21.2.14

IMAGINASI UNIK KREATIF

20-21 Rabi'ul Akhir 1435
20-21 Februari 2014
Khamis-Jumaat

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Usia kecil adalah suatu anugerah Allah yang sungguh unik dan emas. Otak yang mampu merakam apa sahaja. Tidak pelik anak-anak kecil mampu tiru bulat-bulat apa yang selalu makpak sogokkan setiap hari. Mereka mampu melakonkan semula iklan yang sentiasa mereka lihat di TV. Pendek kata, hidangkan apa sahaja, inshaAllah melekat dengan baik dan sangat pantas di fikiran mereka.

Imaginasi anak-anak sangat unik. Mereka mampu berimaginasi dengan sungguh kreatif. Mereka akan menggunakan apa-apa sahaja dipersekitaran mereka untuk mendapatkan gambaran idea sedia ada. Jika mereka biasa menonton upin ipin, maka, anak-anak juga mampu menjadi seperti upin ipin serta seisi cerita berkenaan. Jika biasa menonton bidaman, inshaAllah memang akan berbidamanlah anak-anak.

Gabungan 2 idea oleh pak shaikh kabir.

Shaikh Mishari dalam studio mengalunkan Al-Mulk dan membaca khutbah. Maka, terhasillah headphone di kepala Muhammad. Kayu panjang penyodok sawang sebagai tongkat khutbah dan mikrofon yang Muhammad pegang itu adalah pemutar mixer ibu. MashaAllah! Memang ibu ayah sudah tidak mampu gelak berjemaah lagi haha!

Sama tidak kami? Haha!

Tabarakallah! Betapa uniknya anak-anak. Mereka sangat kreatif. Ibu pun tidak tahu apa nama yang seperti kain serban di kepala. Muhammad menggunakan tuala Muhammad dan lingkaran hitam itu Muhammad dibuat menggunakan wayar-wayar external komputer yang tidak berguna. Rupanya dalam tiada gunanya, ada guna untuk Muhammad. Muhammad mahupun adik, sangat suka tiru pemakaian di kepada sebegini.

MashaAllah! Tabarakallah!

Al-Quran menjadikan kalian sangat kreatif dan tajam pemikiran. Ianya satu proses semulajadi yang tidak perlu diajarkan. Tidak perlu bersusah payah ke arah itu. Hanya dengan Al-Quran, sel-sel otak kalian mampu berkembang pesat dan ianya memang sangat unik kesan daripada didikan Al-Quran.

Alhamdulillah. Semalam Allah izinkan Muhammad cerna Al-Baqarah dari muka surat 7 sehingga 16 secara berperingkat. Peringkat pertama pada jam 2-3 petang semalam, muka surat 7 hingga 10. Alhamdulillah ibu sempat rakamkan dan panjangkan kepada Makcik Anna kesayangan fillah ibu. 

Kemudian, selepas Asar, muka surat 11-13. Ayah sambung lagi antara Maghrib dan Isyak di masjid, muka surat 14-16. InshaAllah kita akan sambung dan terus sambung juzuk ke juzuk sampai hafiz 30 juzuk wahai shaikh kabir! Moga Allah sentiasa dekat dengan kita.

T__T Allah redhoilah kami. Peliharalah hati-hati kami. Izinkan kami berdakwah demi dan hanya untukMu ya Allah! T__T

Sebenarnya ibu sedang cuba untuk siapkan satu entry panjang kaedah mengajar bayi Al-Quran cara Muhammad dan Abdullah. InshaAllah tidak mustahil usia 5 tahun anak-anak mampu hafiz 30 juzuk Al-Quran. InshaAllah memang sangat tidak mustahil. Kita tidak perlu sekat dan rasa 'tidak mungkin'. Segalanya mungkin dengan izin Allah pastinya inshaAllah!

Cuma terlalu banyak makpak perlu berkorban. Kembalikan hak-hak Allah ditempatnya. Itu adalah perkara yang paling mustahak. Astagfirullah ingatan kuat buat yang menulis sendiri. Terlalu banyak jahil dan lemah T__T.

Ayahanda kalian sangat merendah diri. Kata ayah, 'ramai lagi anak-anak orang alim yang lebih hebat daripada anak-anak kita'. Tidak perlu terlalu tonjolkan Muhammad. Ayah sangat takut. Orang lelaki menurutnya, pemikirannya maju setapak dan bertapak-tapak dari orang perempuan haha! Dengan erti kata lain, orang lelaki ini Allah bagi, golongan mereka fikir impak dan kesan berbanding orang perempuan yang hanya fikir semasa itu sahaja.

Ibu yakinkan, ramai orang alim dan beramal, mungkin lewat sedikit Allah kurniakan ilmu didikan Al-Quran. Mungkin kita ingat usia 6 tahun baru anak-anak mula menghafal, perlu perkenalkan iqrak' dahulu. Sebenarnya tidak. Memang otak bayi dan kanak-kanak seusia 0-3 tahun mashaAllah sangat unik!

