31.3.12

EPISOD 1: KAMIKAZE!

Muhammad & adik hebat diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah hari minggu yang ibu tunggu-tunggu setelah menempuh seminggu yang sungguh mencabar sekembalinya kita semua dari tanah suci. Bayangkanlah ibu terpaksa memandu dalam keadaan yang sungguh mengantuk. Jadi, hujung minggu ini Muhammad dan ayah telah pulih sepenuhnya. Giliran ibu qada' rehat pula. Seminggu menjaga ayah dan Muhammad membuatkan ibu lebih kuat dari kebiasaan. Muhammad tidur sepanjang petang dan apabila malam, Muhammad berjaga pula. Apabila Muhammad sudah mahu tidur jam 5 pagi, ibu pula sudah terpaksa bangun untuk bersiap ke tempat kerja pula. Ayah pula malam suhu badannya suam-suam. Air asam jawa sentiasa menemani kepalanya supaya sentiasa sejuk. Keduanya memerlukan perhatian yang lebih dari kebiasaan. InsyaAllah masa kualiti kita bersama kurniaan Allah.

Berkat Doa Rakan-Rakan
Hari ini ibu mulakan episod KEMBARA CINTA AGUNG kita insyaAllah ;). InsyaAllah berkat doa rakan-rakan ibu menjadi asbab kita menjadi tetamu Allah baru-baru ini. Tahun sudah, ada beberapa kawan ibu yang pergi menunaikan umrah. Ibu hanya mengirim doa supaya disegerakan ke sana. Kawan baik ibu sudah kesana sebelum bernikah dan sebelum berangkat, dia memaklumkan kepada ibu dan tiada seorang dari kawan-kawannya yang tahu. Seorang kawan ibu daripada Melaka pula, pernah SMS dari Mekah kerana begitu teringat kepada ibu disana. Ibu sendiri pun tidak tahu keberangkatannya ke sana bersama keluarganya dan seperti biasa ibu mohon didoakan supaya disegerakan ke sana sebagaimana mereka. Allah makbulkan doa-doa mereka disana. Semoga Allah merahmati mereka dengan mengurniakan jodoh yang soleh buat seorang itu dan mengurniakan zuriat yang soleh solehah buat yang seorang lagi. Ya Allah segerakanlah permintaan doa-doa mereka!

KAMIKAZE!
Keputusan untuk ke tanah suci menunaikan umrah ibarat membuat keputusan yang KAMIKAZE! Diikutkan kira-kira ayah, kita masih belum boleh ke sana lagi. Ayah tidak akan pergi tanpa membawa ibunya bersama. Bermakna ayah perlu memikirkan belanja tambang untuk 2 orang. Pada mulanya, ibu mahu mendahulukan wang tambang ibu untuk ayah membawa tokwan Muhammad dahulu tetapi ditolak ayah kerana perkara baik sebegini tidak boleh mendahulukan orang lain. Setelah dicampur, tolak, bahagi serta darab, kira-kira ibu memungkinkan kita boleh pergi bersama. Kami memilih Shahid Travel & tours Sdn. Bhd, agen yang mengendalikan urusan umrah kita atas kepercayaan kerana nenek ibu dan nenek saudara ibu menunaikan umrah tahun lepas menggunakan agensi ini. Asbab umrah semasa cuti sekolah, harganya lebih berbanding bukan cuti sekolah. Pakej umrah untuk seorang dewasa adalah RM5280 dan untuk Muhammad, anak-anak dibawah 2 tahun, harganya RM1800 manakala kanak-kanak 2-12 tahun harganya tolak 20% daripada harga orang dewasa. Jadi, ibu dan ayah perlu menyediakan (RM5280 x 3) + RM1800 untuk tambang sahaja tidak termasuk wang belanja disana nanti.

Agensi yang bertangggungjawab mengendalikan perjalanan umrah pertama kita.

