11.4.11

4S?

Malam semalam sebelum saya tidur disamping menidurkan Muhammad, saya sempat belek-belek majalah Solusi isu 30. Mata saya tertangkap tajuk menarik 'Umpama Syaitan yang Menipu' ruangan kiasan oleh Ustaz Shauqi Othman. Kata-kata beliau saya ringkaskan:

Golongan munafik dan yahudi sama sahaja seperti syaitan yang berusaha mempengaruhi kehidupan manusia terutamanya umat Islam untuk melakukan keingkaran kepada Allah. Taktik 4S laknatullah ini sedikit sebanyak telah menghasilkan kejayaan. Apakah dia 4S?

1. SEX
- sedikit sebanyak umat Islam dilalaikan keseronokkan seks melalui kaca TV dan pawagam
- pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dihalalkan atas nama kemodenan dan 'berfikiran terbuka'
- akibatnya lahirlah perlakuan sumbang seperti perzinaan makin bertambah hari ke hari

2. SONG
- pelbagai program hiburan dan muzik ditampilkan dan bentuk menyeronokkan dan 'lazat'
- budaya hedonisme disuburkan dengan begitu meluas
- akibatnya keruntuhan akhlak berlaku begitu berleluasa
- umat islam hilang jati diri dan hala tuju dalam kehidupan, tenggelam dalam suasana hiburan yang disediakan musuh Islam
- apabila budaya hedonisme ini semakin mekar, maka ia sinonim dengan kewujudan dan kesuburan arak, dadah dan pelacuran
- islam tidak mengetepikan hiburan tetapi ambillah tahu hiburan yang sebagaimana yang islam suruh

3. SPORT
- dalam aspek sukan, musuh-musuh islam telah berjaya menjauhkan umat islam daripada agamanya dengan menampilkan aksi dan pakaian sukan yang kebanyakkanya tidak menutup aurat
- bukan itu sahaja, malahan elemen perjudian juga dimasukkan dalam acara sukan secara berleluasa
- islam bukanlah agama yang jumud, riadah dan bersukan juga digalakkan tetapi ikutlah garis panduan syarak

4. SMOKE
- sebagaimana yang dimaklumi, pengeluar rokok terbesar adalah berkait rapat dengan yahudi
- yahudi sendiri melarang rokok memasuki premis kediaman mereka kerana merokok adalah sesuatu yang dilarang di negara Israel (pencuri tanah)
* selain itu, kajian mendapat terdapat gelatin babi di dalam rokok (fakta yang pernah saya jumpa mengikut kajian terkini)

Tidak hairanlah apabila produk barat terus mandapat tempat dalam kalangan masyarakat islam. Sebagai contoh apabila diberi pilihan 'Coca cola, Mecca Cola, Zam zam cola atau Radix Cola' maka sudah tentu dengan penuh bangga Coca cola yang dipilih. Inilah mentaliti segelintir masyarakat kita yang tidak dapat membezakan di antara kaca dan permata. Mereka sebaliknya terus rela dijajah pemikiran sehingga memandang apa-apa sahaja yang datang dari barat itu merupakan sesuatu yang baik dan hebat.

Moga jati diri masyarakat kita kukuh dengan penghayatan terhadap ajaran islam dan menjauhkan diri daripada tertipu dan terpedaya agenda daripada musuh-musuh islam.

8.4.11

PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM

AKU JATUH CINTA LAGI!
Ungkapan yang boleh menterjemahkan perasaan saya ketika ini ;)
Sejak Muhammad dalam kandungan lagi saya sudah mencari-cari kitab ini
Subhanallah! Saya yakin pasti pengarang ini adalah ikhwah yang hebat!
Hairannya kecenderungan saya sebelum ini bukanlah kepada kitab-kitab lama
Tetapi kali ini saya benar-benar jatuh hati! Mungkin kerana fikrah
Bait-bait katanya membuatkan saya jelas dan mudah memahami
Pastinya pengarang menulis dengan hati setulus tafsir Zilal Syed Qutb yang penuh perasaan!

