30.7.14

WW- EIDULFITRI 1435

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Eidulfitri, mohon kemaafan atas segala kesilapan samada lisan, tulisan maupun perbuatan.

"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
تقبل الله منا ومنكم
(Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kalian semua)

Abu wa Ummu Muhammad, Muhammad & Abdullah.

23.7.14

DUIT RAYA

Alhamdulillah baitul muslim kami telah melalui Ramadhan sebanyak 5 kali. Walimah kami adalah pada bulan Syawal. Sejak bekerja seiringan dengan mendirikan baitul muslim hampir 6 tahun sudah, kami lama telah mengubah tradisi. Bagi meraih ganjaran berganda Ramadhan, lebih-lebih lagi 10 malam terakhir, duit raya diberi dalam Ramadhan bukan pada Syawal.

Tahun yang bahagia dengan sampul duit raya. Jazakillah mek! ;)

Alhamdulillah hari ini selesai mengagihkan rezeki kepada yang rezekinya melalui kami. Dalam rezeki kita, pastinya ada rezeki orang lain. Orang kaya adalah pemurah :D.

Ramadhan 1425, perubahan pertama untuk menjadi manusia yang lebih baik. Allah izinkan turning point kembali kepada fitrah insaniah. Ramadhan 1431, Allah hadiahkan Muhammad. Ramadhan 1433, Allah hadiahkan Abdullah. InshaAllah hadiah Ramadhan 143? menyusul :P. Setelah 10 tahun, Ramadhan 1435 juga antara catatan sejarah dalam kehidupan.

Ramadhan yang sungguh signifikan dalam kehidupanku. Wahai diri, semoga istiqomah menuju Allah dan Ar-Rasul ;).


Hari ini mengikut kalendar masihi adalah hari ulangtahun ke-2 Abdullah. Saya hampir lupa hari lahir anak-anak untuk tarikh masihi dan apa sahaja. Semua catatan saya seperti catatan bulanan ABC, saya gunakan tarikh hijrah. Merutinkan sesuatu yang bukan kebiasaan memerlukan latihan berterusan ;).

20.7.14

RAHSIA DONUT GEBU SIHAT

Pasang surut dalam membuat donut. Adakalanya gebu dan selalu sangat bantat. Pernah saya balik kerja, ada donut yang sangat gebu daripada pengasuh Muhammad dan Abdullah. Setelah berbuka, MashaAllah donutnya sungguh sedap rasanya. Gebu dan inshaAllah sihat asbab pengasuh anak-anak menggunakan tepung yang kami beri setiap bulan dan juga gula, garam yang tidak dikloroxkan.

Alhamdulillah saya sempat risik resepi yang lebih mudah daripada resepi asal saya sebelum ini. InshaAllah boleh dijadikan panduan buat rakan-rakan yang sering bertanya.

Bahan-bahan: tepung cap Itasir, butter cap Tantura, gula perang dan natural yis serta segelas sederhana air suam.

Cara membuat:
1. Letakkan 3 sudu makan yis dan sesudu makan gula.
2. Curahkan air suam segelas sederhana dan gaul sebati.
3. Campurkan 3 sudu makan butter Tantura dan gaul mesra.
4. Letakkan tepung mengikut kuantiti air tadi.
5. Biarkan doh kembang kira-kira sejam.
6. Tumbuk doh dan uli memanjang seperti rantai tangan. Sambungkan hujung dan hujung membentuk tayar.
7. Setelah semua telah terbentuk, panaskan minyak dan goreng.
Selesai.

Ini rupa doh yang menggebu kembang.

Donut sarapan Muhammad dan Abdullah pagi tadi.

Hikmah disebalik mencari yang bukan sahaja halal tetapi toyyibah. Saya yang tangan bangku ini, Allah izinkan pandai juga buat donut, kek dan biskut tetapi masih gagal menghadirkan minat masak makanan berlauk. Pasrah sahajalah pakcik zauji.

Sekian, selamat mencuba dan beramal.

19.7.14

YANG TINGGI MALUNYA

Jika Allah hadirkan peluang, saya lebih teruja untuk bertemu ibu kepada Musa hafiz Indonesia 2014 berbanding dengan Musa sendiri. Video-video yang ada di youtube hanya ada bapanya sahaja. Salah satu tips yang dikongsikan bapa Musa berkenaan didikan Al-Quran Musa dalam rancangan Rodja Indonesia, pemilihan isteri solehah adalah penting untuk sebuah kemandirian sebuah baitul muslim yang segar dan memugarkan.

Anak seperti Musa pastinya ada sesuatu yang luar biasa pada ibu dan ayahnya.

Seorang hafiz muda Indonesia yang sempat menjadi tok guru mengaji zauji tahun-tahun sudah, apabila ditanya sebagai seorang hafiz, apakah ciri pemilihan calon isterinya? Soalan ini berkisar kerjaya harian zauji yang berdepan dengan remaja belasan tahun yang perlu dibimbing dalam persoalan cinta. Ustaz muda ini masih belum mendirikan baitul muslim.

