14.3.11

KEMBARA MALAM

Alhamdulillah malam tadi dengan taufik dan hidayahNya
Allah masih kurniakan nikmat terbesar, iman dan islam
Masih dikurniakan kekuatan untuk mengembara ilmu
Menumpang sejuk di bawah sayap malaikat
Setelah seharian hanya dikelilingi dunia belaka!

Kami bertolak secara konvoi bersama keluarga mak usrahku selepas maghrib
Singgah untuk isyak sebelum sampai ke destinasi ilmu.

Alhamdulillah doa ibu supaya majlis ilmu sentiasa bersama Muhammad!

Walaupun Muhammad juga sibuk memberi ceramah kepada Kak Sarah dan Kak Amna di bawah meja.

Juga sibuk mendengar ceramah atok dihadapan (main cak-cak bawah meja).

Doa ibu semoga Muhammad membesar sebagai golongan duad insyaAllah!

Alhamdulillah selamat sampai di Bayt Al-Iman lebih kurang 12 tengah malam.

p/s: insyaAllah sikit masa lagi.. ;)

12.3.11

BAB 1: SEJARAH SUATU SUNNATULLAH

Ini adalah kesinambungan BEDAH BUKU tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Al-Hafiz!

Apakah yang dimaksudkan dengan Sunnatullah? Sunnatullah adalah suatu ketetapan Allah contohnya matahari terbit sebelah timur dan tenggelam sebelah barat, bumi berputar di atas orbitnya, takat didih air 100 darjah celcius dan sebagainya. Semuanya tetap dan tidak berubah dari dahulu sehingga kini. Baik dalam mentadbir urusan keduniaan mahupun menegakkan Islam, Allah menyediakan segala kemudahan yang berupa ketetapan atau ketentuan kaedah yang kita kenal sebagai sunnatullah.

Bukan manusia yang menentukan sunnatullah! Apabila seseorang saintis mengkaji sesuatu perkara dan berjaya maka mendabik dada, hasil kajian itu adalah terbaru dan miliknya. Sebenarnya, perkembangan ilmu manusia mempelajari dan menggunakan ketetapan Allah dengan aqal yang diberikan hanya memerhatikan, berfikir dan memberikan wajah baru terhadap sunnatullah dengan pelbagai istilah tidak kira teori, hipotesis atau apa sahaja untuk memahami undang-undang Allah.

Orang-orang atheis mengatakan fenomena alam ini adalah semulajadi tetapi orang beriman berkata, memang semuanya semulajadi tetapi semuanya di bawah undang-undang Allah! Kita yang mengaku mengtauhidkan Allah hanya tidak akan mengiyakan teori Darwin yang memperbodohkan umat manusia dengan penciptaan awal manusia!

Sejarah Sebahagian daripada Sunnatullah
(kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu" (Al-Fath:23)

Sejarah bukanlah suatu kebetulan kerana sememangnya setiap peristiwa yang tercatat adalah menurut sunnah Allah SWT. Tiada apa yang berlaku dari sekecil-kecil atom mahupun berubahnya siang dan malam, putaran kehidupan atau cara manusia membiak, ekosistem dan pelbagai lagi melainkan di bawah tadbir Allah SWT. Contohnya seorang doktor pasti merujuk sejarah keturunan kesihatan seseorang pesakit sebelum berani mengambil kesimpulan terhadap sakit dan rawatan pesakitnya.

Sayyid Qutb berkata bahawa sejarah bukanlah peristiwa-peristiwa melainkan tafsiran peristiwa-peristiwa dan pengertian mengenai hubungan-hubungan nyata dan tidak nyata yang terjalin seluruh bagian serta memberikan dinamika dalam waktu dan tempat. Ringkasnya, apabila manusia mengkaji dan memahami asal usul dirinya , asal usul keIslamannya ataupun asal-usul kebudayaan bangsanya, faktor-faktor pertumbuhan dan fasa perkembangannya, barulah akhirnya dia mampu mengahayati hakikat dirinya kini kerana dia memahami hubungkait antara pengalaman lalu dan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk masa hadapan.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusof: 111)

Ramai orang berkata, sesiapa yang menguasai masa lepas, dia akan menguasai masa hadapan. Al-Quran mengajarkan kita pelajaran-pelajaran penting daripada generasi lepas kerana disitu ada hikmah, kehendak dan kemahuan Allah yang telah dirangkum di dalam sunnah syar'iyah dan kauniyahNya.

