Ibu: Waalaikumussalm wrt. Kaifahaluka?
Muhammad: Alhamdulillah ana bilkhoir. Wa anta? (ibu antilah Muhammad)
Ibu: Alhamdulillah ana bikhoir.
Muhammad hebat yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Menjadi kebiasaan Muhammad dengan mendahulukan ucapan assalamualaikum apabila bertemu dengan yang Muhammad biasa. Insaf orang-orang dirumah atok :D. Meresap dengan baiknya ajaran ayahanda. Ayah selalu juga berbual dengan bahasa arab ringkas harian dengan Muhammad dan Abdullah. Hasilnya, Muhammad mampu hadam dan cerna dengan waktu yang singkat. Sepatah-sepatah Muhammad sebut. Comel ;).
Muhammad dalam kategori lambat bercakap. Sehingga usia ini juga Muhammad belum boleh membuat ayat bahasa melayu dengan cantiknya sehinggakan atok mahu mengasah lidah Muhammad dengan cincin emas supaya cepat bercakap :D.
Serba salah ibu mahu tuliskan perkembangan Muhammad kali ini. Merekod tanpa evidens adalah tidak valid haha! Pejam mata sahajalah! Walau bagaimanapun, Allah kurniakan Muhammad boleh mengaji seawal genap 2 tahun dan ianya lebih tajam dan jelas ketika usia 2 tahun 2 bulan. Dengan izin Allah, ketika usia tersebut, Muhammad mampu CERNA apa yang Muhammad hadam sebanyak 7 surah yang lengkap walaupun belum begitu mantop bacaannya.
Usia 2 tahun - 2 tahun 2 bulan
1. Al- Fatihah
2. An-Nas
3. Al-Falaq
4. Al-Ikhlas
5. Al-Kafirun
6. An-Ashr
7. Al-Kautsar
Ada baki 107 surah lagi :).
Ada baki 107 surah lagi :).
Semalam petang, semasa ibu pam untuk stok susu adik Abdullah, ibu pergi ziarah rumah maya Abang Abbudey dan abang Abdullah, senior hebat dan mentor Muhammad yang telah menghafal banyak surah. Sambil pam, ibu sengaja membuat Muhammad teruja dengan bacaan surah Ad-Dhuha boleh lihat DISINI oleh abang Abdullah. Berulang kali sehingga ibu habis memerah, Muhammad masih lagi menontonnya tanpa jemu dan yang paling menggembirakan ibu, Muhammad sebenarnya mengikut apa yang abang Abdullah baca. Tahniah Muhammad! Ibu yakin pertolongan Allah sentiasa bersama Muhammad dan Abdullah untuk hadam dan cerna 30 juzuk Al-Quran di awal usia :).
Bukan senang diusia sekarang untuk mengajak Muhammad membaca surah-surah dengan duduk tertib. Selalunya, Muhammad akan ikut mengaji sambil menonton VCD atau menedengar CD semasa di dalam insyirah mahupun qaswah ataupun ketika terlalu leka bermain. Ibu perhatikan, semua surah-surah dalam juzuk amma dan juzuk tabarrak mampu Muhammad HADAM dengan baik cuma tunggu masanya sahaja untuk Muhammad menCERNAkannya.
Paling sayu apabila Muhammad sering membaca kepala surah contoh surah as-sajadah, alifff lamm mimm. Tanzilul..., dan menyuruh ibu sambung ayat tersebut. Contoh lain lagi surah al-Mulk, taba, taba kata Muhammad supaya ibu sambung. Alangkah sedih seperti mahu nangis laju-laju T_T. Maafkanlah ibu Muhammad. Muhammad sememangnya lebih HADAM daripada ibu T__T. Tanyalah ayah lain kali. Ibu manalah hafal T_T.
Bukan mendabik dada mengatakan yang Muhammad seorang sahaja yang pandai serba serbi tetapi ibu terlalu sayangkan usia anak-anak ibu diluar sana yang seusia Muhammad daripada berlalu pergi meninggalkan usia-usia krtitikal yang mana anak-anak sebesar Muhammad mampu 'serap' dengan baiknya segala ajaran. Yakinlah dengan pertolongan Allah yang anak-anak ini mampu menghafal diusia muda sekiranya teknik, ikhtiar dan paling penting doa dan keyakinan seorang ibu tersebut ;). Anak kita semua boleh! :)
Merujuk tips Ustazah Aishah untuk membantu Muhammad tahap ini adalah dengan membantu Muhammad membina keyakinan untuk membaca hafazan Muhammad di khalayak. Cohtohnya ketika berkumpul dirumah nenek ke wan ke, ibu perlu memainkan peranan untuk pujuk Muhammad berani untuk memperdengarkan bacaan Muhammad. Sebenarnya, Muhammad hanya malu-malu pada permulaan. Pernak adik ayah, Cekde dan Moknik datang BAi, dan mereka dapat melihat Muhammad azan, solat dan paling tidak tahan bagi ceramah ala-ala berkhutbah. Terkekek-kekeklah mereka ketawa :D.
