Bertemu kembali di dalam segmen teka-teki Jumaat yang bukan pada hari Jumaat kerana ikut mana yang sempat :P. Alhamdulillah respon yang cantik daripada makcik-makcik yang rata-rata angkat tangan menyerah kalah haha! Dalam banyak-banyak makcik, ada seorang makcik yang memberi respon lebih kurang sama dengan cerita yang ibu dengar ketika berbulatan gembira tempoh hari malah ketepatan kisah sebenar ibu letak 100% sebab makcik tersebut mengambil daripada sumber asal cerita. Riwayat yang sohih :D.
Sedutan episod CINTA MASJID SIRI 1
Saya datang pakcik!
Saya pun datang pakcik!
Ana Muhammad pakcik!
Ismi Abu Bakr yang sentiasa bersama Muhammad, pakcik!
contohnya...
Pakcik imam ini cukup disayangi dan sangat popular dikalangan anak-anak kecil. Selidik punya selidik disebalik kegembiraan anak-anak kecil ini disamping pakcik imam ini rupa-rupanya mengambil kedatangan anak-anak kecil yang datang berjemaah di masjid. Selepas dalam tempoh masa tertentu contohnya seminggu atau sebulan, si pakcik imam ini akan menghadiahi anak-anak ini sesuatu yang kanak-kanak cukup suka seperti helikopter kawalan jauh.
Asbab umpan pakcik imam ini yang cukup mengujakan buat anak-anak kecil, maka ramailah anak-anak kecil seusia Muhammad datang mengimarahkan masjid. Tujuan asal mereka mungkin untuk mendapatkan habuan lumayan daripada pakcik imam tersebut tetapi yang tersirat daripada kisah ini adalah, pakcik tersebut sebenarnya secara tidak langsung menanamkan semangat cintakan masjid dan solat berjemaah semenjak daripada mereka kanak-kanak. Segala bentuk material akan hilang dengan peningkatan usia anak-anak ;). Pakcik imam yang bijak!
Cerita di atas versi dengar atas dengar dan sebenarnya yang penting pokok dan intipati cerita tersebut yang mana pendekatan pak imam yang kreatif itu tadi mengajak golongan anak-anak cinta akan masjid :). Di bawah pula cerita daripada riwayat yang sohih daripada UAH pandai-pandai ibu singkatkan ;D.
Sayangnya hari ini, terdapat juga masjid dan surau yang melarang kanak-kanak daripada datang ke surau atau masjid. Ibu juga faham keletah atau sifat kemenjadian kanak-kanak terutama seusia Muhammad yang akan sentiasa bergerak lebih-lebih lagi sekiranya ada 'geng', semakin menjadilah keriuhan kalian di dalam masjid. Alangkah baiknya andai suara riang ria ini menjadi terapi buat tok-tok yang berjemaah di surau atau masjid tersebut. Alangkah indahnya andai tok-tok mampu pandang kalian dengan pandangan kasih sayang dengan niat kalianlah generasi masjid yang bakal menggegar dunia dengan semangat cintakan Allah, ikut sunnah Ar-Rasul!
Harapan ibu dan ayah hanya satu, moga kalian dan anak-anak generasi kalian membesar sebagai insan yang tidak akan pernah tinggal solat berjemaah di masjid atau surau. Menjadikan solat sunat tahajjud dan rawatib sebagai amalan wajib yang kalian tidak akan pernah tinggal semenjak baligh lagi. 3 kunci ini adalah kunci amalan orang-orang beriman sebelum kalian yang mana mereka diredhoi Allah sehingga Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi mampu membebaskan tanah suci Palestin, Sheikh Qutus mampu menundukkan rejim monggol dan Al-Fatih diiktiraf sebaik-baik raja kerana membebaskan Konstantinopel!
Ya bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak kecil yang aktif bergerak sama seperti Muhammad. Semasa umur Muhammad 2 tahun ke bawah, diakui ayah memang penat berkejaran dengan Muhammad. Diusia melepasi 2 tahun, barulah ada sedikit pembaikkan dan ibu yakin ianya juga akan semakin elok dari masa ke semasa dengan berkah rumah Allah. In shaa Allah ibu kongsikan sedikit tips ayah mengendalikan Muhammad di lain masa. Setiap orang pasti punya pendekatan berbeza mengikut kesesuaian sifat dan tabiat anak itu sendiri. Begitu juga ayah ;). Sambung nanti in shaa Allah dengan izin Allah pastinya!
Asbab umpan pakcik imam ini yang cukup mengujakan buat anak-anak kecil, maka ramailah anak-anak kecil seusia Muhammad datang mengimarahkan masjid. Tujuan asal mereka mungkin untuk mendapatkan habuan lumayan daripada pakcik imam tersebut tetapi yang tersirat daripada kisah ini adalah, pakcik tersebut sebenarnya secara tidak langsung menanamkan semangat cintakan masjid dan solat berjemaah semenjak daripada mereka kanak-kanak. Segala bentuk material akan hilang dengan peningkatan usia anak-anak ;). Pakcik imam yang bijak!
Cerita di atas versi dengar atas dengar dan sebenarnya yang penting pokok dan intipati cerita tersebut yang mana pendekatan pak imam yang kreatif itu tadi mengajak golongan anak-anak cinta akan masjid :). Di bawah pula cerita daripada riwayat yang sohih daripada UAH pandai-pandai ibu singkatkan ;D.
Harapan ibu dan ayah hanya satu, moga kalian dan anak-anak generasi kalian membesar sebagai insan yang tidak akan pernah tinggal solat berjemaah di masjid atau surau. Menjadikan solat sunat tahajjud dan rawatib sebagai amalan wajib yang kalian tidak akan pernah tinggal semenjak baligh lagi. 3 kunci ini adalah kunci amalan orang-orang beriman sebelum kalian yang mana mereka diredhoi Allah sehingga Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi mampu membebaskan tanah suci Palestin, Sheikh Qutus mampu menundukkan rejim monggol dan Al-Fatih diiktiraf sebaik-baik raja kerana membebaskan Konstantinopel!
Ya bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak kecil yang aktif bergerak sama seperti Muhammad. Semasa umur Muhammad 2 tahun ke bawah, diakui ayah memang penat berkejaran dengan Muhammad. Diusia melepasi 2 tahun, barulah ada sedikit pembaikkan dan ibu yakin ianya juga akan semakin elok dari masa ke semasa dengan berkah rumah Allah. In shaa Allah ibu kongsikan sedikit tips ayah mengendalikan Muhammad di lain masa. Setiap orang pasti punya pendekatan berbeza mengikut kesesuaian sifat dan tabiat anak itu sendiri. Begitu juga ayah ;). Sambung nanti in shaa Allah dengan izin Allah pastinya!

8 comments:
Salam UM..apa kabar?Dah lam atak singgah kat sini..k.atie pon cam chipmore gak :(
Entah la awal tahun 2013 ni mood berblog mmg jatuh merudum.harap2 jgn la berterusan..
banyak masjid yg xbagi anak kecil masuk dalam masjid...ai pernah kene tegur dekat guard tau...huhu
Surau kat tempat akak tak bg budak2 buat bising. Bukan tak bg dtg ;) tp AI kata cara teguran pakcik tu agak kasar. Tak sesuai untuk budak2. Bagus pendekatan yg di buat.
Assalam ummu Muhammad, apa khabar? Di harap di Baitul Iman semuanya sihat belaka. Nak tanya tips macamna nak elak baby di inject sebaik dilahirkan. Bleh ke kita pesan pada nurse atau doktor kerajaan terutamanya agar jgn inject anak kita sebaik dilahirkan. Lepas lahir memang boleh sangat elak xpegi klinik kan. Nak tahu sebaik lepas bersalin kat hosp tu mcmn. Syukran jazilan :)
Reward ke arah kebaikan, bagusnya imam tu ye...moga anak saya juga Mencintai Masjid, amin :)
surau kat umah2 pun tak bagi budak2 buat bising..wah siap bagi helikopter mainan tuh..syok mesti dorg ikut=)
Rasulullah kasihkan kanak2. Merekakan amanah Allah.. Apa salahnya jika mereka ingin mengunjungi rumah ALLAH. Kita yang dewasa ini xperlu marah, malah mengalu-alukan kedatangan mereka ke masjid.. Suka ummi tgk budak2 lelaki pakai jubah & berkopiah ke masjid & budak2 perempuan bertudung litup sambil berlari2. Comel sgt..:)
kaktie: rindu kaktie fillah! :)...kite pulak ade mood tapi mase oh mase.. :(
noen: mase bolan pose ritu pun same i tengah sarat keja2 dgn muhammad..exercise sebelum beranak hahah! makcik sergah muhammad..tu yg ramai mak pak malas nk bawak tpi i jenis muke tebal 10inci buat..senyum tande kegembiraan kt makcik tu hahah
ummu ahmad: waaalaikumusslm..alhamdulillah..papasal injection tu baru lahir mmg tak dapat elak..mase chekup bulan2 pun mak die kene inject kancing gigi tukan..penah mintk excuse tpi doc tak bagi..yg diluar kuase tu tadah jelah :(
mama aqib! jom aqib! kite kembalikan peranan masjid sebenar! ;)
nurul: tulah mahal hadiah sesuai dgn mujahaddah nk g sejid jemaah subuh..analogi jugak untuk org dewase yg Allah nk bagi sesuatu yg indah jugak nanti..bukan kat sini tpi kat sane..sweetnya Allah ;)
ummiabi: kan suke tgk bebudak pegi sejid..budak mmg sinonim dgn main..tok-tok tu kene ingat yg mereka 'service' dah tak lame...bagilah peluang budak2..
Post a Comment