31.1.11

KURANG SUSU

Salam wat umi muhamd. nk tnya,mcm mana nk bg air susu bnyk?stkt ni muhmd mmg full brstfding ke?brat brap dh skrg?
-message yang diterima pada 29 januari baru-baru ni tanpa diubah-

Sahabat saya yang dikenali sejak zaman matrikulasi
Yang terputus hubungan sehinggalah Allah jodohkan jumpa di majlis konvo gabungan universiti berkait
Rupanya suaminya junior suamiku di sekolah menengah dulu
Tengok rancangan Allah? Hebatkan?

InsyaAllah jawapannya makan dan minum dengan banyak! ;)
InsyaAllah tangki cepat penuh dan restok semula
Jangan takut gemuk kerana insyaAllah Allah tolong takkan gemuk.

Stok susu Muhammad yang dulu:

Kini:
Semakin berkurang.

Bertambah sedikit.

HUJAN DAN BANJIR

Alhamdulillah ALLAH masih mengurniakan rahmatNya
Dapat merasai sejuknya hujan pekatnya awan walaupun hanya di Malaysia
Tidak perlu bazirkan elektrik beerti kipas dapat berehat seketika
Banyak masa dihabiskan dirumah daripada berjalan-jalan tanpa tujuan
Dan yang terpenting tazkirah ALLAH yang perlu direnungi dan dihayati dengan mendalam.

Hujan adalah salah satu nikamt kebesaran Allah
Malah ALLAH juga berhak menjadikan nikamt itu sebagai pengajaran
Peringatan bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Pernahkan kita semua terfikir?
Hidupnya kita di dalam sebuah negara sebagai rakyat
Kita perlu membayar cukai, bil air+elektrik+telefon?
Semuanya ada harga yang perlu dibayar
Lalu hidup kita sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini
Adakah kita semua dijadikan sia-sia cuma?
Oksigen untuk bernafas, bumi untuk dipijak
Kaki untuk melangkah, tangan untuk makan, lidah untuk berkata-kata
Adakah percuma tanpa ketaatan?

Tidak! Tidak! TIDAK!!!
Tugas kita hanya 2
Laksanakan tanngujawab sebagai HAMBA DAN KHALIFAH di bumi ALLAH.

Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
(Al A’raf:57)


Gambar-gambar disekitar taman perumahan dan kampung berdekatan:

Laluan utama ke tempat kerja mula dipenuhi air.

Air sungai yang sudah melimpah.

Rumah di kampung berdekatan mula ditenggelami air.

Pemandangan balai raya.

Pemandangan dari atas jambatan di pusat bandar semasa menghantar Muhammad untuk check up 5 bulan tadi.

Surau berdekatan.

Sungai di bandar dipenuhi air + jambatan gantung telahpun hanyut.

Ya Allah, kurniakan kami hujanMu yang memberi manfaat, jauhi kami dari azabMu atas segala kelalaian kami terhadapMu...


p/s: ibu tidak dapat bekerja kerana jalan terputus...inilah rahmat Allah buat kita supaya ibu dapat dekat menjaga Muhammad ;)

29.1.11

BENDERA ISRAEL DI PC KITA?

Lakukan segera!


1. Buka komputer/laptop anda

2. Klick pada direktori C:\Program Files\

3. Klick di file Microsoft Office

4. Kemudian klick MEDIA

5. Klik pada CAGCAT10,

6. Dan cuba cari gambar bernama J0285926.


Kamu akan jumpa gambar lambang atau bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka).

Sila HAPUSKAN ! Gambar tersebut terdapat disemua PC di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA...


kredit: Cikkukumerah

28.1.11

SI HITAM & SI PUTIH

Ini ialah si hitam ayah dan si putih ibu
Sesuai dengan empunya warna kurniaan Ilahi ;)
Yang pertama dibeli hanya setelah bekerja dengan harga RM 340 sebuah
Model Sony Ericson J105i
Punya 3G dan kamera yang pada ibu cukup munasabah
Membeli insyaAllah dengan niat kerana Allah
Sangat malu dengan jenama nokia pemberian sebelumnya
Semahunya boikot ISRAEL laknatullah dari awal
Tetapi ekonomi dan mendahulukan yang terpenting dari yang penting
Alhamdulillah diberi peluang setelah bekerja.