Kebiasaannya, orang tengah akan mencari pasangan seorang hafiz itu dengan hafizah kerana lebih mudah dan faham. 

Lanjutan persoalan zauji, secara keseluruhan dasar pemilihan calon isteri solehah yang bagaimanakah yang menjadi pilihan?

YANG TINGGI MALUNYA.

Keinginan saya untuk bertemu ibu kepada Musa semakin terdorong dengan kenyataan ustaz melalui zauji. Tips pemilihan jodoh ini diperlukan zauji untuk memotivasikan para anak-anak remajanya yang perlu disantuni untuk memperbaiki akhlak dan menghiaskan diri dengan sifat malu yang teramat. Wanita yang malu itu sungguh cantik disisi lelaki yang beriman.

Kata ulangan zauji, kita akan sangat payah untuk melihat sosok isteri-isteri orang yang soleh. Mereka tidak sibuk untuk ke hadapan dan sungguh menjaga ikhtilat. MashaAllah, mahukan anak-anak hebat, ibu ayah sendiri perlu mengislahkan diri dengan akhlak yang cantik. Ianya seiring. Tidak pelik ada sahabat-sahabat yang al-hafizah atau suaminya hafiz, mereka semua memilih berselindung disebalik sehelai kain. Kecantikkan yang eksklusif buat suami mereka.

Maka, kepada saudari-saudariku, ini adalah jawapan bocor bagaimana seorang lelaki soleh memandang ciri isteri solehah pilihan mereka. Tidak perlu mendedahkan diri kepada khalayak (baca: muat turun gambar pelbagai gaya si dara di laman sosial), menarik perhatian dan sebagainya tetapi berusahalah untuk menjadi wanita yang tinggi malunya.


YANG TINGGI MALUNYA. Kata-kata yang cukup memotivasikan saya untuk menjadi isteri solehah buat suamiku dan ibu yang hebat buat anak-anakku pewaris syurga tertinggi Allah inshaAllah.

17.7.14

AMALAN KECANTIKKAN

Tajuk perasan cantik :D.

Ada yang  bertanya dan inshaAllah saya kongsikan cara saya menggunakan EVOO -extra virgin olive oil- dan cuka sebagai amalan pemakanan harian dengan nasihat dari PTT -Puan Tabib Terpercaya- dan perkongsian mak-mak organik yang jelita :P.

Sebelum ini saya minum cuka epal tetapi sejak saya membeli cuka tin daripada mak jelita si pembekal madu, saya lebih suka dengan rasa sedap dan mesra tekak cuka buah tin berbanding cuka epal. Jadi cuka buah tin saya minum dan cuka epal sebagai pencuci buah dan sayuran serta bahan masakan dalam rumah iman kami.

Cuka tin dan EVOO

Kebiasaannya rutin bangun pagi saya, saya akan minum air masak dan kemudian minum seteguk EVOO begitu sahaja. Manakala cuka buah tin saya minum sebelum tidur selepas bersugi dan tutup dengan air masak juga. Dengan izin Allah, amalan ini Allah izinkan saya bangun pagi dalam keadaan saluran hidung ke tekak terasa begitu bersih.

Pernah saya seperti mahu batuk, saya minum cuka dan Alhamdulillah Allah izinkan virus batuk yang selalunya pakej dengan selsema tidak jadi membiak.

Madu kelulut anugerah Ramadhan geng JDT berbotol hijau. Madu hutan dan dalam balang kaca adalah 'bee bread'.

Sebelum tidur selepas bersugi juga, kibarul masyayikh kami juga, saya beri makan madu hutan sesudu dua dan tiga melihat atas permintaan mereka. Alhamdulillah terbukti dengan izin Allah madu ini memberi kelegaan yang cukup buat anak-anak semasa tidur sama ada sihat atau tidak. Mereka Allah izinkan tidur dengan lena.

Muhammad pernah mengalami kembung perut. Muhammad asyik minta makan madu. Mahu atau tidak, saya beri juga dan akhirnya menjadi asbab dia muntah dan Alhamdulillah terus sembuh.

Alhamdulillah Allah temukan dengan insan-insan yang masih tegar mengamalkan alami lagi sunnah sebagai rawatan. Satu perkataan untuk menggambarkan tentang amalan ini, hanya SUBAHANALLAH!

Alhamdulillah paling ketara adalah Shaikh Muhammad saya yang mengalami semput dahulu. Alhamdulillah dengan sedikit berhalus dengan jagaan makan, merutinkan amalan sunnah, Allah izinkan semput tidak muncul tiba. Kesan jagaan perut yang mengambil berat tentang bukan sahaja halal malah toyyibah inshaAllah.

Maka, benarlah kata-kata Baginda Rasulullah SAW: Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan. (Riwayat ad-Dailami) [sumber]

16.7.14

6 PEMENANG KIMARA 1435 GA

Alhamdulillah cepatnya 18 Ramadhan 1435. Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan berada dalam Ramadhan untuk sama-sama mengislahkan diri untuk menjadi hamba dam khalifah Allah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sedikit sejarah pada tarikh semalam 17 Ramadhan. 17 Ramadhan 2H berlakunya peperangan Badar Al-Kubro dan 17 Ramadhan 40H, wafatnya Saidina Ali r.a. Sungguh Ramadhan adalah bulan yang begitu mulia. Dalam bulan ini juga berlakunya pembebasan Andalusia, penyerahan Kota Thaif dan bulan turunnya Al-Quran.

