Fuhhh!!! Marathon :). Alhamdulillah kita semua selamat sampai BAi hari rabu dari kampung dan ibu terus bermesin terbang menyiapkan tempahan telekong. Sekarang ayah dan Muhammad sedang berpergian menghantar semuanya untuk diposlajukan sambil meninjau progres pembinaan surau baru di tempat ayah bertugas. Alhamdulillah lega kerana Allah izinkan siap sebelum naik cuti sambil main perang-perang dengan adik Abdullah terutamanya :D.
Balik kampung kali ini sebagai kenangan terakhir duduk di dalam rumah yang ayah huni sejak kecilnya. Rumah yang bakal dirobohkan kerana binaan yang tidak kukuh lagi. Cikde, adik ayah menghadiahi tok wan binaan rumah baru sebagai sanjungan buat ibunda tercinta. Mungkin nazarnya apabila mula bekerja ;). Ibu yakin setiap anak pasti ada cita-cita untuk menggembirakan hati ibu ayahnya bukan? Sebagaimana ayah dan ibu dahulu, ayah bercita-cita membawa tok wan ke tanah suci dan Alhamdulillah Allah izinkan ianya termakbul pada Mac tahun lepas. Cikde pula berhajat untuk membina rumah yang lebih kukuh buat tokwan. Alhamdulillah ianya juga bakal terlaksana in shaa Allah dengan izin Allah.
Semua orang berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ada yang senang dari segi material. Begitu juga sebaliknya. Bagi ibu dan ayah pula yang diizinkan Allah ada secara sederhana, tidaklah kaya dan bukan juga miskin ini, hanya mengharapkan setiap hayun langkah, tutur kata, perlakuan, diam Muhammad dan Abu Bakr adalah saham pahala berpanjangan buat ibu dan ayah. Pastinya semua ibu bapa berkongsi harapan yang sama dengan kami. Sesungguhnya kelahiran kalian ibu ayah telah mewakafkan atas nama Islam yang suci. Maka, berjuanglah sehabis baik tanpa memikirkan keperluan ibu dan ayah. Kelahiran kalian sesungguhnya adalah untuk ummat bukan memenuhi kehendak dan keperluan ibu ayah! Itu sudah cukup menggembirakan hati ibu dan ayah ;).
Ibu teringat suatu kisah generasi awwal yang ibu baca dalam majalah solusi yang entah isu ke berapa tetang kisah mewakafkan anak. Anak yang diwakafkan untuk Islam oleh si ibu ayah berpergian untuk tempoh masa yang tertentu untuk menuntut ilmu dan pulang semula tetapi tidak disambut oleh si ibu dan ayah kerana menurut mereka, mereka sudah tidak punya anak lagi kerana anak mereka telah diwakafkan atas nama Islam. Begitulah generasi awwal memegang pada janji. Temanya disini berpegang pada janji. Bukanlah bermaksud nanti Muhammad dan adik pulang bercuti dari Eropah ke timur tengah di mana sahaja menuntut dan mengajarkannya, ibu tidak buka pintu ya anak-anak :).
Ridahah di tepian pantai nostalgia. Pantai teluk ketapang. Pantai pertama 'dating' halal ibu dan ayah. Masa itu masing-masing masih slim, sekarang alignment banyak lari dari trek asal haha!
Adik tidur lagi semasa baru sampai. Adik bangun ketika ayah dan Muhammad main ombak di gigi air. Adik pun ayah bawa rasa dan tengok ombak. Suka bukan main. Muhammad pula meronta mahu ke laut ketika pertukaran pemain untuk bermain ombak :D.
Sepupu-sepupu Muhammad dan Abdullah sedang bermain tulis-tulis padam. Musim hujan lagi kita balik kali ini. Sempat beriadhah di tepi pantai dan Muhammad sempat juga main hujan.
Hasil gotong-royong :).
Alhamdulillah sedikit perkembangan Abdullah dipenghujung usia 6 bulan. Semasa dalam perjalanan balik ke kampung, ibu baru perasaan yang adik Abdullah telah tumbuh 2 gigi bawah dengan megah berdiri. Rasminya, Muhammad dan adik perkembangan fizikal ada kesamaan sedikit sebanyak. Adik tampaknya seperti tidak sabar sungguh mahu berjalan. Geram melihat si abang berlari ke sini sana. Ibu rasa, kebanyakkan anak yang kedua dan seterusnya juga begitu dan dalam ketegori cepat berbanding sulung kerana rakan-rakan blogger ibu yang anak-anak seusia Abdullah juga usia 7 bulan sudah mula memapah dan bertatih. Mungkin asbab ada si kakak ataupun abang yang sudah aktif ke sana sini. Di rumah tok wan juga, adik mula berdiri dan melepaskan tangan dan seterusnya tersungkur jatuh menyembah lantai papan. Tidak mengapa, hanya papan, tidak berapa sakit :D.
Adik Abdullah sedang aktif mengasah gusinya yang mungkin terlalu gatal asbab gigi-gigi yang semakin mahu tumbuh. Gusi atas juga kelihatan seperti mahu merekah. Proses tumbuh gigi yang sedikit sebanyak mengikut jejak langkah si abang Muhammad :).
Kisah gigi terus mengingatkan ibu tentang Rasulullah SAW yang patah giginya dan cedera paling parah dalam sejarah peperangan ketika peperangan Uhud. Kita pernah melihat bukit Uhud di Madinah semasa menunaikan umrah tahun lepas. Muhammad dengan kedua matanya dan adik masih dalam kandungan ibu :). Peperangan yang mana Allah mahu ajar muslimin yang mula cintakan material dan melanggar arahan Rasulullah SAW. Banyak yang syahid ketika peperangan ini. Ibu nukilkan tentang Uhud di entry EPISOD 8: JABAL UHUD.
Alhamdulillah kita balik sedikit awal kerana rumah tokwan sedang dalam proses memunggah barang-barang kerana selepas raya cina dijadualkan untuk pembinaan semula dan mudah-mudahan ianya siap seperti yang dijangkakan. Tok wan berharap, mudah-mudahan dapatlah berpuasa di rumah baru nanti. Rumah sendiri lebih selesa ;).
Tanda syukur kata ayah. Berhenti sebentar di sini untuk ole-ole balik. Bukan sahaja sedap tetapi semakin maju dan tanda syukur tuan kedai, semua pekerjanya menutup aurat dengan sempurna. Itulah tanda syukur atas limpahan rezeki yang Allah berikan. Bagaimana dengan kita menunjukkan rasa syukur dengan limpahan atmosfera percuma, dan pelbagai nikmat lain? :)
Ibu sudahkan dahulu tulisan cuti kali ini. Entry-entry hutang sebelum ini, in shaa Allah diizinkan Allah dengan ruang masa yang melimpah lagi berkah hendaknya. Menulis untuk sama-sama merasai kehebatan Allah :). Moga kita boleh beramal dengan sedikit ilmu yang kita ada sebagai tanda iman yang jitu lagi padu in shaa Allah pasti dengan izin Allah ;).






8 comments:
ooo balik ganu rupanya
Rumah lama akk pun dah roboh tp tiada binaan baru. Rumah tu dah diserah balik pada hak miliknya. Sbg anak kenalah cari harta sendiri ;)
Iman pun tumbuh masa 6 bulan. Tgk gaya cepat juga adik Muhd ni berjalan. Balik kg rupanya.. Sama2 tganu ke?
sy baca entry ni dr awal.. bila smpai hujung, tiba2 plak ada cite kopok trg... ni yg xsabar nk blik trg bln 5 ni.. hihii
kopok lekor 008 ni memang famous :) seafood kat kelulut tu pun fresh and sedap dimasak :)
syabas ye abdullah dah tumbuh gigi :)
tgk gambar last tu teringat makan seafod kat kelulut... sedap dan murah :)
Betul tu, niat yang baik biasanya dipermudahkan... masa belajar, saya pernah janji nak beri certain amount kat ummi bila dah kerja dan Alhamdulillah, hingga kini Allah masih lagi permudahkan :)
hati sentiasa rasa sejuk membaca tulisan UM....ada ilmu disebalik cerita...syabas!
noen: tulah tak sempat cuti je packing n balik kampun :D
UI: ayahanda muhammad n abdullah je ganu kite heheh
intan: tulah kopok ganu tak jumpe kat sini..balik kampung jelah ade nk makan kepok rebus tu :)
huda: seafood celup tepung ke steamboat huda? mcm best je dengar sedap tu..huhu menjane lagi lemak lemek hehhe
umminur: alhamdulillah niat yg baik in shaa Allah mudah Allah luruskan.. ;)
anis: syabas anis kerana anda juga membaca dan merasa heheh!
sofia umur 1 tahun baru tumbuh gigi=)tapi sekarang nie sik tumbuh jer geraham dan asyik demam=(
Post a Comment