19.2.14

LAGI HADIAH UNTUK PAK-PAK SHAIKH KABIR

18 Rabi'ul Akhir 1435
18 Februari 2014
Selasa

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Semalam ada notis dari poslaju yang tertera nama 'SHEIKH MUHAMMAD & ABDULLAH'. Wah, suspen sungguh! Notis tersebut menyuruh kita datang ke kaunter poslaju selepas jam 4 petang. Jadi, selepas Asar kita tadabbur alam dan ziarah ke kedai jual barangan buat kek, kedai kain dan dan kedai benang. Projek benang dan kek yang terbengkalai :D.

Alhamdulillah lagi rezeki untuk pak-pak shaikh kabir belajar mengira! Hadiah daripada sahabat kesayangan fillah dan pelanggan setia ibu, Makcik Anna! Hadiah meraikan hafiz 54 surah. Surah terbaru yang Muhammad cerna ialah surah Ibrahim dan An-Hijr serta semalam dan kelmarin, cernaan bahagian-bahagian dari Al-baqarah dan Ali Imran. InshaAllah Muhammad sedang melengkapkan surah An-Nahl yang mengandungi 128 ayat. Alhamdulillah Allah izinkan ibu ayah dengar ayat 1-55 baru-baru ini.

Produk keluaran kawan Makcik Anna, ABOUNUR KIDS.

MashaAllah! Kedua shaikh kabir sangat teruja.

Bunga tersebut ayah yang buat. Muhammad buat tasbih. Subhanallah! Subhanallah! ...

Walaupun nombor tersebut hanya sampai 10, Muhammad tetap kira sampai 11. Muhammad belajar mengira melalui video dalam telefon ibu. Video tentang penerangan ustaz berkenaan 11 titik bekam di bahagian belakang badan. Asbab itulah Muhammad pndai sangat mengira 1-11 sambil tekap cawan belakang badan ayah, ibu dan adik.

MashaAllah! Anak-anak memang suka berimaginasi kreatif!

Jazakillah khairan kathira buat Makcik Anna. Semoga Allah makbulkan segala doa-doa Makcik Anna, menjadikan anak-anak Makcik Anna sebagai pewaris risalah Rasulullah SAW, hafal dan amal Al-Quran dan sunnah Ar-Rasul sejak usia kecil mereka inshaAllah! Tabarakallah!

Mudah-mudahan dengan asbab alat bantu mengajar mengira ini, menjadikan Muhammad dan Abdullah bijak matematik di awal usia. Menggunakan otak kanan dan kiri dengan seimbang! Maka, lahirlah insan taqwa yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi ahli syurga yang bahagia di akhirat. Tabarakallah ya shaikh-shaikh kabir!

4 comments:

Nur Alya said...

Kak Leen, ada link tak untuk edu toys tu? mak beminat nk beli untuk Sofea :))

Ummu Muhammad said...

alya; udah ada disertakan link blog.. http://abounur.blogspot.com/

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Um...seronoknya 2 beradik tu dapat hadiah baru yer..semoga semakin cekap pengiraan mereka.InnshaaAllah

Ummu Muhammad said...

kaktie: mashaAllah kaktie..mereke bukan buat kire..mcm2 idea kretip lagi inovatip yang keluar haha!