Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Semalam semasa ibu mengambil Muhammad dari rumah ummi dan walid, walid bercerita yang walid bertanya kepada Muhammad, "Muhammad lebih sujud ke?". Ummi pula menyampuk, "Pandai pula mengangguk dan mengiyakan". Ibu biasa memang lambat pickup. Lama berfikir mencari jawapan. Rupa-rupanya mereka merujuk kepada hitam di dahi Muhammad. Muhammad jatuh tersungkur pada hari ahad yang lepas di dalam rumah ketika berlari ke pintu utama kerana menyangka ayah sudah pulang. Baru-baru ini juga, Muhammad baru sahaja menekup peha Muhammad dengan seterika. Semasa kejadian, ibu baru sahaja habis merapikan pakaian kerja ayah dan ibu dan terus mencuci najis poopoo Muhammad. Ayah pula sedang mengutip hasil kebun kecilnya. Habis sahaja ibu memakaikan Muhammad CD, ayah minta untuk dihulurkan gunting dari pintu dapur. Ketika itulah Muhammad meraung memanggil ibu dari bilik tengah. Sekejap sahaja takdirnya membawa tanda di peha Muhammad. Kenangan ya Muhammad ;). Mudah-mudahan doa ummi dan walid makbul supaya Muhammad menjadi hamba Allah yang lebih sujud merendahkan diri kepada Pencipta kita.
Fasa Bercakap
Ketika ini iaitu semenjak di tanah haram Mekah lagi Muhammad sudah mula membina perkataan-perkataan mudah dan ianya lebih ketara setelah Muhammad sembuh dari demam mungkin asbab mahu tumbuh gigi taring dan mahu bercakap. Setahun 7 bulan ketika di Mekah, Muhammad sudah pandai memanggil 'ibu' ;). Setahun 8 bulan pula, bulan Muhammad diuji dengan ujian kesihatan yang mana kita baru pulang mengerjakan umrah. Setelah baik, selang beberapa hari, badan Muhammad panas kembali dan ibu lihat ada gigi yang tumbuh dan gusi Muhammad membengkak. Setahun 8 menuju ke setahun 9 bulan, Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat bercakap pula. Alhamdulillah setakat hari ini ibu perhatikan, Muhammad tidak mengalami masalah pelat.
Ummi gelar Muhammad 'tubuh besi'. Badan semakin memejal apabila sudah mendapat rentak makan dan susu yang betul.
Lafaz Seiring Perlakuan Solat
Paling menyejukkan hati, jika dahulu Muhammad hanya menunjukkan perlakuan solat sahaja, Alhamdulillah setahun 8 menuju 9 bulan, Muhammad sudah mampu melafazkan dan menunjukan perlakuan solat dengan sempurna. Pernah Muhammad solat waktu Zohor ketika itu, ibu rakamkan aksi Muhammad secara senyap kerana jika terang-terangan, Muhammad akan malu. Muhammad berdiri qiam, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud sehingga rakaat keempat, Muhammad duduk tahyat dan memberi salam ketika di rakaat keempat. Semasa berdiri pula, mulut terkumat kamit seolah-olah membaca Al-Fatihah. Sayangnya Muhammad solat hanya berCD. Seksi untuk di upload di sini. Memang diusia sebegini, anak sebesar Muhammad adalah peniru terhebat. Di sinilah ibu ayah perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan persekitaran yang sihat. Ini adalah suatu doa dan usaha berpanjangan daripada ibu dan ayah, masa depan adalah milik Allah. Ibu ayah hanya mampu berharap, Muhammad dan adik-adik bakal menjejaki jalan-jalan orang-orang yang beriman dan bertaqwa sebelum kita insyaAllah!