Itu hanya audien yang kecil. Muhammad belum teruji dengan audien yang ramai seperti Darwish Darwishah serta Abdul Rahman dan Abdullah memperdengarkan bacaan hafazan mereka di dalam dewan. Mudah-mudahan Allah kurniakan sifat berani atas nama kebenaran buat Muhammad. Seperkara lagi, menurut Ustazah Aishah, al-furqon ataupun iqra' memang sudah boleh diajarkan kepada Muhammad. In shaa Allah. Terima kasih banyak Ustazah Aishah. Moga Allah kurniakan 30 juzuk secepatnya buat Abbudey dan Abdullah. Kami semua ikut belakang! :). Di sisi lainnya, tanyalah Muhammad ABC, tanya ABC keluar surah ar-Rahman :). In shaa Allah Muhammad, ilmu-ilmu lain akan menyusul dengan lebih mudahnya nanti. Percayalah kata-kata ibu! :)
Diusia ini juga, Muhammad sebenarnya telah mengikut banyak surah tetapi keterbatasan kemahiran bercakap yang masih belum dikuasai Muhammad dengan baiknya, jadi, Muhammad CERNA semua yang Muhammad HADAM sebelum ini mengikut cara Muhammad. Ibu yakin, Muhammad dan anak-anak ibu diluar sana mampu untuk menghafal diawal usia waktu sekiranya kena pada tekniknya seperti kata Ustazah Aishah :). Ibu ayah memang perlu memainkan peranan untuk supaya lebih banyak anak-anak ajaib seperti ini lahir.
Abdurrahman Farih lambat bercakap. Video ini ketika umurnya 3 tahun.
Abdurrahman Farih, dikenal di negaranya (Aljazair) sebagai anak mukjizat. Video ini direkam ketika wawancara dengan surat kabar harian al Syuruq. Ayahnya menceritakan bahwa Abdurrahman baru bisa berbicara ketika berumur 2 tahun, dan kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya adalah bacaan surat al Kahfi.
Ibu Abdurrahman -sebagaimana diceritakan ayahnya- rajin membaca surat al Kahfi ketika Abdurrahman masih dalam kandungan, sebagaimana juga setelah lahir orangtuanya sering menyetel al Affasy channel -saluran televisi yang menyiarkan bacaan al Quran-, bahkan ketika orangtuanya ingin merubah channel yang ditonton si kecil Abdurrahman sering menolak.
Hingga kini pada umur 3 tahun Abdurarhman sudah menghapal surat-surat panjang al Quran tanpa salah dalam bacaannya, bahkan dalam bacaan mad (panjang pendek bacaan). [sumber]
**********************************************************
Kalau Abdurrahman Farih dengan surah Al-Kahfi, Muhammad pula dengan surah Ar-Rahman :). Asbab video ini juga ibu ayah cool sahaja sekiranya ada yang menyentuh perihal Muhammad yang lambat bercakap :). Video di atas adalah salah sebuah video kegemaran Muhammad dan video inspirasi buat ibu. Sekiranya semua ibu-ibu seluruh dunia dapat mengambil manfaat daripada video ini, in shaa Allah, ibu yakin lebih ramai Abdurrahman Farih yang akan terhasil dengan izin Allah sekiranya ibu ayah menguasai teknik dan bimbing anak-anak dengan istiqomah. Mudah-mudahan Allah kurniakan sifat istiqomah buat ayah dan ibu untuk kalian menghafal Al-Quran dan As-Sunnah ;).
Melihatkan Muhammad yang sedang mula CERNA surah-surah panjang dan pendek, ibu begitu bersemangat untuk membantu mempertingkatkan prestasi hafazan Muhammad. Ibu beli lagi 2 set VCD dan CD juzuk amma, juzuk tabarrak serta surah-surah panjang amalan ibu mengandung buat Muhammad dan Abdullah untuk diletakkan dirumah nenek, BAi kita dan 2 set CD yang setiap set mengandungi juzuk amma, juzuk tabarrak dan CD surah-surah amalan ibu mengandung untuk diletakkan di dalam unta-unta kita. VCD dan CD lama banyak yang sudah tersekat dek asbab Muhammad yang selalu keluar masuk dan pelbagai lagi keadaan sadis yang terjadi kepada mereka :D.