Rezeki Tertunggak
Semasa zaman ibu belajar, tunggakkan elaun, ibu habiskan untuk persiapan pernikahan dan kali ini ibu memang berhajat untuk ke tanah suci dengan tunggakan gaji pertama ibu tahun lepas. Asbab keinginan yang kuat melebihi untuk memiliki kereta kedua yang lebih kepada keperluan, mengalahkan niat mahu kabinet dapur menggantikan dapur setinggan kita, ibu berazam untuk mencapai target ibu itu. Alhamdulillah tunggakan gaji pertama ibu lepas untuk belanja seorang. Alhamdulillah, ayah juga ada tunggakkan gaji untuk kedua kalinya dan cukup untuk belanjanya seorang. Kami tarah serata mungkin tabungan tabung haji setiap bulan kami untuk mencukupkan belanja tokwan dan Muhammad. Alhamdulillah, ibu dan ayah langsung tidak mengganggu simpanan Muhammad ;). Alhamdulillah ini juga merupakan hadiah terbesar ayah dan ibu buat tokwan Muhammad. Memandangkan Muhammad memudahkan ibu dan ayah selama setahun 7 bulan tanpa perlu membeli susu juga pampers, membawa Muhammad mengerjakan umrah juga adalah hadiah buat Muhammad daripada ibu dan ayah ;). Apa yang ada dihati ibu ketika itu hanya keyakinan terhadap hadis Rasulullah SAW, ALLAH AKAN MENCUKUPKAN KITA insyaAllah!

1 Dirham = Sejuta Dirham
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di mekah: "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham kepadanya menjadi sejuta dirham." (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

Alhamdulillah hadis ini cukup menguatkan seluruh jiwa dan raga ibu. Perhabiskan untuk umrah dahulu, sampai di sana mohonlah Allah akan mencukupkan kita untuk ibadah haji sesegera yang mungkin diusia muda. Alhamdulillah Allah memberikan keupayaan dan kekuatan untuk kita ke sana. InsyaAllah ibu kembali menulis tentang pengalaman persediaan dari segi pengurusan sebelum ke tanah suci insyaAllah dengan izin Allah.

24.3.12

SELAMAT KEMBALI

Alhamdulillah kami 8 sekeluarga termasuk adik Muhammad ;) telah selamat kembali dari tanah suci sekitar jam 1230 tengah malam tadi di KLIA dan selamat tiba di Bayt Al-Iman sekitar jam 8 pagi Jumaat semalam. Jam 9 pagi, Abu Muhammad bergegas ke tempat bertugasnya manakala saya dan Muhammad tumbang dan sebaik sedar walaupun dalam keadaan separa larat, Allah izinkan saya untuk gagahkan diri memandu bersama Muhammad ke tempat bertugas sekitar jam 1130 dan pulang semula sekitar jam 12 tengah hari. Ini kerana memandangkan kami memohon cuti rehat khas (CRK) hanya 4 hari dan tidak boleh berturutan dengan cuti sakit.

Alhamdulillah kesemua kami agak kurang sihat. Kami semua batuk. Muhammad pula semput dan dikejarkan ke hospital di bahagian kecemasan dan trauma tengah malam semalam. Setelah diperiksa, didapati ada jangkitan kuman ditekaknya dan Muhammad sepatutnya ditahan di wad tetapi kami mohon untuk dibawa pulang ke rumah terlebih dahulu memandangkan doktor mahu memasukkan antibiotik. InsyaAllah ianya pilihan terakhir. Alhamdulillah menjelang saat ini, saya sangat lega kerana Muhammad tidak lagi semput dan panas badannya menurun dengan mendadak. Alhamdulillah syukur ya Allah!

Kedua belah keluarga mempunyai asma. Alhamdulillah setakat hari ini saya belum diuji dengan asma sebagaimana adik beradik yang lain. Muhammad banyak mengikut ayahnya yang kalah dengan habuk. Sebaik sampai, saya kurang prihatin untuk memvakum segala jenis habuk di atas tilam dan lantai yang menungkinkan asbab Muhammad mudah semput semalam. Seharian di dalam kapal terbang membuatkan kami semua bagai mahu tumbang. Jam 230 pagi hari khamis kami bertolak dari lapangan terbang jeddah ke muscat, Oman yang memakan masa selama 4 jam. Transit 6 jam di Oman dan bertolak ke KLIA pada jam 140 petang masa oman dan sampai jam 1230 tengah malam waktu Malaysia. Ianya memakan masa 8 jam jika saya tidak silap.

Bayangkan kali terkahir Muhammad berjumpa nasi putih ketika di lapangan terbang Jeddah. Muhammad hanya menjamah sedikit makanan seperti roti. Kami menghadap Muhammad yang menangis, merengek dan pelbagai lagi sepanjang perjalanan dari Oman ke Malaysia. Alhamdulillah sampai di tol yang berdekatan, makngah Muhammad telah bersiap sedia dengan nasi lembek buat Muhammad. Asbab lapar dicampur badan yang penat serta rumah yang berhabuk, Allah izinkan Muhammad semput untuk tambah pahala ibu dan ayahnya ;).

