InshaAllah nantikan hebahan seterusnya.
31.8.14
30.8.14
ANAK-ANAK LUAR BIASA
MashaAllah dahsyat!
Kami sekeluarga gemar menonton Hafidz Indonesia di youtube. Anak-anak Indonesia dimuliakan Allah seperti Musa, Aza, Fuadi antara ikon kanak-kanak hari ini yang diminati anak-anak saya. MashaAllah mereka hebat!
Pada hari terakhir, program ini, 3 finalis diuji dengan soalan pantas dalam masa seminit setengah. Seorang juri akan membacakan sepotong ayat dari mana-mana surah dan bertanya pantas seperti:
1. Apa nama surah ini?
2. Berapa bilangan ayat?
3. Surah keberapa?
4. Apa nama surah sebelum surah ini?
5. Apa nama surah selepas surah ini.
6. Apa ayat sebelum ayat ini?
7. Apa ayat selepas ayat ini?
8. Bacakan ayat dari bilangan ganjil dalam surah ini. Ayat 3. Ayat 7. Ayat 5. Ayat 1.
9. Bacakan ayat dari bilangan genap. Ayat 4. Ayat 6. Ayat 8. Ayat 2.
Silakan terpegun dengan kehebatan anak-anak ini.
MashaAllah luar biasa! Pantas sungguh anak-anak ini. Musa dan Fuadi. MashaAllah meremang bulu roma saya. Pasti ada kaedah yang membuatkan anak-anak ini Allah izinkan sehebat ini. Ini memang mashaAllah hebat! Saya terus seperti mahu terbang ke Indonesia untuk tahu kaedah apakah yang mereka guna pakai sehingga para huffaz mereka sungguh luar biasa hebatnya.
29.8.14
ZIONIS TUNDUK SYARAT HAMAS
Mesej yang saya terima dari kumpulan Whatsap Usrah malam tadi.
*****************************************************************
Frm Dr. Hafizi
Apa yg antum tahu pasal persetujuaan gencatan senjata? Apakah kejayaan Hamas?
Kita kena lihat kemenangan Gaza dlm konteks berikut:
1.Kemenangan politik
2. Public opinion antarabangsa.
Israel tidak ada pilihan melainkan terima semua syarat yg dikemukakan oleh HAMAS.
1. Membuka semua 5 laluan masuk ke Gaza dari israel. Setakat ini cuma 2 yg berfungsi (Eretz dan Kareem Shalom).
Di mana pergerakan keluar masuk dan penyaluran bantuan kecemasan dan kemanusiaan termasuk bahan binaan akan berjalan lancar tanpa sebarang sekatan
Ini juga termasuk transaksi kewangan dari seluruh dunia tanpa restriction dari US, EU dan Israel
2. Ttg zon perikanan. Bukan shj diperluaskan sehingga 6 batu nautika dan dilanjutkan sehingga 12 batu nautika, bahkan buffer zone dihapuskan. Sebelum ini dibenarkan sehingga 3 batu nautika dan 1 batu nautika sebagai buffer zone (bermakna nelayan hanya boleh menangkap ikan setakat 2 batu nautika).
3. Ttg pembinaan semula-ini akan dimuktamadkan dlm tempoh sebulan selepas rundingan dgn egypt. Ini termasuk pembinaan semua port dan airport di Gaza.
Kejayaan terbesar ialah israel bersetuju utk tidak lagi menjejak dan mensasarkan pergerakan pimpinan HAMAS dlm dan di luar Gaza.
Ini adalah kejayaan besar kerana Israel bersetuju di hadapan seluruh dunia utk menerima semua syarat syarat HAMAS terutama syarat ttg tdk lagi menjejaki pimpinan HAMAS
Israel terpaksa menelan ego nya yg amat pahit apabila tunduk kpd HAMAS yg dicop sebagai pengganas dan berikrar tdk akan berunding dgn HAMAS
Kini mereka bukan shj terpaksa berunding bahkan terpaksa menerima syarat syarat HAMAS!
Bagi mereka yg meneliti sejarah ini adalah umpama British unconditional surrender of Singapore to Japan!
Jadi isunya bukan Israel akan mungkir janji. Israel mungkir janji is a foregone conclusion an anticipated.
Isunya israel telah dimalukan (humiliated before the whole wide world). It is like a big bully being taunted and a subject of jest by everyone.