Tengok saya siap gariskan ayat-ayat yang menikam kalbuku ;)

Sedikit kata-kata penguat yang menarik saya untuk terus membaca dari tokoh bijak pandai di kalangan non-muslim tentang misi Islam yang abadi dan ajaran-ajarannya yang luhur. Sekali lagi versi Indonesia ;)

* Gustaf Le Bon mensitir perkataan Lebre, "Seandainya bangsa Arab tidak tampil dalam pentas sejarah, maka tentu kebangkitan yang dicapai di Eropah dewasa ini akan tertunda beberapa abad lamanya"

* Lean Poole di dalam bukunya yang berjudul 'Arab di Spanyol' (Al-Arab fi Asbaniya) mengatakan, "Ketika Andalus meminpin ilmu pengetahuan dan panji kebudayaan di dunia, Eropah yang masih buta huruf itu bergelut dengan kebodohan dan kemiskinan".

* Ilyas Abu Syabakah di dalam bukunya yang berjudul 'Rawabithul Fikri wa Ruhi bainal Arabi wal Faranjah' (ikatan pemikiran dan kejiwaan antara Arab dan Perancis) mengatakan, "Kemerosotan budaya Arab telah menyebabkan kemalangan bagi Spanyol dan Eropa. negeri Andalus tidak pernah mengenal kebahagiaan kecuali dalam naungan Arab. Dan Arab telah mengganti kehancuran menjadi kekayaan, keindahan dan kesuburan".

* Sediluth dalam bukunya yang berjudul 'Sejarah Arab' (Tarikhul Arab) mengatakan, "Pada abad-abad pertengahan kaum muslimin tidak ada dalam ilmu pengetahuan, filsafat dan seni. Mereka telah menyebarkannya di mana sahaja mereka menginjakkan kaki, bahkan sampai ke Eropah. Merekalah yang menjadi penyebab kebangkitan dan kemajuaannya".

* Para ilmuan hampir semuanya mengenal Filosof Inggeris, Bernard Shaw yang telah menegaskan dalam nada yang sama, "Agama yang dibawa Muhammad sungguh merupakan tolok ukur yang mulia bagi perkembangan selanjutnya, kerana ia sangat mengagumkan. Islamlah satu-satunya agama yang memiliki kekuasaan terhadap fase-fase kehidupan yang berbeda-beda. Saya berpendapat, bahwa sepatutnya Muhammad dipanggil sebagai penyelamat nilai-nilai kemanusiaan. Sekiranya orang semacamnya ditetapkan sebagai pemimpin pada kurun ini, jelas akan mampu memecahkan segala persoalannya".

Subhanallah! Allahuakbar! Astagfirullah!
Rasulullah SAW kekasih ALLAH terbukti tokoh ulung yang agung
Lihatlah sejarah membuktikan Islam memang hebat dan unggul
Alangkah baiknya sejarah tipu yang kita belajar disekolah diubah silibusnya
Sudahlah dipalsukan, Melayu pula umpama pendekar penakut
Kita disogokkan dengan sejarah buku teks manusia yang tidak bertemadun
Walhal penciptaan setiap Nabi itu sudah ada teknologinya tersendiri
Hai bertambah-tambah jahillah manusia asbab sistem pendidikan kita
Tidak berlandaskan lunas-lunas Islam kerana terlalu berqiblatkan Barat!
Dan kita hanya ikut, ikut dan ikut macam lembu dicucuk hidung!

OH! DIMANAKAH KAMU KHALIFAH ALLAH!


kredit: Buku ini boleh didapati di kedai Akhowat Kita yang hebat tarbiyyahnya di bumi Indonesia. Sedia dengan ikhlas menginfakkan sedikit kekayaan kita yang Allah kurniakan di jalan Allah demi pembangunan modal insan Islam yang hebat, insyaAllah. Bolehlah menghubungi Cik Everlasting ;)

6.4.11

REVIEW: MEDELA FREESTYLE

InsyaAllah entry khas untuk kawan-kawan yang bertanya. Setakat hari ini saya amat berpuas hati dan alhamdulillah ternyata pelaburan saya insyaAllah berbaloi! Selepas sahaja puting susu kegemaran Muhammad koyak dan Muhammad tidak boleh terima puting barunya, pada mulanya saya mula berputus asa. Satu-satunya jalan yang saya terfikir pada masa itu adalah mengajarnya minum menggunakan cawan dan stok susu juga dalam keadaan kritikal. Alhamdulillah Allah gerakkan saya untuk membeli Medela Freestyle walaupun sebenarnya kewangan ketika itu tidak begitu mengizinkan. Susu berupaya keluar hampir 2 kali ganda dalam tempoh sehari. Sedikit jadual susu dipam setiap hari.

