30.3.11

TUTUP!

Pada 30 Mac 1432 lahirlah seorang panglima Allah
 Genap 579 tahun telahpun berlalu dan sejarahnya menjadi pedoman sehingga ke hari ini
Tidak kurang ramai yang menamakan anak mereka dengan gelarannya
Kerana kehebatannya Rasullullah SAW sebut-sebut ketika menggali parit Khandak
800 tahun lamanya sebelum kelahirannya
Sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera!

Bayangkan Rasulullah SAW telah melangkaui tamadun demi tamadun
Ketika menggambarkan keperibadian panglima Allah ini
Rasulullah SAW melangkaui zaman 4 sahabatnya
Kemudian era bani umayyah dan abasiyyah
Barulah empayar Turki Uthmaniyyah ketika sejarahnya terukir.

Panglima Allah yang dimaksudkan adalah..
..SULTAN MUHAMMAD II yang dikenali sebagai MUHAMMAD AL-FATEH!
Jom celik sejarah! Klik sini untuk sejarah lanjut.

Dengan coretan pendek mengenai tarikh bersejarah 30 Mac
Mudah-mudahan selepas ini, ibu bapa lebih sedar dan bersemangat
Menanamkan ikhtibar kisah-kisah tokoh dan sejarah Islam yang hebat
Menggantikan cerita-cerita dongeng fairy tales, dunia artis dan lain-lain
Supaya anak-anak kita lebih kenal siapa Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat
Anak-anak lebih tahu Abu Ayyub Al-Ansari dan Mus'ab
Lebih teruja dengan kisah Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh
Kerana kita hari ini lebih kenal siapa David Beckam
Kita lebih tahu setiap inci pergerakan artis-artis Hollywood, Bollywood
Dan kita kadang-kadang lupa ianya membabitkan soal aqidah!

Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi sertai kami
InsyaAllah kami akan pergi menziarahi anda secara berperingkat
Mudah-mudahan ada rezeki untuk little caliph anda!

InsyaAllah Bayt Al-Iman dengan ini menutup rasmi My Little Caliph Contest :)

p/s: Alhamdulillah tahniah kepada Kak Fisha dan zaujnya diatas kelahiran seorang mujahiddah pada ulangtahun kelahiran Sultan Muhammad Al-Fateh. Semoga kelahirannya meneruskan roh semangat perjuangan Sultan Muhammad II. Cik ummu muhammad sedang menanti nama lil mujahiddah sahabat baik kepada Tasneem mujahiddah Kak Nurul ;)

26.3.11

BILA KERJA MENIMBUN

Hujung minggu ini merupakan hujung minggu tersibuk
Lawatan pihak atasan membuatkan suasana tempat kerja bertukar rupa
Daripada tenang mejadi haru biru
Ketenangan hujung minggu yang bisa manggoncang aqidah
Ya! Ditahap aqidah!

Faham tak konsep kita dihidupkan hanya sebagai hamba dan khalifah?
Faham tak yang kita bukan bekerja untuk makhluk?
Sepatutnya sudah ada tarbiyyah lebih faham
Tidak perlu begitu bersusah payah untuk kepuasan manusia
Lihat zaman para sahabat, ada bangunan tinggi mencakar langit?
Ada kita lihat teknologi yang canggih?
Tidak bukan? Kerana apa?
Kerana Rasulullah SAW mengajar para sahabat hanya mengejar keredhaan Allah
Hanya mencari segala-segalanya yang Allah redha
Dan kita hanya perlu bekerja untuk Allah
Hanya buat termampu, jika tiada peruntukan itu dan ini
Sudahlah, buat apa yang ada sahaja

DUSH! DUSH! DUSH! (terasa panas pipi)
Kata-kata umpama panah yang merawat jahilliyah hati
Menghentikan siulan dunia yang tidak pernah sunyi
Tersentap seketika kerana tarbiyyah sepatutnya mengajar ape ertinya Islam
Ayat-ayat suami yang begitu melapangkan dada
Memberi sedikit ruang untuk bernafas dan merenung semula niat
Adakah semuanya Allah redha?
Atau penat lelah tetapi tiada apa disisi Allah.

