26.2.14

WW- MAHKOTA SYURGA

25 Rabi'ul Akhir 1435
25 Februari 2014
Selasa

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Ibu pun tidak tahu sama mahu ketawa atau menangis. Kisah semalam. Tajuknya ialah crown. Pagi-pagi sedang ibu menghadap buku persediaan, SMS daripada nenek Muhammad dan Abdullah yang tercinta masuk.


Menangis hati kecil ibu. Ibu terlalu ingin disarungkan mahkota-mahkota syurga yang pastinya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata di akhirat nanti. Satu disarungkan Muhammad. Satu lagi disarungkan Abdullah. Kalau tidak cukup kepala, letakkan di bahu. Sedangkan ibu tidak pula berusaha untuk menyarungkan mahkota syurga di kepala nenek dan atok T__T.

Sejam selepas itu, kumpulan Whatsup keluarga pula berbunyi. Paksu yang baru tingkatan 1 menyatakan kesedihan nenek di pagi semalam.



Kesimpulannya, setiap kita hanya perlu sedar MATLAMAT penciptaan kita untuk dibiarkan melata hidup di dunia. Kesedaran matlamat ini penting untuk kita fokus kepada kerja harian kita yang tidak lain tidak bukan hanya untuk tujuan beribadah hanya dan kepada Allah.

Mari tempah paling kurang satu mahkota syurga buat ibu ayah kita T__T.

6 comments:

UmmiAbi said...

Perasaan reen seperti nenek Muhammad....(T,T)
Moga anak2 ummiabi juga bawak crown di sna utk kami juga...Ameen

Anonymous said...

Salam...Lelen =)

Tersentuh hati nurani saya sebagai ibu bila baca luahan hati ibu Lelen..

Semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah dan sekaligus dapat menempah mahkota untuk ibu bapa kita di sana...Geng1010

Ummu Muhammad said...

reen: T__T mak muhammad pun jelous dgn muhammad T__T

geng1010: baru tnye anna bile kite nk start hadam dan cerna..tengok anak2 hafal Quran mcm senang je..T__T hati die terang, takde dose..sdg mak die T__T

All about a journal said...

uuu sedihla....

Zefa NorAsmara said...

Baru lebih jelas tentang crown ni. Ada kawan share di FB entry UM ni tapi masatu tak boleh buka.. Dpt baca tajuk je.. MaSyaAllah, ibu Yusuf juga cemburu dgn Ummu Muhammad..

Ummu Muhammad said...

aza: T__T sejak mak sedeh, i bertekad nk hafal Quran walaupun hafizah pade usie 50 tahun T__T moge Allah izinkan T__T

kakzefa: marilah kite tempah crown T__T