24.4.13

WW- BOTOL SUSU KACA

Milik Muhammad & Abdullah. Payah mahu jaga.
Hari ini CRK lagi. Nenda tidak sihat T_T. Moga cepat sembuh.

19.4.13

MUSIM PANAS DI IMANIAGA!

Bertepatan dengan hari Jumaat yang semakin hampir ke penghujungnya, Alhamdulillah kami dengan rendah hatinya ingin memperkenalkan koleksi terbaru musim panas imaNiaga DISINI. Juga kehadiran yang dinanti-nanti hampir 2 purnama lamanya ;D.


Alhamdulillah! Setelah menanti hampir 2 bulan, akhirnya kami ada jenama sendiri! Rekaan oleh ayahanda dengan jenamanya sendiri ROZdesigner. Nak jugak ayah tu! :P

Label saiz. Bak kata Puan Noen sifu menjahitku, perasaan macam ada butik telekong sendiri :P.

Alhamdulillah inshaAllah imaNiaga merupakan label jenama niaga BAi yang mudah-mudahan akan lahir lebih banyak lagi koleksi bukan daripada ibunda dan ayahanda yang sedang berjinak-jinak dengan rekaannya, malah diharapkan sedikit masa lagi, Muhammad, Abdullah juga bakal menggunakan jenama induk ini untuk koleksi niaga mereka pula.

Mudah-mudahan semasa kecil lagi Muhammad, Abdullah dan adik-beradik mampu menjana wang yang berkat tanpa pergantungan dengan manusia. Jadi, seawal usia sekiranya takdirnya ibunda dan ayahanda membuat keputusan mencampak Muhamamd, Abdullah ke Turki, ke Eropah, ke mana sahaja, kalian mampu untuk hidup dengan kemahiran demi mencari redho Allah dan Ar-Rasul inshaaAllah! InshaAllah nantikan jenama Muhammad dan Abdullah pula sedikit masa lagi. Ibu berangan!

17.4.13

10.4.13

WW- INI KALILAH!




Rasional. Mengundi BUKAN rahsia kerana ALLAH Maha Melihat dan kita akan dipertanggungjawabkan atas sesuatu pilihan hatta membeli sebatang pen sekalipun akan dipersoalkan, apakah tujuannya.