Keinginan yang terbang melayang-layang untuk membelek-belek si laptop hitam manisku, samra'. Tuntutan kerja yang semakin ringan. Fail-fail sudah diberesi. Hanya tinggal mengemas kini status buku-buku di kampung bukuku. 5000 ribu buah buku yang terbengkalai bukan 50 buah. Apapun buat dengan bertenang, mohon jauh dari tekanan disebabkan manusia.
Hari ini teringin mahu berkongsi tentang satu sunnah yang insyaAllah kami telah praktikkan kepada Muhammad semenjak Muhammad mula makan. Kami sendiri tidak mengamalkan sunnah ini sebelum ini dan ianya datang dengan izin Allah asbab naqibah saya yang sehabis baik berkongsi tips-tips menjaga kesihatan supaya menjadi mukmin yang dicintai Allah dan Rasul. Alhamdulillah Allah kurniakan kefahaman disebalik sunnah yang semakin disisihkan.
Pilihan kami. Ehsan gambar google.
Sunnah yang seterusnya yang kami praktikkan kepada Muhammad insyaAllah kami mohon Allah istiqomahkan, adalah sunnah merasa sedikit garam sebelum makan. Kami juga membekalkan sebekas kecik garam bukit/gunung halalgel yang kami yakini untuk Muhammad dirumah pengasuhnya. Saya meminta pengasuhnya untuk memberinya rasa garam tersebut sebelum makan. Alhamdulillah, sekiranya dulu, Muhammad akan menutup rapat bibirnya sambil membuat aksi muka yang menahan masin tetapi kini, Muhammad secara aotomatiknya akan mengelurkan lidahnya sebagai tanda bersedia untuk merasa garam sebelum makan.
Hasil bacaan saya mendapati, secara saintifiknya, kajian mendapati kedua belah tangan kita menghasilkan 3 macam enzin tetapi kurang konsentrasi disebelah tangan kanan kerana enzim yang berada ditangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Selain itu, tabiat ini menjadi asbab menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam dan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pernah saya terlepa sebentar dengan sunnah ini, Allah datangkan peringatanNya ketika saya memandu pulang dari tempat bertugas. Ketika sedang menikmati juadah kuliah tengah hari di radio IKIM.fm, telinga saya tertangkap tentang kajian saintifik yang mendapati mengamalkan merasa sedikt garam dengan menggunakan jari kanan sebelum makan dapat menjegah pelbagai penyakit kronik. Lintasan penyakit-penyakit kronik tersebut tidak pula saya dapat rakam dihati dengan kemas. Walaupun tidak dapat menangkap satu-persatu penyakit tersebut, namun tazkirah pendek tentang sunnah merasa garam sebelum makan cukup berbekas dahti saya sehingga kini. Ada beberapa hadis yang saya dapat hasil google dibeberapa laman sesawang dengan izin Allah.
Dari Abdullah Bin Umar: "Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam".
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam".
Hadis riwayat Al – Bazzar: Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata, "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."
Saya kaitkan lagi tentang perkongsian naqibah sebelum ini tentang garam. Menurut kuliah tentang pemakanan yang dihadirinya, garam perlulah diletakkan diakhir sesi masak setelah api ditutup. Ini kerana sifat garam yang menyerap zat-zat makanan yang dimasak. Seperkara lagi, apabila mengacau air atau makanan, perlulah dikacau mengikut arah LAWAN jam. Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Kenapa?
Berkaitan perihal garam lagi, antara petua yang diamalkan kami hasil tunjuk ajar naqibah saya melalui doktor yang mengkaji khasiat pelbagai sunnah Rasulullah SAW lagi dengan izin Allah pasti, garam antara ubat yang mampu menghilangkan kahak dan mengurangkan sakit tekak. Muhammad sendiri saya perhatikan yang kini sedang batuk-batuk kecil dan ada kahak tersekat ditekaknya disamping selsema kecil, seringkali mencapai bekas kecil berisi garam yang diletakkan diatas meja makan kami minta untuk dibuka penutupnya. Pada mulanya saya tidak pasti apa kemahuannya dengan garam tersebut. InsyaAllah mungkin nalurinya yang mahukan ubat sakit tekaknya. InsyaAllah cara memberinya adalah 5 kali sehari mengikut waktu solat.
Rupa-rupanya terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebalik garam yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang semakin kita sebagai orang Islam sisihkan. Hanya ini yang mampu yang diingati oleh saya ketika ini. Sesiapa yang punya informasi menarik berkaitan garam, dipersilakan untuk berkongsi disini insyaAllah! Jom sama-sama memartabatkan sunnah Rasulullah SAW insyaAllah!