31.12.11

TERAKHIR 2011

Alhamdulillah tahun baru hijrah telah lama berlalu. Kini giliran tahun baru masihi. Tahun 2011 adalah tahun paling mencabar buat saya sebagai blogger. Terima kasih tidak terhingga kepada semua cik anon atas teguran demi teguran walau hakikatnya agak pedih untuk menerimanya pada peringkat awal. Saya dihentam hebat tahun 2011 ;). Alhamdulillah masih ada yang mengambil berat. Namun saya percaya, cik anon-cik anon ini sebenarnya kemungkinan besar orang yang mengenali saya dan mungkin hampir dengan saya. Gerakan hati saya berkata begitu ;). InsyaAllah Allah mengirimkan anda untuk saya bermuhasabah iman dan koreksi diri insyaAllah. Terima kasih kepada adik kesayangan saya yang menulis email kepada saya dengan panjang lebarnya berkenaan cik anon. Terima kasih kepada geng-geng blogger yang sentiasa bersama dengan semangat anda yang sentiasa energitik dalam berkongsi ilmu. Sesungguhnya saya sangat termotivasi dengan anda!  Mudah-mudahan Allah kukuhkan ukhuwwah kita walau di alam maya ;).


Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan jadual perancangan kami sekeluarga pada tahun 2012. InsyaAllah dengan izin Allah, banyak sejarah yang bakal tercoret dalam diari Bayt Al-Iman. Mohon didoakan semuanya berjalan lancar dan selamat. Biarlah berjuta manusia tidak suka, hanya cintaMu yang kami dambarkan. Sampaikan kami ya Allah! 

30.12.11

DISKRIMINASI

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:
- Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
- Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
- Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

kredit: wikipedia

Diskriminasi adalah kecenderungan untuk melebihkan apa yang kita sukai dan menafikan hak apa yang kita tidak sukai. Ingat doa orang teraniaya insyaAllah makbul! Kredit gambar disini.

23.12.11

EPISOD 4: SUNNAH BERNIAGA

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Sejajar dengan pembukaan imaNiaga iaitu kedai online kita, ibu terasa ingin mencoretkan sesuatu berkenaan sunnah perniagaan iaitu merupakan salah satu pekerjaan junjungan mulia kekasih kita Rasulullah SAW. Ayah dan ibu ditakdirkan menikah semasa zaman belajar yang mana ayah hanya ada separuh dari gajinya manakala ibu hanya ada elaun bulanan. Alhamdulillah dengan separuh imbuhan ayah dan elaun ibu, kami mampu bertemu dipenghujung minggu di pondok iman yang hanya RM75 setiap bulan kerana ayah belajar di Kuala Lumpur manakala ibu di Johor. Bil air dan elektrik pula hanya RM7 setiap bulan. Bil telefon pula hanya RM5 setiap orang kerana kami memakai plan 1+5 celcom ketika itu. Nenek sebagai kepala yang perlu membayar lebih.  Alhamdulillah dengan nilaian bulanan itu juga kami mampu membayar insyirah, kuda tunggangan kita sehingga kini yang sememangnya banyak jasanya.

Alhamdulillah setiap bulan yang dicukupkan dan dimudahkan Allah. Masalah timbul apabila menjelang cuti dan kami mahu pulang ke kampung halaman ayah. Ketika insyirah belum ada, ibu dan ayah hanya menaiki bas dan apa yang kami lakukan untuk mencari duit poket tambahan selain ibu mengambil upah menjahit telekong, ibu dan ayah juga berniaga. Ya berniaga! Apakah yang kami niagakan? Disebabkan modal yang ada sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan, ibu dan ayah berniaga aiskrim Malaysia, aiskrim yang diisi di dalam plastik panjang dan dihantar ke sebuah kantin sekolah tempat nenek berniaga setiap hujung minggu dan waktu-waktu cuti. Keluarga sebelah ibu merupakan anak pedagang. Nenek dan kedua ibu bapanya cukup pandai berniaga walaupun bukanlah ahli perniagaan tersohor. Nenek ibu, moyang Muhammad contohnya, walaupun buta huruf, tetapi matematiknya sangat cekap. Begitu juga nenek Muhammad. Walaupun ibu mengajar matematik tetapi mental calculation nenek mendahului ibu. Mungkin disebabkan ibu belajar dizaman kalkulator. Sunnah berniaga keluarga sebelah ibu ini banyak diwarisi Maklong Muhammad yang punya butiknya sendiri. Maklong Muhammad juga smart orangnya.