It is unthinkable for a big bully to be jeered by his own victim. And the world gave a standing ovation to Gaza.
Sama sama kita hadamkan point Dr Hafidzi ini.
Selamat khatamkan surah Al-Kahfi. Semoga kita dan seluruh keturunan kita bahkan ummat Islam keseluruhannya, terpelihara dari fitnah dajjal inshaAllah.
28.8.14
MULIA DENGAN AL-QURAN
Setiap kali saya menonton Hafiz Indonesia Cinta Al-Quran, setiap kali itulah meremang bulu roma saya. Air mata pun laju macam hujan. MashaAllah dahsyat sungguh kurniaan Allah buat anak-anak kecil di Indonesia. Musa yang sungguh MasyaAllah mendapat markah 'mumtaz' (sempurna) dalam pertandingan di Jeddah sudah cukup menggoncang hati, anak-anak lain juga sungguh MashaAllah juga!
Kehidupan Musa sekeluarga yang sungguh sederhana, sungguh menitik beratkan penghayatan agama dan kenyataan ayah Musa semasa program akhir sungguh terkesan di hati saya. Salah satu amalan yang sungguh berat pada saya adalah Musa dan ayahnya boleh bangun seawal jam 330 pagi untuk mengulangkaji dan menghafaz.
Usaha luar biasa, hasilnya juga mashaAllah luar biasa hebat!
Kalau kita lihat anak-anak Indonesia itu tidak bersendirian. Makpak mereka juga bersama-sama anak-anak mereka mendapat kesedaran dan tarbiyyah Allah melalui Al-Quran. Saya sungguh terkesan. Kesan yang sungguh mendalam untuk menjadi seperti mereka.
InshaAllah bertitik tolak dan kesan dari program Hafiz Indonesia ini, kami cuba untuk menghidupkan Al-Quran di tempat kami bersama khidmat ummah untuk makpak anak-anak syurga sekitar kami. Mudah-mudahan Allah mudahkan usaha ini dan memandangnya sebagai rahmat buat kita sebagai ummat akhir zaman yang tenat.
Allah muliakan ibu ayah Musa melalui Musa yang hafal Al-Quran. Rezeki mencari mereka tanpa perlu bekerja. Mereka menjaga Allah, Allah lebih pelihara mereka. Saya terbayang bagaimana mereka tersenyum bahagia di syurga nanti bersama-sama anak-anak mereka yang dimuliakan Allah.
Allah! Muliakanlah kami dengan berkat Al-Quran.
20.8.14
MooGoo
Sungguh Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penyayang.
Saya menunaikan umrah Rabi'ul Akhir 1433 yang bersamaan Mac 2012 bersama zauji, Muhammad dan Abdullah yang telah lebih 5 bulan dalam kandungan saya ketika itu. Takdir Allah, penyakit gatal-gatal dari tanah haram saya bawa balik yang bermaustatin mungkin bahagian kulit saya - agak saya - selama lebih 2 tahun. Makhluk halus yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain yang sangat gatal dalam aliran darah mungkin.
Kita mohon diampunkan dosa, Allah bagi gatal-gatal sebagai kaffarah dosa. Betapa sayangnya Allah kepada hambaNya yang meminta ampun.
Saya jadi teringat akan para Nabi Allah yang diuji sakit seperti Nabi Ayyub as tetapi tetap bersyukur apabila mengenangkan nikmat sihat yang telah Allah berikan berpuluh tahun. Saya jadi malu kepada Allah. Malu untuk minta makhluk yang menumpang di kulit saya ketika itu pergi. Makhluk yang menjadi asbab penghapus dosa saya selami ini.
Walau bagaimanapun, saya ikhtiar untuk penyembuhan. Nikmat sihat adalah nikmat untuk kita cergas dan kuat untuk capai matlamat tujuan Allah jadikan kita manusia. Hanya sebagai hamba (51:56) dan khalifah (2:30) di atas muka bumi Allah. Jadi, saya perlu sihat untuk menggalas tugas dan amanah Allah untuk setiap makhluk selagi mana ianya bernama manusia.
Saya menikmati penyakit ini untuk tahun pertama. Saya sangkakan ianya sakit kulit yang biasa dan akan sembuh apabila berada di tanahair. Sangkaan saya meleset. Tahun kedua, barulah saya mula petua-petua alami seperti menggunakan cuka. Ianya mematikan kulat hampir 50%. Kulit saya masih belum kembali kepada keadaan asal.