Kecenderungan
Alhamdulilah juga, kecenderungan Muhammad kepada buku juga sangat memberansangkan. Fasa ini tiada lagi makan-makan buku ;). Pilihan Muhammad adalah bahan rujukan yang bercetak jawi. Kebiasaannya, di dalam beg Muhammad yang dihantar ke rumah ummi dan walid terkandung muqaddam bergambar, iqra', buku al-furqon, buku hadis dan juga VCD kartun arab dan bacaan Al-Quran juzuk amma ataupun juzuk tabarrak. Huruf-huruf hijaiyah juga Muhammad boleh menyebutnya sehingga ke ya walaupun kedudukan huruf-huruf tersebut bukan pada kedudukkan yang betul lagi. Kebanyakkan yang keluar dari mulut Muhammad adalah yang terkandung di dalam buku-buku yang ibu bekalkan seperti iqra' dan al-furqon. Pernah ibu dan ayah yang mana jadual bertugas kami berlarutan sehingga petang secara serentak. Jadi, ibu mengambil Muhammad lewat. Kebiasaannya ummi akan menyalin pampers baru dan memandikan Muhammad ketika ibu mengambil Muhammad. Sambil memakai pampers dan baju, kakak-kakak Muhamamd dan ummi, menyanyi lagu huruf-huruf hijaiyah. Mungkin asbab mereka Muhammad pandai menyebut huruf-huruf hijaiyah dengan makhraj yang betul ;). Kadangkala, Muhammad juga seakan sedang membaca Al-Quran. Terbaru pula, telinga ibu menangkap lagu ABC yang keluar ketika Muhammad khusyuk bermain-main.
Berangan
Muhammad juga kuat berangan menjadi tok bilal, khatib dan qari. Microfon Muhammad adalah router internet. Haha! Walaupun Muhammad jenis pelajar yang tidak boleh duduk diam, namun, ada masa-masanya Muhammad begitu fokus. Contohnya di dalam insyirah, memang selalu ibu ayah pasangkan CD Al-Quran yang ayah beli di Madinah. Muhammad boleh duduk diam mendengar. Antara pangkal surah yang Muhammad boleh ikut sekarang adalah surah Abasa dan surah An-Naba'. Selain itu juga, di BAi, ibu ayah selalu selang selikan bacaan surah yasin Ustaz Muhammad Al-Hafiz dan kartun arab Salahuddin di samra' (laptop) ibu. Muhammad memang sangat gemar bahagian Ustaz Muhamamd membaca dengung. Jadi, router internet baik dirumah nenek mahupun di BAi, Muhammad aplikasikan apa yang Muhammad rakam di minda bawah sedar Muhammad. Ibu cukup terhibur dengan memek muka ketika Muhammad meniru bacaan dengung surah yasin dan pangkal surah An-Naba' ;). Selain itu, Muhammad juga pandai azan. Panjang alunan 'Allahuakbar, Allahuakbar....!' Mudah-mudahan minat dan kecintaan Muhamamd kepada agama kekal selamanya.
Baca Quran versi pelajar kinesthetic dirumah nenek ;).
Membeli-Belah
Entah kenapa, balik mengerjakan umrah, ibu hanya memikirkan bahan-bahan pendidikan Muhammad dan pakaian Muhammad yang semakin mengecil kerana Muhammad semakin sihat membesar. 'Badan besi' gelaran ummi buat Muhammad. Walid pula mengatakan lagi 3 bulan semua baju Muhammad tidak akan muat lagi. Memang Muhammad kuat makan dan kuat minum susu. Badan pun pejal ;). Wang poket yang berbaki balik umrah lepas, ibu membeli-belah bahan belajar Muhammad. Memandangkan Muhammad adalah pelajar jenis visual dan kinesthetic learner, ibu membeli bahan-bahan seperti VCD yang pelbagai antaranya kartun-kartun yang berbahasa arab seperti Salahuddin Al-Ayyubi, Dora dan Simbad dengan harapan semua anak-anak ibu mampu menguasai bahasa syurga ini seawalnya. Jangan jadi seperti ibu. Namun, hanya VCD Salahuddin sahaja yang Muhammad boleh fokus berbanding VCD kartun bahasa arab Dora dan Simbad. Mungkin jiwa anak lelaki yang lebih menjurus kepada video peperangan dan aksi. Muhammad memang tidak suka benar dengan kartun Dora dan Simbad. Mungkin jalan ceritanya membosankan atau ianya tidak sesuai dengan jiwa anak lelaki. Baju pula hanya baju tidur sahaja yang sempat ibu dan ayah beli semasa ibu berkursus di Jusco Melaka selama 3 hari 2 malam bulan lepas. Baju basahan harian insyaAllah cuti inilah kita cari nanti.
