19.8.14

AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL OPEN FOR REGESTRATION!

Alhamdulillah sahabat-sahabat sefikrah saya, mak-mak FB: Jelitawan Organik, telah maju bertapak-tapak kerana Allah melalui dakwah mereka berkenaan pemakanan dan mendidik generasi hafiz cilik melalui tadika, AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL yang inshaAllah mengembangkan cawangan di Seri Kembangan, Bandar Putra dan Bandar Baru Bukit Raja.

HQ di Seksyen 23, Shah Alam.

Tadika ini menekankan konsep pembelajaran dan pengajaran hafazan serta cabang ilmu agama lainnya seperti aqidah, ibadah, akhlak, sirah dan jawi tanpa melupakan kurikulum wajib akademik yang dibekalkan kementerian. Ianya juga di bawah pantauan Pejabat Pelajaran Daerah dan diiktiraf. Selain itu, mereka juga menyelitkan aktiviti-aktiviti sukan sunnah yang dianjurkan Ar-Rasul SAW inshaAllah.

InshaAllah di selatan tanahair juga bakal menyusul tadika tahfiz yang masih dirahsiakan namanya (ceh!) untuk sesi 2015 yang menekankan konsep yang sama iaitu hafazan juzuk ke-30 seiring dengan 30 juzuk keseluruhannya berserta penjagaan rapi dalam pemakanan anak-anak huffaz ditambah dengan sukan sunnah berenang tetap seminggu sekali inshaAllah, biiznillah. Nantikan hebahan seterusnya.

3 comments:

Anonymous said...

ececeh mek ni..
rahsia2 plak..ngegada tau!!
bile open registration ni. tak sabar nak daftar.

Anonymous said...

Subhanallah..alhamdulillah..

Lin ke yang manage branch kat Johor ni??

-Geng1010-

Ummu Muhammad said...

mek: inshaAllah sekitar bulan 9 open for registration..sile dtg bersama anak hafizku thaqif

geng1010: ni bukan branch as..HQ brand lain cewah! isi inshaAllah same saje.. ;) inshaAllah tahun depan di tempat kami..tahun depannya pula di tempat anna pula. doakan kami di selatan sini.