Allah gerakkan saya untuk cuba membantu sel-sel kulit saya membaik melalui produk organik, MooGoo. Pejam mata dan saya beli juga satu set permulaan untuk kulit bermasalah setelah saya mengenal pasti masalah kulit saya melalui laman web mereka di http://www.moogoo.my/. Harga online saya juga di Watson tempat saya. Jadi, saya beli di Watson. Jimat kos penghantaran.
Harganya RM187.
Tarikh luput setiap produk adalah cepat asbab ianya organik tidak ditambah pengawet.
Organik dan terpercaya pada pendapat saya selepas menggunakannya.
Produk-produk mereka.
Asbab tarikh luput kesemua mereka terlalu cepat, saya manfaatkan kesemuanya setiap kali selepas mandi terutama 'irritating skin balm' kerana tarikh luputnya 6 bulan selepas saya membelinya. Alhamdulillah asbab disiplin yang tinggi untuk kembali sembuh, saya kembali mendapatkan kulit asal saya hampir 90% selepas 6 bulan menggunakannya dengan izin Allah.
Selepas itu, untuk baki 10% saya menggunakan 'krim bawang putih' buat sendiri iaitu beberapa ulas bawang putih yang dikisar bersama sedikit air. MashaAllah rawatan bawang putih menghilangkan kesemua baki-baki makhluk yang ada dan melicinkan permukaan kulit. Tabarakallah! Sungguh saya kagum dengan semua makhluk Allah. Dari yang sehalus-halusnya sehingga yang sebesar-besarnya.
Semuanya dalam aturan dan urusan Allah.
Sebelum saya menggunakan set permulaan kulit bermasalah MooGoo ini, saya telah menggunakan shampoo terlebih dahulu. Alhamdulillah, saya percaya dengan kandungan produk yang bermanfaat dan saya beli sahaja online bersama deoderon. Untuk deoderon tahan sebulan untuk 2 orang pengguna. Manakala shampoo pula tahan lebih dari setengah tahun untuk 2 kepala dewasa yang pakai secara berhemat. Berjimat adalah amalan mulia :D.
Belian lebih RM100 percuma satu kupon RM5 untuk belian offline.
Ini pula produk terbaru yang saya guna.
Cuma 'oil cleansing method' tidak sesuai untuk kulit muka saya dan selamat dihadiahkan buat kekanda saya. Alhamdulillah saya lebih selesa dengan sabun 'wash milk' yang sesuai untuk muka dan badan.
Suka juga saya kongsikan, rakan-rakan yang menghidap sakit kulit yang sama (rata-rata yang suka main air di dapur). Si rakan ini mengambil suntikan meredakan gatal-gatalnya tetapi paling kasihan datang kembali setelah 2 bulan mengambil suntikannya. Paling sadis, ada yang mengatakan penyakit ini on off dan tiada penyembuhan. Wallahu'alam. Allah bagi sakit, hanya Allah yang menyembuhkan sakit.
InshaAllah mudah-mudahan sedikit pengalaman peribadi saya berkenaan gatal-gatal kulit ini mampu membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa yang sedang menderita penyakit seperti yang dinyatakan dalam website rasmi MooGoo ini.
17.8.14
PENCEMARAN HATI
Semasa saya mula berkhidmat di tempat baharu dan Allah kurniakan ujian yang ketika itu saya rasakan seperti berjalan menggunakan muka, awal-awal saya katakan, tolong jangan masukkan saya dalam mana-mana kumpulan Whatsup yang tidak formal yang mereka ada.
Minta tolong sangat.
Minta tolong sangat.
Bukan itu sahaja, kumpulan formal yang melibatkan bos-bos pun, saya sudah left 2 kali dan baru-baru ini saya dimasukkan semula setelah keadaan redha tanpa persetujuan saya terlebih dahulu atas alasan lebih mudah untuk agihan tugas. Sebenarnya saya tunggu masa juga mahu left kumpulan formal yang ada apabila medan Whatsup tersebut seperti menjadi medan luahan ketidak puasan hati.
Disebabkan saya tidak terlibat dengan kumpulan yang tidak formal lainnya, saya juga jadi tertanya-tanya, apakah sebab beberapa luahan masalah dalam kumpulan formal. Hati kita dicemari dengan prasangka. Sedikit sebanyak mengganggu emosi untuk mengetahui keadaan sebenar.
