25.2.17

DIY UBAT GIGI

Selepas tahu serba sedikit tentang bahaya fluorida, memang dilema mencari ubat gigi yang paling tidak, ok-ok sahaja. Dengan kekangan kemalasan tahap super saiya, beli sahaja yang ok sedikit daripada yang ada di pasaraya.

Takdir rajin yang turun mencurah dari langit datang juga dengan izin Allah. Asbab bantuan kawan doktor yang sangat galakkan untuk DIY sahaja ubat gigi dirumah sepertinya, Alhamdulillah tadi masuk kali ke-3 kami DIY ubat gigi sendiri.


Bahan-bahan ubat gigi pun yang ada dirumah kecuali essential oil (eo) pepper mint untuk tambah aroma berangin dalam ubat gigi. Bahan-bahan ubat gigi kami ialah

+ soda bikarbonat
+ minyak kelapa dara (vco)
+ garam bukit
+ madu
+ eo pepper mint

.

Caranya pun sangat mudah. Titis vco dalam soda sehingga membentuk pes. Campur dengan sedikit garam bukit, madu dan eo pepper mint secukup rasa. Pes ubat gigi dibancuh untuk anggaran seminggu penggunaan kerana aroma kesegaran eo bertahan lebih kurang jangka waktu itu sahaja.

Apa rasa?

Rasa suci lagi menyucikan, lapang nafas dan paling penting yakin tanpa was-was sebab buat sendiri. Hehe.

20.2.17

KEGILAAN YANG MENGGEMBIRAKAN

Kegilaan baru yang sungguh tidak pernah disangka-sangka. Zaman remaja muda belia dahulu memang sangatlah tidak suka aktiviti berjemur yang berpeluh-peluh. Kawan-kawan pula pantang petang terluang pasti berjogging keliling asrama dan beriadah di padang nan luas itu.

Zaman itu makan memang banyak tetapi langsung tidak memberi kesan pada pembinaan lemak. Tidak senam pun tidak apa, berat badan maintain sahaja. Ketika itu 53-55kg dengan tinggi 161cm memang ideal.

Pemikiran itu terjajah sehinggalah masuk anak ke-2. Makanlah apa sahaja, lagi-lagi perasan pemilihan makanan pun sudah sihat-sihat belaka. Makan dan terus makan tanpa risau. Tambahan pula menyusukan anak.


Melepasi sahaja #abdullahthesecond 2 tahun genap menyusu, berat badan ketika itu maintain 64kg. Masih nampak kurus walaupun sebenarnya sudah mengembang dengan jayanya. Baju-baju zaman remaja diasingkan. Tinggalkan baju-baju saiz mak-mak yang telah beranak pinak. Sekali lagi, memang harapan untuk jejak berat remaja seakan telah di'delete' memorinya.

Terkarang karanganlah pula.

Sebenarnya motivasi hari ini ialah berjaya lompat skipping 506 lompatan dalam masa 15 minit. Semalam petang balik kerja berjaya 401 lompatan dalam masa 15 minit juga. Sungguh tidak kusangka kegilaanku kini ialah mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh berduyun-duyun. Ala-ala #keepfit dan #letscans.

InshaAllah jadi asbab solat itu sentiasa ringan.

19.2.17

ALIM DAN AMAL

Manusia ini Allah ciptakan dengan kepelbagaian kebolehan tetapi ada keterbatasan masing-masing. Ada yang Allah bagi lebih kepada alim. Ada yang Allah bagi lebih pada amal. Sebab itu kadang kita jumpa orang alim yang kurang pada amal. Ada yang Allah bagi lebih untuk istiqamah amal walaupun tidaklah alim mendalam. Paling cantik boleh alim dan amal.


Kita hanyalah manusia yang punya limit  diciptakan dengan keterbatasan. Cuma sentiasa jaga hati supaya tidak hasad, tidak dengki, riyak dan ujub. Pendek kata, pelihara hati dari berperangai dengan sifat-sifat tercela.

Kerana dalam syurga hanya ada penghuni yang cantik hatinya.

17.2.17

MAINAN BARU

Mainan baru beli semalam. Jump rope nama mat salleh dia. Harga offer di DIY ialah RM2.50 sahaja. Siap meter kirakan. Fungsi senaman ini ialah jadi asbab untuk kesihatan jantung dengan izin Allah.


Kisahnya, seorang kawan lepas bersalin yang beratnya 65kg pun boleh buat 100-200 kali. Kira cabar diri juga untuk cuba lompat sebanyak itu. Rasa apa?

Rasanya mashaAllah. Terasa seperti gajah melompat. Peluh usah cakaplah. Berduyun-duyun ditambah bersenam pula dengan baju water proof ala-ala rain coat. Dapat jugalah lompat 208 kali secara berkala. Tarik nafas, hembus. Sambung hayun dan lompat.

Berat minggu lepas 53kg. Misi sekarang ialah cuba untuk pecah angka 5 di depan. Hehe.

Nak kurus? Sebenarnya bukanlah sebab senaman sangat. Kita hanya perlu doa dan hanya Dia yang memperkenankan permintaan kita. Boleh jadi asbab doa itulah, Allah gerakkan kita rajin untuk workout dan buat revision tentang cara pemakanan yang baik sehinggalah dapat apa yang kita hajatkan.

Jadi, doalah dapat kurus dan sihat untuk mempermudah ibadah.

14.2.17

LORI AISKRIM


Lori aiskrim AB. Juga pencinta seni seperti The Ottomen. AB = #Abdullahthesecond

13.2.17

SENI


Seni adalah jiwa mereka yang barangkali diwarisi daripada ketelitian Medmed the Conqueror. 🙊

7.2.17

UKIR NAMA

Pagi ini dalam jadual #imanHS ialah perkara Ibadat dan English. Sebelum padam papan putih, snap gambar tulisan 2 beradik malam tadi yang mana cikgu Abang ajar anak murid Adik tulis nama dengan huruf kecil.


Sebenarnya sayang mahu padam. Perkataan 'Abdullah' original handwriting by #Abdullahthesecond dan 'Muhammad' original handwriting by #Muhammadthefirst.

Budak-budak baru belajar ukir nama atas papan putih. Kita ibu bapa hargai antara tulisan mula-mula yang anak-anak hasilkan. Hehe.

Setiap saat aktiviti anda dengan si cilik hari ini (0-6 tahun) bukan sahaja mencipta memori istimewa, juga membentuk kerapatan dan kepercayaan mereka terhadap anda. Hasilnya bukan kini, nanti! (Puan Maznah Ibrahim, Kaunselor)