InsyaAllah entry ini menjawab persoalan mummymyza yang meninggalkan soalannya di ruangan ziarah sebelah kanan blog Bai. Bukan mabuk teruk tetapi baru sampai ;). InsyaAllah ada kelapangan saya kembali mencatat diruangan KEMBARA CINTA AGUNG sedikit pengalaman yang saya fikir berguna untuk dijadikan panduan untuk sesiapa yang berhajat untuk membawa anak kecil di masa mendatang. Ianya semestinya bukan mudah seperti yang disangka namun Allah hidangkan hikmah yang cukup berharga insyaAllah! Sampai berjumpa di lain episod insyaAllah!

Rumah Allah.

10.3.12

ADIK & UMRAH

Subahanallah! Alhamdulillah! Allahukbar! Astagfirullah! Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam ;). InsyaAllah hari ini mahu pecah rahsia ;D. Mohon kemaafan kerana banyak berteka-teki dengan kawan-kawan blogger. Ada juga kawan-kawan yang bukan blogger yang menjadikan email mahupun SMS sebagai alat penghubung kami walau tidak kenal sama sekali seperti kak raudhah dan kak yana yang terlebih dahulu bertanya dan tepat mengenai sasarannya jebakan mereka hehe. Mereka lebih dahulu mengetahui rahsia saya dengan soalan cepu emas mereka. Semoga mereka dan kita semua diredhoi Allah walau ukhuwwah di alam maya. Tidak lupa juga nabilahku ;).

Adik
Alhamdulillah diumumkan kehadirannya yang kami nanti-nanti dan makcik-makcik tanya-tanya ;). InsyaAllah mudah-mudahan Allah takdirkan inilah masa yang tepat. InsyaAllah dan Alhamdulillah, Muhammad sememangnya insyaAllah akan punya teman yang bakal melebarkan, menguatkan perjuangannya insyaAllah! ;). Mohon doa makcik-makcik semoga kehadiran khalifah kecil II kami ini bakal bergandingan dengan abangnya serta anak-anak yang seangkatan dengan mereka untuk kembali menegakkan kalimah Allah seperti zaman kemuncak abasiyyah yang mana islam dijulang tinggi insyaAllah! ;)

Kami sentiasa merindukanmu wahai pejuang agama Allah! ;)

Umrah
InsyaAllah kami juga 4 beranak bersama mak masing-masing, nenek dan dan nenek saudara saya dengan izin Allah akan memulakan pengembaraan cinta hakiki, berkunjung kerumahNya dan menziarahi kekasihNya dan kekasih kita, Rasulullah SAW serta para sahabat tidak berapa lama lagi insyaAllah! Mohon doa anda semua agar perjalanan kami dipermudahkan dan dapat menjalani ibadah umrah sesempurnanya serta diterima sebagai umrah yang mabrur ;). Semoga juga kiriman doa-doa rakan-rakan yang mereka catatkan dan kiriman salam mereka kepada Baginda SAW dapat saya ingat dengan baik. Semoga Allah makbulkan doa-doa kami dan doa-doa mereka.

Muhammad latih berihram ;)
Ya Allah! Ganjarilah kami dengan umrah yang mabrur!

Semoga Allah mengganjari kalian semua atas doa-doa yang baik untuk kami. Selamat bercuti. Moga bertemu lagi insyaAllah!  

7.3.12

WW- KARAT JAHILLIYAH

Ya Allah aku mohon pertolonganMu. Jernihkan, tenangkan, buangkan segala karat-karat jahilliyah yang menyelubungi hati ini. Aku ingin bertemuMu dan RasulMu dalam keadaan hati jernih tanpa dendam, hasad dengki, iri hati, bebas dari segala sifat-sifat mazmumah yang tercela lagi hina. Ya Allah hamba mohon perkenankanlah!


Duhai Tuhanku! Masukanlah daku ke dalam pintu kebenaran, keluarkanlah daku juga daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah bagiku daripadaMu pembantu!

6.3.12

PENCINTA DUIT

Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR...
Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN...
Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN...
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN...

Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA...
Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA...
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tidak boleh beli PELAJARAN...
Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN...

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBERKATAN...
Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN...
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tetapi tidak boleh beli NYAWA...
Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN……
-Ustaz UAI-

Mereka pencinta syahid dan bukan duit! Gambar ehsan google.