Kawan-kawan saya yang mempunyai kumpulan tidak formal, ada yang mahu menunjukkan perbualan mereka tetapi saya tolak dengan baik dan yang baiknya sahabat saya yang seorang lagi, dia sendiri tidak mahu menunjukkan perbualan mereka. Saya sebolehnya tidak mahu tahu sisi yang lainnya rakan-rakan sejawat saya. Cukup saya mengenali mereka yang baik-baik sahaja.
Soal hati itu adalah soal yang cukup susah untuk dijaga. Sentiasa terdetik. Kadang riyak, takabbur. Tarik, menarik dan tertarik. Tidak pelik seorang alim berkata, selepas 20 tahun menjaga hati, hanya selepas itu hati yang menjaganya. Itu orang yang dekat dengan Allah. Untuk yang biasa-biasa seperti adanya saya? Allahu!
Manfaat dan mudarat. [sumber]
Kini, saya faham kenapa zauji memilih untuk tidak install semua jenis aplikasi sosial. Peratusan untuk bergosip atau bahasa tepatnya adalah mengumput memang terlalu tinggi. Ianya seakan program membina karangan. Seorang mencetuskan satu ayat sebagai pendahuluan karangan. Kemudian, ditambah orang kedua, ketiga dan seterusnya sehinggakan jalan cerita kelihatan menarik dan hidup.
Dosa berangkai. Pembaca senyap juga tidak terkecuali terlibat dengan sebaran aib yang belum tentu betul atau salah. Beratnya disitu. Asbab itu saya mohon untuk tidak libatkan saya dalam mana-mana kumpulan Whatsup tempat saya bertugas.
Bakal menyusahkan saya KELAK.
Dosa berangkai. Pembaca senyap juga tidak terkecuali terlibat dengan sebaran aib yang belum tentu betul atau salah. Beratnya disitu. Asbab itu saya mohon untuk tidak libatkan saya dalam mana-mana kumpulan Whatsup tempat saya bertugas.
Bakal menyusahkan saya KELAK.
15.8.14
TEH SUSU SIHAT
Alhamdulillah lama kami tidak sentuh (baca: minum) air kotak, air tin, air pewarna seperti sirap, sunquit (bukan nama sebenar) serta air-air jualan di tepi jalan. Sehinggakan apabila bertemu dengan mesin air yang menjual air panas seperti kopi, serta peti-peti sejuk di pasaraya yang bermacam aneka minuman di dalam perutnya, kata zauji, 'dulu kitalah yang suka minum ini semua'.
Kami juga Allah izinkan untuk tinggalkan kicap, pelbagai jenis sos serta susu pekat. Jadi, sekiranya ada keinginan untuk minum teh tarik (teh susu), kami perlu cairkan susu segar sang lembu ataupun susu segar sang kambing untuk menikmati teh tarik.
Alhamdulillah, beberapa hari lepas, stok kopi organik kami habis. Stok juga habis di kedai. Zauji pilih susu soya non-gmo dan mencubanya untuk resepi teh tarik. MashaAllah sedap! Rendam sepeket teh dan tambah sesudu gula perang dan sesudu soya organik ini.
Sarapan pagi tadi kami suami isteri. Teh susu soya non-gmo sihat!
Sebelum terlupa, mungkin masih ramai yang belum mengetahui apa itu GMO. InshaAllah saya pernah kongsikan beberapa entry berkenaan GMO yang ditulis oleh Puan Tabib Terpercaya (PTT) yang merupakan seorang doktor perubatan konvensional yang diiktiraf.
Sekian untuk entry Jumaat. Selamat khatam surah Al-Kahfi, memperbanyak selawat, sedeqah dan saling mendoakan supaya hidup beragama, mati dalam aqidah sejahtera inshaAllah!
14.8.14
KAYU UKUR SISTEM TUBUH SIHAT
Semasa saya menyertai sahabat-sahabat saya dalam kumpulan jelitawan organik, PTT ada menyebutkan tentang, bagaimana mengenal pasti sistem tubuh kita berkhidmat dengan baik atau tidak? Ianya melalui pemakanan.
Sekiranya kita dan anak-anak kita boleh makan madu, kurma, kismis, buah tin dengan penuh bergaya seperti makan nugget, hotdog, burger dan pelbagai makanan yang lain yang sungguh nikmat sementara di tekak. Tabarakallah itu petanda yang sistem tubuh kita berkhidmat dengan luar biasa cemerlang.