Allahu! Muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.


Alhamdulillah bertepatan malam 18 Ramadhan 1435, kibarul mashayikh kami telah cabut 6 nama sebagai pemenang KIMARA 1435 GA untuk meraikan makcik-makcik sebagai hadiah hari ulangtahun mereka berdua. Kita ubah tradisi. Hari lahir tidak perlu menerima hadiah tetapi memberi lebih banyak asbab hari lahir adalah tanda hari untuk pulang kepada Allah semakin dekat. Tidak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

Tanpa membuang masa, diumumkan nombor-nombor yang telah Allah izinkan untuk menjadi 6 pemenang KIMARA 1435 GA. Mereka adalah:

Allah telah mengizinkan tangan Shaikh Muhammad memilih nombor:
10. DiDie
11. JDT Fiza
17. KakRaudhahMerzuki
18. Fizah (yuzai_angah)

Takdir Allah juga, mendorong tangan Shaikh Abdullah memilih:
4. SitiFatimah
16. Istiqamah

DVD 30 juzuk Al-Quran x 1 pemenang
Telekong Masturah Dewasa x 2 pemenang
Telekong Kanak-kanak Zahirah 0-2 tahun x 2 pemenang
MACoo istimewa walnut x 1 pemenang

Anda berenam boleh membuat pilihan hadiah dengan syarat, siapa cepat dia dapat ;D. Segera tuliskan hadiah yang berkenan di hati di ruangan komen ini sahaja. Selepas itu, email atau lebih mudah Whatup/SMS saya nama, alamat dan no telefon anda sesegera yang mungkin. InshaAllah, sekiranya semua pemenang telah membuat pilihan, kami mahu poslajukan semua hadiah pada petang ini. Biiznillah.

Saya manusia banyak kekurangan dan kelemahan serta jahil. Mohon ampunkan dan doakan saya untuk menjadi hamba dan khalifah kepada Allah yang lebih taat, sentiasa menjaga Allah supaya Allah sentiasa menjaga saya. Doakan, jika kita tidak mampu bertemu di dunia, Allah temukan dan kumpulkan kita semua di syurga tertinggiNya tanpa perlu bersusah payah inshaAllah. Mohon doa kalian berpanjangan.

14.7.14

20 PESERTA KIMARA 1435 GA

Sila semak nama anda ;)

1. IntanBerlian (Ina)
2. KurekureComel (Syu)
3. MrShafana (KakBisha)
4. SitiFatimah
5. UstazahAishah
6. JDT Anna
7. KakBibi
8. AzaUmmuAmir
9. UmmuAbid (Ramlah)
10. DiDie
11. JDT Fiza
12. KakZefaAsmara
13. UmmuUwais(Ili)
14. HannahSyahirah
15. IryaniAhmad
16. Istiqamah
17. KakRaudhahMerzuki
18. Fizah (yuzai_angah)
19. KakMin (MinhahGhazali)
20. Eiyna

InshaAllah nantikan 6 nama-nama yang Allah telah takdirkan menang melalui tangan-tangan Muhammad dan Abdullah inshaAllah ;).

13.7.14

KIMARA 1435 GA TAMAT

Alhamdulillah seperti yang dijadualkan KIMARA 1435 GA yang akan ditutup bertepatan hari lahir Muhammad pula iaitu 15 Ramadhan 1435 pada jam 1208 tengah hari. Terima kasih kepada yang sudi memeriahkan GA kami pada tahun ini ;).


InshaAllah senarai nama peserta menyusul mengikut kelapangan saya. Hadiah pula baru 50% siap :P. Hadiah-hadiah barangan dagangan dari imaNiaga kami seperti:
1. DVD 30 juzuk Al-Quran x 1 orang
2. Telekong kanak-kanak zahirah 0-2 tahun x 2 orang
3. Telekong masturah dewasa berwarna putih berkain batik x 2 orang
4. MACoo versi kacang Walnut x 1 orang

Keseluruhannya ada 6 hadiah. Muhammad akan cabut 4 nama manakala Abdullah 2 nama mewakili umur mereka yang Allah pinjamkan sehingga hari ini. Doakan Allah melapangkan masa saya dalam keberkatan inshaAllah ;D.

KIBARUL MASYAYIKH RAMADHAN 1435 GIVEAWAY

KIMARA 1345 GA. Kibarul Masyayikh 1435 Giveaway. Jazakillah Ustazah Aisha, atas sumbangan tajuk GA kami secara tidak langsung. Jamak bagi perkataan shaikh kabir menurut Ustazah Aishah ialah KIBARUL MASYAYIKH.

Pak-pak shaikh kabir ;D.