Semakin dewasa, ibu semakin mengerti hikmah disebalik sunnah berniaga. Betapa kita sebagai orang Islam perlu bangkit menguasai ekonomi. Menguasai ekonomi bermakna menguasai politik tanahair. Sebenarnya politik dalam sesebuah negara adalah 'dipegang' oleh orang yang berduit dengan istilah lain ahli perniagaan. Lagi contoh ketara, dunia hari ini menyaksikan kuasa ekonomi terbesar adalah rejim zionis yang mana diserata tempat ada sahaja McD, Pizza Hut, Nestle, Kotex, Levis dan pelbagai barangan lagi yang dipunyai dan dipelopori oleh mereka laknatullah sehingga ada ulama' yang menjatuhkan hukum haram untuk membeli barang-barangan mereka kerana segala hasil tersebut adalah menyumbang kepada peluru-peluru yang membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Begitulah besarnya pengaruh 'wang' di dalam dunia hari ini. Hakikatnya, wang mampu membeli segala-galanya pada perancangan jahat manusia hari ini.

Sahabat Rasulullah SAW sepeti Abu Bakar, Usman Bin Affan antara tokonh-tokoh ahli perniagaan yang mahsyur. Sejarah telah mengajar kita kisah-kisah para sahabat yang kecintaan mereka terhadap Allah dan Rasulullah SAW mengatasi cinta mereka kepada harta benda mereka. Beginilah sosok-sosok ahli perniagaan yang didahagakan oleh dunia hari ini. Ahli perniagaan yang mampu menyumbang terhadap pembangunan ummat islam. Ahli perniagaan yang hanya takutkan azab Allah. Hakikat hari ini, ummat islam ramai yang goyah aqidahnya. Menipu, rasuah semuanya menjadi mainan kehidupan. Apa yang penting matlamat melihat wang berkepuk menjadi impian sehingga lupa halam haram dan dosa pahala. Sememangnya kesedaran inilah yang perlu kita perlu sebarkan. Dunia hanyalah tempat mengumpul bekalan dan dunia kita yang hakiki hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka.

Berbalik kepada sunnah berniaga, ibu punya impian mempunyai sebuah sekolah sendiri. Mungkin sekolah tadika ataupun taska yang mana ibu sendiri yang menjadi tenaga pengajarnya. Memandangkan modal untuk melihat impian ini tercapai agak besar, ibu serahkan kepada Allah semata. Mungkin kita boleh buka cawangan sekolah tadika iman kepunyaan ikhwah/akhowat. Sebenarnya apa yang seronoknya, ibu mampu menjaga dan mendidik mujahid-mujahiddah sendiri disamping anak-anak orang lain. Di taska itu nanti semestinya mesra penyusuan susu ibu. Mungkin kita boleh bawakan ibu-ibu solehah yang boleh menyusukan. Maklum ikhwah dan akhowat memang cukup sibuk dengan dakwah dan tarbiyyah mereka.  Keluarga besar sebegini mampu menampung kelemahan dan kekurangan atas keterbatasan waktu masing-masing. Sesungguhnya kelebihan dan kekurangan itu Allah jadikan dengan sebab kasih sayang dan hikmah. Semoga Allah membalas segala penat lelah perjuangan mereka.