Walaubagaimanapun, melalui pengalaman peribadi saya sendiri yang dahulu seorang penggemar maggi, makanan ringan dan makanan segera, secara automatiknya, tekak saya tidak mampu terima makanan-makanan sunnah ini kecuali MEMAKSA diri untuk makan dan telan. TERPAKSA.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk melalui perubahan fasa merubah tabiat pemakanan dan gaya hidup asbab vaksin. Ada apa dengan vaksin? Melalui vaksin, Allah temukan saya dengan sahabat-sahabat yang beramal dengan gaya hidup sihat melalui pemakanan.
Sunnatullah, insan yang tidak vaksin anak-anak, akan lebih mudah menerima pendidikan makanan untuk kembali kepada makanan sunnah dan alami. Lebih cantik, terlalu ramai sahabat-sahabat saya yang berhemah dalam pemakanan mereka, mereka bukan sahaja hijrah gaya hidup, malah berhijrah hati nurani. Mereka kembali kepada fitrah insaniah. Mereka cukup menjaga Allah kerana makanan yang kita makan membentuk hati-hati yang sihat sejahtera inshaAllah.
Suka juga saya kongsikan tentang sebuah artikel melalui tulisan tuan tabib terpercaya, salah satu cara untuk memastikan sistem badan kita berfungsi dengan baik ialah, apabila kita mampu untuk bangkit tahajjud pada jam 330-400 pagi untuk bermunajat kepada Allah. MashaAllah sekiranya ini menjadi kayu pengukur, saya sendiri pun belum dapat 100% sistem tubuh yang sihat. 330-400 pagi yang sungguh kritikal.
'Jajan' kibarul misyayikh kami semasa bermusafir balik ke kampung ayahanda mereka di penghujung Ramadhan 1435.
Kesimpulannya, menurut tuan dan puan tabib yang berautoriti ini, 2 kaedah yang boleh menjadi kayu ukur kepada fungsi sistem tubuh kita yang sihat adalah:
1. Apabila sistem tubuh gembira untuk makan makanan-makanan sunnah. Kita dan anak-anak boleh makan kurma, kismis dan sebagainya seperti tidak cukup sebekas. Umpamanya seperti anak-anak yang suka makan 'jajan'.
2. Apabila tubuh mampu bangkit rindu untuk bertemu Allah di sepertiga malam terakhir.
InshaAllah semoga Allah kurniakan kita semua dengan sistem tubuh yang sihat supaya kita semua kembali kepada Allah dalam keadaan sihat badan, sejahtera iman inshaAllah!
13.8.14
WW- VAKSIN & SUSU IBU
Rata-rata soalan para sahabat saya yang dirahmati Allah, berkaitan bayi mereka yang tidak dapat penyusuan susu ibu sempurna (paling kurang eksklusif hanya susu ibu untuk 6 bulan pertama) dan hal ini membimbangkan mereka sekiranya mereka memilih untuk tidak vaksin anak mereka dan mendatangkan mudarat kepada bayi mereka.
Komen daripada entry KESAN ANAK TIDAK 'DIVAKSIN'.
Puan Tabib Terpercaya (PTT)
PTT kami adalah seorang doktor perubatan yang belajar dalam sistem yang menyokong bisnes vaksin. Jadi, sebagai seorang yang pakar dalam bidangnya, beliau sendiri sangat faham dengan kandungan vaksin itu sendiri yang sungguh memudaratkan.
Buat mereka yang mula untuk kembali kepada kehidupan sunnah dan alami, perkara pertama yang perlu anda HIJRAH adalah memahamkan hati masing-masing. Letakkan keyakinan/aqidah ke tempat sepatutnya hati itu diletakkan. Bukan hanya mengikut. Bak kata sahabat saya:
Orang demo, kita demo.
Orang bantah, kita bantah.
Orang boikot, kita boikot.
Kemudian, apabila tersebar sesuatu isu yang bertentangan, kita pun goyah. Sebab itu, saya ulang semula, perbetulkan KEFAHAMAN kita. Bagaimana kita memandang sesuatu itu. Carilah kekuatan dan keyakinan hanya pada Allah. Apabila kita faham, dan Allah kurniakan kasih sayangNya berupa ujian, inshaAllah tiada siapa yang kita akan tunding jari. Tiada apa yang kita perlu kesali.
