Alhamdulillah Allah sampaikan lagi kita di dalam 2 Ramadhan 1433H yang penuh keberkatan dan ganjaran buat kita insyaAllah! Ketika ibu menulis entry ini, masih belum ada tanda-tanda ibu mahu melahirkan khalifah kecil II. Berapa Ramadhan agaknya khalifah kecil II mahu menjengah dunia ;). Ayah pula sudah bertanya bila ibu mahu bersalin. Ayah turut merasa bebanan melihatkan ibu yang sentiasa menanggung sakit terutama ketika tidur. InsyaAllah mudah-mudahan ianya kaffarah dosa-dosa ibu selama ini.
Ibu masih berbelah bahagi untuk memulakan cuti bersalin pada isnin ini. Pihak pentadbir telah menyatakan kebimbangan mereka takut-takut ibu terbersalin di dalam ladang sawit sahaja. Disebabkan ini kelahiran kedua, mereka mengandaikan jalan sudah ada. Keluar ladang sahaja 30minit ditambah lagi perjalanan ke hospital pilihan kita sejam jaraknya. Jumaat lepas ibu telah menyerahkan tugas tetapi beg pensel ibu tertinggal seperti mahu menyuruh ibu pergi lagi bertugas esok ;). Lihat keadaan. Bagus juga cuti awal, insyaAllah masa di waktu pagi tersebut ibu boleh memanfaatkan merebut hadiah Allah yang hanya ada dalam Ramadhan dan mengumpul tenaga untuk berjuang, jihad mengeluarkan khalifah kecil II nanti insyaAllah!
Alhamdulillah, semalam Allah mengizinkan ayah, ibu, Muhammad dan khalifah kecil II berterawih 2 Ramadhan 1433H. Pada mulanya ibu ayah mahu tinggalkan Muhammad di rumah nenek sahaja kerana Makngah ada menjaga anak kecilnya. Muhammad menangis mahu ikut. Ayah dan ibu segera membuat SWOT (strengths, weakness, opportunities & threats) dalam keadaan insyirah yang sudah bergerak dari rumah nenek. SWOT adalah berkenaan teori untuk merancang sesuatu. Akhirnya ayah ibu berpatah balik dan mengambil semula Muhammad. Gembiranya Muhammad apabila diambil semula ;).
Muhammad tidak seperti 1 Ramadhan 1433H semalam. Alhamdulillah Muhammad sangat baik dan bertindak seperti 'abang-abang' malam semalam. Suara kurang, muka serius ;). Kurang bergerak dan duduk di sekitar ibu. Semalam dan hari ini, Alhamdulillah ibu berpeluang mengikut imam sepenuhnya kerana ada Paksu yang menjaga Muhammad. Takdirnya, maklong sekeluarga juga ada. Ramai juga bodyguard Muhammad malam semalam. Nenek buat jamuan berbuka puasa tetapi kita tidak ikut serta memandangkan ayah sudah bersedia dan memulakan proses memasak. Jadi, kita singgah sekejap selepas terawih. Muhammad mengikut mereka balik ke rumah nenek selepas 8 rakaat terawih. Jadi, ayah dan ibu tinggal menghabiskan baki terawih bersama khalifah kecil II. Kita jumpa di rumah nenek selepas itu ;).
Foto big bro yang sedang solat diambil Paksu ;).
Malam ini bagaimana pula keadaannya ;). Boleh jadi ibu sudah mahu bersalin. Teringatkan semasa mahu bersalinkan Muhammad, jam 6 petang 14 Ramadhan 1431H lebih kurang sejam lebih mahu berbuka, ibu sudah berasa sakit yang sedikit-sedikit, sakit luar dari kebiasaan. Sakit semakin kerap tetapi ibu gagahan juga untuk terawih 15 Ramadhan 1431H. Jam 12 tengah malam, ibu ayah sampai di hospital tetapi singgah dahulu untuk makan sebagai persediaan simpanan tenaga untuk melahirkan. Punyalah sakit, ibu sangkakan sudah terbuka banyak cm, rupanya baru 2cm. Jam 8-9 pagi, jalan sudah terbuka 6cm. Tengah hari, Muhammad keluar menjenguk dunia. Bagaimana pula keadaan kelahiran khalifah kecil II agaknya. Mudah-mudahan proses bersalin kali ini terlebih mudah berbanding Muhammad dahulu. Ibu harapkan, ibu sampai hospital boleh terus ke labour room untuk melahirkan, tidak perlu tunggu di dalam wad ;D.

5 comments:
yang tukang baca ni pun berdebar jugak!!huhu
rindunya pd abg long.. ;)
fifah: doc pun suh kelua cepat tdi..kelaka pun ade..hehe
anis: muhammad ni pesen buat donno je makin besa heheh..die g solat subuh jumpe walid die, die buat tk tau je..muke innocent ;P
heee..bersalinkan hani malam tu kol 1 pagi dah g hospital tapi sbb bukaan bari 2cm gagahkan diri je balik rumah..takmo tunggu nnt kena seluk2 lagi sakit..last2 kol 10 pagi smp hospital bukaan dah full..xleh nk jalan pun..naik katil terus doc suruh teran :) alhamdulillah
cepatnye bukaan full nina..alhamdulillah senang..kite teran2..kelaur da kepale pahtu masuk balik..huhhhh
Post a Comment