22.3.15

SINGKAT PENUH MAKNA

Antara asbab balik di penghujung cuti.

Kita rezeki lalu. Tumpang saham dia.

Beginilah transformasi yang ummat perlukan.


Dan Terengganu semakin berseri.

16.3.15

KECINTAAN DUNIA

25 Jamadil Awal 1436H
16 Mac 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Keseronokan, keselesaan, kecenderungan, keasyikan kepada perkara-perkara keduniaan walaupun halal dan ada keharusannya. Jika dibiarkan menguasai diri akan menyebabkan terhakisnya jiwa perjuangan dan pengorbanan pada jalan Allah Ta'ala...

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ( ١٤ )

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
(Ali 'Imraan: 14)

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ( ٢٤ )

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At-Taubah: 24)

Justeru, muhasabah lah dirimu...

Kredit: Mak Usrah

14.3.15

UJUB & RIYAK ITU HALUS

Usrah semalam.

Sebelum bergerak ke tempat yang dipersetujui kami, zauji sempat menyampaikan isi kuliah subuh yang didengarnya pagi semalam berkenaan ujub dan riya'. Soalannya kepada saya, pernahkah terlintas di hati ketika melihat cermin, 'cantiknya aku', 'cantik juga aku ini' dan pelbagai dialog berkenaan 'cantik'. Terdetik sedikit dengan mengatakan diri cantik, itu dipanggil ujub dan ujub ini menghampiri riya'.

Sebab itu menurut zauji, memuji seseorang itu boleh jadi bahaya kerana pujian ini boleh jadi dua. Pertama, boleh mendekatkan lagi seseorang kepada Allah yang Maha Cantik atau semakin merasa besar diri. Padanya, sebab itu, elakkanlah untuk memuji keterlaluan kerana boleh jadi asbab pujian kita, seseorang yang dipuji hilang arah tujuan.

Suka saya selitkan suatu kuliah yang saya tonton bersama emak di televisyen rumahnya berkenaan bab tabbarruj yang luas. Dahulu, tabarruj pada saya apabila berlebihan untuk kelihatan cantik dan menarik perhatian orang lain. Rupanya tabbaruj ini sangat luas.

Contoh yang al-ustaz bawakan, suami panaskan enjin kereta, isteri sedang bersiap. Enjin sudah panas dan hati suami pun sudah panas, isteri masih belum keluar. Rupanya sedang membetulkan awning tudung. Ini juga dikira tabarruj. Berlebihan untuk kelihatan cantik, menawan di mata orang. Begitu juga pakaian. Padanya, kemampuan kita membeli dan memakai pakaian yang belum tentu boleh dibeli orang miskin juga adalah sebahagian tabbarruj.

Allahu!

Seronok juga dikongsikan kuliah seorang ustaz tersohor berkenaan berlebihan dalam dunia cyber. Kadangkala kita tidak perasaan apa yang kita upload pelbagai gambar menyebabkan orang lain yang tidak berkemampuan, orang lain yang Allah tidak memberi kesempatan merasai kebahagian itu, terpaksa melalui perasaan yang pelbagai. Sebenarnya, apa yang sedang kita buktikan?

Nangis.

Dalam usrah semalam, kami belajar berkenaan huraian hadis berkenaan bab Al-Adab. Antara dosa-dosa besar yang paling besar yang salah satunya adalah 'bercakap dusta dan penyaksian dusta'. Ianya juga ada berkaitan tazkirah ringkas zauji sebelum saya bertolak untuk berbulatan gembira. Ikatan roh mungkin menjadi asbab fikrah yang sama. Juga berkaitan riyak.