Kita hari ini adalah sebagaimana apa yang kita yakini.
SEJARAH TETAMU BLOG TERTINGGI
2 malam lepas saya hampir tidak percaya, tetamu yang sedang online seramai 44 orang. Jumlah tertinggi yang pernah saya jumpa setakat kurang lebih 6 tahun saya berblog. Jumlah pengunjung sehari pula hampir 1K. Juga catatan tertinggi.
Penangan vaksin.
Ambil tahu dan kajilah 2 pendapat pengamal perubatan. Informasi terkini. Mereka yang pakar juga terbahagi kepada dua. Ada yang setuju dan sebaliknya. Semuanya adalah pilihan makpak sendiri buat anak masing-masing. Berdoa dan buatlah pilihan dengan fatwa hati hanya dan kerana Allah.
Alhamdulillah untuk anak-anak kami, kami sangat bersyukur kerana Allah campakkan kesedaran ini cepat sejak anak pertama lagi. Kesannya juga sungguh berbeza dengan anak kedua. Mudah-mudahan dengan pengamalan makanan-makanan sunnah setiap hari, Allah izinkan DETOX, buang semua anasir jahat yang telah lama bersarang dalam tubuh kami sekeluarga.
Satu perkataan yang mampu saya katakan berkenaan penjagaan makanan setakat yang kami mampu dengan izin Allah dan merawat secara sunnah serta alami, hanya SUBHANALLAH!
6.8.14
BAJU RAYA
Eidulfitri tahun ini saya ramalkan, adalah rezeki bergambar hari raya kami sekeluarga kerana seperti tahun-tahun sudah, kami memang tiada gambar anak-beranak di pagi hari raya. Saat-saat akhir sebelum puasa, saya ada menghantar kain untuk saya dan anak-anak dipadankan baju raihan ayahanda mereka yang sedia ada.
Takdir Allah tidak mengizinkannya berlaku. Tukang jahit tidak sempat dan kami pakai mana-mana sahaja baju yang tidak bertema di pagi hari raya seperti tahun-tahun sudah. Hikmahnya, saya terkenang saudara-saudara Palestin yang berhari raya dengan apa adanya.
Andai kita di tempat mereka.
Menarik juga dikongsikan dengan sebuah tulisan Ustaz Abu Anas Mandani. Menurutnya, istilah baju raya sebenarnya khas untuk lelaki. Wanita, perempuan sepatutnya baju raya yang meriah berlabuci kelip-kelip itu hanya dipamer sesama wanita sahaja. Kebiasaannya yang terjadi di negara Arab. Mereka memakai abaya/jubah dan di dalamnya mereka memakai pakaian yang cantik. Baju-baju cantik mereka hanya dilihat oleh sesama mereka sahaja.
Teringin sungguh saya mahu bertemu dengan isteri Ustaz Abu Anas Mandani. Susah mahu jumpa ustaz yang menjaga ikhtilat (baca: pergaulan) muktahir ini. Lagi-lagi ustaz-ustaz selebebriti seperti beliau. Diceritakan zauji, pernah ustaz pesan kepada perempuan/wanita yang bertanya soalan, katanya, tidak perlulah tanya dekat-dekat dengan beliau. Tidak perlulah bergambar dengan beliau dan letak pula di laman sosial. Seakan rimas dengan yang tidak faham batasan wanita dan lelaki.
Kadangkala, saya sendiri segan dan malu. Kasihan pahala orang-orang lelaki yang solat Aidilfitiri. Pakaian wanita yang datang ke masjid untuk solat sahaja sudah mengancam jiwa. Jubah yang jarang yang menampakkan hampir keseluruhan anggota badan. Hias wajah setebal 40 inci. Sanggul kalah bonggol unta.
Zaman generasi awwal, wanita yang datang berjemaah di masjid, mereka cukup menjaga tatatertib. Mereka akan bangun pulang seawalnya sehingga tidak terlihat jemaah lelaki akan mereka. Hidup saling memerlukan. Wanita perlu menjaga maruah dan lelaki menjaga pandangan mata agar hati-hati kita terpelihara dari dosa dan maksiat.
[sumber]
10 Syawal 1435. Alhamdulillah genap 6 tahun hijrah bersama melayari bahtera ke syurga tertinggi Allah. Semoga kita istiqamah menuju Allah dan Ar-Rasul.
Subscribe to:
Posts (Atom)