Alhamdulillah dengan tersiarnya KIMARA 1435 GA ini, dengan izin Allah genaplah usia Abdullah 2 tahun mengikut perkiraan hijrah iaitu pada 5 Ramadhan jam 1027pm. Maka dengan ini, dengan rasminya, kami di Bayt Al-Iman mengajak anda untuk memeriahkan KIMARA 1435 GA yang inshaAllah dijadualkan tamat bertepatan hari kelahiran Muhammad pula yang ke-4 iaitu 15 Ramadhan jam 1203pm.

Syaratnya cukup mudah, sila tinggalkan email atau apa-apa yang senang untuk kami hubungi di ruangan komen entry ini. Itu sahaja.

Hadiah pula, inshaAllah saya akan maklumkan kemudian. InshaAllah barang-barang dagangan dalam imaNiaga kami ;).

Berkat Ramadhan 1435 ini, kami memohon kepada kalian, dalam doa-doa anda untuk mendoakan:
1. Sahabat-sahabat, ahli keluarga kami dan saudara-saudara kita yang belum membina baitul muslim, dipertemukan calon-calon soleh solehah.
2. Sahabat-sahabat, ahli keluarga dan saudara-saudara kita yang telah berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat, dikurniakan zuriat soleh solehah wa musleh muslehah secepatnya!
3. Doakan juga kita semua berkumpul dan bertemu di syurga Firdaus tanpa hisab menanti anak-anak hafiz hafizah kita yang beramal untuk menyarungkan mahkota dalam majlis konvokesyen syurga yang sungguh mashaAllah wa tabarakallah! InshaAllah!

Sekian. Jemput dan sila meriahkan ruangkan komen ini dengan gembira sehingga 15 Ramadhan jam 1208 tengah hari inshaAllah! ;D

12.7.14

WHY 'A' STUDENTS WORK FOR 'C' STUDENTS AND 'B' STUDENTS WORK FOR THE GOVERMENT

Tajuk maut ;D. Alhamdulillah setelah seminggu, Allah izinkan saya khatam buku yang tajuknya seperti tajuk dalam entry. Menarik juga untuk dikongsikan. Semasa Robert T. Kiyosaki mencari syarikat-syarikat untuk menerbitkan bukunya, tiada satu pun syarikat yang mahu menerbitkan buku yang judulnya sungguh maut ini sehinggakan menyebabkan beliau membuka syarikat penerbitan sendiri untuk mencetak bukunya ini.


Kenapa tiada syarikat yang mahu menerbitkan bukunya ini? Kerana mereka ialah student A. Saya sangat mengesyorkan makpak yang ingin mengetahui secara pantas, kisah wang disebalik sejarah hari ini untuk bedah buku ini segera. Ianya adalah pendidikan kewangan yang perlu difahami makpak zaman ini kerana bilik darjah sekolah tidak mengajarkan subjek ini.

Hari ini, sejarah dipegang oleh 'mereka' dan kita pula yang perlu belajar daripada mereka tanpa memperlecehkan pegangan agama kita hari ini. Melalui buku ini saya belajar banyak perkara yang sebelum ini saya '0'.

InshaAllah saya yakin, kita aka punya dimensi yang berbeza dengan cara pemikiran kita sebelum ini. InshaAllah dengan berbezanya kita melihat dunia, maka tangan-tangan kita akan membentuk dan melahirkan geerasi huffaz usahawan yang bertaqwa untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang benar inshaAllah!

11.7.14

ASET & LIABILITI

Bahasa usahawan.

Selama ini kita mengatakan membeli rumah sebagai aset. Sebenarnya tidak. Rumah ialah liabiliti dan bukannya aset. Sebagai ibu bapa yang mahu mempersiapkan anak-anak dengan pendidikan kewangan, kita perlu faham perbezaan antara aset dan liabiliti.

Aset adalah wang yang masuk ke dalam akaun kita manakala liabiliti ialah pengaliran wang. Kenapa rumah yang kita diami ini adalah libiliti dan bukannya aset? Kerana kita mengeluarkan wang untuknya. Kita membayar cukai, bil air, bil elektrik dan sebagainya yang menyebabkan wang kita keluar.

Sedangkan aset adalah wang yang masuk tanpa keluar.

Saya juga faham yang hutang itu boleh jadi bagus dan boleh jadi tidak. Mentaliti kita dan saya terutamanya sebagai penjawat awam. 

Pergi sekolah, belajar tekun dan boleh keluar bekerja dengan gaji yang bagus. Anak-anak yang A semasa sekolah diajarkan untuk menjadi pekerja. Apabila bekerja, buatlah hutang dengan membeli rumah, beli kereta dan bekerja keraslah untuk melunaskan semua hutang itu.

Kita didoktrin untuk membebaskan diri dari hutang sehingga pencen serta mengharapkan skim pencen untuk jaminan persaraan kita dan bukannya diajar untuk mempergunakan hutang tersebut. Walhal, hutang itu bagus mengikut bahasa usahawan. Tahukah kita wang simpanan, caruman kita dalam skim pencen kita, digunakan oleh semua usahawan dan para pelabur untuk perniagaan mereka serta kerajaan. Mereka menggunakan wang simpanan kita untuk menjadi kaya.

