29.2.12

WW- RINDU BAGINDA

Seringkali Allah hidangkan tazkirah mengenai kekasihNya semasa memandu pulang dari tempat bertugas. Hati manusia mana yang tidak tersentuh dengan keperibadian dan keunggulan akhlak dan sifat Baginda yang terpuji. Layakkah aku untuk mendapatkan syafaatmu ya Habibullah! T_T

 
Gambar ehsan google: Makam Rasulullah SAW di Raudhah.

Rasulullah SAWbersabda:
"Sesiapa yang menziarahi kuburku, wajiblah mendapat syafaatku".
(HR al-Bazzar dan ad-Daruqutni)

Ya Allah! Sampaikanlah kami untuk syafaat kekasihMu dan bimbinglah kami sehingga mampu meraih redhoMu!

26.2.12

PENANGAN INTANBERLIAN

Baru sahaja menulis berkenaan hadiah GA daripada puan noen di entry HATI GEMBIRA, tengah hari sabtu semalam, Alhamdulillah ada bungkusan rezeki lagi. Dek kerana penangan puan intanberlian di entrynya yang bertajuk memang tak kedekutlah... hihi, saya pun isi form melalui link yang diberi puan intanberlian. Saya pun tidak ingat berapa bulan yang lepas saya mengisi form tersebut, Alhamdulillah ianya tiba tepat pada masanya dengan izin Allah. Terima kasih kepada ibu alisha kerana tidak lokek menyebarkan rezeki. Semoga terus dimurahkan rezeki! ;)

Sebelum itu, entry ini sebenarnya sesuai kepada kaum wanita. Jadi seperti ibu alisha, saya pun mahu berkongsi keterujaan bersama kawan-kawan semua. Jom tengok bungkusan apakah yang saya terima ;)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Handphone cap kapal. Jadi kualiti gambar ditahap kritikal kekaburan ;).

Semasa mengisi form di link INI, saya pun isikan juga untuk emak dan seperti saya, emak pun menerima pada hari yang sama. Terkejut jugalah nenek Muhamamd dan yang penting si nenek pun suka dan insyaAllah bolehlah nanti nenek Muhammad bawa untuk travel cuti sekolah ini ;). Jom singgah dan isi form DISINI ;).

25.2.12

HATI GEMBIRA

Kesibukkan yang melanda pada minggu ini. Ditambah dengan serangan cik anon yang berjaya di speedtrapped kerana memasuki perangkap sendiri. Sepandai-pandai tupai melompat. Dalam sibuk dan serangan budak-budak minggu lepas, ada hadiah daripada Allah membuatkan saya tersenyum suka. Alhamdulillah rezeki seruan ke dapur untuk ibu Muhammad dari mamAlya untuk 1st GA blognya. Hadiah istimewa kerana semuanya adalah hasil tangan dengan penuh kasih sayang ;D.

Apron ini dirasmikan oleh Abu Muhamamd dan Ummu Muhammad baru sahaja merasmikan pagi ini ;). Model di atas pula adalah model tidak berbayar. Sukarela ;).

Bukan saya sahaja yang suka, suami pun sama tersenyum lebar sebab dia cemburu. Asyik-asyik ada sahaja bungkusan untuk saya. Saya bagi 5 bintang untuk puan noen sebab memang tersangat kemas jahitannya dan saya sangat cemburu dengan semua hasil tangannya yang pelbagai. Sekiranya anda berminat, boleh terjah di blog mamalyaboutique ;).

Hadiah puan noen ini saya terima bersama bungkusan untuk rakan setugas saya. Tahun ini adalah tahun rezeki ditempat bertugas kami bermula mei sehingga ogos. Berderetan ;). Alhamdulillah mereka antara yang semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Dengan izin Allah saya tolong rakan senior saya ini yang menanti anak pertamanya ini, membeli pam susu philips avent manual. Survey punya survey, harga yang terendah yang boleh saya dapat dipasaran semasa promosi tempoh hari adalah RM150 termasuk pos penghantaran. Sebelum ini saya ada juga tolong membelikan untuk makcik tetapi saya tidak berpeluang melihat dan merasa sendiri pam susu ini kerana bungkusan terus dialamatkan kepada makcik. Kali ini saya berpeluang melihat dan merasa sendiri. Patutlah ianya digelar the best pump! Memang best! ;)

Mak-mak buyung yang berbincang mengenai penyusuan susu ibu. Segalanya lembut pada pam susu ini. Pam susu ini saya beli disini. Tidak lupa juga saya mengingatkannya yang air susu tidak akan keluar serta merta lebih-lebih lagi kedua-dua mak buyung ini menanti kelahiran pertama supaya mereka lebih bersedia. Semoga semuanya selamat melahirkan dengan mudah.