4.40 pagi

Pola tidur Muhammad kini sama dengan pola tidur saya iaitu seawal 930-1000 . Kebiasaan suami yang akan bangun awal untuk membuat segala persediaan kerja, saya lewat sedikit dalam 430 pagi. Susu diatas dipam kurang dari 10 minit. Susu tadi dibahagi dua sama rata. Kebiasaannya akan ada susu yang lebih banyak terhasil daripada salah satu. Susu di atas dalam kategori banyak sebab Muhammad tidak bangun untuk menyususu .

Inilah rupanya beg yang siap dinamakan dan dilabel tarikh dan kuantitinya. Sukatan botol susu Medela ini lebih dari sukatan botol susu di Malaysia. Muhammad memerlukan 3 bag sahaja yang berisi lebih kurang 5 oz setiap satu dari saya pergi kerja jam 7 pagi sehingga 2 petang secara puratanya.

Selalunya Muhammad akan bangun sekali untuk meminta susu dan pada paginya, saya hanya guna single pumping dan boleh stok sebanyak 150 ml atau 5 oz US.

10.00 pagi (ikut keperluan tangki dan masa free)
Ini pula semasa di tempat bertugas.

Muhammad lahir pada 15 Ramadhan. Jadi hutang puasa Ramadhan saya pada Allah adalah sebanyak 16 hari. Semasa Muhammad hampir kepada usia 6 bulan, saya cuba berpuasa. Pada mulanya saya takut untuk mengqada' awal kerana khuatirkan air susu kering. Rupanya banyak mitos sahaja. Alhamdulillah saya puasa selama 4 minggu. Seminggu saya mengganti sebanyak 4 hari. Bermula Isnin sehingga Khamis. Saya bersahur dengan secawan susu kambing, secawan kopi dan 2-3 keping roti kosong. Alhamdulillah hasilnya juga sama sahaja seperti hari tidak berpuasa. Kadangkala saya rasa lebih lagi ketika berpuasa. Susu diatas dipam ketika berpuasa.

Setelah selesai diperah, susu akan disimpan di cooler bag. Berwarna biru itu adalah ais yang menjadi fridge sementara kita. Boleh bertahan selama insyaAllah 12 jam. Cooler ini set bersama Medela Freestyle. Saya lebih suka isi di dalam plastik terus kerana apabila balik dan tiba di rumah, saya akan letak di fridge dan botol boleh dicuci kemudian. Selalunya saya akan bilas segala peralatan sebaik sahaja digunakan.

Ini adalah sabun pencuci botol yang saya gunakan. Murah sedikit berbanding brand yang lain. Selalunya ianya tahan selama 3 bulan. Saya perlu pencuci ini kerana ianya membantu membersihkan botol dengan lebih berkesan selain mencuci bersih sayur-sayuran dan buah-buahan. Pencuci yang serbaguna.

Ini adalah stok lebih kurang seminggu menggunakan pam Medala Freestyle. Alhamdulillah luar biasa banyaknya! ;) 

petang-malam:
Saya sengaja tidak pam dan memenuhkan tangki supaya Muhammad boleh menyusu kenyang walau tidak diajar makan secara berjadual. Alhamdulillah setakat hari ini Muhammad sangat nyenyak tidur. Pola tidur malamnya bermula 930 malam sebaik selepas isyak sehinggalah linkungan 5-6 pagi. Lewat sedikit dari kebiasaan pola bangun pagi saya.

Ini antara pro Medela Freestyle pada pendapat saya. Jika ditanya tentang kontranya, bunyi mesin pam bukan dalam kategori perlahan sangat. Yang lain-lain insyaAllah saya sangat berpuas hati ;)

p/s: Pam ini saya beli disini.

2.4.11

HIKMAH SUNNAH BERENANG

* Versi Indonesia. Isi penting telah dihijaukan. Selamat menambah ilmu dan amal! ;)

ARTIKEL 1
Hasil penelitian di Melbourne,Australia, menunjukkan, secara statistis IQ anak-anak yang diajarkan berenang sejak bayi lebih tinggi ketimbang anak-anak yang tak diajarkan berenang atau diajarkan berenang setelah usia 5 tahun. Anak-anak tersebut diukur IQ-nya ketika mereka berusia 10 tahun. Tak hanya itu, pertumbuhan fisik, emosional dan sosialnya pun lebih baik.