Mesyuarat Jumaat sudah membuatkan aku termenung panjang
Sungguh bersusah payah kita hanya untuk menyambut kedatangan 'orang besar'
Tetapi andai panggilan untuk solat?
Seringkali aktiviti-aktiviti yang berlanjutan sehingga malam
Surau berdekatan sunyi, baik dari yang lelaki mahupun perempuan
Sayu rasa melihatkan realiti sebenar pendidik
Bagaimana bisa emak ketam mengajar anaknya berjalan tegak?

Jika hari ini anak-anak kita rosak akhlaknya
Jika hari ini anak-anak kita menderhaka
Jika hari ini kita dikurniakan cucu-cucu tidak berbapa
Adakah salah mereka semata?
Kita adalah penyumbang utama kerosakan generasi muda!

Ya Allah!
Letakkanlah dunia hanya digenggamanku dan akhirat tertanam kuat dihatiku...

23.3.11

MANHAJ KITA: KUYAKIN PASTI

*Puisi berat: memerlukan fikrah yang sama untuk memahaminya...

Kini aku semakin pasti dengan jalan ini
Tempoh suatu masa dahulu cukup mengajar
'Uzlahku suatu masa dahulu sudah terjawab
Allah memberiku jawapan yang jelas
Inilah manhaj(sistem) kita pasti!

Kuajak diri untuk merenung sistem ini
Manhaj yang telah terbentuk sejak tahun 1928
4 tahun selepas sistem kekhalifahan musnah angkara tangan yahudi dan nasara!
Tahun 1924 menyaksikan ummat Islam begitu tenat
Terpaksa terima Barat sebagai Ustaziatul Alam kini!

Bukan sedikit pengorbanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Apabila dakwah menggila lebih dahsyat dari ombak tsunami Jepun
Jangankan darah, nyawa sekali sanggup digadai
Demi menegakkan Islam membentuk semula aqidah
Kekuatan Ikhwanl Muslim di Gaza bukti nyata.

Hassan Al-Banna tokoh pejuang Islam digeruni pernah berkata:
Di atas dasar sistem Al-Quran ini tertegaklah sebuah negara Islam
Ianya sebuah negara Islam yang benar-benar dengan Al-Quran
Melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi
Dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Syakib Arsalan, seorang ulama dan da'ie Islam agung pernah berkata:
Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, kita perlu mentarbiyyah individu!
Mereka perlu membersihkan diri dari segala unsur jahiliyyah
Mereka menjadikan Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan agung
Dan mereka memandang Al-Quran bukan sekadar menambah pengetahuan tetapi sebagai perintah!

Setelah 583 tahun sistem Al-Quran yang diasaskan oleh Ikhwanul Muslimin
Subhanallah! Ianya semakin meluas di benua Asia khususnya Malaysia, Indonesia
Ikhwah dan akhowat kita tidak pernah menyerah kalah!
Mengajak fokusnya individu muslim bersama-sama berada dalam sistem ini
Bersama menjadi batu-bata mencapai makam Ustaziatul 'Alam!

WAJIB melalui kesemua tangga untuk capai makam tertinggi!
Berkata lagi As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:
Umat hari ini tidak mungkin dapat diperbaiki, melainkan dengan cara umat terdahulu diperbaiki
Kesimpulannya, 7 maratib amal kebanggitan Islam bermula dengan pembinaan 
(1) Fardh Muslim- membaiki diri luar dan dalam dengan USRAH
(2) Baitul Muslim- dikuatkan oleh individu (lelaki dan perempuan/suami isteri) yang FAHAM untuk tarbiyyah anak-anak Muslim di dalam rumah dan anak-anak ini akan mengembangkan di luar rumah
(3) Mujtama'/Masyarakat Muslim- persaudaraan antara Baitul Muslim asas kepada keluarga Muslim yang lebih besar
(4) Kerajaan Islam- apabila keluarga Muslim yang besar semakin kuat, maka wujudlah kerajaan Islam
(5) Daulah Islam- Negara Islam yang berdaulat menggantikan perlembagaan karut ciptaan manusia
(6) Empayar Islam- Islam berkembang di bawah naungan khalifah Islam
(7) Ustaziatul Alam- Tangga tertinggi sehingga Islam menjadi pimpinan dan guru kepada dunia!

