Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi butiran diri.
Seperti yang dijanjikan, Muhammad akan mengumumkan 3 pemenang utama
KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY.
3 pemenang utama jatuh kepada...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
3.
azyatun@fawwaznuha
Tahniah! Makcik-makcik bertiga layak untuk mendapatkan mini kolam renang kerana ...
...pemilihan pemenang kali ini dibuat berdasarkan pandangan nenek Muhammad ;).
Kenapa nenek Muhammad?
Tersebut kisah pada suatu petang ibu dan nenek sedang berbual. Antara pokok ceritanya adalah ibu yang yang sangat takut dengan anugerah rezeki Allah yang begitu luas untuk Muhamamd sekeluarga. Bukan kaya-raya tetapi Alhamdulillah cukup untuk hidup bersederhana. Sebagai contoh Allah ambil stoller dan lain-lain, namun Allah menggantikan dengan jauh yang lebih baik dengan apa yang diambil pinjamanNya ketika di sana. Siapa yang tidak gentar dengan firman Allah, 'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?' (Al-Ankabut:2-3). Jadi, nenek pun menyuruh ibu terus menerus dengan amalan bersedeqah. Sentiasa memberi untuk menyuburkan harta.
Ibu pun memberitahu nenek yang GA ini sedang berlangsung ketika itu sebagai kenduri doa selamat versi alam maya dan ibu memang ada niat untuk memberi kepada semua memandangkan ibu sengaja membuat selama 3 hari sahaja yang cukup untuk meraikan pengikut setia
KEMBARA CINTA AGUNG sehingga episod teakhir. Nenek yang tidak tahu prosedur biasa penganjur membuat cabutan sama ada
manual atau menggunakan
random.org, terus meneka bahawa 3 orang yang teratas itulah pemenang utama dan selebihnya nenek mencadangkan untuk mencari hadiah lain sebelum ibu sempat memberikan gambaran GA di alam maya. InsyaAllah gambaran pemenang yang nenek suarakan, Muhammad dan ibu abadikan untuk GA ini ;). Tahniah untuk 3 pemenang utama!
Makcik-makcik yang lagi 7 orang pula, jangan bersedih hati kerana...
..makcik-makcik semua akan menerima bakul mainan seperti di atas dan juga...
...ole-ole makanan sunnah setiap seorang.
Muhammad berharap semua makcik-makcik sukakannya ;). Doakan Muhammad sekeluarga sentiasa dalam pemeliharaan dan petunjuk Allah. Doakan ibu Muhammad supaya sihat dan kuat agar proses kelahiran adik Muhammad dipermudahkan lebih daripada kelahiran Muhammad di tangan-tangan doktor dan jururawat muslimah seperti Muhammad hampir 2 tahun lepas serta adik lahir dalam keadaan sihat sempurna dan mampu menikmati susu ibu yang mewah sejak di hari pertama kelahiran adik Muhammad. Doakan ibu dan adik Muhammad ya! ;)
Terima kasih kepada semua pengikut setia setiap episod
KEMBARA CINTA AGUNG dan juga semua peserta GA kami ini. Mudah-mudahan semua makcik-makcik sekeluarga dikurniakan keluasan rezeki yang mencurah-curah untuk sama merasa 'bakal kembara cinta agung' makcik-makcik semua akan datang insyaAllah! Salam kasih sayang, ukhuwwah fillah abadan abada daripada Muhammad sekeluarga kerana Allah! ;)