Diriwayatkan daripada Abu Bakrah katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidakkah kamu mahu saya memberitahu kamu tentang dosa-dosa besar yang paling besar? Baginda SAW mengulanginya sebanyak 3 kali. Kami pun berkata 'ya, beritahulah kami wahai Rasulullah'. Baginda SAW bersabda: 
1. iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah
2. menderhakai ibu bapa.
Pada asalnya, Baginda SAW sedang bersandar, lalu Baginda SAW duduk dan bersandar, ketahuilah, begitu juga
3. bercakap dusta dan bersaksi dusta.
Baginda SAW terus menerus berkata demikian sehingga saya berkata: Baginda SAW tidak akan diam.
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Contoh perbuatan dusta adalah seperti perbuatan baik yang dilakukan oleh orang yang riyak dan orang munafik. Ianya sangat halus. Ekoran daripada tindakan ini, pelbagai keburukan yang timbul daripadanya. Allahu, kita manusia apa sahaja makanan kita selain nasi. Makanan biasa kita selain nasi adalah memakan daging rakan-rakan kita sendiri. Umpat dan keji umpama makanan ruji harian yang menggemukkan. Bagaimanakah kita mahu mencari mereka di mahsyar sana atas segala tomahan, tuduhan, umpatan berantaian tidak berkesudahan? Allah! Allah! Allahu!

Antara isu lain yang ditimbulkan dalam usrah kali ini adalah, berkenaan cara atau kaedah paling berkesan untuk menyantuni hati-hati berkenaan bab aqidah, sama ada anak-anak murid dan rakan-rakan sekerja yang mana ianya adalah proses rumit untuk berada di tengah-tengah kelompok manusia yang tidak melalui fasa tarbiyyah atau tidak sefikrah (tidak sepemikiran). InshaAllah ada jawapan yang menarik dan terkesan di hati oleh seorang adik-beradik usrah kami.

Juga, apakah status seseorang yang berada dalam kumpulan Whatsup dan seumpamanya, yang banyak berbincang perkara langho, fitnah, umpat dan keji tetapi hanya diam dan membaca sahaja pelbagai perkara yang ditimbulkan dalam kumpulan tersebut?

InshaAllah ramai yang pastinya tahu jawapannya dan saya bukan seorang yang berkelayakkan dalam bidang agama. Hanya sekadar menghadiri usrah dan mendengar serta membaca kuliah-kuliah agama tetapi punya cita dan impian yang besar iaitu meraih redha untuk ke syurga Allah secara berjemaah dengan kalian semua.

7.3.15

PERHIASAN

Perhiasan itu sifatnya bagaimana? Kebiasaannya yang dinamakan perhiasan ini orang gunakan untuk berhias. Contohnya emas. Wanita pakai untuk perhiasan dan orang akan nampak. Begitulah juga harta, isteri dan anak-anak yang mengapa diibaratkan seperti perhiasaan. Perhiasan itu sifatnya sendiri untuk ditonjolkan. Amat jarang orang mahu sembunyikan perhiasan mereka.
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi: 46)[sumber]
Sungguh huraian ringkas berkenaan perhiasan ini oleh zauji, membuatkan saya tersentak. Sekali lagi apabila disuruh tanya suatu sudut yang paling dalam hati, apakah tujuan saya meletakkan label Diari Muhammad dan Diari Abdullah dalam blog ini. Adakah sekadar perkongsian? Tanyalah hati yang paling dalam.

Nangis.

Ditambah lagi apabila saya mengikuti tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal atau blog beliau yang dikenali sebagai saifulislam.com, hati saya semakin tidak keruan. Tulisan beliau berkenaan pendidikan, tentang kesan emosi kepada anak-anak yang telah meraih populariti di awal usia, sejujurnya membuatkan saya betul-betul kaku.

Nangis lagi.

Alhamdulillah label Diari Muhammad dan Diari Abdullah telah Allah izinkan hilang kesemua cerita mereka dalam paparan utama blog ini. Cerita selepas walimah, kisah semenjak Muhammad dalam kandungan sehinggakan lahirnya Abdullah. Suatu perasaan yang boleh saya gambarkan ialah LEGA.

Mohon maaf tidak terhingga kepada semua yang bertanya berkenaan hafazan anak-anak saya, jadual hafazan serta rakaman hafazan meraka, juga, yang mahu berjumpa kami, saya perlu jelaskan sekali lagi, kami sememangnya tidak layak. Anak-anak saya juga jauh lagi dalam bidang akademik. Semuanya terlalu jauh lagi untuk diperkatakan.

Akhir sekali, siapa pun Muhammad dan Abdullah sebelum ini, lupakanlah mereka.