Jadi, menyimpan adalah tindakan kurang bijak. Sepatutnya anak-anak diajar untuk mempergunakan atau memperkembangkan wang tersebut. Antara fakta yang perlu kita tahu. Orang kaya bersifat pemurah. Mereka faham dengan aliran tunai dan kunci kira-kira.

Dalam beragama juga, kita diajar untuk bersifat pemurah. Semakin keluar mengalir, semakin berganda pulangan masuk. Sifir ini telah dipraktikkan oleh nama-nama popular hari ini sehinggakan tertubuhnya yayasan Bill Gates, Donald Trump dan nama-nama popular lainnya.

Kita perlu menyedari hakikat jutawan zaman dahulu seperti Uthman Affan, Siti Khadijah dan Abdurrahman Auf, dengan izin Allah telah diganti dengan nama-nama popular yang bukan beragama Islam pada zaman ini. Mereka menguasai dunia hari ini.

Pendidikan kewangan anak-anak.

Apabila anak-anak telah dapat membezakan antara RM1 dan RM5, ajarkan mereka tentang pendidikan kewangan. Bebaskan diri dan keluarga kita daripada mentaliti LAYAK makpak kita dahulu. Doktrin anak-anak keluar sekolah bukan untuk menjadi pekerja tetapi MENYEDIAKAN PEKERJAAN. Bagaimanakah caranya?

Ajari anak-anak berbelanja. Semasa berbelanja di pasaraya, bawa mereka dan perkenalkan dengan aliran wang keluar dan masuk. 

Selain itu, menurut Robert T. Kiyosaki, wujudkan satu malam bersama keluarga. Luangkan masa untuk bermain Monopoly. Serapkan pada anak-anak yang dunia permainan ini boleh menjadi kenyataan. Melalui permianan ini, anak-anak diajar mengurus kewangan mereka.

Saya mencari permainan ini.

Oleh yang demikian, marilah makpak yang dirahmati Allah, doktrin anak-anak kita bahawasanya Islam kembali bercahaya dengan penaklukan kembali sumber kewangan dunia inshaAllah! Lumpuhkan ekonomi mereka.

10.7.14

ACARA TAHUNAN

Kata-kata zauji sebelum masuk Ramadhan. Perasan atau tidak, pattern yang sama terjadi saban tahun. Masuk bulan Ramadhan, dunia dilekakan dengan bola. Piala dunia. Semasa sekalian ummat dilekakan dengan bola, maka Israel laknatullah akan menanti masa membedil Palestin. Begitulah acara tahunan.

Kita jauh tetapi doa mendekatkan kita. Doktrin anak-anak dan keluarga kita untuk boikot semua produk israel laknatullah dan semua yang bersangkut dengan mereka. InshaAllah tidak mati tidak minum MILO. Tidak mati tidak makan McD. Boikotlah. Semuanya makanan mudarat.

PENDIDIKAN KEWANGAN

Hari-hari terakhir berkhidmat di sektor awam.

Perkara-perkara yang apabila dikenangkan menguntum senyuman.

Kelas tahun 2. Perkara yang dibincangkan adalah mak binatang dan anaknya. Antara binatang yang mereka dan guru mereka gagal kesan adalah anak kanggaro, anak kuda dan anak rusa. Alhamdulillah talian hayat di hujung jari. Teacher di Shah Alam datang membantu haha!

Lebih setengah jam anak-anak mencari binatang-binatang dan anaknya. Tinggal satu bintang yang namanya rusa tidak dapat dikesan. Guru dengan penuh yakin mengatakan, 'siapa dapat cari, saya bagi RM10'.

'Fawn'.

Tamat sahaja tawaran si guru, seorang anak angkat tangan dan dengan teragak-agak menyahut cabaran kerana dia juga main agak sahaja.

Maka, janji mesti ditepati. Maka wang kertas RM10 menjadi milik si anak.

Salah satu pendidikan keibu bapaan yang saya belajar hari ini melalui pendidikan kewangan adalah, menyahkan perkataan LAYAK buat anak-anak kita. Contohnya, apabila kawan anak kita mendapat basikal baru, maka anak kita juga kita belikan basikal baharu dengan anggapan ibu bapa, anak kita LAYAK.

Ajarkan mereka pendidikan kewangan semenjak mereka kecil. Ajarkan mereka cara memancing ikan dan bukannya cara memberi mereka ikan.

Antara mentaliti LAYAK yang diserapkan dalam sistem pendidikan tradisional hari ini adalah, memberi pingat kepada semua anak-anak. Contohnya, dalam majlis anugerah cemerlang, pihak sekolah akan berusaha untuk memastikan semua anak-anak mendapat pingat atas nilaian LAYAK. Saya setuju dengan kenyataan Robert T. Kiyosaki berkenaan pendidikan tradisioal yang banyak menanamkan mentaliti LAYAK. Apakah rasionalnya? 

Sekiranya saya punya sebuah sekolah, pendidikan kewangan adalah salah satu subjek utama dalam sekolah saya. Matlamat saya adalah melahirkan para huffaz sekaya Uthman Affan, Siti Khadijah, Abdurrahman Auf dan banyak lagi nama para sahabat yang kaya yang menyumbang kepada pembangunan ummah.

