22.1.13

MUS'AB

Muhammad & Abu Bakr hebat & hensem diredhoi Allah & Ar-Rasul :)
Muhammad dan As-Siddiq kenal tidak dengan Mus'ab? Ibu sedang membaca sirah yang beluk khatam-khatam sampai sekarang :P. Setiap kali ibu baca tentang Rasulullah SAW, sahabat-sahabat, rasa terlalu terpesona dengan keimanan dan kredibiliti serta personaliti yang berbeza antara satu sama lain. Abu Bakr contohnya, bila ibu terbaca tentang personalitinya, terus teringat kepada Abu Bakr ibu yang seorang itu. Nama sebenar Abu Bakr adalah Abdullah. Betapa cintanya Abu Bakr kepada Rasulullah SAW lebih daripada cinta kepada dirinya. Alangkah indahnya Muhammad dan Abu Bakr ibu dapat menjadikan kisah sahabat ini sebagai tema kalian sampai syurga ;).

Lagi berkenaan Abu Bakr, ayah baru sahaja bertanya ibu, pernahkah kita dengar yang Abu Bakr meriwayatkan hadis? Setahu ibu tidak pernah. Ayah bertanya lagi, kenapa Abu Bakr tidak pernah meriwayatkan hadis sedangkan Abu Bakr inilah insan yang paling dekat dengan Rasulullah SAW? Siapa mahu jawab angkat tangan! :D

Ibu beralih kepada kisah Umar. Nama pilihan buat anak bagi kebanyakkan ibu bapa yang hadam kisah Umar dengan bergaya ;). Umar ini dikisahkan seorang yang tinggi dan berkulit cerah. Mata hitam memang sangat hitam dan mata putihnya memang sangat putih. Kisah yang paling manis ibu tidak boleh lupa apabila Umar membuka Al-Quds dalam keadaan pakaian compang camping dengan seorang budak berkongsi unta dalam keadaan tergesa. Mereke bergilir. Semua orang sedang menunggu Umar di Al-Quds. Rileks sahaja Amirul Mukminin bukan? :). Tidak perlulah menyambut dengan karpet merah bagai, tarian joget bermacam-macam.

Kisah Uthman yang sangat pemalu orangnya. Semasa membaca kisah Uthman, ibu dapat bayangkan pemalunya Uthman sehingga Rasulullah SAW hatta malaikat juga malu dengan Uthman. Mesti blushing ;D. Ali pula pemuda yang sangat cerdas dan mengahwini puteri Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az-Zahra. Sepatutnya tajuk entry ini bukan MUS'AB sebab sudah 4 perenggan kisah Mus'ab tidak masuk point lagi :D.

Mus'ab ini orang penting dalam kisah pembetukan daulah di Madinah. Kurang seronok sebenarnya sebab kita tebuk-tebuk perjalanan sirah tetapi tidak mengapalah. Panjang umur ibu tulislah :D. Ringkasnya, semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, orang mukmin berhijrah ke Habsyah dahulu. Jadi, Rasulullah SAW mengutuskan Mus'ab bin Umair ditemani As'Ad bin Zararah untuk ke satu perkampungan Bani Abul Ashal di Madinah untuk menyampaikan keindahan Islam.

Ketua Bani tersebut adalah Sa'ad bin Muadz mengirim Usaid. Dipendekkan cerita, Usaid ini terbuka untuk menerima Islam dan mencadangkan Mus'ab untuk mendakwahkan si ketua tadi. Takdirnya, tiada satu rumah pun sebelum petang yang penghuninya tidak menjadi Muslim. Hebat bukan? Kisah ini mahsyur dengan kata kuncinya Mus'ab mengetuk pintu ke pintu 73 umat Islam Madinah yang mewakili umat Islam Madinah ke Mekah mengerjakan haji pada musim haji tahun berikutnya.

Mus'ab anak orang kaya tetapi dia sanggup meninggalkan semua kekayaannya demi cintanya kepada Allah dan Ar-Rasul! Kisah Mus'ab lebih kurang sama temanya dengan Saad bin Abi Waqas. Kerdil dan kecilnya ibu rasa T_T. Seorang pun ibu tidak mampu.