Ketahuilah wahai Muhammad, Rasulullah SAW merupakan insan agung yang diutuskan sebagai qudwah hasanah. Salah satu aktiviti keduniaan yang Baginda terlibat adalah di dalam bidang perniagaan. Malah Baginda SAW merupakan seorang peniaga yang baik sebelum baginda menerima wahyu lagi. Segala anjuran atau sunnah Rasulullah SAW dapat meningkatkan hubungan antara manusia dan Allah yang juga merupakan salah satu bentuk kekuatan spritual seorang insan. Jual beli adalah perdagangan dunia, sedangkan melaksanakan kewajiban syariat Islam adalah perdagangan akhirat. Keuntungan akhirat pasti lebih utama berbanding keuntungan dunia. Maka para pedagang mukmin sekali-kali tidak boleh terlalu menyibukkan diri semata-mata untuk mencari keuntungan dunia dengan meninggalkan keuntungan akhirat. Sabda Rasulullah SAW, Pedagang yang jujur serta dipercayai (tempatnya) bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, dan orang-orang yang mati Syahid pada hari kiamat. (HR. Bukhari, Hakim, Tirmidzi dan Ibnu Majjah). Semoga Allah makbulkan doa ibu untuk punya sebuah tadika sendiri suatu masa kelak insyaAllah!

Sunnah Rasulullah SAW yang paling utama adalah BERDAKWAH!

22.12.11

TERLAMBAT 15 MINIT

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan seharian kami di kampung moyang Muhammad semalam. InsyaAllah semua telah lengkap untuk kami 4 beranak. Sebenarnya kami juga menemani nenek Muhammad ke hospital pakar berdekatan untuk menziarahi kawan nenek Muhammad yang juga guru sains saya semasa di tahun 5 sekolah rendah. Kami sampai lebih kurang 3.05 petang dan kawan nenek Muhammad telah kembali di dunia hakiki pada jam 2.50 petang, kira-kira 15 minit sebelum kami sampai. Perjanjian di alam rohnya telah tertulis sejak 4 bulan di alam rahim ibunya. Kita juga akan menuju ke destinasi yang sama, cuma masanya kita tidak tahu.

Kami terlambat 15 minit sebelum arwah pergi meninggalkan dunia.
(gambar ehsan: google)


Arwah cikgu saya ini dikurniakan 2 anak lelaki yang sudah besar. Seorang di universiti tenaga nasional dan seorang lagi masih di sekolah menengah. Menitis air mata saya melihat anak bongsunya membacakan yasin di depan bilik ICU setelah ibunya pergi. Suami dan anak sulungnya di surau. Terbayangkan apabila diri sendiri berada ditempatnya. Kehilangan barang pinjaman. Saya kembali bermuhasabah. Ramainya anak lelaki mahupun anak perempuan kurniaan Allah buat satu-satu pasangan pasti punya hikmah yang besar. Sebagai contoh, arwah cikgu saya telah menjalani dialisis setelah ketiadaan buah pinggangnya selama 2,3 tahun jika saya tidak silap. Mungkin 2 orang anak lelakinya inilah sebagai pembantunya. Mungkin anak perempuan tidak sekuat kudrat yang dipunyai anak lelaki. Begitu juga jika dikurniakan anak perempuan yang ramai, pasti ada yang Allah sediakan di depan sana. Betapa sayangnya Allah pada kita. Cantiknya rancanganNya. Pentingnya sebuah keredhoan dan bersangka baik terhadap Allah.

Begitu juga perancangan Allah untuk hamba-hambaNya yang berkahwin awal mahupun lambat. Saya tertarik dengan kata-kata seorang sister apabila mengetahui saya sudah berkahwin dan mengandungkan Muhammad diusia muda untuk zaman sekarang. Allah pilih dia berkahwin awal kerana Allah Tahu yang dia mampu memikul tugasan sebagai isteri diusia awal dan kita belum berkahwin kerana Allah Tahu yang kita belum mampu memikul tanggungjawab berumahtangga. Jawapan ringkas tetapi signifikan meminjam kata-kata popular Prof. MuhdKamil. Begitu juga pasangan-pasangan yang belum diberikan zuriat. Allah Maha Tahu masa yang lebih sesuai yang mana kesediaan kita ditahap paling maksimum insyaAllah! Berdoa, berusaha dan seterusnya penyerahan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah.