Penelitian lain menunjukkan, bayi lebih gampang diajarkan berenang ketimbang orang dewasa, karena bayi tak pernah memiliki faktor X semisal bahaya. Bukankah bayi belum mengerti bahaya? Lagi pula, bayi sangat menyukai air sehingga ia pun akan suka diajak berenang. Nah, hal ini membuatnya jadi lebih mudah belajar berenang.

Selain itu, bayi baru lahir hingga usia 3 bulan bisa langsung nyemplung ke dalam air tanpa takut tenggelam, karena pada usia tersebut, ia memiliki refleks melangkah yang banyak kegunaannya untuk berenang. "Refleks melangkah merupakan salah satu refleks yang menyertai bayi seperti halnya refleks menggenggam dan refleks berjalan," jelas Dr. Karel Staa dari RS Pondok Indah, yang juga mantan perenang pemegang rekor 200 metergaya dada pada 1960-1962.

Jadi, bila kita meletakkan bayi usia di bawah 3 bulan di dalam air, secara otomatis ia akan menggerak-gerakkan kakinya menyerupai paddle dog sehingga tak tenggelam. Bisa dikatakan, pada usia di bawah 3 bulan bayi sudah bisa berenang dengan gaya primitif. Bukan berarti setelah usia tersebut, bayi tak bisa berenang lagi, lo. Kendati refleksnya sudah menghilang, ia tetap bisa melakukan gerakan berenang walaupun tak terorganisir atau acak-acakan. Soalnya, dengan adagaya gravitasi, ia merasa ditekan dari bawah air sehingga ia bisa mengambang. Ia pun jadi senang.

Apalagi sejak di perut ibu, bayi sebenarnya juga sudah berenang dalam air ketuban selama 9 bulan. Setelah lahir, kemampuannya berenang tinggal ditingkatkan saja. Bahkan, saking populernya berenang ini, di luar negeri sampai ada proses melahirkan yang dilakukan di dalam air, lo. "Secara medis, hal ini tak akan menimbulkan masalah karena merupakan proses alami." Jadi, tak ada alasan lagi untuk ragu-ragu mengajak si kecil berenang, ya, Moms n Dad.

HARUS AMAN
Yang penting diperhatikan, ketika berenang bayi harus merasa aman dan memang harus ada pengaman. Jadi, orang tua harus mendampinginya. Ini syarat mutlak, lo. "Jika orang tua sama-sama masuk ke dalam air dan sama-sama berenang dengan bayi, maka selain merasa aman, bayi pun bisa merasakan ada respon dari orang tua," tutur Karel.

Disamping, dengan orang tua mendampingi juga bisa bermain dengan bayi sehingga ada interaksi antara manusia. "Ini merupakan salah satu keunggulan berenang." Coba bandingkan kala bayi baru belajar duduk atau berjalan, apakah orang tua akan mendampingi dan melakukan gerakan yang sama terus menerus dengan anak?Kan, enggak. "Nah, berenang lain. Mereka sama-sama masuk air, sama-sama berenang sehingga rasa enjoy-nya lebih. Ini akan berguna untuk perkembangan psikologis anak." Itulah mengapa, kedua orang tua sebaiknya ikut bersama bermain di dalam air.

Tentunya, berenang juga berguna untuk pertumbuhan. "Motoriknya berkembang lebih pesat ketimbang ia hanya bermain di lantai." Bukankah saat berenang, semua otot bekerja? Nah, kalau di lantai, hanya otot-otot tertentu saja yang bekerja. Apalagi jika ibu memberikanbaby walkersehingga bayi jadi terbiasa berjalan dengan alat itu. Akhirnya, gerakan-gerakan ototnya jadi terbatas karena hanya otot-otot tertentu saja yang bekerja.

PERHATIKAN KEBERSIHAN AIR
Nah, kini Ibu-Bapak semakin mantap, kan, mengajak si kecil berenang? Tapi berenangnya di rumah saja, ya, kalau usia si kecil masih di bawah 6 bulan, agar bisa mengontrol kebersihan dan suhu airnya. Jangan lupa, di usia ini enzim pencernaan bayi belum matang. Jadi, kalau ia secara tak sengaja menelan air yang tak bersih kala berenang, bisa mengakibatkan mencret, muntah, dan sebagainya.