Sejarah kebangkitan dan kemenangan Islam juga tidak lari daripada suatu taqdir yang telah ditentukan Allah akan sesiapa dan bagaimana ia terjadi. Ia tidak pernah lari dari apa yang Allah kehendaki kerana DIA yang berkehendak sebegitu. Sunnah Allah itu tidak akan berubah. Sunnatulallah akan berlangsungan tanpa henti dan Allah menggilirkan kekuasaan di atas bumi berdasarkan sunnahNya.

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Hamam beserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu. (Al-Qasha: 5-6)

Sunnah-sunnah Allah memiliki hubungan yang sangat erat dengan akibat-akibat yang dilakukan oleh manusia yang taat pada perintahNya atau mengaplikasikan pengalaman-pengalaman generasi lepas yang berpegang teguh kepada perintah Allah adalah suatu kewajipan. Bagaimana mereka berjalan dengan fasa-fasa yang alami untuk menegakkan Islam adalah suatu sunnatullah baik ketika permulaan dakwah di Mekah, bernegara di Madinah dan seterusnya memimpin umat manusia. Tidaklah ia berlaku secara kebetulan melainkan ianya merupakan suatu sunnatullah!


*Sejarah itu akan sentiasa berulang dan berulang. InsyaAllah kemenangan Islam itu pasti!


kredit: Ini Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad, AIMS (Alumni of International Muslim Students)

RANCANG JANTINA ANAK

Dulu sebelum Allah takdirkan Muhammad berada dirahim saya, moyang saya pernah memberi petua untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Saya sendiri pun rajin buat kajian serba sedikit. Alhamdulillah kebanyakkan petua yang saya jumpa ada kebenaranya tetapi kita perlu ingat ia bukan kebetulan, sememangnya telah ditentukan oleh Allah, sebaik-baik Perancang. Pengangan akidah terhadap Allah amat penting dalam kita berbicara apa-apa sekali pun. Kita perlu belajar bercakap atau menulis tanpa melupakan akidah kita terhadap Allah.


Ketika blog walking (BW), mata saya menangkap perkataan 'Merancang Jantina Anak' di blog ini.Uniknya petua yang saya jumpa kali ini juga bertepatan pada kelahiran Muhammad. Mengikut penjelasan jadual di atas, jadual di atas diambil oleh ilmuan dari makam kerajaan dekat Beijing, RRC. Naskah asli terkubur selama 700 tahun dan kini disimpan oleh Institut Pengetahuan Beijing. Ingat ini hanya petua dan tauhid kita hanya kepada Allah!

Sebagai contoh: Muhammad dikesan dirahim saya pada bulan November diusia saya 23 tahun, bulan terakhir ditahun terakhir sebelum tamat pengajian (pihak kampus tidak membenarkan pelajar mengandung ketika dalam pengajian). Jadi, jantina yang tertera pada jadual adalah L, maksudnya lelaki. Anda pula bagaimana?

9.3.11

KASIH KASTURI AYAH



Ini semua hasil penangan kuih kasturi frozen!
Mak kepada sahabat sekolah rendah yang empunya perniagaan kuih frozen
Makku yang mula membelinya dan sedap rasanya
Tengok-tengok dapur ayah Muhammad berasap lagi
Ada sahaja usaha cuba jayanya.

Inilah rupe kasturinya yang pelbagai rupa, bentuk dan warna.

Yang ini pula untuk dimakan kali kedua. Difrozen.

Zoom dari dekat kasturi siap untuk difrozen.