Kematian itu sesungguhnya menerbitkan keinsafan. Betapa sebagai insan bernama manusia, apa sangat yang kita kejarkan hidup di dunia kerana dunia yang abadi bukan di sini. Dunia ini hanya tempat mengumpul bekalan dan perjalanan kehidupan ini adalah sebuah kembara menuju ke dunia yang hakiki di sana. Terbayang-bayang duduk di dalam perut tanah seorang diri. Betapa banyaknya dosa-dosa. Bayangkan kita berada di atas kubur di waktu malam seorang diri, betapa takutnya kita sedangkan kita masih lagi boleh kembali ke rumah pada saat itu. Apalah nasib kita di dalam sana, susah, derita, sengsara dan bermacam lagi ketakutan yang perlu ditempuhi. Kita di bawah sana sudah tidak boleh kembali lagi! Semoga kematian kita dapat dirancang sebaik mungkin supaya kita kembali dalam keadaan aqidah yang sejahtera insyaAllah! Al-Fatihah buat allayarhamah Puan Halimah Bt Abdullah!

21.12.11

WW- IMANIAGA

Bismillah. Alhamdulillah.
Jemput datang kedai kami cuci mata ;).

p/s: Belum berkesempatan BW. Hari ini sibuk menyiapkan beberapa keperluan perancangan tahun hadapan di kampung moyang Muhammad. Mohon doa dicukupkan dan dipermudahkan kami sekeluarga ;).

19.12.11

DOA ANAK HEBAT

Alhamdulillah terasa ingin mengimbau kenangan saat mengetahui Muhammad sudah berada di dalam rahim saya lebih setahun 4 bulan yang lalu. Saya sangat rajin menelaah buku-buku berkenaan perihal mengandung. Dibawah adalah doa yang sangat hebat dan cantik untuk diamal. Maknanya yang begitu mendalam membuatkan saya sering 'meremang roma' setiap kali melafazkannya selari dengan lintasan makna-maknanya yang sangat manis untuk dirakam di dalam hati ;).


.اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ / وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَلاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
.اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً / وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ
.اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا
.اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً / وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ / وَصَحِّحْ جَسَدَهُ / وَحَسِّنْ خَلْقَهُ / وَأفْصِحْ لِسَانَهُ / وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ / وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Ya Allah , 
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah , 
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .

Ya Allah , 
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
-(Abu Afiqah, Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi, M/S 23)-

Doa yang ringkas dan mudah diamal terutama ketika usai solat. Mudah-mudahan doa cantik sebegini menjadi amalan semua para ibu-ibu yang sedang hamil dan berterusan sehingga anak-anak menjenguk ke dunia. Dunia hari ini terlalu dahagakan seorang khalifah yang bakal mengembalikan undang-undang Allah. Mudahan-mudahan dengan keberkatan doa para ibu-ibu menjadikan anak-anak kita sebagai generasi yang bakal menegakkan kalimah Allah insyaAllah! Jom berdoa!

Wahai anak-anakku yang hebat lagi hensem, doakanlah ibu dan ayahmu selalu kelak ;)

17.12.11

PALING HENSEM!

Muhammad hebat! Muhammad hensem! Muhammad hafiz!

Ini adalah panggilan-panggilan yang selalu saya dan suami gunakan untuk memanggil Muhammad dan insyaAllah saya akan gunakan juga untuk memanggil anak-anak orang lain juga. Mungkin ada yang beranggapan ianya umpama memuji anak sendiri namun ianya tidak bagi saya. Ianya adalah satu bentuk doa berbisa saya sebagai ibu buat anak-anak.