Baiklah sebenarnya ibu mahu kisahkan yang ibu menghubungi dan dihubungi dengan 2 insan yang ibu rindui yang ada kena mengena dengan Mus'ab 2 minggu lepas. Seorang ialah ibu saudara Mus'ab yang merupakan geng teh 'o' limau panas di tingkat 3 blok e-hostel hehe! Anak saudaranya yang bernama Mus'ab lebih kurang Muhammad usianya. Ibu menghubunginya kerana ingin bertanya khabar dan urusan tertentu. Banyaklah yang kami bualkan. Maklumlah bertahun tidak berjumpa. Banyaklah kisahnya. Kawan syurga ibu. Susah hati sama-sama dahulu ;).

Kemudian, seorang lagi Ummu Mus'ab yang bertanya tentang susu kambing. Aduhai insan ini sangat bijak dan cerdas orangnya. Sangat mudah disenangi oleh semua orang. Alhamdulillah Mus'ab pun tidak lama lagi akan berkawan. Semakin berkembanglah keluarga batch kami ;). Orangnya yang memang cerdik dan petah, tidak pelik dengan pakej bijak yang beliau ada, mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan untuk lanjutan sarjananya. Ibu bila lagi. Jawabnya 'M' besar lagi.

Bercerita tentang sarjana tadi, suka citanya, ibu ingin memperkenalkan sahabat baik ibu semenjak di sekolah rendah yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger ;D. Sahabat baik ibu ini semasa sekolah rendah, nombornya hanya 1 dan 2 sahaja di dalam kelas. Dia telah pun master holder diusia mudaWah sangat cemburu dengan orang-orang cerdik! Jom singgah blog beliau!

<center>Premium Beautiful Life with Nisa..</center>
Jom kita berkawan-kawan :D.

Berbalik kepada kisah Mus'ab, setiap kali teringat Mus'ab atau Mus'ab milik siapapun, ibu terus teringat kisah Mus'ab yang ibu ceritakan tadi. Di situlah kelebihan dan kepentingan nama buat anak-anak. Secara tidak langsung, nama tokoh-tokoh hebat dalam sejarah sebenar kita membawa kita terkenang atau terbayang kisah-kisah syurga para sahabat dan pastinya kita akan mendoakan suapya pemilik nama Mus'ab akan hebat sebagaimana Mus'ab si pengetuk pintu rumah di Madinah sebelum hijrah Rasulullah SAW!

Sebagaimana semua orang, ibu lebih-lebih lagi ayah juga sangat bangga dengan nama Muhammad dan Abdullah. Puas rasanya dapat memberi nama, memanggil dengan panggilan yang baik-baik buat kalian. Ayah terutamanya, menegur ibu supaya memanggil Muhammad dengan panggilan abang yang disertai nama Muhammad. Begitu juga adik. Ayah memesan supaya disampingkan dengan Abdullah. Adik Abdullah. Betapa ayah berbangga dengan nama-nama hebat kalian dan ibu ada tuliskan harapan untuk kalian disebalik nama abang Muhammad di entry SEJARAH NAMA MUHAMMAD dan nama adik Abdullah di entry SUNNAH HARI KE-7 l HAMBA ALLAH.

Ibu ayah sayang, kasih, cinta dan selalu rindu Muhammad dan Abdullah kerana Allah!

Ketika ini, ibu sebenarnya sedang menemani Muhammad yang masih belum mahu tidur. Satu persatu VCD dilihat Muhammad sambil bermain. VCD Al-Quran, VCD solat dan ketika ini, Muhammad sedang mendengar VCD ceramah UAI :D. Mudah-mudahan abang besar Muhammad kita mampu HADAM dan CERNA dengan penuh bergaya! Aduhai anak, marilah kita beradu. Tengah malam sudah! (>.<)

11 comments:

NoEn said...

suka tgk 2 beradik ni layan VCD

Marlina Mohtar said...

Maha Allah....hebat sungguh UM berbicara kisah para sahabat =) banyak sangat ilmu yang ummi dapat bila singgah BAi ni....alhamdulillah. Semoga rahmat Allah mengalir sentiasa di sini.....

terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat =)

Ummu Muhammad said...

noen: melayan habis bebudak ni..mate bulat2 tak berkelip heheh

kak ina: Allah kurnia kite sedikit pengetahuan dari orang2 beriman yang bertannggungjawab memperkenalkan kite tntang fikrah..berkongsi dengan batas yang ade bersame sbb misi kite sume mesti sama..redho Allah dan masuk syurga! :D

Karisma Izzah said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu sejarah.

Sebab soalan juga lah saya mencari jawapan di google.

