23.2.14

'RUMAHSEKOLAH' HUJUNG MINGGU

22-23 Rabi'ul Akhir 1435
22 Februari 2014
Sabtu-Ahad

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Hujung minggu di rumah iman sahaja. Kalian ikut ibu usrah di hari Jumaat dan Sabtu berenang di rumah iman kita. Walaupun kolam kecil tetapi abang dan adik sungguh bahagia. Ibu ayah bagi peluang berendam. Kasihan selalu kuak lentang dan kuak rama-rama atas lantai bilik air :D.

Bola kecil-kecil itu hanya tinggal setengah dari bilangan asal. Belayar membawa diri ke luar pagar.

InshaAllah selepas ini kita perlu ambil serius kelas berenang untuk Muhammad dan Abdullah. Sebelum ini ada ayah tanyakan kepada kawan suraunya yang bekerja sebagai tentera tetapi menurut beliau, kolam di kem, tiada laluan air. Bertakung. Itu dahulu. Nanti ibu paksa ayah tanya lagi untuk kolam kem sekarang :P.

Pagi-pagi sebelum kalian bangun dan berendam dalam kolam, ayah mandikan unta-unta dan bertukang. Batang cangkul yang lama diubah suai menjadi tongkat khutbah. Hadiah DIY buat shaikh kabir daripada ayahanda. Salah satu ilmu yang awal-awal ayah ajarkan ibu adalah berkaitan hadiah. Hadiah tidak terikat kepada hari-hari tertentu atau mahal-mahal. Alhamdulillah ibu nampak jelas kesannya hari ini dengan izin Allah ;).

Batang cangkul = tongkat khutbah Muhammad. Batang besi ampaian baju = mikrofon untuk azan. Batang tolak air yang Abdullah pegang = mikrofon dan tongkat khutbah adik :D.

Puas hati dapat tongkat khutbah kayu! Memang seharianlah Muhammad berkhutbah cetak bulat-bulat anak pasti yang mendapat johan pertandingan khutbah di youtube. Bila agaknya Muhammad akan ke sekolah. Setiap hari Muhammad kata Muhammad ke sekolah. Ibu tanya Muhammad sekolah mana, Muhammad jawab 'sekolah Muhammad' :D.

InshaAllah kita doa Muhammad, Abdullah ditempatkan tempat paling baik disisi Allah dimana sahaja kalian berada. Kita merancang tetapi perancangan Allah adalah paling baik buat kita inshaAllah! Ibu nampak Pasti sahaja. Kalau bukan Pasti, ikut ibu sahaja masuk ladang sawit. Belajar ilmu alam asli. Nyumpit! Syurga dunia ibu disana ;D.

Masa solat Zohor berjemaah!

Krek, krek, krek!

Sayu hati ibu setiap kali Muhammad dan adik ke surau untuk solat subuh berjemaah bersama ayah. Ayah menarik basikal kembar kalian yang setaman boleh dengar kayuhannya pada subuh yang sunyi. Lagak menarik kuda yang ditungganggi kalian menuju ke syurga Allah. MashaAllah! Menitis sekali lagi air mata ibu di sebalik langsir Raudhah Al-Jannah. Sayu yang susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Mudah-mudahan Allah pinjamkan ibu suami, dan ayah kepada kalian ini lebih lama T__T.

Pentingnya seorang bernama 'ayah' dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Karma seorang ayah. Berdehem sahaja sudah mampu mendisipkan anak. Asbab itu apabila berlaku perpisahan atau penceraian, semua akan mengatakan, 'kasihan anak'. Paling tidak kalau bukan berjemaah di masjid, surau, ada masanya ke masjid di hari Jumaat. Kenal juga anak-anak dengan pendidikan masjid.

Kini baru ibu belajar sedikit demi sedikit, mengapa orang dahulu, suami pukul isteri, suami jahat ya ummat, tetapi isteri masih mampu bertahan. Hanya kerana anak si ibu bertahan dan terus bertahan. Akhirnya, kebanyakkan kes-kes suami jahat, isteri bahagia di akhirnya. Suami jadi baik dan sebagainya. Allah kurniakan suami jahat, inshaAllah ianya sebahagian kaffarah dosa-dosa dan ianya Allah sediakan untuk sentiasa sabar dan bergantung harap kepadaNya.

Malam cinta Rasul malam tadi.

Malam tadi adalah malam cinta Rasul. Kita pergi selepas isyak menaiki si Murad ayahanda. Sesekali naik motor merasa angin malam seronok juga. Pergi jam 10, sampai rumah jam 11. Ramai orang. Sempat juga dengar 2 buah lagu selawat tetapi bukan Ya Hanana. Muhammad dan adik pun pening-pening. Ibu pun sama. Jadi kita sekejap sahaja di sana. Esok mahu beribadah! Ibadah = kerja!

Sekian, kisah hujung minggu kita yang mashaAllah seronok! Bahagia itu di hati wahai anak-anak ;).

6 comments:

mamawana said...

Subhanallah. Alhamdulillah

Ummu Muhammad said...

tabarakallah! ;D

ily♥ said...

MasyaAllah Tabarakallah..seronoknya melihat Abdullah & Muhammad :)

Emy Zuly said...

Sama..sebijik dengan kolam saya..plus dgn bola tu...hihihi

Ummu Muhammad said...

ily: mashaAllah bebudak mmg suke main air hee

emy zuly: wahh geng kite! ;)

molliesa said...

Assalamualaikum..
Awak...saya tiba2 rasa sebak baca tulisan awak... Sudilah kiranya awak menjadi sahabat saya ya!