Adat Kita Dan Adat Mereka
Suka saya sertakan satu artikel di blog cinta-rasul berkenaan adat kita dan adat mereka. Ustazah Aisha dan suaminya mengambil peperiksaan lisan dan bertulis al-Quran semasa belajar di syria dahulu. Dalam menanti giliran, anak-anak mereka sempat bersalaman dengan sheikh-sheikh hebat disana. Apa yang istimewanya,  cara mereka ketika bersalaman dengan anak-anak, mereka akan memanjatkan doa-doa yang hebat. Subhanallah!

Sebahagian tulisan di blog cinta-rasul.

Apakah perasaan anda sebagai ibu dan bapa apabila orang-orang hebat dan kuat beragama mendoakan dengan doa-doa yang hebat buat anak-anak kita? Sudahlah didoakan, ianya cukup melapangkan dan menyejukkan hati si ibu mahupun bapa bukan? Saya juga cukup setuju dengan perbandingan yang dibuat berkenaan adat kita disini dan adat mereka disana. Penulis juga mengesyorkan untuk selalu berjumpa dengan orang alim. Kesimpulannya, rajin-rajinlah duduk di majlis ilmu supaya kita dapat meneguk ilmu-ilmu sebegini yang tidak ada di shopping complex mahupun panggung wayang dan sebagainya.

Agama vs Akademik
Saya juga tertarik dengan perbandingan orang bijak akedemik dan orang alim beragama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI). Antara ustaz yang sangat popular mengalahkan selebriti ;). Antara ulasannya yang saya simpulkan sahaja, orang yang belajar tinggi sehingga ada phD sekalipun andai tidak punya ilmu agama, dia adalah orang yang BODOH tapi orang yang ada agama tapi tidak belajar tinggi, jangan panggil bodoh. Bayangkan anak-anak kita yang kita sendiri bukakan lorong-lorong untuk berjaya akademik dengan mengetepikan ilmu agama, mereka menyedekahkan bacaan Al-Quran dengan membuka kaset kerana tidak pandai mengaji ketika kita mati. Begitukah pengakhiran yang kita harapkan? Mungkin  anak-anak mampu memberi beribu-ribu setiap bulan tetapi apabila kita meninggal, belum masuk pun dalam perut tanah, kita sudah diazab. Nauzubillah!

PALING HENSEM!
Serring kali apabila saya memanggil Muhammad dengan panggilan Muhammad hensem, mahupun memanggil anak-anak orang lain, apa yang selalu terdetik dan melintas dihati saya adalah:

Kredit: Ibnu Muslim. Salah satu blog ilmu insyaAllah!

Walau bagaimanapun, kita hanya mampu mendoakan 'hensem' kerana menurut nota kaki di blog ibnu muslim, manusia yang PALING HENSEM adalah kekasih Allah dan kekasih kita, Rasulullah SAW. Manusia paling sempurna dan hensem adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana akhlak Nabi S.A.W adalah akhlak Al-Quran.

Akhir kalam, mulakanlah hari-hari seterusnya dengan doa-doa yang hebat buat anak-anak kita. Ubahlah persepsi yang tidak baik terhadap diri dan orang lain. Jauhi bahana hasad dengki. Mudah-mudahan dengan hati yang bersih dan tulus, maka akan lahirkan generasi-generasi al-Quran merayap. Kalau bukan kita, jangan biarkan anak-anak kita mewarisi kejahilan kita. Sesungguhnya TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGEGAR DUNIA!

15.12.11

CONTEST & GIVEAWAY IBU SIHAT ANAK RIANG

Bayt Al-Iman dijemput oleh Kakyong Ibu 3A. Dengan berbesar hati kami ikut serta! ;D

Klik banner untuk turut serta. Jom tambah ilmu keibubapaan insyaAllah! ;)

Post ini adalah penyertaan untuk Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio


Banner penaja:
Amira Studio

14.12.11

WW- SENAMAN MUKA

Artikel yang mengundang ceria pagi ini. Jom buat senaman muka! ;D

Tajuk: TELUR REBUS
Kredit gambar: google

aq ada crita ni..lawak la jugak..aq baru bkahwin stahun y lepas & duduk dgn istri aq..kami duduk berdua shj sbb belum dikurniakan anak..aq ni ad 1 kgemaran iaitu makan telur rebus..aq pun tataw knapa,sedap agaknya..

b4 kahwin,aq mmg gila tlur rebus..pagi ptg siang mlm telur rebus je..tp smenjak kahwin ni aq tpaksa bkorban iaitu meningalkan tabiat ni..lama gak aq tak pekena tlur rebus ni sbb org rumah aq masak sedap2 so aq da x kisah lagilah..

critany bgini,bulan lpas ms aq blik krja,tba2 kreta aq rosak..aq pun call bini aq katakan aq balik lambat sbb kena menapak..sbb lapar aq pun singah 1 kdai mkn tu..ad tlur rebus lah,aq pun mkn nasi dgn tlur rebus..lepas tu aq order tlur rebus lebih lg utk diratah..b4 balik aq bungkus lg 10 bj tlur rebus utk mkn sambil bjalan balik nnti..tiba je at umah aq rasa amatlah kenyang..maklumlh balas dendam sbb lama x pekena tlur rebus..b4 aq masuk rumah,istri aq tiba2 ckp dy ada 'surprise'.. dy sruh aq ttup mata dgn kain hitam y dikat kemas dblakang kpalaku & dpimpinya aq smpi ke meja mkn lalu dduk d krusi..

aq nk prgi toilet sbb perutku mula wat hal,tp malaslah nak spoilkan 'surprise' istriku ni..aq pun tahan ler...tiba2 tlefon bbunyi,istriku prgi mengangkatny..apa lagi ada chance aq pun mlepaskn kentut y dtahan sekian lama..fuuhhh lega asany... bau leh tahan...mklumler brapa bj tlur tah aq bedal td..alamak!!ada lg 1 la,aq pun angkat sbelah pungung & lpaskan 1 das lg..bunyiny PROTT!! fuh bau jgn ckp beb.. aq pun x tahan..aq kipas pki tangan kasi kurang sikit bau dy..adlah mcm bau tlur tembelang kit..

Aq rasa ad lg lah,kali ni mmg aq rasa power punyala..aq kumpul dlu kasi padu lepas tu aq bangun tongeng kit & lpaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!! fuhh lega...bgegar kit meja mkn dbuatnya..xtahan aq bau dy power gila..aq ttup hidung aq..aq rasa bau dy ada skit2 mcm bangkai la..mau mati bunga ats meja ni.. sambil tu aq sebut 'ahhhh lega'..adalah dkat 5 min baru bau bangkai tu hilang.. 

pas tu istri aq kembali & mnta maf sbb lambat,lalu dy kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' & sruh aq buka kain penutup mata aq..la,bday aq ari ni..camne leh lupa..aq buka kain penutup mata aq..mlutku trus melopong ALAMAK!!! benda prtama aq lihat..muka merah padam pak mertua aq,mak mertua aq, adk ipar aq 2 org duduk keliling meja mkn..bos aq dgn jiran sbelah umah aq pun ada..so aq pun nak cover malu,aq tnya kat pak mertua aq.. 'dah lama ke pak smpai?'..dan dy pun jawab.'dah lama..sbelum kentut prtama lagi!!!!

9.12.11

GIVEAWAY SULUNG CINTA-RASUL

Sekiranya sesiapa perasaan, saya ada meletakkan banner 3 langkah mudah didik anak hafal Al-Quran dibahagian kanan blog Bayt Al-Iman. Secara ringkasnya ebook berkenaan dihasilkan oleh keluarga huffaz, ustazah aisha dan ustaz amri dengan kerjasama syarikat mama darwish dan darwisha yang menerbitkan ebook mereka. Kesemua mereka dengan peranan masing-masing berganding bahu untuk sama-sama mengajak seberapa ramai ibu-bapa diluar sana untuk mengembalikan kekuatan ummat islam melalui penerapan didikan Al-Quran sebagai asas atau pasak utama dalam pembetukan aqidah yang mantap!