Walaupun tak secantik kasturi ini tetapi begitu tinggi nilai kasih kasturi ayah Muhammad ;)
*sumber gambar: google

p/s: Muhammad anak bulan terang Ramadhan. Jadi, saya masih ber'hutang' dengan Allah..tunggu masa untuk merasa kasih kasturi ayah Muhammad insyaAllah sebentar sahaja lagi.. ;)

8.3.11

PANDUAN MAKANAN BAYI

Muka hadapan buku kecil.
Kulit belakang.
MENIPU BAYI
Helah Label dan Taktik Perdagangan Pengeluar Makanan Bayi
Adakah bayi anda diberikan makanan komersial dalam paket atau balang? Awas! Siasatan CAP menunjukkan makanan bayi komersial adalah:
* makanan bergula yang berisiko menjejaskan kesihatan
* makanan remeh yang diproses berkali-kali dan dicairkan
* air yang dipekatkan
* 'diperkuat' dengan bahan kimia, kapur dan serpihan besi!
* tidak berkhasiat dan
* tidak bernilai untuk wang anda
CAP memeriksa senarai bahan ramuan di dalam makanan bayi, mendedahkan helah pemasaran industri makanan bayi dan membimbing anda agar tidak terpedaya dengan helah label mereka.

Dakwaan Mengelirukan
* Dengan membaca label, anda mungkin menyangka bayi anda akan memperolehi makanan yang terbaik untuknya. Selain menjadikan seorang ibu merasa makanan yang dimasak sendiri masih belum lengkap untuk bayinya, dakwaan pengeluar juga kadangkala mengelirukan.
* Benarkah bijirin 'tidak bergaram' lebih baik daripada bijirin yang 'diperkaya dengan vitamin'? Adakah bayi lebih baik diberikan jus buah dengan 'kemanisan asli' berbanding jus yang 'tidak dicampurkan gula'? Mengikut  satu tindakan yang dijalankan oleh penyelidik Britain pada tahun 1995, 83% produk makanan bayi yang dijual menggunakan ungkapan yang mengelirukan dan tidak memberi sebarang maksud.

Ibu Bapa Jadi Sasaran
Makanan bayi, walaupun dirumuskan untuk bayi, tetapi lebih ditujukan kepada ibu bapa. Para pengeluar menyedari ibu bapalah yang membeli makanan untuk bayi. Jadi, produk pengeluar perlu memenuhi cita rasa mereka yang menyedia dan menghidang makanan.

Menyediakan Sendiri
* Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Sebaik-baiknya susui bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Tetapi jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda kelaparan sebelum 6 bulan, anda boleh mula memberinya suplemen terlebih dahulu. Tetapi ia tidak seharusnya lebih awal daripada 4 atau 5 bulan.

* Masa apabila anak anda bersedia untuk menjamah makanan pejal pertama ialah ketika tabiat yang akan mempengaruhi dirinya disepanjang hayat mula terbentuk. Jenis makanan yang dimakannya dalam tempoh ini akan meninggalkan kesan jangka masa panjang ke atas pembesaran, perkembangan dan kesihatan dirinya pada masa depan.

* Masaklah sendiri untuk bayi anda dengan menggunakan bahan-bahan asli yang segar. Jika anda ibu yang bekerja yang kesuntukkan masa, sediakannya dengan agak banyak dan bekukan bakinya. Untuk memastikan pembahagian yang sempurna, gunakan bekas kiub ais. Berikut adalah panduan kasar mengenai apa yang harus diberikan kepada bayi:

~ 5 bulan: Bubur nasi cair (hanya beberapa sudu penuh). Apabila bayi anda telah biasa dengannya, anda boleh memasak nasi dengan air sayur (seperti air sayur bayam yang telah dimasak)

~ 6 bulan: Bubur nasi lebih pekat. Sayur-sayuran seperti bayam, tomato, lobak merah, ubi kentang dan kacang dicampurkan ke dalam menunya. Anda juga boleh memberinya telur (tetapi hanya separuh kuning telur dan bukan direbus terlalu keras). Jangan berikan putih telur sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya setahun kerana ia boleh menimbulkan alahan.

~ 7 bulan ke atas: Anda memberinya sebiji kuning telur. Bubur kini boleh dimasak dengan sayur-sayuran dan daging yang dikisar halus. Ikan bilis dan produk kacang soya seperti taufu dan taukua juga berkhasiat. Tetapi perkenalkan sejenis makanan pada satu-satu masa. Berikan juga buah-buahan seperti pisang, betik, dan belimbing sama ada dalam bentuk jus atau dilecek. Tetapi ketika kali pertama memberinya buah, jangan campurkan sayuran atau makanan baru ke dalam buburnya.

