Muhammad yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Jumaat malam merupakan hari pertama untuk sejam lebih ibu dan ayah cuba potty train Muhammad. Hari Sabtu dengan berkobarnya ibu tunggu Muhammad bangun dan kita cuba lagi hari tanpa diaper. Nampaknya hari kedua Allah izinkan kita berjaya selama 2-3 jam.
Ibu disekolahkan ayah dengan berjayanya kerana ibu salah besar pada sabtu lepas :D. Kebiasaannya apabila Muhammad tidak tidur, Muhammad akan ke surau berjemaah bersama ayah. Selepas Muhammad bangun tidur Sabtu lepas, Muhammad makan dan bersiap untuk ikut ayah untuk Zohor. Ibu pula punyalah semangat, tidak memakaikan Muhammad diaper kerana sangkaan ibu, Muhammad baru sahaja selesai pee sebelum itu.
Balik sahaja dari Zohor, ayah kata, Muhammad duduk dan tunggu di luar dengan keadaan seluar sudah basah. Ayah memang tidak tahu ibu tidak memakaikan Muhammad diaper. Alhamdulillah Muhammad pandai pula cari tempat di luar surau. Apa lagi, ibu dipanah petir + halilintar oleh pakcik raksasa itu. Haha!
Balik dari surau selepas Muhammad disucikan, ibu sekali lagi tidak berputus asa, membiarkan Muhammad tanpa diaper. Kita berkampung di taman rizq ibu :D. Ada tempahan telekong ulangan dari kawan Puan Anna buat kakaknya pula sebagai hadiah. Jadi, mungkin Allah mahu bagi ibu pahala lebih lagi (yelahkan banyak dosa T_T), Allah lupakan Muhammad yang sedang tanpa diaper.
Minggu bermanja dengan 'bayi baru' ibu :). Marvelous! Sempat juga ibu jahit seluar tiga suku untuk tempahan ayah yang telah berzaman. Maafkanlah daku! T_T
Selepas disucikan lagi Muhammad, Muhammad minta ibu memakaikan diaper. Harum semerbak mewangi! Muhammad membuang yang besar pula :D. Selepas itu sudah hampir Asar, sebelum dipanah petir dan halilintar buat yang kedua kalinya, ibu pakaikanlah Muhammad diaper dan Muhammad pun pergilah ke surau bersama ayahanda yang mana tadi menjadi raksasa, kini kembali kepada manusia biasa :D.
Hari ahad yang merupakan hari ke-3 tanpa diaper, kita off hari ini tanpa diaper. Pertamanya, ibu ayah tidak sempat memandangkan esok sudah mula bertugas. Keduanya, kaki Muhammad terseliuh. Kasihan abang besar, jalan menggunakan lutut. Pergelangan kaki terseliuh akibat abang besar yang melatih kemahiran melompat. Kali ke-4 melompat dari atas katil ke tilam bawah, terus sahaja menangis kecil sambil urut-urut kaki. Kejadian ini terjadi pada malam hari ke-2 kita latih tanpa diaper. Biasalah anak lelaki, tidak lompat, tidak cedera, bukan anak teruna namanya ;D.
Ini dia 2 panglima Ramadhan sedang berlayar untuk meninjau lokasi kawasan penaklukan seterusnya!
Kecintaan mendalam Al-Amin dan As-Siddiq :).
Semalam ibu sempat jalan-jalan kedai baby untuk cari training pants dan pengalas tandas untuk eksesori potty train Muhammad dan takdirnya tiada pun seluar yang dicari. Pengalas mangkuk tandas ada tetapi KIV dahulu, ibu beli botol susu kaca dahulu :D. Alhamdulillah, ayah pun telah selamat membersihkan bilik air dengan berkilatnya. Mudah-mudahan selesa untuk abang besar.
Baiklah Imam Besar Masjidil Haram, kita cuba lagi hari ini walaupun cuma beberapa jam sahaja. Nampak gayanya waktu malamlah kerana Muhammad sampai BAi dan semasa entry ini ditaip pun keduanya sedang tidur. Tidurlah! Ibu perlu bereskan baju kerja esok dan kemas-kemas apa yang patut :D. Cabaran ketika ini adalah hari hujan. 'Kemalangan' boleh berlaku bila-bila masa :D. Jom tolong ibu dan ayah perhebat ibadat, tambah pahala! :D



10 comments:
satu perkembangan yang sangat baik =) Tahniah Muhammad dan ibu. Auni ni pun kadang-kadang tak cakap juga kalau nak buang air besar atau kecil hehe
training pants tu cmne??
wawawaw!!mesin br!!high speed kah??hehehe..
kak ina: serbe salah mase hari bekerje mcm ni..si muhammad ikut ayah die setiap waktu solat kat surau..waktu solatkan dekat2..tak tau sistem yang ok nk potty train dlm keadaan situasi mcm ni..
pah: seluar jenis getah tebal tu..jadi, bile mereke ni terkencet taklah meluncur laju terus ke tanah..sempat lah mak pak die mengusung ke bilik air seblum tumpah jatuh ke bumi kehkeh
p/s: heheh mantop! betul kate noen..nilah bonus bulan lepas y dilaburkan heheh..hangus pitis hehe
training pants beli online je ibu...lg senang...hehe
ps: ku nampak seperti highspeed SM lor...bile beli ni? best kn guna...dh xpandang dh mesin lain kn...hehe
noen: hewhweee..bestnyeeeee..........bagai menjahit sambil terbang..cepat je siap kalau buat pape sbb benang tak putus2...batullah cakap u :D..high recommended! high speed sm tu mende noen?
Suka baca tentang kisah pendidikan anak-anak ni. saaya belum boleh train Nurul Iman lagi. selalunya waktu cuti.
sekarang ni waktu cuti tu la selalu keluar, jadi tak berkesempatan lagi.huhu.....
high speed sewing machine lor...kiki
lepas ni boleh la jahit telekung banyak2 kan...beli jenama ape?
juki ke ni?kt umh ada gk mesin high speed..mesin jait tepi pun ada..jahit je malas!!haha
KI: samelah tk tau nk potty train bile...mcm skrg tido..bangun nnti makan n ikut ayah mgrib, isyak..sekejap na..
noen n pipah: hewhweee nnt buat entry kuikui..mesin pun kepohchi ngehngeh..hey pah ade sume mesin tuhh..ni bole keje dgn anak2 dare tu..buat cadar, lgsir, selimut..homeschool jait2
Post a Comment