5.11.13

TAHUN BARU 1435H

Alhamdulillah sekejap sahaja tahun sudah bertukar. Segalanya berlaku sangat pantas dengan izin Allah. Dan kita adalah manusia akhir zaman. Zaman yang penuh fitnah. Pelbagai juga perselisihan pendapat tentang sambutan maal hijrah sebagaimana sambutan maulid nabi serta bacaan yasin setiap khamis malam Jumaat. Jelasnya, lain ustaz/ustazah, pelbagai juga kupasannya. Ada yang keras dan ada yang tidak.

Saya terkenangkan satu petang, sehari selepas tahun baru beberapa tahun kebelakangan ini. Saya suarakan kesedihan kerana terlupa dan tidak sempat membaca doa akhir dan awal tahun hijrah kepada suami. Sejak itulah saya tahu yang suami tidak sambut dan tidak pula menghalang saya untuk berdoa. Maka, apabila sudah tahu, saya tidaklah menspesifikasikan amalan berdoa khas untuk akhir dan awal tahun. Apabila ada kuliah di masjid surau, suami juga akan pergi sebagaimana dia pergi ke majlis-majlis ilmu seperti biasa. Majlis yang dinaungi sayap para malaikat. Subhanallah!

Sama juga keadaannya hari khamis malam Jumaat. Budaya orang melayu zaman berzaman yang memang sukar ditukar. Membaca yasinan. Hakikatnya, hadis soheh yang Rasulullah SAW buat ialah membaca surah Al-Kahfi. Bagi menjaga kemashlatan dari darurah yang lebih besar, sebagai contoh, apabila ditegur, semakin banyak hati-hati 'segan' ke rumah Allah malah mungkin dilabel 'sesat', maka, suami mengambil jalan, balik dan membaca surah Al-Kahfi bersama kami.

Walau apapun, kesedaran beramal dengan amalan yang thabit dengan amalan Rasulullahh SAW perlu dijelaskan dengan baik kepada masyarakat hari ini ibarat menarik rambut dalam tepung. Penjelasan yag sangat berhikmah supaya hati-hati ini lebih segar dan dekat kepada majlis ilmu dan bukannya semakin terpinggir. Pandanglah mereka sepertimana kita memandang anak-anak kecil. Santunilah mereka dengan penuh kasih sayang.

Akhir kata, selamat tahun baru 1435H. Semoga tahun ini merupakan tahun yang paling berkat berlaku dalam hidup kita. Mohon kemaafan tidak terhingga kepada semua atas segala khilaf dan keterlajuran kata atau perbuatan. Maaf dan memaafkan adalah amalan ahli syurga ;). Moga Allah lorongkan segala yang terbaik disisiNya buat kita inshaAllah!

Binaan panglima-panglima Ramadhan. Sedang, sentiasa dan akan terus bina mahligai paling indah dalam syurga buat ibunda dan ayahanda. Azam tahunan yang perlu dibisikkan saban tahun ;).

2 comments:

NoEn said...

selamat tahun baru buat BAI

Unknown said...

betul.. penjelasan yang jitu terutamanya kepada yang baru nk mengenal sungguh2 Allah.. Islam tidak semestinya tau semua pasal agama, maka adanya penjelasan daripada yang lebih mengetahui adalah penting.. supaya kita x sesat dan x buat sesuatu yang tak sepatutnya :)