Klik gambar untuk pautan ke blog Cinta-Rasul. Jom! ;)

Cinta-Rasul merupakan medium kepada keluarga huffaz muda ini untuk dalam menyampaikan kaedah pembelajaran yang islami. Saya secara peribadi amat mencemburui kurniaan Allah kepada mereka. Pastinya mujahid-mujahid mereka Muhammad Abdul Rahman dan Muhammad Abdullah punya kredit berganda dalam meneruskan legasi generasi huffaz insyaAllah! InsyaAllah mereka antara inspirasi Bayt Al-Iman dalam menyahut cabaran melahirkan generasi Al-Quran merayap insyaAllah!

Hanya tinggal sehari sahaja GA sulung mereka dengan menawarkan hadiah berpakej jannah iaitu satu set ebook yang bernilai RM50. Jom mencari ilmu di Cinta-Rasul dan sekiranya takdir Allah memihak kepada anda, set ebook tersebut insyaAllah bakal menjadikan anak-anak kita bakal menegakkan kalimah Allah dengan izin Allah.


Kenal ALLAH pasti sayangkan AR-RASUL!

JELAJAH JEMARI ASMARA GIVEAWAY

Bayt Al-Iman sememangnya wajib support jelajah kakanda jemari asmara! ;)

Klik gambar comel mereka untuk turut serta!

Bayt Al-Iman berkenalan dengan blog jemari asmara ketika kami menganjurkan GA sulung kami iaitu Maulidur Rasul Giveaway. Alhamdulillah asbab GA sulung kami itu membawa Bayt Al-Iman berkenalan dengan blogger-blogger tegar yang baik-baik antaranya blog jemari asmara. Manis untuk dikenang ;).

Antara keistimewaan blog jemari asmara adalah pemilik sering ketengahkan isu kekeluargaan seperti didikan anak, masakan dan cuti-cuti ditempat-tempat menarik disekitar Malaysia, tidak lupa juga hobi pemilik yang gemarkan pinggan mangkuk lama. Semua isu-isu ini adalah sesuai untuk WANITA.

Sebenarnya, tulisan-tulisan pemilik tentang isu kekeluargaan menjadi tips mendatang untuk kami dimasa mendatang dalam menghadapi dan menyediakan mental untuk mendidik anak-anak sebesar yusuf dan maryam dalam keadaan ibu yang berkerjaya. Saya amat kagum dengan pemilik blog kerana banyak masanya dihabiskan untuk kerjaya namun masanya umpama melebihi 24 jam sehari kerana mampu memasak dan menulis blog dalam keadaan tuntutan kerja yang tidak menentu. Tahniah anda ibu yang serba boleh! ;)

Akhir kata, semoga jodoh kita berkekalan walau hanya di alam maya. Teruskan menulis kerana hanya WANITA yang memahami WANITA! ;) Selamat ulangtahun pertama untuk blog jemari asmara dan tidak lupa kepada anakanda teruna pemilik blog, abang yusof ;). Semoga abang yusuf membesar sebagai mukmin yang diredhoi Allah dan ahli jemari asmara dapat berkumpul bersama di syurga sana insyaAllah! Ukhuwwah fillah. Sayang kerana Allah! ;)

- ID follower: ummu muhammad
- jemari asmara terletak di dalam senarai KELUARGA SYURGA sebelah kanan blog BAi
- banner jemari asmara terletak di dalan senarai GCL sebelah kanan bawah blog BAi

2ND GIVEAWAY COMEL DARI UMMI IMAN

Bayt Al-Iman support ummi iman walaupun penyertaan agak lewat :)


Klik gambar iman yang hensem untuk turut serta! ;)

Semoga ukhuwwah berpanjangan walau di alam maya berkekalan sampai syurga insyaAllah! ;)

Bayt Al-Iman tag: mummymyza & ibu danial kesayangan ;)