Cerita mengenai pam susu, saya ada chat melalui email dengan junior sebelah bilik semasa zaman belajar dahulu semasa dia belajar di New Zealand tahun lepas atau dua tahun lepas jika tidak silap saya. Saya menyuruh mereka membeli pam susu medela freestyle disana kerana perbezaan harga yang ketara sebelum balik ke Malaysia. Memandangkan usia mereka 2,3 tahun lebih muda daripada saya dan masih bujang, mereka ketawa sahaja. Tidak terfikir lagi katanya. Sekarang mereka telah pun berada di Malaysia. Bakal guru-guru bahasa inggeris tetapi perwatakan bagai ustazah pilihan ;). Wah sungguh merindukan kamu-kamu!!!

Ini sahaja cerita gembira saya pada minggu ini. Terima kasih kepada puan noen kerana hadiah yang menurut puan lambat untuk dipos, sebenarnya dipos tepat pada masanya buat saya. Dalam kalut-kalut kesibukan dan serangan peribadi cik anon yang dikenali, hadiah tersebut buat saya tersenyum. Semoga Allah membalas segala kebaikkan puan noen sekeluarga ;). Begitu juga dengan pam susu. Saya bahagia dapat membantu rakan saya membelinya. Semangat breastfeeding! Saya juga teruja dengan kelahiran anak sulongnya ;).

18.2.12

1st GIVEAWAY BY HAYAT ACAI BERRY TERBAEKK!

Kali ini BAi support GA ummi mawar pula! ;)


Klik gambar untuk turut serta!

Alhamdulillah benarlah janji Allah, sesungguhnya 9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan dan ummi mawar sekeluarga telah dikurniakan rezeki melalui perniagaan. Semoga Allah memberkati usahanya untuk mengembalikan kesihatan mukmin keseluruhannya supaya menjadi mukmin yang dicintai Allah dan Rasul insyaAllah!

Kami sebenarnya masih belum mencuba produk Hayat Acai Berry. Melalui pembacaan di blog ummi mawar dan testimoni pengguna, produk ini ternyata berkesan dengan izin Allah. Mungkin asbab Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik, jadi potensi kami untuk mencuba produk masih belum ada. Namun saya difahamkan ianya produk kesihatan dan ianya umpama pembekal tenaga seharian insyaAllah!

Jadi, kesimpulannya, mudah-mudahan ada rezeki kami mahu untuk menambah testimoni tentang keberkesanan produk Hayat Acai Berry ini hehehe ;D.

15.2.12

IntaNBerliaN's First Giveaway

Bayt Al-Iman support ibu alisha! ;)
Klik gambar untuk turut serta!

Fuh! GA ibu alisha sebenarnya GA yang ringkas tetapi sungguh padat dengan kemurahan hati sponsor-sponsor yang begitu ramai. Jadi, ibu Muhammad baru selesai follow blog-blog sponsor dan membuat satu lagi link khas untuk sponsor kerana syarat-syarat penganjur. Fanpage, facebook tidak termasuk kerana hanya Bayt Al-Iman blog rasmi yang kami ada. Dengan kebenaran ibu alisha, jadi ibu Muhammad boleh join juga GAnya yang pertama ini walau tanpa perlu like fanpage dan facebook sponsor. Sekian untuk makluman untuk penganjur dan penaja hehe ;).

Link sponsor

Jomlah pakat sertai ramai-ramai! ;)

28th Birthday Giveaway


Klik gambar manis pasangan ini untuk turut serta! :)

Seisi Bayt Al-Iman mendoakan

SAIDA MARLINA BT MOHD MOHTAR (09.02.1984)
&
MOHD FIKRY BIN MOHAMED (15.02.1984)

dipanjangkan usia dalam ketaatan
diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat
dilimpahkan rezeki yang halal lagi berkat
dikurniakan anak-anak penyejuk mata
dianugerahkan segala nikmat berpanjangan dunia lebih-lebih lagi akhirat
Semoga sentiasa diredhoi Allah dan Ar-Rasul!

Selamat ulangtahun yang ke-28 buat pasangan syurga ini ;).

14.2.12

INSYIRAH LUKA RINGAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Pagi tadi hujan renyai-renyai ketika ibu keluar dari BAi sekitar jam 640 pagi semalam. Singgah dirumah ummi dan abah Muhammad untuk menghantar Muhammad sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa. Hujan mula turun dengan lebat dijalan kampung berdekatan. Ibu teringatkan ayah yang menunggang muradnya ke tempat kerja. Ibu segera mencari bahu jalan yang lapang untuk memberhentikan insyirah sebelum menelefon  ayah mengajak untuk keluar sekalian dan ibu akan menghantarnya dahulu. Ayah berkeras untuk pergi sendiri seperti biasa.

Ibu memandu dengan kelajuan 30km/j kerana hujan semakin lebat disamping urat kaki ibu yang agak ketegangan. Sampai di simpang empat jalan berhadapan kawasan perumahan yang tidak memerlukan ibu berhenti, ibu dengan yakinnya melintas simpang empat berkenaan tanpa perasan ada sebuah motor dari arah simpang sebelah kanan. Apek yang lengkap dengan perkakasan untuk menyembur racun mungkin dikebunnya. Terkejut dengan lintasan apek tadi, ibu segera menekan brek tetapi apek tadi tetap ibu langgar.

