Rata-rata rakyat Malaysia terutama 'pemuda', sedih, marah dan kecewa dalam redha termasuk saya. Redha atas segala ketentuan Allah yang sebuah negara Islam masih belum diizinkan Allah untuk terbentuk di Malaysia tanahairku tercinta. Apa yang pasti setiap daripada kita akan dipertanggungjawabkan. Jari telunjuk yang sedang menaip ini yang masih berdakwat biru kepudaran akan menjadi saksi yang undi 5 Mei 2013 adalah atas dasar taqwa dan ingin Islam kembali berdaulat.
Ini Sultan Brunei. Di Malaysia, sultan seperti ini hanya ada di Kelantan.
Sekiranya masyarakat bukan Islam yang mudah-mudahan mendapat taufik dan hidayah Allah, menolak hukum yang telah 1400 termaktub dalam Al-Quran, saya tidak pelik kerana mereka tidak tahu dan mereka tidak faham tentang hikmah yang Allah sembunyikan tetapi saya sungguh hairan apabila orang Islam sendiri yang menolak hukum Allah. Tidak sesuai. Tidak relevan. Adakah alam ini milik kita? Kita mencipta maka kita tahu akan kepentingan hukum ini agar alam tidak binasa? Sebab itu mengundi itu juga bakal membawa kita ke syurga atau neraka. Keyakinan dan apakah pegangan aqidah kita. Maka, tanggunglah kamu!
Dahulu saya tidak begitu 'cakna' dan sekarang saya mengerti kenapa orang-orang begitu mengambil tahu hal politik. Ianya juga bagai ledakan di selatan sini. Biar kalah bermaruah. Jangan menang dengan tipu daya. Banyak kisah menarik yang berlaku sepanjang proses mengundi sehinggakan proses pengiraan undi seperti pengundi
'lupa lirik' lagu negara kita (aduhai sedang berfikir apakah yang bakal terjadi dengan kebanjiran warga asing yang diberikan IC (IC pun masih baru dan panas lagi keluar dari mesin nampaknya) semata-mata untuk mengundi) yang dicekup di banyak kawasan,
jatuhnya peti undi daripada kerajaan langit,
terputus bekalan elektrik di beberapa kawasan pengiraan undi dan banyak lagi bukti terkumpul rakyat untuk dihadapkan dimuka pengadilan.
Contohnya di negeri kelahiran saya sendiri dan bersumberkan orang-orang yang terpercaya yang ada di dalam pengiraan undi, semua negeri berjaya ditawan dan ketika mendapat perkhabaran tersebut, hati saya mula berbunga yang tangki minyak yang sengaja dikontangkan bakal terisi dengan petrol yang dijanjikan turun harga tetapi tiba-tiba sahaja datang peti undi pos yang terus sahaja memenangkan banyak kawasan di sini. Mudah-mudahan Allah bukakan apa-apa yang masih berselindung dan selepas ini kita mengambil berat isu ini dan lebih baik mansuhkan sahaja undi pos.
Disebabkan suami pulang mengundi, kami anak beranak berkampung di rumah mak dan mereka memilih TV3 suku (bukan nama sebenar). Sebagai anak muda, bahan bacaan dan media massa saya tidak terbatas hanya di TV atau akhbar terutama akhbar yang sungguh melucukan seperti utusan meloya (bukan nama sebenar) juga berita hairan (juga bukan nama sebenar). Sentimen perkauman memang menjadi modal sehingga kini. Untuk mak ayah, tok nenek kita, bolehlah isu ini melekat di kelapa tetapi bagi golongan seperti kami, ianya hanyalah tipu daya yang melucukan dan meloyakan. Walhal hakikat sebenarnya, kerusi roket ke bulan (bukan nama sebenar) hanya ada 55 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Bagaimana mahu tadbir negara? Seperkara, kaji dahulu perlembagaan. Kemudian, cek peratusan mata sepet dengan peratusan mata besar dan mata sederhana dalam parti roket ke bulan (bukan nama sebenar). Bangsa mata besar jauh lebih besar dari mata sepet dan sederhana. Hentikan politik rasis!
Professional jangan mahu salahkan bangsa itu mahu merompak bangsa ini. Kaji selidik tanah kita banyak tergadai di tangan siapa? Kita ini banyak yang tidak mendahulukan Allah. Dahulu ketika politik tidak saya ambil pusing, saya menilai berdasarkan 'fitrah' insaniah yang mana saya akan tengok keluarga satu-satu pemimpin, amalan mereka, isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka. Sekiranya semua 'peraturan-peraturan' Allah tertegak dalam ruang lingkup dalam keluarga kecilnya, maka dia benar-benar seorang lelaki tulen. Anak-anak isteri terpelihara auratnya, rajin ke surau masjid menjadikan ukuran untuk saya menilai.
Sudah-sudahlah Melayu diperbodohkan tidak habis.
Sebagai rakyat, kita bukan mahukan kaya-raya. Duduk dalam helikopter, jet peribadi, kereta 3 pintu mewah, duduk rumah besar dan mewah, memakai beg tangan dan cincin berlian tetapi yang kami harapkan hanya kebajikan dan hak yang sepatutnya kami dapat seperti petrol, harga barangan yang berpatutan, dan juga harga kereta contohnya, kereta Malaysia di luar negara jauh lebih murah berbanding yang dijual dalam negara. Lihatlah kegemilangan tokoh Islam unggul dahulu. Mereka semua seperti Sultan Salahuddin Al-Ayyubi semasa meninggalnya hanya meninggalkan beberapa keping dirham sahaja. Senang mahu jawab dihdapan Allah. Pemimpin hari ini, silalah jawab untuk segala wang cukai, pinjaman yang tinggi dikenakan kepada kami yang dibelanjakan sewenang-wenangnya ;).
Baiklah saya mohon pelepasan moga Allah lapangkan hati-hati kita semua untuk menerima keputusan ini kerana hanya dengan kuasa Allah mampu mengubah segalanya. Setakat hari ini Allah masih tangguhkan kemanangan itu tetapi ingat, semua yang terlibat, bersekongkol dengan tipu daya isu seks yang sungguh memalukan, korupsi, penyelewengan angka-angka undi, mereka yang tidak amanah ini akan mengheret segala hak-hak kita sebagai rakyat di padang mahsyar nanti asbab KETIDAK REDHOAN kita atas semua hak-hak yang dinafikan. Sekian, inshaAllah ulasan terakhir PRU-13 walaupun saya percaya PRU seterusnya juga, sejarah akan berulang kecuali keajaiban Allah untuk henti segala penyelewengan. Wallhua'lam.
Moga Allah panjangkan usia tok guru untuk mendidik lebih ramai generasi bertaqwa yang berakhlak mulia.