Perjalanan untuk ke Ustaziatul Alam ini telah tersedia sejak 1928
Setiap individu perlu renung dan bersama menyokong membina satu sistem Islam
Buat sahaja tugas dan kerja sebagai hamba (51:56) dan khalifah (2:30) semampunya
Kerana Allah tidak memandang hasilnya tetapi Dia memandang usaha kita
Inilah manhaj taygyir yang diwarisi secara mutawatir dan tidak ada ruang ijtihad untuk meninggalkannya, melupakannya atau mengubahnya!

Sejarah membuktikan yang Rasulullah memang mengajar kita mendaki kesemua tangga untuk mencapai makam Ustaziatul 'Alam.

Muslim itu tidak selamanya rahib!
Tidak cukup hanya menjaga diri sendiri dan membiarkan jahiliyyah berleluasa
Kerana membiarkan bererti menentang maksud dakwah apatah lagi syahadah kepada Allah
Hanya iman yang benar menolak kuat untuk beramar makruf nahi mungkar
Maka WAJIBlah kita keluar daripada kerahiban baik di rumah atau di masjid untuk menegakkan perintah Allah di setiap lapangan kehidupan.

Terima kasih Allah! Terima kasih kesemua mak-mak usrahku!
Allah pertemukan kita untuk sama-sama mendokong sistem ini
Manhaj Islam yang satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna
Buang sifat kerahiban,bukan sekadar beriman dihati tetapi bisu dan cacat terhadap kemungkaran
Tetapi sama-sama bersusah payah menanggung bebanan untuk berjihad menegakkannya!

Dan kini aku semakin yakin dan pasti dengan jalan ini
Kupohon doa saudara-saudaraku yang semakin menggila dakwahnya
Agar diri dan baitul muslimku sama-sama membentuk batu-bata
Sama-sama mengukuhkan tapak untuk puncak Ustaziatul Alam
Semoga kita semua tidak akan pernah penat, kecewa dan kalah terhadap perancangan jahat manusia dan syaitan!

Sedikit masa lagi: ummu Muhammad


kredit: Thoriq Ahmad, Ini Sejarah Kita.

20.3.11

PLANET MEMANG ADA 11

(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai bapaku! Sesungguhnya daku melihat (bermimpi) sebelas bintang, matahari dan bulan; daku melihat semuanya bersujud kepadaku."
(Surah Yusof, 12:4)

Saya bukan ahli sains yang boleh berbicara dengan istilah-istilah sains
Tetapi saya punya tanggungjawab belajar dan sampai walau sepatah.
Penemuan planet baru di alam semesta bukanlah suatu yang baru
Dahulu kita diajar bahawa planet di sistem suria mempunyai 9 planet
Tetapi kajian-kajian seterusnya mendapati memang ada sebelas bintang!
Kesatuan Astronomi Antrabangsa semahu-mahunya menidakkan kebenaran firman Allah
Terkini mereka telah bersidang untuk menggugurkan pluto sebagai planet
Semata-mata mahu menafikan Al-Quran yang canggih mendahului mereka!
Artikel penuh disini dan sini untuk kajian lanjut.


p/s: berubah lagilah buku teks sekolah...
kredit: mak usrahku

16.3.11

MENANG BOOKMARK!

Alhamdulillah rezeki 15 Mac 2011
Terima kasih kepada penganjur, SEPATAH KATA
Semoga terus dimurahkan rezeki, dapat anjur GA lagi ;)

14.3.11

ALLAH MAHA KUASA

Secanggih manapun teknologi, canggih lagi Tuan empunya teknologi...

Imej-imej Satelit Sebelum dan Selepas Tsunami Jepun
"Imej-imej satelit yang menunjukkan perubahan yang amat besar sebelum dan selepas tsunami yang melanda Jepun. Mengikut laporan berita TV3 sebentar tadi gegaran itu sebenarnya 9.0 pada skala Richter, laporan awal menyebut 8.9. Dianggarkan juga melebihi 10 000 orang yang mati.



Japan

Japan



Japan

Japan
Sesungguhnya kuasa yang Maha Esa melebihi segala-galanya....
sumber: tranungkite

KEMBARA MALAM

Alhamdulillah malam tadi dengan taufik dan hidayahNya
Allah masih kurniakan nikmat terbesar, iman dan islam
Masih dikurniakan kekuatan untuk mengembara ilmu
Menumpang sejuk di bawah sayap malaikat
Setelah seharian hanya dikelilingi dunia belaka!