Target kita bukan lahirkan hafiz-hafizah kecil dari Bayt Al-Iman sahaja. Kalau boleh satu rumah semua hafiz hafizah seawal usia. 5 tahun = 30 juzuk kemas terpahat di hati sanubari ;). Bayangkanlah setiap rumah di dunia dihuni oleh anak-anak kecil yang menghafal Al-Quran seawal usia 5 tahun.

MashaAllah bahagianya ya Allah!

Sedarlah ibu bagaimana perjuangan mak Imam Syafie. Mak manusia hebat ini sentiasa mengaji dan Imam Syafie merakam ayat-ayat Allah dengan baik sehingga ada sesetangah riwayat mengatakan Imam Syafie hafal Al-Quran diusia 5 tahun dan ada sesetengah mengatakan diusia 7 tahun. Memang mashaAllah!

Ibu berhenti setakat ini sahaja. Mukaddimah entry tersebut inshaAllah. Doalah hati ayahanda lembut untuk kita berkongsi kaedah kita di rumah iman. Ayah cuma merendah diri kerana kami bukan sesiapa. Bukan orang alim. Bukan mengaji agama tinggi. Ramai lagi anak-anak orang alim yang jauh dan tersangat hebat berbanding Muhammad dan Abdullah tetapi tidak tertonjol. Kita bukan mahu popular wahai ayahanda T__T. Allah! Peliharalah hati-hati kami T__T.

Dan Allah Maha Berkuasa memilih rahim sesiapa sahaja untuk dimuliakanNya T__T.

Selamat khatam surah Al-Kahfi dan sentiasa dengan amalan menjemput rezeki lebih mudah mencari rezeki inshaAllah!

6 comments:

Amri dan Aishah said...

Assalamualaikum UM sekeluarga

Serban itu dipanggil iqal عقال atau dalam bahasa ammi' (pasar) ; Igal. (boleh google search)

Seronok tgok kreativti dua shaikh kabiir tu...

*** post ttg ubat nyamuk yg mujarab itu berkesan sungguh ke UM? kalau sungguh berkesan, nak try jugalah =)


---- saya menantikan post panjang itu InsyaALLAH... kalau pnjg sgt, buat byk siri pun, InsyaALLAH saya ttp baca =D

UmmiAbi said...

Moga Abu shaikh kabir memberi keizinan berkongsi post yg sgt dinanti2kan itu. Nampak abu muhammad/Abdullah sgt merendah diri..(^,^) namun masih ramai lagi ibu bapa yg masih dahagakan ilmu2 sebegini. Mungkin UM penah terangkan alunan CD menjadi peneman para hafiz di Bayt al Iman tapi di mana silapnya jika tidak berhasil??mungkin terdapat perkara2 yg lebih terperinci perlu diambilkira yg x dijangka asbab2 tertentu misalnya pemakanan, surah yg diucap oleh ibubapa, layanan mesra, cara berkomunikasi etc yg kami x jangka perlu dipraktikkan juga. Semua itu ilmu. Mohon um sudi berkongsinya.. Jazakillah khairan kathira..:)

Ummu Muhammad said...

waalaikumusslm ustazah aishah ;)
igal ngupenye name die..jazakillah khairan khatira,,

ubat nyamuk tu mashaAllah memang sgt berkesan! mashaAllah memang ajaib mane pergi nyamuk..alhamdulillah da 2 malam tkde nyamuk nyanyi2 di telinge

sebenarnya kaedah kami buat utk tarik perhtain anak2 supaye lekat di screen desktop walaupun sekejap..5 minit awal pertama tu sgt berhage inshaAllah! ;)

segan sy ustazah hihihii ;)


reen: mashaAllah sebenarnya ianye bermule bile kklin mule buang perangai2 buruk dalam diri..baiki diri..amalan tu setelah lebih kurang 40 hari..mashaAllah Muhammad cerna berpuluh surah dalam masa selepas itu..mashaAllah betape mmg keterikatan anak dan ibu sgt dekat...kembali kan hak Allah secara lebih berkesan..inshaAllah kita berkongsi berperingkat ikut kelapangan menulis inshaAllah.

All about a journal said...

MasyaAllah.

Ku sentiasa menantikan tulisan itu. Niat u anggap anak2 yang lain ni pun nak ada tujuan yang sama macam Muhammad/Abdullah, sebab tu u berkongsi. Ameen.

Buat dalam bentuk buku pun ai nak jadi 10 org pertama beli! edisi istimewa dengan sign2 shaikh2 kabir! (dan ibunya lah tentunya)

All about a journal said...

InsyaAllah..

Ummu Muhammad said...

aza: T__T T__T T__T bapak bagi kate 2 aje..maknenye die mmg taknak ank2 die terdedah kpd org ramai..identiti dirahsiekan hikhik..privacy kehidupan..menjage seketul hati itu susah katenye..