Beli-belah online ;)
CD
Ini bukan CD cakera padat tetapi cloth diaper. Sejak beberapa minggu sebelum mengerjakan umrah, ibu ayah telah mencampur penggunaan CD dengan DD. Sebab yang pertama adalah CD Muhammad kebanyakkannya sudah rosak :(. Punca utama adalah penjagaan ketika mencucinya. Ibu terpaksa akur kerana semua CD Muhamamd adalah di bawah pengurusan ayah. Biasalah orang lelaki ini ringkas dan cepat. Jadi, segala yang berlaku, ibu perlu akur T_T. Ayah kerap menggunakan peluntur untuk melunturkan warna kuning yang melekat. Hasilnya, lapisan getah yang bertindah sebagai mencegah air dari menyerap di CD semakin kurang sehingga gagal berfungsi dengan baik. Keduanya, kita perlu clearkan bilik air sebelum bertolak menunaikan umrah ketika itu. Balik umrah pula, semuanya tidak sihat, jadi guna pampers sahajalah. Terasa juga pengeluaran wang untuk pampers kerana Muhamamd memang kuat makan dan kuat juga menyusu serta kuat juga membuang air kecil dan besar. Memang kerap menyalin pampers Muhammad. RM200 juga untuk pampers sahaja sebulan. Jadi, ibu dan ayah sepakat untuk mencari CD lain yang lebih mudah dan cepat mencucinya. Kami memilih CD jenis weegro dan dilapikkan dengan bamboo charcol. Mulanya ibu beli sebagai percubaan dan ianya memang mudah. Alhamdulillah, kemudian ibu dan rakan setugas ibu yang juga mahu menCDkan anak pertamanya insyaAllah, sama-sama membeli untuk mendapatkan harga pukal. Alhamdulillah Allah mudahkan dan kami membelinya dengan harga murah dan insyaAllah kuantitinya mampu menampung Muhammad dan adik nanti. Sekarang kesemuanya ada 15 keping CD dan 45 insert jenis bamboo charcoal. Ibu dan rakan ibu sedang menanti lagi 15 keping CD lagi. Muhammad hanya berCD dirumah. Dirumah ummi walid, ibu ayah bekalkan pampers sahaja kerana mungkin ummi kekok dengan penggunaan CD yang perlu diletakkan di dalam wet bag tanpa dicuci. Pernah sekali ummi mencucinya dan meletakkan di dalam wet bag Muhammad. Jadi, solusinya ibu ayah membekalkan pampers kerana kami tidak mahu mereka mencuci CD-CD Muhammad.
CD kali ini bukan jenis poket yang didatangkan dengan microfiber insert dan soak berwarna putih. Semua insert Muhamamd sebelum ini jenis microfiber dan susah untuk menanggalkan kesan najis. Jadi, ibu ayah membeli insert jenis bamboo charcoal yang berwarna hitam seperti diatas yang lebih mudah najis yang melekat tanggal. Hanya perlu mencurahkan semburan air paip sahaja.
Susu Kambing Karihome
Alhamdulillah akhirnya ibu ayah jumpa juga kedai yang menjual susu dengan harga jauh lebih murah dari di bandar tempat kita ini dengan izin Allah pastinya. Terima kasih kepada kawan ibu, Mama Damia yang menunjukkan kedai tersebut di daerah tempat selalu kita makan beriayani setiap hujung bulan. Bayangkanlah bezanya hampir RM10. Setin susu kambing karihome Muhammad yang beratnya 900g berharga RM84.50 di tempat kita dan harga ditempat kawan ibu adalah RM75.90. Susu yang ibu ayah minum pula iaitu untuk orang dewasa RM34.50 yang beratnya 400g dan disana dijual dengan harga RM30.90. Fahamlah ibu kenapa kawan ibu berhabis untuk anaknya hampir keseluruhannya gajinya. Susu sahaja sudah mencecah RM400 sebulan. Pampers, pengasuh? Jadi, sebulan sekali selapas gaji, kita ke sana untuk membeli bekalan sebulan susu Muhammad juga susu ibu dan ayah. Muhamamd memerlukan 3-4 tin sebulan manakala ibu dan ayah memerlukan 2 tin sahaja sebulan kerana kami sarapan sahaja dengan susu. Ibu pula tambahan 3 biji kurma untuk adik dalam perut setiap pagi ;).
Stok susu sebulan. Tidak lupa juga membeli minyak Jojo-E yang bertindak menghilangkan kesan parut apabila kulit 'mengembang'. Alhamdulillah nampaknya berkesan dengan izin Allah. Juga, sabun pencuci CD Muhammad. Belajar dari kesilapan ;).
