Tulisan ini khas untuk sahabat-sahabat
Yang sedang mengandung, baru
melahirkan bayi, dalam hari dll
Yang mahu memberi susu ibu sepenuhnya
Atau disebut EBF
(Exclusive Breastfeeding) sekurangnya-kurangnya 6 bulan
Semoga dikurniakan azam yang kuat.
Mengikut pengalaman saya sendiri
Pada awalnya, air susu memang payah/susah/lambat untuk keluar
Ianya memerlukan ransangan bayi dengan kekerapan yang tinggi
Dan disini emosi ibu-ibu baru dengan kelahiran pertama selalu diuji.
Begitu juga saya
Agak
lemah semangat sehingga menjadi tekanan
Tapi Alhamdulillah
Berkat sokongan moral suami dan emak
Yang sangat menyokong
susu badan sepenuhnya
Saya dengan azam yang berkobar sejak mengandung lagi
Doa yang berterusan
Dengan izin Allah terutamanya
Alhamdulillah, dikurniakan susu yang melimpah.
Pada awal kelahiran, selepas rangsangan bayi
susu mula banyak dan berlebihan untuk bayi anda
Oleh itu nasihat saya, carilah botol,
bag simpanan susu dll
Simpan susu anda yang berlebihan itu
Kerana ia dapat menampung keperluan susu anak anda nanti
terutamanya ketika anda bekerja.
Ingat waktu anda dah mula bekerja, mungkin anda
tidak ada banyak masa untuk perahan susu
Jadi ini adalah antara waktu terbaik untuk simpanan susu
Bayi memerlukan susu yang semakin banyak
sesuai dengan pertumbuhannya,
maknanya makin hari makin banyak susu yang diperlukan
Jadi ini sebab kedua kenapa perlu simpanan susu diawal kelahiran.
Dikhuatiri nanti,
Susu badan anda hanya cukup-cukup untuk anak
Dan tiada sisa untuk diperah sebagai simpanan
Ingat apabila anda bekerja bayi tidak sepanjang masa bersama anda
Jadi susu simpananlah sebagai penggantinya untuk diberikan kepada pengasuh.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri
Sekurang-kurang 3 bag susu yang setiap satu lebih kurang 4oz
Habis untuk 7 jam ditinggalkan di rumah pengasuh
Dan di tempat kerja
Mungkin anda hanya mampu memerah 2 bag susu
Yang setiap satu lebih kurang 4 oz.
Sekiranya perahan anda mampu sehingga sebotol penuh
Bolehlah dibahagi dua atau tiga bag
Bergantung kepada keperluan anak anda
Sebagai contoh anak hanyah menyusu hanya 3oz pada 2bulan pertama
Jadi simpan sebanyak itu setiap bag
Ini untuk mengelakkan pembaziran susu
Dan menjimatkan stok susu.
Ingat!
6 bulan ialah jangka masa lama
Anak anda pula semakin hari semakin banyak keperluan susunya
Mungkin 4oz sekali penyusuan
Dan susu simpanan ini perlu diberi untuk sekali penyusuan sahaja
Kerana ianya mudah basi.
Stok terkini susu perahan yang setiap satu lebih kurang 5oz untuk sekali penyusan anak yang hampir 3bulan 3minggu. Agak sedikit jumlahnya kerana ada 2bulan lagi untuknya mendapat EBF dari saya ketika saya bekerja.Cara baru yang saya dapat untuk menjimatkan ruang peti sejuk disini.Mudah untuk diletakkan dipintu peti ais beku.Cara lama yang menyempitkan ruang.Bandingan dua cara menyimpan susu. Bag susu yang baru dibeli secara online di
fabulousmom lebih murah dan berkualiti berbanding brand lama yang saya beli dikedai dengan harga yang sangat mahal dan kurang kualiti. Saya membuat beberapa kajian berkenaan beg susu Jingle Jungle
disini.
Inilah sedikit pengalaman untuk dikongsi
Kepada ibu-ibu muda seperti saya
Yang menyokong penuh
susu badan (breastfeeding)Hak anak yang perlu ditunaikan!
InsyaAllah.
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang baik." (Al-Baqarah: 233).