Bukan berarti di rumah harus ada kolam renang, lo. Toh, banyak benda yang bisa dijadikan sebagai pengganti kolam renang seperti bak mandi, ember besar,bathtub, dan lainnya. Nah, biasakan bayi bermain di situ. "Sebenarnya, ketika bayi tengah mandi atau bermain air merupakan salah satu cara mengenali atau menghayati air pada anak," tutur Karel.

Setelah bayi berusia 6 bulan ke atas barulah bawa ia ke kolam renang terbuka atau umum. "Tapi harus pilih, ya. Mungkin di Indonesia masih sulit karena kita, kan, enggak punya kolam berenang khusus bayi. Bahkan kebanyakan kolam renang di Jakarta, air yang dipakai itu-itu saja, muter saja di situ. Diputarnya pakai mesin lalu ditambahkan kaporit dan daun-daun atau kotorannya diangkat; sebulan sekali baru diganti." Hal ini dikarenakan sulitnya sumber air di Jakarta. Lain dengan di kota pegunungan seperti Bogor dan Cibodas, "mereka memiliki kolam renang yang airnya mengalir".

Jadi, bila mau membawa bayi berenang di kolam renang umum, pilih waktu yang tepat, yaitu ketika kolam renang masih dalam keadaan bersih; biasanya di waktu pagi. "Suhunya juga harus disesuaikan, sebaiknya jangan lebih dari 31 atau 32 derajat celcius." Khusus untuk bayi usia satu bulan pertama, suhunya 34-35 derajat celcius.

Kebersihan lain yang harus diperhatikan ialah kaporitnya, "jangan terlalu jenuh, karena kaporit bisa mengakibatkan iritasi kulit, mata, dan lainnya." Ukuran kaporit yang ditetapkan untuk anak adalah 6-8 ppm. Hati-hati, lo, Mom n Dad, jika bayi sudah merasa trauma karena matanya perih, misal, selanjutnya akan jadi kendala.

UNTUK REKREASI
Yang perlu diingat, jangan sampai orang tua mengajak bayi berenang untuk mengejar prestasi karena tujuan utamanya adalah rekreasi. Beberapa asosiasi kedokteran anak di luar negeri malah mengatakan, berenang pada anak usia di bawah 4 tahun jangan dijadikan tujuan untuk mengejar prestasi. Di atas usia itu barulah orang tua bisa mengajarkan gaya-gaya berenang yang ditargetkan untuk prestasi.

Dalam bahasa lain, bayi berenang hanya untuk fun. "Mulai usia setahun bolehlah diarahkan pada prestasi, tapi tidak dengan cara ditekan," ujar Karel. Misal, setiap hari harus berenang 50 meter bolak-balik. Soalnya, di usia tersebut ia baru bisa mengikuti gerakan-gerakan renang yang dilakukan orang tuanya. Sama halnya dengan bayi usia setahun yang suka marah-marah karena melihat orang tuanya yang suka marah-marah, begitu pula berenang. "Kalau orang tua suka berenang dengan gaya yang cukup baik maka ia pun akan mengikuti."

Jadi, ajak si kecil berenang untuk kesehatannya lebih dulu, ya, Moms..Dads. Soal gaya renang akan mengikuti secara otomatis bila ia sudah menyukainya. Jangan lupa, ketika mendampinginya, Mom n Dad juga harus fun, lo, bukan lantaran terpaksa.


ARTIKEL 2
Mengajari bayi-bayi berenang mulai dari baru berusia beberapa bulan membantu mereka mengembangkan kemampuan fisik yang mengesankan di kemudian hari.

Penelitian di sebuah universitas mendapati bahwa bayi-bayi yang diajar berenang sejak dini memiliki keseimbangan yang lebih baik dan mencengkeram benda-benda jauh lebih mudah dibandingkan dengan yang tidak berenang. Perbedaan ini tetap terlihat bahkan ketika anak-anak tersebut telah berusia 5 tahun, begitu menurut penelitian dari Norwegian University of Science and Technology.