Beli di IPN.
Sebelum ini, ibu tidak terfikir pun hendak beli VCD dan CD surah-surah amalan ibu mengandung kerana pada ibu, buat apa ibu beli sebab ibu bukan mengandung. Walhal, surah-surah tersebut untuk Muhammad hafal sebab ianya selain surah-surah yang ada dalam juzuk amma dan juzuk tabarrak. Kebiasaannya, Muhammad akan teruja dengan VCD dan CD baru atau jarang-jarang yang Muhammad tonton. Jadi, melekatlah Muhammad dan Abdullah dengan mata bulat mulut terlopong. Hebat dan hensem! ;)
Semasa VCD dan CD yang dipesan ibu sampai, ada yang pihak IPN tersalah baca pesanan dan ibu terus teringatkan pesanan ke-10 As-Syahid Hassan Al-Banna supaya jangan menyusahkan dalam berurusan. Untuk memudahkan mereka, ibu terima pesanan tersebut kerana semuanya ada manfaatnya untuk membersihkan harta, menyuburkan jiwa :).

Menyingkap tabir sistem pendidikan di zaman awwal iaitu perinciannya di zaman abbasiyyah yang mana sistem pendidikan ketika itu sangat jauh jurangnya dengan sistem pendidikan sekarang. Bukan salah kita dengan kebiadapan sistem jahiliyyah yang bukan sahaja pada sistem pendidikan malah keseluruhan sistem dunia kini. Apa yang kita salah ialah tidak usaha untuk cuba menegakkan islam dalam diri dan keluarga (nangis laju-laju T_T). Sistem pendidikan dahulu dibina atas dasar keimanan yang mana semuanya akan berbalik kepada mengagungkan kebesaran Allah swt manakala sistem sekarang, apa yang kita boleh lihat, terutama di peringkat tertinggi, masa untuk agama terlalu minima. Setuju tidak?
Di zaman tersebut tahap pendidikan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu khuttab, menengah dan peringkat tinggi. Peringkat khuttab ialah peringkat anak-anak diusia Muhammad yang dipendekkan cerita seperti sekolah rendah kita yang mana diajarkan Al-Quran, As-Sunnah, sirah. Semuanya mementingkan penerapan nilai-nilam islam di dalam diri anak-anak kecil. Semasa zaman abbasiy ini juga, kita lebih tertumpu kepada penguasaan pelbagai cabang ilmu kerana hampir seluruh dunia telah dinaungi Islam.
Di peringkat menengah pula, mereka belajar di masjid-masjid dengan guru-guru berkaitan fikih, tafsir manakala peringkat tertinggi, mereka belajar dengan para alim ulamak. Menjadi kebiasaan ketika itu, anak-anak semuanya berhijrah dari satu guru ke guru yang lain untuk menuntut ilmu. Lihat sahaja kehebatan imam syafie'. Lihat lebih lagi kehebatan ibunya. Allah! Allah! Allah!
Ibu sudahkan tulisan ibu kali ini berkenaan Muhammad. Bukan untuk bermegah dengan kebolehan Muhammad tetapi percayalah yang ibu terlalu sayangkan usia anak-anak ibu diluar sana yang mana mereka semua punya potensi diri yang hebat untuk diserlahkan. Semoga Muhammad, Abdullah dan adik-adik kalian sentiasa memelihara 'salji-salji' yang sedang menggebu di dalam rahim ibu untuk sama-sama kita dapat duduk bersenang-lenang di dalam syurga Allah! Ya Allah berkatilah anak-anak kecil kami!
Riadhah di petang ahad lepas. Muhammad terbaru diusia 2 tahun setengah :D.


13 comments:
Kagumnya dgn Muhammad. Iman masih merangkak-rangkak.