Mohon Allah kurniakan pendapatan pasif yang aliran tunainya ke jannah. Yayasan Abu dan Ummu Muhammad in the making ;).

Jangan ingat Bill dan Melida Gates sahaja ada yayasan kebajikan mereka. [sumber]

9.7.14

WW- THE RAT RACE

Perkara yang paling susah hendak dilakukan adalah berfikir. Bukan semua boleh berfikir dengan rasional dan relevan. Saya sedang bedah sebuah buku yang sedang mengkritik sistem pendidikan kita. Semasa baca buku ini, ternyata memang terlalu banyak kebenarannya.

HOW TO GET OUT OF THE RAT RACE?

8.7.14

SAHABAT PALING BAIK

Sesiapa yang tidak tahu kesilapan sejarah, ia ditakdirkan mengulangi kesilapan yang sama- Sir Edmong Burke.

Alhamdulillah. Antara rezeki yang patut dan sangat saya syukuri adalah rezeki sahabat-sahabat yang baik. Saya dikelilingi rakan-rakan yang baik semenjak kecil sehinggakan kini. Asbab rezeki sahabat-sahabat yang baik, maka hidup saya dalam ruang lingkup yang baik-baik.

MashaAllah hamdalah, Allah ilhamkan satu jawapan buat saya. Antara sistem yang yang paling lambat bergerak adalah sistem pendidikan. Contohnya, menurut Robert T. Kiyosaki, sistem pendidikan terletak kedua paling rendah untuk berubah. Andai kata, beliau memperkatakan tentang sistem pendidikan yang tidak mengajar pendidikan kewangan, ianya akan diguna pakai setelah 50 tahun selepas ianya diperkatakan.

Betapa lembab.

Ilham Allah juga datang melalui temuramah Musa hafiz Indonesia 2014 berserta jemputan Ustaz Ali Subana Hafizahullah mengatakan, umur anak paling baik untuk dilepaskan berkelana adalah pada usia 15 tahun di mana sekiranya kita melepaskan anak terlalu awal, pokoknya kasih sayang ibu ayah itu tidak sama dengan kasih sayang orang yang bukan ibu dan ayah sebenar.

MashaAllah, hamdalah. Sekali lagi, angan-angan saya ini tidak dipandang sepi oleh sahabat-sahabat saya. Sepantas kilat, saya telah menerima contoh kertas kerja. Bukan itu sahaja, hadir lagi sahabat sanggup untuk membantu modal. Lagi, ada sahabat yang boleh membuatkan saya modul seperti yang saya inginkan.

Nikmat, manakah yang aku dustakan? T__T

Kredit: Mekna ;).

Sesiapa yang tidak tahu kesilapan sejarah, ia ditakdirkan mengulangi kesilapan yang sama- Sir Edmong Burke.

Saya tidak mahu ulang sejarah itu. Saya mahu cipta sejarah baru ;). Mohon doa kalian berpanjangan.

5.7.14

SUSU BUAT SUFI KHADEEJAH

Kesan kepincangan sistem pendidikan kita. Anak-anak seusia 7,8 tahun digalakkan untuk puasa tetapi tidak memberi penekanan yang serupa hebat untuk solat. Maka, lahirlah generasi 20 tahun lepas yang puasa tetapi tidak solat. Orang yang solat itu sememangnya berpuasa tetapi orang berpuasa belum tentu solat. Selalu bukan kita jumpa kes sedemikian rupa?

Saya orang bawahan yang terlalu ingin melihat perubahan sistem sekolah dengan menitikkan pendidikan solat. Berilah satu masa untuk anak-anak 7,8 tahun ini solat. Sistem pendidikan sekarang akan hanya melahirkan anak-anak yang ketempangan arah dan keliru matlamat hidup tetapi menurut Dr. Maszlee Malik, bukan semua yang ada dalam sistem ini salah.

Diceritakan semula oleh zauji yang menghadiri majlis beliau, ada seorang ustaz berfikrah yang memang mahukan jawatan pengetua kerana beliau mahu meng'usrah'kan semua yang dibawah kerajaannya (baca:sekolah). Allah izinkan beliau naik menjadi pengetua. Dari pengawal keselamatan sekolah hinggakan guru-guru non-muslim, semuanya berbulatan gembira. MashaAllah!

Malah katanya lagi, sistem yang ada seperti sistem raja perlembagaan, badan-badan seperti LHDN, pencegahan rasuah semuanya adalah betul tetapi yang salahnya adalah si pengendali. Malah sejarah membuktikan, kerajaan yang ada memang sukar untuk ditumbangkan atau memang tidak akan tertumbang tetapi orang-orang yang berada di dalam kerajaan asal telah dibersihkan untuk suasana kerajaan yang sejahtera.

Ini juga antara, faktor yang dalam fikiran saya. Stay or quit?

Hasil malam tadi setelah terawih dan witir. 15 minit untuk 7oz.