Profesor Hermundur Sigmundsson dari NTNU dan Profesor Brian Hopkins dari Lancaster University, membandingkan 19 bayi yang berenang dengan 19 bayi yang tidak berenang. Satu-satunya faktor yang membedakan kedua kelompok ini adalah berenang. Semua faktor lain seperti pendidikan orang tua dan status ekonomi, sama.

Kelompok bayi berenang mengikuti kelas-kelas berenang selama 2 jam seminggu sejak berusia 2-3 bulan sampai mereka berusia sekitar 7 bulan. Sebuah sesi biasanya meliputi membantu bayi melakukan jungkir balik di atas tikar mengambang, menyelam di bawah air, melompat dari tepi kolam dan menyeimbangkan diri pada tangan orang tua mereka sambil menggapai untuk mengambil benda-benda yang mengambang.

Ketika mereka berusia 5 tahun, kedua kelompok ini diuji dengan sejumlah latihan seperti keseimbangan pada satu kaki, melompati tali dan menangkap beanbag.

Para peneliti mengatakan hasilnya menakjubkan. "Kami melihat dengan sangat jelas bahwa bayi-bayi yang berenang terbaik dalam olahraga yang berhubungan dengan keseimbangan dan dalam kemampuan untuk meraih benda-benda." kata Profesor Sigmundsson. Profesor Sigmundsson mengatakan ia saja kewalahan dengan apa yang instruktur mampu lakukan agar bayi-bayi mau melakukan apa yang diminta. "Instruktur tersebut mampu membawa bayi-bayi yang berusia 3 bulan berada pada posisi yang seimbang, berdiri di telapak tangannya. Bayi-bayi mengontrol sendi-sendinya - menakjubkan saat menyaksikannya," katanya.

Ia percaya bahwa survei ini memperlihatkan bahwa pelatihan khusus pada anak-anak kecil memberikan hasil. "Sangat menarik bahwa pelatihan khusus untuk bayi-bayi memiliki pengaruh di masa depan. Perkembangan adalah sebuah interaksi dinamis antara pematangan, pertumbuhan, pengalaman dan pembelajaran. Penelitian kami menunjukkan bahwa kita sebaiknya jangan pernah meremehkan aspek pembelajaran."

Penelitian ini dipublikasikan di Child: Care Health and Development bulan Mei 2010
Sumber

InsyaAllah KESIMPULAN hikmah Rasulullah SAW menyuruh anak diajarkan berenang kerana:
1. Membantu tumbesaran bayi.
2. Membantu penghadaman dan meningkatkan sistem imun bayi.
3. Membantu perkembangan otak dan meningkatkan IQ dan EQ bayi.
4. Menyelaras corak tidur yang normal.
5. Mengurangkan kekerapan bayi menangis dan membantu mengeratkan hubungan bayi dan ibu bapanya.
6. Berenang bukan setakat sentuhan kulit dengan air sahaja tetapi ianya membantu deria-deria yang lain seperti pendengaran, bau dan imbangan.
7. Berenang juga membuatkan semua organ dalaman dan sistem saraf juga 'bersenam'.

MASIH BELUM TERLAMBAT! Ayuh sahut seruan Rasulullah SAW! InsyaAllah terkandung hikmah yang pasti luar biasa hebatnya!

DOA PENGASIH

InsyaAllah entry khas untuk ummi hannaluqman ;)
sumber gambar: google

Alhamdulillah memang doa ini yang saya amal
Sebelum berkahwin sehinggalah sekarang
Mudah-mudahan dapat sama rasai khasiatnya! ;)

30.3.11

TUTUP!

Pada 30 Mac 1432 lahirlah seorang panglima Allah
 Genap 579 tahun telahpun berlalu dan sejarahnya menjadi pedoman sehingga ke hari ini
Tidak kurang ramai yang menamakan anak mereka dengan gelarannya
Kerana kehebatannya Rasullullah SAW sebut-sebut ketika menggali parit Khandak
800 tahun lamanya sebelum kelahirannya
Sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera!

Bayangkan Rasulullah SAW telah melangkaui tamadun demi tamadun
Ketika menggambarkan keperibadian panglima Allah ini
Rasulullah SAW melangkaui zaman 4 sahabatnya
Kemudian era bani umayyah dan abasiyyah
Barulah empayar Turki Uthmaniyyah ketika sejarahnya terukir.