Alhamdulillah takdir ibu pagi tadi masih baik kerana ibu memandu dengan halaju 30km/j. Apek tadi juga sama brek dan berhenti mengukuhkan 2 kakinya. Jadi, apek tersebut tidak jatuh dari motornya. Dalam keadaan hujan dan suasana pagi yang masih gelap, ibu segera melepasi simpang empat berkenaan dan berhenti ditepi jalan. Apek berkenaan juga mengekori ibu dari belakang. Apa yang ibu bersyukur, dalam kekalutan itu Allah gerakkan kaki ibu menekan brek, andai menekan minyak? Minta dijauhkan.

Ibu bertanya kenapa apek melintas sedangkan jalannya memerlukannya berhenti dan ibu sendiri memang tidak perasaan langsung kelibatnya. Apek tersebut dengan senyum-senyum dan ibu sendiri tidak tahu dia faham atau tidak bahasa melayu. Penghabisannya, ibu juga tidak mahu memanjangkan cerita, kami sama-sama beredar memandangkan hujan yang semakin lebat. Mujur motor dan apek berkenaan tiada apa-apa. Ibu hanya sempat melihat kecederaan insyirah semasa berhenti membeli makanan dalam keadaan hujan lebat. Luka ringan. Calar-calar dan nombor di plat pecah dan tertanggal. Pagi tadi pula ketika menghidupkan enjin, suara insyirah sedikit keras. Mungkin renggangan bahagian hadapan.

Pelanggaran yang tidak kuat juga mengakibatkan calar dan beberapa bahagian insyirah kemek. Bedak merah yang biasa menghiasi pipi insyirah ketika hari hujan :).

Sebenarnya ibu boleh sahaja meminta ganti rugi kerana apek tersebut yang patut memberhentikan motornya. Bak kata ayah cuba mereka yang berada ditempat kita, pasti dimintanya ganti rugi. Nenek pula berkata jangan mengharap orang yang menjaga kita walaupun kita berada ditempat yang betul. Kesimpulannya, sama ada kita pelaku kesalahan ataupun tidak, keduanya berpotensi. Tawakkal sahajalah kepada kepada Allah.

Petang semalam juga ibu ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan selepas itu Allah izinkan kita ziarah tahfiz medik untuk diognis sifat dan karektor Muhammad serta cara berkesan dalam mendidik berpandukan sifat dan karektor. Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi sepatutnya Muhammad sudah di diognis tetapi baru semalam Allah izinkan semua berlaku. Menarik untuk ibu abadikan di blog kita ini supaya suatu masa Muhammad boleh membacanya apabila dewasa insyaAllah. InsyaAllah di tulisan ibu yang seterusnya dengan izin Allah.

Setakat hari ini, kenderaan kita berkaki empat hanya ada sebuah. Memang mempunyai 2 kereta menjadi keperluan ibu ayah yang bekerja pada hari ini namun untuk kes kita, masih belum terdesak untuk menambah bebanan pembelajaan kereta kedua kerana ibu dan ayah masih boleh mengurus dengan apa yang ada setakat hari ini pasti dengan izin Allah. Pernah juga ibu dan ayah berbincang untuk kereta kedua yang lebih luas mengenangkan insyirah kita pernah masuk hospital sebulan lamanya dan kasihan untuk menyusahkan orang lain. Namun, ibu dan ayah tangguhkan lagi kerana mendahulukan yang lebih perlu dari menambah kenderaan buat masa sekarang. InsyaAllah ada dua perkara besar yang sedang kita nanti-nantikan insyaAllah dengan izin Allah ;).

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menulis disini dan bertemu rakan-rakan maya ;). Asbab doa menaiki kenderaan yang ibu tidak pernah terlupa insyaAllah Allah masih sayang pada ibu. Ketika kejadian tersebut juga, ibu sedang membaca surah An-nas iaitu sebahagian zikir pagi al-mathurat. Tazkirah subuh daripada Allah, betapa kita setiap saat sentiasa diekori oleh kematian. Tanah sentiasa menyeru kita. Mengenangkan semula usia yang entah habis sia-sia, gerun dan takut andai segala amalan kita tidak diterima sebagai ibadah. Wal iyya dzubillah! Ya Allah, mudahkanlah kami dengan berkat insyirah kecil kami.

7.2.12

KASIHANILAH LELAKI

Jalan ke syurga adalah sesuatu yang sukar. Keterikatan antara lelaki dan perempuan, mempunyai daya tarikan bukan sahaja di dunia malah lebih lagi di akhirat. Jom muhasabah diri dengan artikel di bawah yang saya salin terus dari blog UAI.

4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam.

Bukan mudah menjadi lelaki yang tidak dayus.