Kami bertolak secara konvoi bersama keluarga mak usrahku selepas maghrib
Singgah untuk isyak sebelum sampai ke destinasi ilmu.

Alhamdulillah doa ibu supaya majlis ilmu sentiasa bersama Muhammad!

Walaupun Muhammad juga sibuk memberi ceramah kepada Kak Sarah dan Kak Amna di bawah meja.

Juga sibuk mendengar ceramah atok dihadapan (main cak-cak bawah meja).

Doa ibu semoga Muhammad membesar sebagai golongan duad insyaAllah!

Alhamdulillah selamat sampai di Bayt Al-Iman lebih kurang 12 tengah malam.

p/s: insyaAllah sikit masa lagi.. ;)

12.3.11

BAB 1: SEJARAH SUATU SUNNATULLAH

Ini adalah kesinambungan BEDAH BUKU tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Al-Hafiz!

Apakah yang dimaksudkan dengan Sunnatullah? Sunnatullah adalah suatu ketetapan Allah contohnya matahari terbit sebelah timur dan tenggelam sebelah barat, bumi berputar di atas orbitnya, takat didih air 100 darjah celcius dan sebagainya. Semuanya tetap dan tidak berubah dari dahulu sehingga kini. Baik dalam mentadbir urusan keduniaan mahupun menegakkan Islam, Allah menyediakan segala kemudahan yang berupa ketetapan atau ketentuan kaedah yang kita kenal sebagai sunnatullah.

Bukan manusia yang menentukan sunnatullah! Apabila seseorang saintis mengkaji sesuatu perkara dan berjaya maka mendabik dada, hasil kajian itu adalah terbaru dan miliknya. Sebenarnya, perkembangan ilmu manusia mempelajari dan menggunakan ketetapan Allah dengan aqal yang diberikan hanya memerhatikan, berfikir dan memberikan wajah baru terhadap sunnatullah dengan pelbagai istilah tidak kira teori, hipotesis atau apa sahaja untuk memahami undang-undang Allah.

Orang-orang atheis mengatakan fenomena alam ini adalah semulajadi tetapi orang beriman berkata, memang semuanya semulajadi tetapi semuanya di bawah undang-undang Allah! Kita yang mengaku mengtauhidkan Allah hanya tidak akan mengiyakan teori Darwin yang memperbodohkan umat manusia dengan penciptaan awal manusia!

Sejarah Sebahagian daripada Sunnatullah
(kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu" (Al-Fath:23)

Sejarah bukanlah suatu kebetulan kerana sememangnya setiap peristiwa yang tercatat adalah menurut sunnah Allah SWT. Tiada apa yang berlaku dari sekecil-kecil atom mahupun berubahnya siang dan malam, putaran kehidupan atau cara manusia membiak, ekosistem dan pelbagai lagi melainkan di bawah tadbir Allah SWT. Contohnya seorang doktor pasti merujuk sejarah keturunan kesihatan seseorang pesakit sebelum berani mengambil kesimpulan terhadap sakit dan rawatan pesakitnya.

Sayyid Qutb berkata bahawa sejarah bukanlah peristiwa-peristiwa melainkan tafsiran peristiwa-peristiwa dan pengertian mengenai hubungan-hubungan nyata dan tidak nyata yang terjalin seluruh bagian serta memberikan dinamika dalam waktu dan tempat. Ringkasnya, apabila manusia mengkaji dan memahami asal usul dirinya , asal usul keIslamannya ataupun asal-usul kebudayaan bangsanya, faktor-faktor pertumbuhan dan fasa perkembangannya, barulah akhirnya dia mampu mengahayati hakikat dirinya kini kerana dia memahami hubungkait antara pengalaman lalu dan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk masa hadapan.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusof: 111)

Ramai orang berkata, sesiapa yang menguasai masa lepas, dia akan menguasai masa hadapan. Al-Quran mengajarkan kita pelajaran-pelajaran penting daripada generasi lepas kerana disitu ada hikmah, kehendak dan kemahuan Allah yang telah dirangkum di dalam sunnah syar'iyah dan kauniyahNya.