Abu Bakar tidak pernah meriwayat hadis (bukan tak pernah - terjumpa satu hadis riwayat Tirmizi dari Abu Bakar, nanti saya sertakan)
kerana
1. beliau sangat sibuk menjalankan tugas sebagai Khalifah, memimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah.

2. Periwayat hadis juga merupakan orang yang mengajar hadis, jadi kerana sibuk dengan tugas khalifa, tak banyak masa yang ada untuk mengajar/meriwayat hadis

3. Abu Bakar meninggal sekitar 2 tahun selepas kewafatan Nabi, jadi dengan masa yang singkat tu tak dapat riwayatkan banyak hadis.

Sumber: http://www.rumahfiqih.com/ust/e2.php?id=1190336635

Hadis yang dijumpai:
Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)

Sumber: http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/p/hadith-muntakhab-ahadith-riyadhus.html

Mohon betulkan kalau tersilap.

Ummu Muhammad said...

alhamdulillah percambahan ilmu yg sungguh cantik! tgk budaye cintakan ilmu..awk ambik kos tamadun islam kan?nk panggil ape ye? KI boleh ke stand 4 karisma izzah heheh

soalan tu spontan je ayahanda bebudak ni tanye malam lepas balik dari kuliah ilmu die..tu yg selitkan sekali..rupenye Allah nk bgi penjernihan melalui KI dan buleh dibace oleh org ramai :) Maha suci Allah dengan aturan cantikNya tidak kire mase! :D

Ummu Muhammad said...

p/s: betul dah tapi ade ayat singkat ayahanda sepertimane yang die dengar kuliah malam tu..ianye berkaitan dengan sifat Abu Bakr sendiri :)

Karisma Izzah said...

saya suka menyelidik dan berkongsi untuk menyemak/mohon pencerahan jika ada kesalahan yang saya lakukan.

teringin juga nak tahu jawapan dari ustaz/pakcik...boleh panggil pakcik kan? tak sesuai panggil abang rasanya...

Boleh saja guna singkatan KI. Saya bekerja di Fakulti Tamadun Islam. belum berkesempatan nak sambung master. nak tumpu pada anak dan rumahtangga. kalau boleh memang nak Islam related. saya dari bidang pendidikan matematik.

Karisma Izzah said...

Terima kasih atas hint nya...

selidik lagi,

Abu Bakar tidak menerima Hadis tanpa dua orang saksi. Dalam sebuah Hadis riwayat Imam Bukhari: “Seorang nenek bertanya pada Abu Bakar tentang haknya dalam warisan, Abu Bakar menjawab: tidak pernah saya dapati Rasulullah Saw. memberikan hak warisan kepada nenek, lalu berdirilah seorang Sahabat yang bernama Muhgirah bin Syu’bah, laluberkata: saya mendengar Rasulullah memberikan haknya 1/6, lalu Abu Bakar meminta seorang saksi untuk membenarkan riwayat Muhgirah tersebut, maka berdirilah seorang Sahabat yang bernama Muhammad bin Maslamah lalu berkata: benar ucapan Mughirah, lalu Abu Bakar melaksanakan kandungan Hadis tersebut sesuai dengan Hadis riwayat Mughirah". (HR. Bukhari & Muslim).

Sumber: http://id.shvoong.com/humanities/religion-studies/2280673-metode-khulaf%C3%A2urr%C3%A2syid%C3%AEn-dalam-meriwayat-hadis/

Ummu Muhammad said...

KI: heheh pakcik (mudah-mudahan bersedielah untuk mem'pakcikkan' pakcik ni..4 tahun da berlalu lame betul nk jadi 'pakcik' :D) mesti tak paham kan hehhe takpe2..

oo kerje kat sane..same kite matematik..ade tak course islamic yg membolehkan orang math melencong ke arah itu?

Karisma Izzah said...

Boleh...kena bincang dengan pensyarah di sini.

Kalau ada tajuk research atau overview apa yang diingini, boleh contact bahagian pascasiswazah 07-5535095 -Encik Arafat, minta dia cadangkan pensyarah-pensyarah yang bersesuaian dengan bidang/tajuk.

Matematik industri atau pendidikan?

Ummu Muhammad said...

KI: pendidikan..kite samelah..sekarang belum boleh..anak2 kecik lagi..bagi besar paling tidak lepas susu badan nnt baru boleh rncang mcm2 heheh t.kash ye KI..tgk apa kate DIA dulu :)