Alhamdulillah susu-susu EBM Abdullah yang banyak itu inshaAllah telah ada pemiliknya. Anakanda kami, Sufi Khadeejah. Tidak jadi berbesanlah kami :D. Allah gantikan dengan kembangan keluarga susuan. Keluarga di dunia dan syurga ;). Sebenarnya, bagus juga ibu-ibu yang sedang hamil, bersedia dengan EBM ibu susuan supaya anda lebih tenang di awal tempoh selepas melahirkan. Berilah susu EBM ibu susuan sebagai permulaan dalam menanti susu meriah.

Ada yang bertanya, tips untuk kemeriahan susu ibu. Maaf kepada yang bertanya. Tidak sempat balas mesej-mesej kalian. Di entry AL-QURAN EDARIMAN, saya ada nyatakan surah Al-Hujurat antara amalan untuk meriahkan susu ibu dan anak lebih berhati-hati. Semasa saya mengandungkan Muhammad dan Abdullah malah bukan masa mengandung sekalipun, surah-surah ini saya sentiasa ulang-ulang selain bacaan rutin Al-Quran setiap hari dan tadabbur. Mungkin menjadi asbab. Bukankah doa adalah senjata mukmin? ;)

Hakikatnya, Allah tolong dan izinkan susuku meriah ;).

Selain itu, melalui PTT pernah dibincangkan dahulu, faktor makanan kita hari ini juga menjadi asbab air susu dihasilkan lambat dan anak baru lahir, urat sarafnya tidak kuat untuk membantu pengeluaran susu ibu dengan baik akibat disuntik sejak dari dalam perut. Semasa mengandung mak disuntik ATT, baru lahir sahaja, bayi dikejutkan dengan suntikan BCG dan setiap bulan disuntik lagi bagi anak menanggung kesakitan. Anak-anak kita dikerjakan hampir setiap masa.

Manalah tidak kejung si bayi. Anda bayangkan sahaja, suntikan kecantikan untuk keanjalan kulit kekal remaja. Bukankah seperti urat dimuka dikejungkan supaya tidak berkedut. Serupa jugalah, cucuk anak, kejung-kejung urat si anak. Malah ada yang anak terus sahaja demam dan sawan tarik. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Selebihnya, pilihan di tangan makpak yang diredhai Allah sekalian.

Sekali lagi, hakikatnya semuanya dengan izin Allah :).

Sebelum terlupa, sahabat-sahabat saya - mak-mak JELITAWAN ORGANIK - telah membuka satu akaun di facebook dengan nama JELITAWAN ORGANIK. Mereka ada kongsikan tips berkenaan rawatan, pemakanan dan gaya hidup secara sunnah dan alami. Sila SUKA page JELITAWAN ORGANIK bagi mempunyai akaun facebook dan mahukan info-info sihat alami inshaAllah.

Sebahagian susu EBM anakanda Sufi Khadeejah. Ada lagi di rumah pengasuh Muhammad dan Abdullah.

Semalam Allah izinkan saya membeli sebuah buku berkaitan bagaimana mahu mengajar anak mengurus kewangan! MashaAllah saya tidak sabar mahu khatamkan! Sebelum punya sebuah sekolah, sebagai bonda mereka, saya perlu siapkan diri dengan kemahiran orang-orang berjaya. InshaAllah bagi memastikan anak-anak saya nanti boleh menghasilakn produk mereka sehebat malah lebih sihat dari biskut Munchys, Milo nestle dan kita juga mungkin akan punya restoran sihat mengalahkan McD! Siapa tahu rahsia Allah ;D.

Ceh berangan!

Sekiranya ada orang-orang kaya dermawan yang beriman yang mengikuti blog iman saya, dan punya wang terlebih dan tidak tahu mahu buat apa, apa kata anda laburkan untuk saham syurga :D.

3.7.14

ANEKDOT MADINAH

Malam pertama Abdullah pencen menyusu. Lepas sahaja 1027 malam tadi, Alhamdulillah tiada sesi drama seperti biasa. Semacam tahu yang dia sudah pencen. Saya juga sentiasa ingatkan Abdullah yang dia sudah 2 tahun dan tidak boleh menyusu lagi. Dia senyum menunjukkan gigi depan yang tinggal separuh tanda faham.

Menjelang mahu tidur, ada juga drama tetapi ianya tidaklah seperti zaman Muhammad bercerai susu dahulu. Lebih tragis. Pada mulanya, saya tidak mahu menggunakan senjata selain senjata psikologi sahaja tetapi akhirnya saya akur.

Terima kasih asam jawa :D.

Tengah malam bangun dan dia masih ingat asam jawa dan setelah dipeluk, Abdullah tidur dengan tenang sehingga ketika ini. Alhamdulillah, saya harap Abdullah mudah menyesuaikan diri dengan susu kambing segar pula selepas ini. Alhamdulillah sedih bercampur lega sama dengan puas :D. Terima kasih Allah atas peluang ini. Izinkan ke semua zuriat keturunanku untuk mengamalkan sunnah ini sehingga 2 tahun penuh tanpa dilebihkan mahupun dikurangkan.

Anekdot Madinah.

