26.10.23

ROROIS

Ini Toyota tapi bukan Rush. Bukan juga Rorois.
 

Tahun 1920, ada seorang raja India ke England jalan2 ke kedai kereta canggih jenama Rorois. Raja ni kena hina dengan pekerja Rorois. Raja ni balik ke hotel dan arahkan pengawal beli kereta Rorois 6 biji. Pengawal pergi dan beli 6 biji Rorois untuk dijadikan kereta pemungut sampah di India. Bayangkan kereta jenama mewah berada di bandar India untuk kutip sampah sahaja. Dia malukan syarikat Rorois.

Kerana kamu menghina aku, aku hina dunia kamu.

Jatuh martabat Rorois. Begitulah cara orang kaya hina dunia. Bagaimna orang ada pangkat disisi Allah menghina dunia? Ferrari jalan tepi kita pun kita tak tengok. Sebab tak ada nilai. Begitulah Allah beri kepada ahli akhirat. Dunia tak ada nilai. Dunia macam tahi gigi.



Rujukan: https://fb.watch/nR1nA8xnTW/?mibextid=ZbWKwL (Kisah Rorois minit ke-40)

10.10.23

Ke-15

1 Muharram 1444
Camel Steps, Jabal Omar

Aku memohon kepada-Mu kecintaan-Mu, dan kecintaan orang yang mencintai-Mu, serta amalan yang menyampaikanku kepada kecintaan-Mu.

2.10.23

120 hari

120 hari segar rasa yang masih sama.

Namun syurga tak boleh dimasuki bersandarkan nostalgia semata-mata.

22.7.23

Kenangan


Jasadnya semua telah ditinggalkan.

Harap rohnya sudi kekal bersama selamanya.

Manusia akhirat di dunia sementara.

15.7.23

Sampai Masa

 


Allah telah menentukan masanya.

Tiada sesuatu pun yang boleh menghalang.

Selamat tinggal...

Jumpa lagi... 

Allah Maha Berkuasa.



4.7.23

Solat

Ketenangan tidak pernah bersembunyi.

Ia sentiasa ada.

Solatlah...

Ketenangan adalah saat bersama TuhanMu.