Muhammad & Abu Bakr yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sepatutnya pagi tadi kita ke A'Famosa Resort Malacca. Lebih kurang seperti family day keluarga sebelah ibu tetapi takdir dan kehendak Allah kita tidak menyertai di saat akhir kerana ibu tidak berapa sihat dan segan :D. Maklong pengurus rombongan. Dengar khabarnya, maklong menempah sebuah banglo yang siap dengan kolam renang di hadapannya.
Tidak mengapa. In shaa Allah lain masa dengan kesesuaian tempat, kita boleh sertai lagi nanti ;). Jadi, acara mandi-manda di Melaka terbatal dan digantikan dengan aktiviti luar homeschool Muhammad iaitu membersihkan kebun kecil ayahanda. Lama ayah berhajat membersihkan kebun kecilnya dan Alhamdulillah pagi tadi baru diizinkan Allah :).
Aktiviti yang menyihatkan ayah dan Muhammad kerana aktiviti ini mengeluarkan peluh dan waktu yang paling sihat untuk mendapatkan vitamin daripada sang mentari pagi. Ewaaah ayat novel! :D. Ibu sempat ambil gambar Muhammad dari tingkap dan paksa ayah ambil beberapa keping gambar kalian dengan aktiviti membersih kebun pagi tadi.
Cuba teka apa yang abang besar Muhammad buat?
Nampak tidak apa yang Muhammad pegang?
Cucuk tanah ya puan-puan. Bukan gunting rumput ;D. Gaya persembahan mesti lebih!
Inilah hasil memesin, menggunting, mencabut rumput oleh ayah dan Muhammad. Saujana mata memandang :D.
Pisang lemak manis.
Pisang ini pula, ibu tidak dapat mengenal pasti identitinya.
Siapa tahu spesis apakah pisang ini?
Dalam masa abang besar Muhammad dan ayah membersihkan kebun, ada insan yang bermuram durja kerana tidak dapat bersama-sama menabur budi kepada tanah. Bersedih disebalik jeriji tingkap sambil memerhati ayahanda dan kekandanya T_T.
Kasihan adik Abdullah.
Siap sahaja ayah dan Muhammad membersihkan kebun, ibu pula berkemas dalam BAi, kita bersiap keluar. Tujuan utamanya adalah mencari keperluan basah dan kering BAi dan mencari DVD player yang sedang jualan murah sehingga ahad ini sajaha. Ianya bertujuan diletakkan di rumah nenek.
Untuk kegunaan para huffaz cilik Muhamamd, Abdullah dan Kaiyisah Zahra.
Muhammad, adik dan adik-beradik susuan kalian Kaiyisah, anak makngah kini diasuh nenek sendiri. Ummi ada projek mega tahun ini, jadi dengan keterbatasan masanya, Allah izinkan nenek yang perlu mengasuh cucu-cucunya sendiri. Jadi, untuk meneruskan kelangsungan hafazan abang besar Muhammad dan adik Abdullah serta Kaiyisah, ibu dan ayah belikan DVD ini untuk digunakan dirumah nenek. Hanya untuk DVD belajar Al-Quran :). Ibu juga dalam proses membeli VCD untuk diletakkan dirumah nenek. Mudah-mudahan, Allah izinkan semua kalamNya tersemat cantik di dalam dada setiap daripada kalian!
Harga asal RM 79.90. Harga sabtu dan ahad ini hanya RM 49.90. Asbab itu kami beli juga hari ini. Ada sony yang lebih kemas tetapi sudah terlambat kerana setelah beli yang ini, barulah ayah tahu berkenaan si sony walaupun harganya lebih mahal.
Selepas itu, kita ke destinasi mencari keperluan basah dan kering BAi. Seharian berjalan dan penutup jalan-jalan hari ini adalah membeli aksesori tempahan telekong untuk yang menempah telekong masturah dewasa dan telekong jamilah kanak-kanak. Alhamdulillah bertambah lagi kawan maya ibu. Walau tidak pernah bersua tetapi setiap pengenalan dan persahabatan itu manis! ;)
Mereka bakal ditelekongkan :D.
Alhamdulillah tadi juga, ibu paksa ayah singgah semua tempat yang ibu perlukan untuk mencari bahan-bahan dan kain tempahan kerana ibu malas mahu keluar lagi esok. Penat :P. Alhamdulillah urusan membeli-belah selesai dengan jayanya. In shaa Allah dengan izin Allah, esok adalah hari bermanja-manjaan dengan mesin terbang ibu :D.











12 comments:
berbudi pada tanah tak rugi kan. in shaa Allah ada hasilnya. :)
wallaaa, rajinnya anak teruna soleh ni tolong ayah membersihkan kebun =) semoga istiqomah ya.....
waaa....pisang dia dh berbuah...pisang kita xthu bila...msih kecik lagi...huhu
lps ni sure lajukan m'jahit telekung...dpt double kan production guna SM baru ;)
bagusnya ada kebun sendiri..
Nata: Tanah pusaka akak kat kg katanya subur dek pokok2 yg diusahakan oleh abang, alhamdulillah..
kakmas: bayk hasilnye..selalu nk masak petik je hehe..k.mas tanah luaskan..boleh buat kebun siap kolam renang..lepas tu ajak lukman dgn firas anis hehe ;)
kak ina: alhamdulillah bujang sgt 'rajin' hewhweee
noen: hari tu ade pisang yg segan nk besa..pisang ni tak segan malah menggemok dengan jayenye heheh
ye mesin ini sgt awasome (pandai da gune word nih!)
kak tini: alhamdulillah bestnye ade kebun besa ;)
Seronoknya rmh ada tanah. Boleh berkebun :) bab nama pisang mmg failed ;) pisang emas je tau. Slmt menjahit. Cantik yg pink tu..
Berbudi pada tanah, hobi ibu yusuf dulu2. Hangat2 najis ayam, hahaha.. sekarang semuanya sesayu mata memandang.. huhu..
Seronok nye berkebun, xsabar nak balik msia , nak kerjakan tanah sekangkang syemutt tu
telekung itu utk anak2 dara solehah sy ke? - ira-
ira: boleh ke? sesuai tk? ;P
rajinnya muhammad tolong ayah dia.. hihii...
saya pun xtau tu pisang apa..
anak2 kalau kita mengemas mmg dorang akan sukarela menolong... tak payah nk ajak2 :)
bestnya ada tanah tepi boleh tanam macam2
Post a Comment