Sejarah kebangkitan dan kemenangan Islam juga tidak lari daripada suatu taqdir yang telah ditentukan Allah akan sesiapa dan bagaimana ia terjadi. Ia tidak pernah lari dari apa yang Allah kehendaki kerana DIA yang berkehendak sebegitu. Sunnah Allah itu tidak akan berubah. Sunnatulallah akan berlangsungan tanpa henti dan Allah menggilirkan kekuasaan di atas bumi berdasarkan sunnahNya.

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Hamam beserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu. (Al-Qasha: 5-6)

Sunnah-sunnah Allah memiliki hubungan yang sangat erat dengan akibat-akibat yang dilakukan oleh manusia yang taat pada perintahNya atau mengaplikasikan pengalaman-pengalaman generasi lepas yang berpegang teguh kepada perintah Allah adalah suatu kewajipan. Bagaimana mereka berjalan dengan fasa-fasa yang alami untuk menegakkan Islam adalah suatu sunnatullah baik ketika permulaan dakwah di Mekah, bernegara di Madinah dan seterusnya memimpin umat manusia. Tidaklah ia berlaku secara kebetulan melainkan ianya merupakan suatu sunnatullah!


*Sejarah itu akan sentiasa berulang dan berulang. InsyaAllah kemenangan Islam itu pasti!


kredit: Ini Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad, AIMS (Alumni of International Muslim Students)

RANCANG JANTINA ANAK

Dulu sebelum Allah takdirkan Muhammad berada dirahim saya, moyang saya pernah memberi petua untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Saya sendiri pun rajin buat kajian serba sedikit. Alhamdulillah kebanyakkan petua yang saya jumpa ada kebenaranya tetapi kita perlu ingat ia bukan kebetulan, sememangnya telah ditentukan oleh Allah, sebaik-baik Perancang. Pengangan akidah terhadap Allah amat penting dalam kita berbicara apa-apa sekali pun. Kita perlu belajar bercakap atau menulis tanpa melupakan akidah kita terhadap Allah.


Ketika blog walking (BW), mata saya menangkap perkataan 'Merancang Jantina Anak' di blog ini.Uniknya petua yang saya jumpa kali ini juga bertepatan pada kelahiran Muhammad. Mengikut penjelasan jadual di atas, jadual di atas diambil oleh ilmuan dari makam kerajaan dekat Beijing, RRC. Naskah asli terkubur selama 700 tahun dan kini disimpan oleh Institut Pengetahuan Beijing. Ingat ini hanya petua dan tauhid kita hanya kepada Allah!

Sebagai contoh: Muhammad dikesan dirahim saya pada bulan November diusia saya 23 tahun, bulan terakhir ditahun terakhir sebelum tamat pengajian (pihak kampus tidak membenarkan pelajar mengandung ketika dalam pengajian). Jadi, jantina yang tertera pada jadual adalah L, maksudnya lelaki. Anda pula bagaimana?

9.3.11

KASIH KASTURI AYAH



Ini semua hasil penangan kuih kasturi frozen!
Mak kepada sahabat sekolah rendah yang empunya perniagaan kuih frozen
Makku yang mula membelinya dan sedap rasanya
Tengok-tengok dapur ayah Muhammad berasap lagi
Ada sahaja usaha cuba jayanya.

Inilah rupe kasturinya yang pelbagai rupa, bentuk dan warna.

Yang ini pula untuk dimakan kali kedua. Difrozen.

Zoom dari dekat kasturi siap untuk difrozen.