~ satu tahun: Bijirin contohnya (beras, oat, roti), sayuran (bayam, sawi, taukua, taufu, lobak merah, kubis, ubi kentang), buah-buahan (pisang, betik, belimbing), daging, sup (sebarang bubur sayur atau daging yang ditapis), dan telur (separuh masak, direbus atau dimasak hancur).

Nota penting: Jangan beri makanan dengan tulang atau ketulan besar, makanan berminyak dan bergoreng. Jangan tambah gula, garam, mentega, marjerin, minyak, rempah atau bahan perisa lain.


p/s: Buku kecil ini boleh didapati di kedai buku antaranya kedai buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana Johor Bahru dengan harga RM 2.50.

kredit: mak usrahku ;)

6.3.11

TEKTIK CURI KERETA

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

by Bomba Selangor on Wednesday, February 16, 2011 at 8:31am

AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA



-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.

kredit: murobbi

3.3.11

HARI KASIH SAYANG

Kenapa orang Islam Allah selalu uji?
Kenapa orang kafir Allah bagi semua nikmat senang-senang sahaja?
Ramai orang-orang kaya ialah orang kafir
Hidup mereka enjoy dan seperti tiada masalah
Istidraj dari Allah Taala.

Inilah bukti sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah Taala
Manusia ini kalau tidak kerana ujian menimpa
Maka kuranglah hati-hati dalam mengingati Allah
Hikmahnya Allah mahu bagi pahala lebih sebab sabar + bersyukur
Sedangkan Allah Taala memberi nikmat kepada kafir kerana kemurkaanNya
Dibiarkan terus hanyut dibuai indah dunia
Sebab dunia memang syurga mereka tetapi bukan kita
Dunia kita yang hakiki hanya DISANA
Sama-sama usaha untuk syurgaNya.


Kasih sayang Allah ini sangat meluas dan tak terhingga
Walaupun di alam maya sekalipun
Hati ini hidup dengan merasai kasih sayang sesama rakan-rakan blog
Hanya bermula dengan mencari info breastfeeding
Allah pertemukan dengan blog kak vagg
Siap masuk + menang saguhati contest yang best anjuran blog kak vagg
Berkenalan pulak dengan ibu danial
Terima kasih nina! Kita banyak belajar ilmu berblog dari awak! ;)
Kemudian jumpa blog ummu ahmad
Dan bertemu serentak dengan ummu auni dan nuyr
Kita semua dipertemukan dengan tajuk breastfeeding ;) 

Selepas belajar tentang apa itu contest + giveaway
Semua  ilmu ini dari nina ;)
Mulalah membuat Maulidur Rasul Giveaway anjuran sendiri
Disini lagilah bertemu dengan ramai kenalan blog
Mereka mempunyai follower yang ramai dan kebanyakkan adalah ibu-ibu
Dan paling suka mereka seperti kasih mengasihi sesama mereka
Mereka ini penginfaq tegar kerana kekerapan menganjur giveaway + contest
Sebagai hamba, kita memang disuruh menginfaqkan sebahagian harta
Contoh setiap bulan ketepikan paling kurang 2.5% daripada gaji
Bersedeqah/infaq inilah yang akan menyuburkan harta
Dengan niat menjalinkan ukhuwwah hanya dan kerana Allah Taala
InsyaAllah pasti akan ada keberkatannya! ;)
* segala niat yang dipasakkan hanya kerana Allah adalah dikira ibadat untuk kita

Firman Allah:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya?
(surah al-Baqarah: 245)

Walaupun hanya berkenalan melalui alam maya
Juga kepada pemenang Maulidur Rasul GA, perisai mahkota
Anda semua mencatat sejarah yang indah dalam sebahagian hidup saya ;)

Akhir kata, kasih sayang Allah memang tersangat luas!
Tidak rugi menjalin ukhuwwah kerana pasti akan ada rahmatNya
Sama-sama saling berkongsi ilmu-ilmu untuk manfaat bersama
Setiap hari adalah hari kasih sayang kita semua.
Ukhuwwah fillah abadan abada! InsyaAllah!

p/s: suburkan harta anda dengan menginfaq 2.5% di jalan Allah contohnya memberi pada pembangunan masjid + pusat2 tahfiz dan sebagainya tetapi infaq terbaik adalah pada kaum kerabat kita yang memerlukan. InsyaAllah!