqam Rasulullah s.a.w. Bilal menangis dan berguling-guling di situ sehingga Hasan dan Husain menghampirinya. Beliau memeluk dan mencium mereka berdua sepuas-puasnya. Kedua-duanya berkata kepada Bilal:
“Kami rindu untuk mendengar azanmu di waktu dinihari.”

Bilal naik ke atas sutuh (bahagian atas) masjid dan mula mengalunkan azannya yang amat dirindui oleh warga Madinah. Apabila Bilal mengalunkan “Allahu Akbar, Allah Akbar”, seluruh Madinah bergetar. Apabila tiba ungkapan “Asyhadu an la ilaha illa Allah”, getaran bertambah kuat. Dan apabila tiba ungkapan “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”, wanita-wanita keluar dari bilik-bilik mereka. Sehingga diriwayatkan bahawa tidak ada hari yang paling banyak kaum lelaki dan wanita menangis lebih daripada hari itu…

Ketika Amirul-Mukminin Umar bin al-Khattab melawat Sham, kaum muslimin memintanya agar memujuk Bilal supaya azan untuk mereka untuk satu solat sahajapun cukuplah. Umar memanggil Bilal dan menyampaikan hasrat penduduk Sham. Tiba waktu solat, Bilal menaiki tempat azan lalu mengalunkannya.

Maka menangislah para sahabat yang sempat bersama Rasulullah s.a.w. ketika Bilal menjadi muazzinnya. Mereka menangis seolah-olah mereka tidak pernah menangis sebelum ini dan selama-lamanya. Dan Umar r.a. adalah orang yang paling kuat menangis dalam kalangan mereka.

Ketika Bilal hampir menghembuskan nafas terakhir, belaiu berkata kepada isterinya, Halah binti ‘Auf, saudara kepada Abdul Rahman bin ‘Auf: “Usah menangis! Esok kami akan bertemu dengan para kekaksih, Muhammad dan sahabat-sahabat…”

17.6.11

HEADER ANUGERAH

Cantik? Alhamdulillah anugerah Allah! Bayt Al-Iman sangat terharu dengan hadiah header daripada Teratak Mawaddah. Pagi semalam, saya secara berjemaah dengan suami sempat melihat header indah, saujana mata memandang sebelum melangkah keluar bertugas. Tersenyumlah seisi Bayt Al-Iman pagi semalam kerana penghuninya semua tersenyum syukur.


Satu hari anda berjaya membuat kami terseyum ceria, mudah-mudahan Allah ceriakan hari-hari anda selagi nyawa dikandung badan! Semoga semua penghuni Teratak Mawaddah dikurniakan kesihatan dan umur yang berkat disamping kehidupan yang dilimpahi berkat dan rahmat Allah. Semoga cinta, kasih dan sayang Teratak Mawaddah berkeluarga hingga ke syurga insyaAllah! ;)

Kasih sayang Allah tiada had! Hanya itu ungkapan yang bisa menggambarkan perasaan saya terhadap teman-teman blogger. Saya bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebaik mereka yang sebenarnya kita berkongsi, belajar dan mengajar sesama kita. Terima kasih teman-teman bloggerku! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)

p/s: sebarang tempahan, nasihat header bolehlah menghubungi ummi na di Teratak Mawaddah insyaAllah! ;D

16.6.11

AYAH DANIAL BIRTHDAY GIVEAWAY

Lagi daripada Puan Nina untuk suaminya ;)

Klik banner untuk turut serta!

Tarikh tutup: 17 Jun 2011
Jom sama-sama! ;)

CONTEST 'ANAK AYAH'

Muhammad baru sahaja tidur. Baru berkesempatan untuk berblog. Tengok kotak ziarah, puan nina sudah loceng tanya dimanakah Muhammad ;D insyaAllah bagi memenuhi janji saya untuk meraikan murabbiah ku tentang selok belok sebagai blogger, Bayt Al-Iman meramaikan lagi contest 'anak ayah' anjuran puan nina ;)


Gambar ini diambil semasa cuti iaitu dalam perjalanan pulang ke Bayt Al-Iman. Muhammad dan ayah berada di atas puncak batu yang besar ditepian pantai yang sangat indah memukau lagi mententeramkan jiwa. Subhanallah kami sangat kagum! Hebatnya Allah!

Pada mulanya, Muhammad berdiri memerhati pemandangan lautan yang terbentang luas dihadapannya, namun kemudian duduk mencangkung kerana ada 'sesuatu' yang semacam sampah kecil sedang menarik perhatiannya di tempat pijak kakinya. Gambar tersebut menunjukkan ayah Muhammad dengan pantas menyambut 'sesuatu' itu dari diambil Muhammad.

Sekian, coretan ringkas tentang kenangan gambar ini. Semoga Muhammad membesar sebagai 'anak ayah' yang hebat seperti ayah (ayah tersangat hebat dihati ibu ;) dan semestinya Muhammad mesti lebih hebat daripada ayah dan yang terpenting lebih 'menggila' tarbiyyah dan dakwahnya kerana Allah insyaAllah! Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!

Menyahut cabaran contest 'anak ayah' anjuran puan nina insyaAllah!

Klik banner untuk turut serta!

Tarik tutup: 17 Jun 2011
Jom ramai-ramai! ;)

10.6.11

REZEKI MUHAMMAD LAGI

Alhamdulillah ada rezeki Muhammad lagi ;) Semasa kami bercuti, puan nina sekali lagi meninggalkan link kemenangan GA ummi baby Nur. Alhamdulillah tempat pertama!


Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur dan penaja hadiah ummi nur ;) Semoga segala kebaikan disisi Allah sentiasa bersama ummi nur dan keluarga insyaAllah!

JOM BER'PICNIK'!

Pertama-tama terima kasih kepada murobbiah tentang selok belok sebagai blogger iaitu puan nina tok guruku  yang sangat berjasa kepada saya. Hari ini sekali lagi jasamu dikenang! ;) Alhamdulillah saya sedang belajar berPICNIK dengan mengedit gambar-gambar yang terakam semasa cuti di kampung zauj selama seminggu. Terlalu banyak gambar, jadi saya memerlukan khidmat PICNIK untuk mengecilkan ruang. Saya tidak begitu mahir dengan photoshop, jadi picnik sesungguhnya memudahkan kerja-kerja mengedit gambar. Terima kasih puan nina! ;)

Jom kawan-kawan kita berPICNIK!

8.6.11

SELAMAT SAMPAI

Alhamdulillah kami baru sahaja sampai di Bayt Al-Iman jam 11 malam semalam. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan perjalanan kami. Semoga anda semua dirahmati Allah! ;) Kepulangan kami disambut nikmat demam buat kali ketiga untuk Muhammad. Sebaik sampai terus sahaja panas. 38.5 darjah celcius. Sebenarnya kami pulang kerana tuntutan kerja saya yang bertugas pada hari ini dan esok. Apakan daya, Muhammad adalah keutamaan sebelum pencapaian didahulukan. Tidak sampai hati rasanya membawa Muhammad masuk ladang dalam keadaan tidur dengan dada berbunyi dan badan yang panas. Mohon ampun kepada kawan-kawan setugas dan pihak pentadbiran. Terima kasih juga kepada bos yang sangat memahami. Semasa memohon pelepasan cuti untuk hari ini, saya difahamkan yang anak bos juga berada di johor specialist jb. Semoga semuanya dalam keadaan baik insyaAllah!

Muhammad berkata-kata: Kepada kawan-kawan ibu, doakan Muhammad sihat dengan redho Allah insyaAllah! ;)