Memandangkan kamera yang agak sukar digunakan
Ibu lebih suka hanphone berkamera
Juga sebagai persediaan menyambut kelahiran Muhammad
Sehinggalah Muhammad telah pun berusia 5 bulan kini
Alhamdulillah rasa berbaloi
Walaupun si hitam ayah dan si putih ibu tidak secanggih handphone orang lain
InsyaAllah kami sentiasa rasional supaya tidak berlebihan.

InsyaAllah inilah si hitam dan si putih
Merangkap handphone merangkap kamera merangkap laptop berkamera
Kerana ayah Muhammad selalu 3G sekiranya ayah menghadiri mesyuarat yang sangat jauh (mesyuarat lebih kurang 9km je pun paling jauh ;)
Juga yang bertanggungjawab snap segala gambar yang termuat di blog ini
Dan yang terpenting alat menambah erat
Perasaan kasih sayang, rindu antara dua insan yang halal
Bercinta sampai syurga
Istiqomah menuju Allah dan Rasul.


Sabda Rasulullah saw:
"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kalian dan jangan melihat orang yang lebih di atas kalian. Yang demikian ini (melihat ke bawah) akan membuat kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan-Nya kepada kalian." [HR Muslim]

25.1.11

MY BREASTFEEDING HEAVEN CONTEST WINNERS!

Alhamdulillah entry ini
Membawa tuah kepada Muhamad
Pada hari ulangtahunnya yang ke-5 bulan tahun masihi
Iaitu pada hari ini
Terima kasih kepada pihak penganjur
Kerana menganjurkan contest yang sangat membina
Terima kasih juga kepada pakcik zauj yang merangkap sebagai penyunting entry
Almaklum diri ini bukanlah orang bahasa ;)

Klik banner di atas.

Contest diatas mengingatkan tentang
Buku-buku yang dibeli hasil sumbangan puisi PENCARIAN
Yang terpilih dimuatkan di dalam majalah SOLUSI (boleh search sendiri isu berapa ;)
Nilai RM 5o telah ditukarkan dalam bentuk ilmiah
Supaya terus dapat diingati dan diambil manfaat oleh mujahid-mujahid ibu ayah kelak
InsyaAllah.

Siri Ensiklopedia Akhirat yang dibeli hasil puisi yang terpilih dimuatkan dalam majalah SOLUSI.

20.1.11

MY BIRTHDAY GIVEAWAY


Ni ialah Giveaway dari geng ibu-ibu
Iaitu dari blog ibu danial
Kami meneka insyaAllah either 6hb or 12hb ;)

By the way, Selamat Ulangtahun ibu danial!

p/s: baru pandai wat link kat gambar..mengexplore dgn zauj tadi.. ;)

11.1.11

BEST FOLLOWER AWARD


Sebenarnya tak berapa nak faham
Banner ni dari puan nina
Tapi kene jawab soalan
Jadi diri ini yang agak lambat nak memahami (sampai sekarang pun tak faham..hihi)
Rai dan jawab soalan seperti berikut:

1. berikan 4 ciri gurl/boy idaman untuk jadi wife/husband
beriman, beramal, bertaqwa dan istiqomah menuju Allah dan Rasul (tag line blog Bayt Al-Iman ;)

2. berikan 1 tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang
sentiasa berdoa dan terus berdoa + amal doa pengasih lepas solat, basuh beras dll

3. pernah anda jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta
pernah tapi tak amal..cume amal doa pengasih b4 dan selepas nikah sehingga kini

macam ni ke puan nina? hihi tak faham
kite ikut arahan je ni..