Akibat bertangguh daftarkan haji adik Abdullah, senarai nama adik berada pada usia adik 46 tahun. 20 tahun beza dengan abang Muhammad angkara ayahandamu! Pandai pula kasihankan adik sebab beza 20 tahun dengan kekandamu. Jom sama-sama salahkan ayah :P. Abang Muhammad didaftarkan pada usia 26 tahun dan ibu pernah abadikan tentang itu di entry HAJI MUHAMMAD.
Tahun dijangka menunaikan haji 1479H = 2058M.
Akaun abang Muhammad dibawah seliaan ibu dan adik Abdullah pula di bawah ayah. Biasanya bab-bab yang remeh begini akan dianggap bebanan fikiran oleh kaum ibu-ibu. Tidak apalah adik, ini hanya daftar sahaja. Ada rezeki abang dan adik belajar di luar negara nanti, pergilah menunaikan haji segera ketika diusia masi muda dan berkemampuan. Melawat tempat-tempat sejarah kita agar kalian lebih kuat untuk meneruskan risalah Ar-Rasul ;).
Sedikit rentetan sejarah berkenaan Salahuddin Al-Ayyubi, pembebas kota barakah Palestin yang ketika itu berada dalam genggaman tentera Salib selama 99 tahun. Di akhir usia Salahuddin, beliau tetap mahu menunaikan solat berjemaah dan wafatnya beliau hanya meninggalkan satu dinar dan 47 dirham yang tidak cukup untuk pengebumiannya. Beliau menginfaqkan bukan sahaja jiwa malah hampir seluruh hartanya untuk jihad fi sabilillah dan beliau begitu teringin pergi menunaikan haji di Mekah tetapi tidak diizinkan Allah walau sekali!
Kenyataan ini memang tepat untuk pakcik-makcik yang rata-rata ibu jumpa. Mereka memang tidak berkira malah gaji setiap bulan memang infaq untuk jalan dakwah sehinggakan ada yang berada di dalam barisan membayar tol di highway, cari punya cari, rupanya wang di dalam beg sudah habis. MasyaAllah! Begitu sekali kecintaan mereka. Memang hidup di dunia untuk bersusah payah kerana DISANA tempat istirehat buat selama-lamanya. T__T
Adik Abdullah dan abang Muhammad hanya ada akaun tabung haji sahaja setakat ini. Tidak diinsurankan dan tidak juga diemaskan. Simpanan di tabung haji ini adalah wang untuk persediaan kalian nanti untuk mengembara ilmu, sumbangan rakan-rakan ibu dan ayah ketika lahirnya kalian, ketika hari raya dan sebagainya. Ibu harapkan adik Abdullah dan abang Muhammad dapat menggunakan simpanan kalian hanya dan kerana Allah agar setiap yang menyumbang menerima saham jariah berpanjangan asbab amalan-amalan syurga kalian ketika di dunia lagi. Sayang dan kasih berpanjangan buat Muhammad dan adik Abdullah kerana Allah! ;).
Suka bangun sebelum subuh. Pagi-pagi 'kembar siam'lah jawabnya ibu dengan adik.


4 comments:
huhu...masih belum daftar lg untuk hajjah alya :(
Baru tau budak2 pun dah bolwh daftar haji....pasni bolehla pi daftar haji utk firas
noen: haha comel je bunyi die 'hajjah alya'
anis: tulah boleh je nis benanye..kesedaran orang dah tinggi daftar anak2 mude lagi..mase muhammad dulu 3,4 bulan baru 26 tahun..abdullah lewat 3 bulan terus sekali gande umo g haji nasiblah nak heheh
huda lom daftarkan lg anak2 pergi haji..insyaAllah huda nak daftarkan..ikutkan mmg dah layak cuma tak sempat lg nak ke th :)
Post a Comment