Walaupun tak secantik kasturi ini tetapi begitu tinggi nilai kasih kasturi ayah Muhammad ;)
*sumber gambar: google

p/s: Muhammad anak bulan terang Ramadhan. Jadi, saya masih ber'hutang' dengan Allah..tunggu masa untuk merasa kasih kasturi ayah Muhammad insyaAllah sebentar sahaja lagi.. ;)

8.3.11

PANDUAN MAKANAN BAYI

Muka hadapan buku kecil.
Kulit belakang.
MENIPU BAYI
Helah Label dan Taktik Perdagangan Pengeluar Makanan Bayi
Adakah bayi anda diberikan makanan komersial dalam paket atau balang? Awas! Siasatan CAP menunjukkan makanan bayi komersial adalah:
* makanan bergula yang berisiko menjejaskan kesihatan
* makanan remeh yang diproses berkali-kali dan dicairkan
* air yang dipekatkan
* 'diperkuat' dengan bahan kimia, kapur dan serpihan besi!
* tidak berkhasiat dan
* tidak bernilai untuk wang anda
CAP memeriksa senarai bahan ramuan di dalam makanan bayi, mendedahkan helah pemasaran industri makanan bayi dan membimbing anda agar tidak terpedaya dengan helah label mereka.

Dakwaan Mengelirukan
* Dengan membaca label, anda mungkin menyangka bayi anda akan memperolehi makanan yang terbaik untuknya. Selain menjadikan seorang ibu merasa makanan yang dimasak sendiri masih belum lengkap untuk bayinya, dakwaan pengeluar juga kadangkala mengelirukan.
* Benarkah bijirin 'tidak bergaram' lebih baik daripada bijirin yang 'diperkaya dengan vitamin'? Adakah bayi lebih baik diberikan jus buah dengan 'kemanisan asli' berbanding jus yang 'tidak dicampurkan gula'? Mengikut  satu tindakan yang dijalankan oleh penyelidik Britain pada tahun 1995, 83% produk makanan bayi yang dijual menggunakan ungkapan yang mengelirukan dan tidak memberi sebarang maksud.

Ibu Bapa Jadi Sasaran
Makanan bayi, walaupun dirumuskan untuk bayi, tetapi lebih ditujukan kepada ibu bapa. Para pengeluar menyedari ibu bapalah yang membeli makanan untuk bayi. Jadi, produk pengeluar perlu memenuhi cita rasa mereka yang menyedia dan menghidang makanan.

Menyediakan Sendiri
* Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Sebaik-baiknya susui bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Tetapi jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda kelaparan sebelum 6 bulan, anda boleh mula memberinya suplemen terlebih dahulu. Tetapi ia tidak seharusnya lebih awal daripada 4 atau 5 bulan.

* Masa apabila anak anda bersedia untuk menjamah makanan pejal pertama ialah ketika tabiat yang akan mempengaruhi dirinya disepanjang hayat mula terbentuk. Jenis makanan yang dimakannya dalam tempoh ini akan meninggalkan kesan jangka masa panjang ke atas pembesaran, perkembangan dan kesihatan dirinya pada masa depan.

* Masaklah sendiri untuk bayi anda dengan menggunakan bahan-bahan asli yang segar. Jika anda ibu yang bekerja yang kesuntukkan masa, sediakannya dengan agak banyak dan bekukan bakinya. Untuk memastikan pembahagian yang sempurna, gunakan bekas kiub ais. Berikut adalah panduan kasar mengenai apa yang harus diberikan kepada bayi:

~ 5 bulan: Bubur nasi cair (hanya beberapa sudu penuh). Apabila bayi anda telah biasa dengannya, anda boleh memasak nasi dengan air sayur (seperti air sayur bayam yang telah dimasak)

~ 6 bulan: Bubur nasi lebih pekat. Sayur-sayuran seperti bayam, tomato, lobak merah, ubi kentang dan kacang dicampurkan ke dalam menunya. Anda juga boleh memberinya telur (tetapi hanya separuh kuning telur dan bukan direbus terlalu keras). Jangan berikan putih telur sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya setahun kerana ia boleh menimbulkan alahan.

~ 7 bulan ke atas: Anda memberinya sebiji kuning telur. Bubur kini boleh dimasak dengan sayur-sayuran dan daging yang dikisar halus. Ikan bilis dan produk kacang soya seperti taufu dan taukua juga berkhasiat. Tetapi perkenalkan sejenis makanan pada satu-satu masa. Berikan juga buah-buahan seperti pisang, betik, dan belimbing sama ada dalam bentuk jus atau dilecek. Tetapi ketika kali pertama memberinya buah, jangan campurkan sayuran atau makanan baru ke dalam buburnya.