Panglima Allah yang dimaksudkan adalah..
..SULTAN MUHAMMAD II yang dikenali sebagai MUHAMMAD AL-FATEH!
Jom celik sejarah! Klik sini untuk sejarah lanjut.

Dengan coretan pendek mengenai tarikh bersejarah 30 Mac
Mudah-mudahan selepas ini, ibu bapa lebih sedar dan bersemangat
Menanamkan ikhtibar kisah-kisah tokoh dan sejarah Islam yang hebat
Menggantikan cerita-cerita dongeng fairy tales, dunia artis dan lain-lain
Supaya anak-anak kita lebih kenal siapa Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat
Anak-anak lebih tahu Abu Ayyub Al-Ansari dan Mus'ab
Lebih teruja dengan kisah Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh
Kerana kita hari ini lebih kenal siapa David Beckam
Kita lebih tahu setiap inci pergerakan artis-artis Hollywood, Bollywood
Dan kita kadang-kadang lupa ianya membabitkan soal aqidah!

Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi sertai kami
InsyaAllah kami akan pergi menziarahi anda secara berperingkat
Mudah-mudahan ada rezeki untuk little caliph anda!

InsyaAllah Bayt Al-Iman dengan ini menutup rasmi My Little Caliph Contest :)

p/s: Alhamdulillah tahniah kepada Kak Fisha dan zaujnya diatas kelahiran seorang mujahiddah pada ulangtahun kelahiran Sultan Muhammad Al-Fateh. Semoga kelahirannya meneruskan roh semangat perjuangan Sultan Muhammad II. Cik ummu muhammad sedang menanti nama lil mujahiddah sahabat baik kepada Tasneem mujahiddah Kak Nurul ;)

26.3.11

BILA KERJA MENIMBUN

Hujung minggu ini merupakan hujung minggu tersibuk
Lawatan pihak atasan membuatkan suasana tempat kerja bertukar rupa
Daripada tenang mejadi haru biru
Ketenangan hujung minggu yang bisa manggoncang aqidah
Ya! Ditahap aqidah!

Faham tak konsep kita dihidupkan hanya sebagai hamba dan khalifah?
Faham tak yang kita bukan bekerja untuk makhluk?
Sepatutnya sudah ada tarbiyyah lebih faham
Tidak perlu begitu bersusah payah untuk kepuasan manusia
Lihat zaman para sahabat, ada bangunan tinggi mencakar langit?
Ada kita lihat teknologi yang canggih?
Tidak bukan? Kerana apa?
Kerana Rasulullah SAW mengajar para sahabat hanya mengejar keredhaan Allah
Hanya mencari segala-segalanya yang Allah redha
Dan kita hanya perlu bekerja untuk Allah
Hanya buat termampu, jika tiada peruntukan itu dan ini
Sudahlah, buat apa yang ada sahaja

DUSH! DUSH! DUSH! (terasa panas pipi)
Kata-kata umpama panah yang merawat jahilliyah hati
Menghentikan siulan dunia yang tidak pernah sunyi
Tersentap seketika kerana tarbiyyah sepatutnya mengajar ape ertinya Islam
Ayat-ayat suami yang begitu melapangkan dada
Memberi sedikit ruang untuk bernafas dan merenung semula niat
Adakah semuanya Allah redha?
Atau penat lelah tetapi tiada apa disisi Allah.

Mesyuarat Jumaat sudah membuatkan aku termenung panjang
Sungguh bersusah payah kita hanya untuk menyambut kedatangan 'orang besar'
Tetapi andai panggilan untuk solat?
Seringkali aktiviti-aktiviti yang berlanjutan sehingga malam
Surau berdekatan sunyi, baik dari yang lelaki mahupun perempuan
Sayu rasa melihatkan realiti sebenar pendidik
Bagaimana bisa emak ketam mengajar anaknya berjalan tegak?

Jika hari ini anak-anak kita rosak akhlaknya
Jika hari ini anak-anak kita menderhaka
Jika hari ini kita dikurniakan cucu-cucu tidak berbapa
Adakah salah mereka semata?
Kita adalah penyumbang utama kerosakan generasi muda!

Ya Allah!
Letakkanlah dunia hanya digenggamanku dan akhirat tertanam kuat dihatiku...