Selepas Asar. 2 hari lepas. Kami ke kedai organik yang agak jauh untuk beli telur gred AA sebanyak 2 papan. InshaAllah kebiasaannya tahan selama sebulan. Harga telur organik bebas antibiotik ini mahal RM1, RM2 sahaja daripada telur biasa. Gred paling besar AA pula hanya mahal 50 sen berbanding gred A yang kecil sedikit. Ianya lebih kurang RM11 sepapan.
Perjalanan balik, pakcik sebelah saya mahu lepas hajat :D. Perut ada rama-rama menari. Singgahlah sebentar di Shell. Lalu di hadapan kedai Shell. Zauji kata, 'Dulu semua jenis minuman kita minum. Power Root, macam-macamlah'. Saya tambah, 'dengan air kotak, air tin bagai'. Apabila telah tahu kebenaran yang tertutup sekian lama, mashaAllah lain benar rasa badan.
Pada pemerhatian saya, non-muslim yang vegee, punya akhlak yang baik. Saya perhatikan cina yang menjual barang-barang organik tempat kami beli-belah setiap bulan. Sentiasa bermanis muka. Berpakaian sopan. Sehinggakan kami teringin mahu membuat satu kajian kepada non-muslim yang vegee. Akhlak melalui pemakanan. Mereka tidak makan binatang dan babi. Makanan mereka hanya berunsurkan tumbuhan.
Sayangnya, pegangan, akidah mereka belum lagi berubah. Teringin sungguh mendakwahi mereka. Terpandangkan orang-orang non-muslim yang baik-baik mengundang sebak. Bayangkanlah mereka menjadi kayu api neraka yang membakar manusia-manusia zalim semasa di dunia. Apa yang lebih menyedihkan, mereka kekal selamanya di dalam neraka. Allahu! Campakkanlah taufiq dan hidayah kepada mereka semua.
Kopi organik. Tenusu digantikan dengan oat. Sabun baju dan cuci pinggan.
MashaAllah kopi sihat yang lazat. Pemandangan belakang, hasil kraf tangan Shaikh Abdullah.
Jiran syurga kami, Puan Fiza ada bertanya berkenaan susu kambing. Kebiasaannya kami minum sewaktu baru beli iaitu susu masih cair. Selepas beku, susu kambing segar itu semuanya milik Muhammad untuk dibawa ke rumah pengasuhnya. Sarapan pagi kami suami isteri ialah kopi organik ini. Sekiranya habis, koko oat oragnik.
Kandungan dalam kopi.
Bondaku sering membebel berkenaan sabun baju yang kami gunakan. Katanya bau sabun cap kapak! Dia tidak suka dan menyuruh kami menukar sabun. Deenaamoo (bukan nama sebenar). Kami pernah cuba dan takdirnya Allah kurniakan kelopak garam hinggap kepada Abdullah tahun lepas yang menjadi asbab kami tahu yang sabun tersebut bersangkut paut dengan Israel melalui PTT. Jadi, kami tukar.
Sabun Seamagic ini pun baru juga kami beli dan mashaAllah memang sihat dan tidak berbau walaupun lewat untuk disidai. Harganya pun lebih kurang sabun pasaran. RM26 untuk 2.6kg. Semasa kami beli ada promosi. Beli 2 dan percuma sepaket sabun pencuci pinggan sihat. Sabun pencuci pinggan kami belum tukar sepenuhnya lagi. Masih guna cap pasaraya yang ada. Kadangkala tidak larat juga :D.
Sabun pencuci baju sihat. Lihat kandungannya.
Kami bukanlah terlalu rigid semua perkara dan makan. Selagi termampu dan larat untuk disantuni :D. Pada saya, sepatutnya orang-orang yang jaga makan ini kesannya terpancar pada keeratan hubungannya dengan Allah. Jaga makan sepatutnya solat dengan cantik di awal waktu. Jaga makan, jaga juga aurat. Jaga makan, jaga juga hati. Jaga makan, jaga juga lidah.
Supaya graf jaga makanan yang fizikal ini seiring dengan ruhi. Seperkara lagi, saya setuju juga dengan PTT, untuk sihat kita tidak perlu berbelanja besar. InshaAllah dengan menjaga gula, garam, tepung, ayam (unsur daging) yang terpercaya, susu dan menjauhi pewarna, pengawet, inshaAllah ianya cukup untuk sihat kerana Allah.
Saya cukup kagum dengan mak-mak organik jelita. Gabungan buah yang menjadi jus untuk rawatan penyakit. Mereka pakar dalam gabungan apa-apa buah, sayuran dengan khasiat masing-masing yang tersendiri sehinggakan penyakit tangan, kuku dan mulut baru-baru serta sebagainya yang menjadi igauan ngeri makpak untuk bayi mereka, Allah izinkan mereka rawat hanya dengan sedikit ilmu pengetahuan dan keyakinan terhadap makanan sunnah dan alami, Allah izinkan anak-anak mereka membaik dan kembali sihat tanpa dadah sintetik.
Panjang umur dengan izin Allah, jagaan makanan hari ini bukan kesannya pada masa sekarang. Kesannya pada umur pencen. Orang kata kami hilang nikmat makan :). Pandangan mereka. Mudah-mudahan ketika umur pencen, kami masih sihat bertenaga, tiada penyakit khas buat orang tua, sentiasa muda, sentiasa remaja dan pastinya kekal jelita :P.
MashaAllah wa tabarakallah! Pagi tadi giliran telekong saya pula siap! Hadiah Ramadhan untuk diri sendiri ;).
Selamat menunaikan terawih inshaAllah 1 Ramadhan 1435 malam ini. Semoga kita semua lulus cemerlang daripada sekolah Ramadhan. Pada saya, kita perlu bertungkus lumus bukan hanya pada Ramadhan kerana Allah bukan hanya ada dalam bulan Ramadhan, ianya amalan berterusan selagi mana kita bernafas ;).
Usah pandang serong kepada mereka yang buat kuih, menjahit kerana kita sendiri tidak tahu hati-hati si buat kuih, si tukang jahit. Boleh jadi itu adalah ibadah mereka semasa bulan Ramadhan. Ibadah ini luas. Hatta tidur sekalipun ialah ibadah apabila hati-hati kita ingat dan sentiasa zikir kepada Allah.
Maka, jagalah hati-hati kita untuk sentiasa bercahaya, bebas prasangka dan sentiasa berbaik sangka. Selamat berpuasa kerana Allah ;).