~ satu tahun: Bijirin contohnya (beras, oat, roti), sayuran (bayam, sawi, taukua, taufu, lobak merah, kubis, ubi kentang), buah-buahan (pisang, betik, belimbing), daging, sup (sebarang bubur sayur atau daging yang ditapis), dan telur (separuh masak, direbus atau dimasak hancur).

Nota penting: Jangan beri makanan dengan tulang atau ketulan besar, makanan berminyak dan bergoreng. Jangan tambah gula, garam, mentega, marjerin, minyak, rempah atau bahan perisa lain.


p/s: Buku kecil ini boleh didapati di kedai buku antaranya kedai buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana Johor Bahru dengan harga RM 2.50.

kredit: mak usrahku ;)

6.3.11

TEKTIK CURI KERETA

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

by Bomba Selangor on Wednesday, February 16, 2011 at 8:31am

AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA



-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.

kredit: murobbi

3.3.11

HARI KASIH SAYANG

Kenapa orang Islam Allah selalu uji?
Kenapa orang kafir Allah bagi semua nikmat senang-senang sahaja?
Ramai orang-orang kaya ialah orang kafir
Hidup mereka enjoy dan seperti tiada masalah
Istidraj dari Allah Taala.

Inilah bukti sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah Taala
Manusia ini kalau tidak kerana ujian menimpa
Maka kuranglah hati-hati dalam mengingati Allah
Hikmahnya Allah mahu bagi pahala lebih sebab sabar + bersyukur
Sedangkan Allah Taala memberi nikmat kepada kafir kerana kemurkaanNya
Dibiarkan terus hanyut dibuai indah dunia
Sebab dunia memang syurga mereka tetapi bukan kita
Dunia kita yang hakiki hanya DISANA
Sama-sama usaha untuk syurgaNya.


Kasih sayang Allah ini sangat meluas dan tak terhingga
Walaupun di alam maya sekalipun
Hati ini hidup dengan merasai kasih sayang sesama rakan-rakan blog
Hanya bermula dengan mencari info breastfeeding
Allah pertemukan dengan blog kak vagg
Siap masuk + menang saguhati contest yang best anjuran blog kak vagg
Berkenalan pulak dengan ibu danial
Terima kasih nina! Kita banyak belajar ilmu berblog dari awak! ;)
Kemudian jumpa blog ummu ahmad
Dan bertemu serentak dengan ummu auni dan nuyr
Kita semua dipertemukan dengan tajuk breastfeeding ;) 

Selepas belajar tentang apa itu contest + giveaway
Semua  ilmu ini dari nina ;)
Mulalah membuat Maulidur Rasul Giveaway anjuran sendiri
Disini lagilah bertemu dengan ramai kenalan blog
Mereka mempunyai follower yang ramai dan kebanyakkan adalah ibu-ibu
Dan paling suka mereka seperti kasih mengasihi sesama mereka
Mereka ini penginfaq tegar kerana kekerapan menganjur giveaway + contest
Sebagai hamba, kita memang disuruh menginfaqkan sebahagian harta
Contoh setiap bulan ketepikan paling kurang 2.5% daripada gaji
Bersedeqah/infaq inilah yang akan menyuburkan harta
Dengan niat menjalinkan ukhuwwah hanya dan kerana Allah Taala
InsyaAllah pasti akan ada keberkatannya! ;)
* segala niat yang dipasakkan hanya kerana Allah adalah dikira ibadat untuk kita

Firman Allah:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya?
(surah al-Baqarah: 245)

Walaupun hanya berkenalan melalui alam maya
Juga kepada pemenang Maulidur Rasul GA, perisai mahkota
Anda semua mencatat sejarah yang indah dalam sebahagian hidup saya ;)

Akhir kata, kasih sayang Allah memang tersangat luas!
Tidak rugi menjalin ukhuwwah kerana pasti akan ada rahmatNya
Sama-sama saling berkongsi ilmu-ilmu untuk manfaat bersama
Setiap hari adalah hari kasih sayang kita semua.
Ukhuwwah fillah abadan abada! InsyaAllah!

p/s: suburkan harta anda dengan menginfaq 2.5% di jalan Allah contohnya memberi pada pembangunan masjid + pusat2 tahfiz dan sebagainya tetapi infaq terbaik adalah pada kaum kerabat kita yang memerlukan. InsyaAllah!