25.6.23

Jalan yang lurus


 

Jalan yang lurus kenapa perlu dibetulkan lagi.

Ikut sahaja jalan itu sampailah ke destinasinya.

Apa yang perlu dibetulkan ialah dirimu.

Pastikan tetap dijalan itu.

Menuju Allah dan Rasul hanya ada satu jalan sahaja.

Jalan Iman dan Islam.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dengan iman dan masukkan aku ke dalam syurgaMu dengan iman"

"Wahai Tuhanku yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu"

12.6.23

Di sini Akhirat Di sana Dunia


Dunia akhirat ada bezanya,
Ditandakan dengan satu pemisah,
Pemisah itu tidak semua yang kenal,
Yang kenal pula tidak semua yang pilih akhirat, sukar sebenarnya,
Carilah tanda pemisah itu,
Jika tidak mampu memilih akhirat sepenuhnya pun, paling tidak kita sedar batas antara dunia dan akhirat tu ada. Semoga suatu masa nanti sebelum ke akhirat, kita sudah berada di akhirat.
Ya Allah ampunkan kami...


11.6.23

Kita Manusia, Jadilah Manusia


Hidup kau burung, seperti burung.

Hidup kau manusia, sepatutnya seperti manusia...

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku." Az Zariat : 56

Kembalilah menjadi manusia sebenar.

7.6.23

Kasih Tiada Ganti




Mencari kasih makhluk dibumi, tiada yang hakiki.

Kasih sejati tiada dibumi, ia ada pada pemilik bumi.

Cari padaNya, jumpalah ia... Air mata pasti mengalir kerana kasihNya hakiki.