Sungguh kita sebagai manusia akan melalui peringkat-peringkat membaca. Semasa zaman kanak-kanak, kita disogokkan dengan buku cerita fairy tales, komik dan sebagainya. Mudah-mudahan anak-anak kita selepas ini, kita sogokkanlah dengan bahan bacaan yang membina kematangan mereka seperti buku-buku cerita sejarah yang mudah dan ringkas.

Fasa remaja pula, saya minat juga novel. Novel cinta dogengan hinggakan novel cinta islamik. Sekiranya baca novel, hidup bagai semuanya indah. Menipu daya dan minda diletakkan dalam angan-angan tidak bertepi dan akhirnya kecewa. Jadi, bacalah tulisan-tulisan Pak Hamka yang lebih relevan.

Kemudian, fasa pra dewasa saya suka kepada motivasi. Buku motivasi pada saya banyak meningkatkan jati diri dan inshaAllah mampu mendorong diri kepada pembaikkan hati. Semasa era titik pusingan hidup saya kembali kepada fitrah, buku-buku motivasilah antara penguat azam perubahan itu.

Sekali lagi, bahan bacaan bertukar lagi sesuai dengan peringkat umur. Bacalah buku berkenaan pemikiran-pemikiran yang meningkatkan fikrah untuk persediaan menghadapi ummah! Peringkat bacaan saya lambat satu, dua peringkat daripada zauji.

Sebagai contoh, zauji telah mula membaca buku pemikiran-pemikiran cendiakawan tetapi saya masih di peringkat motivasi. Zauji boleh faham buku Dr. Mazslee Malik dengan bergaya manakala saya perlu ulang baca untuk benar-benar faham maksudnya. Bahasa buku separa akademik lagikan sepenuhnya akademik, adalah bahasa yang sungguh tinggi. Terasa seperti profesor pula :D.

Berbalik kepada buku Anekdot Madinah, tulisan Prof Kamil, pada saya ianya adalah sebuah buku motivasi yang mudah difahami dan dihayati apa yang ingin Prof sampaikan kepada kita semua. Ketika saya bedah buku ini, zauji bedah buku Dr. Maszlee. Kini, dia sedang bedah kali ke berapa berkenaan buku fakta Salahuddin Ayyub yang penulisnya berlainan. Menghayati pemikiran pejuang kemenangan Islam dahulu.

Level of reading antara lelaki dan perempuan sungguh berbeza. Lelaki lebih ansur maju. Tidak suka bahan bacaan meleweh dan lebih kepada fakta. Perempuan pula kadang sampai ke tua masih melekat dengan novel dan sentiasa berangan yang indah-indah seperti dalam novel :P.

Pertama kali baca, apa yang boleh saya simpulkan, sungguh Prof Kamil menulis dengan hatinya. Hati yang sampai ke hati. Meremang roma saya apabila menghayati bait-bait kata tulisannya. Sungguh Prof sedang menuju satu perjalanan pulang yang mashaAllah. Antara intipati yang pada saya menarik dalam Anekdot Madinah, Benar DIA Maha Mendengar ini ialah:
1. Kuasa doa yang bersungguh-sungguh.
2. Susana disiplin hidup dalam masyarakat berlainan bangsa dan negara. Kisah mereka semasa tinggal di UK dan Madinah yang sungguh berbeza layanan masyarakatnya. Kisah mereka di lapangan terbang. Namun, Madinah tidak mampu ditanggani UK.
3. Rindukan Madinah, Makkah, seolah rindukan fizikal haram. Rindukan Baginda, hidupkan sunnah Baginda SAW walau di tempat sendiri.
4. Paling saya ingat, keretanya Dodge Durango VKB5816 berharga sekitar 80k di Madinah dan di Malaysia ianya bernilai 200k. Seronoknya di Madinah, tiada cukai yang membebankan seperti cukai jalan, duti import, tol dan sebagainya. Hanya perlu bayar harga kereta. Minyak juga hanya 30sen seliter. Air mineral lebih mahal. Roti dan gandum seolah-olah tidak bernilai. Durian pula mahal SR45 sekilo.
5. Buku ini seolah-olah dihasilkan untuk mengingatkan akan kematian yang terlalu dekat. Jadi, beramallah! Tunaikanlah solat berjemaah. Puasalah dengan puasa terbaik - puasa Nabi Daud, selang sehari - dan tutuplah aurat.

Selebihnya, sila baca dengan hati sanubari. InshaAllah buku ini boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang sedang mencari-cari apa sebenarnya matlamat kita sebagai manusia dibiarkan hidup.

InshaAllah panjang umur, saya cuba juga untuk membuat kesimpulan berkenaan buku tulisan Dr. Maszlee Malik yang menurut zauji, setelah membaca pemikiran beliau, matlamat kita akan jelas yang sebenarnya kita hidup tiada untuk dunia. Apa yang kita buat di dunia ini hanyalah untuk akhirat. Maksudnya tiada apa yang diharapkan di dunia ini.

Sedikit ulasan awal saya dalam buku Dr. Maszlee Malik, kita semua adalah ahli potilik. Kenapa? InshaAllah saya cuba simpulkan dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami.