2.2.13

ABU BAKR 6 BULAN

Abu Bakr hensem yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Pagi ini selepas goreng mee tadi, ibu berangan untuk memotong kain tempahan telekong. Takdirnya Abu Bakr ibu yang hensem ini bangun seperti kebiasaannya. Bangun main-main, mandi, menyusu dan tidur. Jadi, menjadi kebiasaan abang besar Muhammad dan adik Abdullah akan 'sarapan' bergizi hebat buat rohani. Jom tengok 'sarapan' kalian ;).

video
Pagi ini. Lama adik Abdullah admire 'sayyaratun' abang besar Muhammad ;).

Alhamdulillah menginjak usia 6 bulan mengikut perkiraan hijrah, adik Abdullah telah mula merangkak dan seperti mahu berdiri sendiri. Ada peluang jumpa tempat berpaut, adik Abdullah akan berpaut dan berdiri dengan megahnya. Tahniah Abu Bakr! Abu Bakr telah berjaya melalui fasa-fasa perkembangan fizikal dengan cemerlang. Ibu yakin Allah akan tolong adik berjalan dan menghafal  Al-Quran sebagaimana abang Muhammad nanti!

Malam tadi sebelum beradu. Ada satu lagi aksi tangan dan kaki semuanya lurus. Seakan-akan sedang berusaha untuk berdiri dengan sendirinya.

Malam semalam. Hanya printer ibu ayah tempatku berpaut haha! BAi kita tiada tempat berpaut. Sengaja dibiarkan kosong tanpa kerusi meja untuk abang besar Muhammad dan adik Abu Bakr main 'perang-perang' :D. Tetamu yang datang dipersilakan bersila ala-ala di negara Jepun ya! :D

Diusia abang Muhammad 2 tahun 2 bulan, Allah izinkan Abang Muhammad CERNA 7 surah dengan begitu bergaya. Sekarang juga abang Muhammad sedang HADAM beberapa surah panjang. In shaa Allah pertolongan Allah bersama abang Muhammad untuk menghafal senaskhah Al-Quran diawal usia. Abu Bakr juga perlu yakin yang Allah akan tolong Abu Bakr sebagaimana abang Muhammad. Paling kurang mesti setanding atau lebih baik. Persaingan yang sihat itu bagus!

Abu Bakr kenal tidak Ibnu Sina? Ilmuan hebat dizaman Abbasiyyah? Ibnu Sina dikurnikan Allah mampu hafal Al-Quran diusia 10 tahun pakej dengan syair-syair. Banyak ilmuan ulung dahulu menghafal seawal usia 7-10 tahun. Ibnu Sina mula belajar ilmu kedoktoran diusia 16 tahun dan yang mengagumkan, kebolehannya mengenal pasti penyakit dan cara mengubatinya diusia seawal 16 tahun. Beliau diiktiraf sebagai ahli perubatan dan menjadi doktor diraja selain menguasai bidang matematik dan metafizik. Allah! Allah! Allah!

Ibu dan ayah berkeinginan begitulah wahai Muhammad dan Abdullah. Sebelum kalian menceburkan dalam lapangan yang kalian ALLAH sukai , doktor, juruterbang dan sebagainya, Al-Quran dan As-Sunnah semestinya mendahului pelbagai ilmu lain. Walau bagaimanapun, ibu ayah lebih suka sekiranya Muhammad, Abdullah dan adik-adik kalian menjadi alim ulama yang amal diusia muda.  Walau bagaimanapun, kita juga dituntut untuk mempelopori kepakaran dalam semua lapangan. Dengan Islam kita sememangnya hebat!

video
Kemahiran merangkak yang semakin cantik. Malam semalam semakin seronok berkejar-kejar dengan abang besar Muhammad :D. Tahniah! Ibu sayang kalian kerana Allah!

Adik Abdullah pun telah beradu semula. Abang besar Muhammad juga telah bangun. Ibu sudahkan dahulu tulisan berkenaan perkembangan adik Abdullah setakat 6 bulan beberapa hari ini mengikut hijrah. Sengaja ibu tekankan penggunaan tahun hijrah. Kenapa? Nanti ada masa dan kelapangan serta diizinkan Allah pastinya, ibu terangkan kenapa :). Jom dhuha!

10 comments:

NoEn said...

Tahniah adik...dah besar dh dia..sekejap je rasanya

Kakzakie said...

Anak-anak minda masih kosong, suci dari dosa mudah utk mengingat dan menghafal. Insya-Allah semua ibu mahukan anak-anak yg soleh dan solehah (anak kakak semua perempuan ummu).

Ummu Muhammad said...

noen: tulah kejap je rase da besa rupenye anakku abu bakr hehe

kak zakie: betul kak zakie ibarat kain puteh. corak kite dgn hiburan besarlah die dgn begitu, besakan dgn falsafah aristotle, besalah dgn falsafah th hape2..besarkan dgn al-quran dan as sunnah membesarlah die dgn hebat yang izzah dgn Islam :)

kite kalau ade gugurl nk suruh jadi dokter sakit puan hehhe..nanti boleh sambut bb anak2 abang2 die heheh

p/s: ampunkanlah UM mmg suke berangan :P

Marlina Mohtar said...

alahai comelnya Adik Abdullah ni =) jeles Kakak Auni hehe....

semoga abang dan adik soleh sokmo =)

CeqGu said...

Wahhh tahniah.....kagumnya umur 2 thn dah dpt hafal 7 surah....firas baru pandai sebut bismillah...arrahmanirrahim pun belum boleh......tp dah nampak mulut dia cuba nak ikut bila anis duk ulang baca alfatihah....

Psssttt....sama la kita um.....suka berangan mcm tu hihi...ok aper...kurang2 ada matlamat kikiki

Ummu Muhammad said...

ummi auni: amun ya rabb!!

anis: firas tak 2 tahun lagikan..tapi kalau anis boleh konsisten bg dgr CD ke VCD insyaAllah firas mule ckp je die akan mule nk cerne semuenya yg die hadam sebelum ni..

mlm tadi kami semak semule bacaan dlm kerete..alhamdulillah abg besar muhammad dah mule keluarkan surah2 lain..mlm tadi ade 2,3 surah yg die mule cerne lagi..tu yg kate dgn izin Allah kalau anis bole konsisten bg die seronok dgn cd,vcd al-Quran in syaa Allah, Allah bg lekat kat hati firas..jom same2 nis!

Mak Wardah said...

Salam kenal, bahagia seorang ibu dengan pencapaian anak nya, syukurnya kita kerana menjadi ibu

Huda said...

alhamdulillah adik abdullah dan mula menunjukkan skill nya untuk berdiri ye :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam UM..seronoknya dapat mengikuti prkembangan anak2 didepan mata.Semopga mereka berdua menjadi anak2 yg soleh..harapan kedua ibubapanya.Aminnnn

wan nurul hezrina abd halim said...

rasanya mcm kecik lagi dia tgk2 eh dapun besar.sekejab jerkan=)