5.3.12

MASIH BUDAK-BUDAK

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah Allah masih meminjamkan ayah yang kita kasihi untuk mengumpul bekalan berganda di sini menuju kampung hakiki. Sebaik tamat sesi cuti berganti untuk negeri-negeri yang terlibat sabtu lepas, ayah terus menuju ke tanah tumpahnya untuk mengambil tokwan. Nenek pula ke rumah nenek ibu untuk mengambilnya datang ke sini juga. Jadi, insyaAllah kita menerima 2 tetamu semalam. Cuma nenek ibu yang lebih kurang sebaya dengan tokwan Muhammad belum dipertemukan lagi. InsyaAllah hari ini kita akan berkumpul bersama dan hari-hari untuk kursus bersama sehingga sampai masanya. Ibu sudah tidak tahan menanggung kerinduan yang teramat sangat!

Kematangan Lelaki
Seharian ayah meninggalkan kita, bagai bertahun lamanya ditinggalkan. Benarlah kata pepatah, bila berjauhan rindu itu mula bertandang ;). Sebaik dapat melihat ayah semalam, hati ibu berdetik syukur kerana masih dikurniakan ayah untuk terus memimpin dan menunjuk arah buat ibu. Kematangan seorang lelaki bernama suami dalam memimpin isterinya yang lebih lemah fizikal apatah lagi emosi. Perempuan ini sifatnya 'bodoh' dan wanita memerlukan lelaki dalam membijakkan arah pemikiran ke arah positif. Ibu pernah terbaca di satu tulisan berkenaan wanita ini lemah akalnya ketika kedatangan bulan dan ketika mereka hamil. Di sinilah perlunya rasional seorang lelaki dalam mengawal isterinya. Namun, andai lelaki juga emosional sama seperti isterinya? Pada ibu, lelaki tersebut memang nampak sangat tidak bijak.

Peranan Suami
Pernah suatu pagi selepas subuh ibu menerima mesej daripada ayah. Bila rasa nak buat maksiat, jangan buat, bila dah buat, bersedihlah kerana kamu musuh Allah..Segera taubat dan bila dah taubat, bergembiralah kerana kamu kekasih Allah. Kelakar pun ada. Ini ayat ustaz UAI ;). Sebaik ibu menghabiskan ayat terakhir mesej tersebut, ayah menguak pintu pulang dari solat subuh berjemaah. Ibu bertanya kepada ayah tujuan SMS ayah, ayah kata tiada apa-apa sambil senyum-senyum kambing. Ayah Muhammad yang sememangnya faham gelodak perasaan isterinya. Ibu Muhammad yang sedang bersabar :). Suatu malam semasa dalam perjalanan pulang ke BAi, ayah mahu hantar ibu duduk seorang diri di sebuah pulau. Kata ayah, ibu belajar tinggi-tinggi sampai dapat degree, namun masih budak-budak. Perkara yang sepatutnya ibu tidak fikir dan layan ibu layan dan fikirkan untuk serabut kepala sahaja. Benar. Lebih baik memikirkan kematian dari melayan perasaan yang berlebihan. Contohnya Syed Qutb yang menggunakan kebijaksanaannya dengan ilham Allah untuk menghasilkan tafsir zilal bukannya meratap perasaan yang bukan ditujukan kepada Allah. Allah! Banyak sungguh perasaan yang pelbagai ibu habiskan yang langung tidak mendatangkan iman T_T. Kata ayah, ibu pun sama macam budak-budak sebab melayan perasaan juga sambil tersenyum. Kadang-kadang ayah kata ibu bukan sekadar budak-budak malah sama seperti kanak-kanak. Kematangan ayah banyak mempengaruhi segala keputusan ibu. Jadi, tindak tanduk ibu banyak dikawal dek pemikiran orang dewasa. Andai ayah juga sama bodoh seperti ibu, entah apa mahu jadi. Pasangan budak-budak sungguh! Banyak bercakap sungguh menyerlahkan lagi kebodohon diri sendiri.

Moga Allah pelihara ayah bagi membentuk ibu menjadi manusia yang lebih dewasa cara pemikirannya dengan izin Allah. Ayah sememangnya kurniaan buat kita. Banyak sungguh ayah memudahkan dan bertolak ansur dengan ibu sehari-hari ;). InsyaAllah hari ini kita akan mengambil nenek ibu untuk menemani tokwan yang keseorangan di BAi. Aduhai Muhammad tinggal beberapa hari sahaja, namun semakin dekat semakin rasa kurangnya persediaan ibu T_T. Mohon dipermudahkan Allah dalam setiap urusan kita dan semoga Allah menerimanya sebagai ibadah kita semua sebagai bekalan disana insyaAllah!

Ambil semua kebaikkan yang ada pada ayah dan bentuk diri Muhammad untuk jauh lebih baik dari ayah apatah lagi ibu wahai Muhammad ;).