Muhammad....sangat bangga denganmu sayang...Good job ummi doakan Muhammad jadi insan cemerlang ukhrawi apalagi duniawi..
tahniah muhammad
aunty xsehebat ibu ngan ayah muhammad...rasa macam ahh jauhnya beza antara kita...huhu
namun perkongsian yg bagus UM...in shaa Allah akan menjadi inspirasi...masa kat rumah sangat terhad, kul 6 baru sampai rumah, kul 9 alya dh tidur (alasan lagi)... :(
Zikri Mustaqim dah hadam doa makan( di Nursery mustaqim yang mengetuai bacaan doa makan),doa masuk tandas, doa naik kenderaan, doa tidur,doa dhuha(umi hafal akhirnya mustaqim terhafal sama)....QASIDAH BURDAH, Ya HANANA, YA BADROTIM, surah al fatihah.... surah lain dalam proses sebab umi fokus DOA DOA....
SEMOGA cita2 umi dan abi agar ZIKRI MUSTAQIM dan ZIHNI MURSYID menjadi TAHFIZ profesional doktor atau jurutera.... serta MUHAMMAD dan ABDULLAH juga... tak sabar tunggu tahun 2014(mustaqim 4 tahun) untuk sekolah agama di KHALIFAH CILIK atau SEKOLAH AGAMA NAJMI...
UI: pasti iman boleh..cume teknik kite tu..dan plg penting iman pasti ade bakat yg besar disisi lainye..kene cungkil..jom iman kite gegar dunnie! ;)
ummi wafa: amin ya Rabb! wafa jom kite same2!
noen: smlam sampai rumah dekat kul11..kursus samapi dekat kol7..terus g rumah nenek sebab kene ambek abdullah..kul10 baru ayah ambek sbb ayah g kuliah..perggg pancitnyee rase klau mcm tu tiap2 hari..menjelang malam diriku sudah tidak bermaye..
ana: aminn ya rabb!! semuge mustaqim dan mursyid terus mara berani sbg ketue dan menjadi hafiz alquran dan as sunnah diusie muda! amin amin amin ya rabb! doakan kami selalu ;)
ALLAG berik kekuatan kepada UM sekeluarga. Saya respon dlm emel ya.
bangga ngan muhammad..tak semua kuat seperti UM=)boleh dijadikan inspirasi=)
Semoga Allah memberkatimu wahai Muhammad.
Anak2 saya hanya boleh sebut Yaasiin sahaja dnegan jelas, yang lain tak jelas langsung.
Terus terang saya cemburu dengan semua ini, tapi saya cemburu yang positif, berazam nak anak2 saya juga sebagus Muhammad. :-D
ustazah aishah: seronok chat dgn ustazah..barakah org berilmu ;)
nurul: ohhh beratnye tuhh..mohon Allah tolong istiqomah dan tingkatkan kualiti BM kami aminn..buat nurul semuge semua doa yg baik2 terpantul krp nurul..merah dan sofiah juga anak yag hebat malah lebih hebt..siape tahu rezeki nurul kan :)
KI: tkpe saye sendiri pun cemburu..kite positif sbb kite akan usehe ke arah kecemburuan yang baik itu.. ;) ehhh KI jgn ckp tak tau..nnt die dah mule nk cerne keluar sebiji biji mcm sheikh yg die selalu dgr..jgn terkezuttt!! hehe..mudah2an Allah bantu kite n anak2 generasi mereke utk hebat seperti ilmuan ulung! ;)
kagumnya dengan anak2 um dan anak ustazah aisyah.....firas baru nak belajar surah al fatihah,time nak tido mesti dia akan sebut bismillah...maknanya nak suruh mama dodoi dengan surah al fatihah la tu...habis sekali....bismillah lagi...mama pun baca la lagi....sampaila dia lena...harap2 firas hadam dan cerna lah surah alfatihah ni....amin
anis: molek dah tu..muhamamd bangun tido dan sebelum tido mmg makan surah2 yg ade juzuk amma, tabarrak dan sekarang kegemaran die pade surah2 dlm amalan ibu mengandung..vcd barukan..melekatlah heheh..betullah nis care tu..UM pun selalu sebelum tidur selalu bace surah2 yg UM tahu..dulu muhammad dengar sekarng die yg tolong bace kite aminkan ..inshaAllah firas pun akan macm tu malah lebih lagi amin amin amin ya Rabb! :)
ummu muhammad yang disayangi..sumber inspirasi mama dalam mendidik zuriat hebat,insyaallah...alhamdulillah kad pintar yg ummu hadiahkan dulu sudah di kuasai mujahidah kecil mama.juga alhamdulillah bahagia hati mama dan baba bila sudah membaca surah alfatihah biarpun dalam lisan yang tidak sempurna fasihnya....alhamdulillah..syukran ya ummu....
Alhamdulillah, seronok membaca perkembangan Muhammad. Muhammad boleh!!
Post a Comment