Susu Terapi Al-Quran
Bercerita perihal susu, setiap ibu bapa pasti punya 'fatwa hati' (bak kata Ustazah fatimah Syarha) masing-masing. Pasti setiap ibu ayah mahukan yang terbaik buat anak-anak. Buat masa ini, fatwa hati ibu dan ayah lebih cenderung kepada susu kambing sebagai susu ganti kepada susu ibu. Begitu juga dengan kawan-kawan ibu yang lain. Ramai juga rakan-rakan yang ibu kenal mahupun kawan-kawan blogger yang hamil dan fatwa hati hasil musyawwarah antara suami isteri, lebih kuat untuk terus menyusukan memandangkan masih ada susu lagi. Ada juga yang fatwa hati mereka lebih cenderung kepada susu lembu dengan terapi Al-Quran sebagai susu sokongan mahupun pengganti kepada susu ibu. Ada juga yang kekal memberikan susu ibu walaupun telah melebihi had 'wajib'. Pendek kata, masing-masing ada iktikad sendiri untuk tumbesaran yang sihat buat anak masing-masing. InsyaAllah semua yang bernama ibu pasti membuat sesuatu dengan niat yang hebat-hebat untuk anak masing-masing. InsyaAllah walau bagaimanapun pembawakan si ibu, doa ibu tiada hijab untuk anak-anak. Istimewa seorang ibu yang Allah angkat martabatnya ;). Kawan maya ibu, ummi tasneem, adalah pengedar susu jenama Ilham yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan online sama seperti ibu. Suaminya adalah rakan sekuliah ibu yang mana ketua penggerak surau semasa zaman belajar dahulu. Surau tersebut daripada sepi bertukar wajah apabila datangnya geng-geng surau dari Maahad Muhammadiah. Jadi, ibu hanya sempat berbalas senyuman dengan isterinya ummu tasneem semasa majlis konvo 2 tahun sudah. Berkenalan di alam maya sahaja dengan ustazah ummu tasneem ;). Jadi, sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan susu Ilham secara online, bolehlah menghubunginya dengan berkunjung ke blog peribadinya BELAHAN JIWA. InsyaAllah ada harga promosi pembukaan dari ummi tasneem.
Ibu berhenti di sini sahaja dulu wahai Muhammad. Apa yang terjadi hari ini adalah kurniaan Allah buat kita semua. Allah tidak memberi semua kerana Allah mahu menjaga hati-hati kita insyaAllah. Dahulu ibu harapkan yang ibu mampu menyusukan Muhammad sehingga 2 tahun walaupun ibu hamil. Rupanya sangkaan ibu tidak seperti yang ibu bayangkan. Namun, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tarik satu namun Dia makbulkan yang lain. Ibu mahu menghadirkan adik genap Muhammad 2 tahun dan mengharapkan dijemput sebagai tetamuNya dalam keadaan adik dalam perut, Dia perkenankan. Allah tarik nikmat susu ibu buat Muhammad, namun Allah ganti dengan makbulkan doa ibu supaya Muhammad mahu minum susu kambing sebagai pengganti susu ibu. Allah ambil kembali pinjaman stroller namun Allah gantikan dengan unta yang lebih baik insyaAllah. Semuanya dalan susunan dan aturan Allah buat kita, Mungkin kita rasa semuanya yang kita rancang terbaik buat kita namun hakikatnya, rancangan Allah itu lebih hebat buat kita. Semoga kita semua dihimpunkan di dalam syurga dengan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah sejak di dunia lagi insyaAllah!


40 comments:
Muhammad yg sgt pandai!! kagumnya saya dengan muhammad ni.. dpt asuhan yg baik dr ibu ayah dia.. :-)
gantang sungguh muhammad..hehe
alya pun sama dh pandai ikut kita solat..tapi kadang2 geram jugak dia p solat kat depan kita..nk sujud pun payah..huhu..and dh pandai mintak nk pakai telekung jugak ;)
vcd tu beli kat mane?
comel kan cd wegroo tu..geramnya tgk..hihi
pencuci cd tu lg better if amik yg HAD..kiddy wash ngan ABD tak digalakkan sbb ade enzim
as rujukan;
jenama-jenama yang disenaraikan disini adalah dirujuk dari group malaysian cloth diapering parents. Ia dicatat secara random dan bukan mengikut favouritism.
1. Cosway Kiddiewash (dicadangkan sgt)
2. Trojan (paling basic)
3. Might detergent
4. Rocking Green Detergent (RGD)
5. lunacare
6. Mei Mei Laundry Cleaner
7. Top
8. Pureen HAD
9. Ecomax dr cosway
10.Charlie's Soap
11. Tiny Bubbles Detergent by The Natural Baby Co
pilih sabun yang tidak mengandungi enzim, peluntur serta pewangi.
intan: alisha pun same ;)
noen: oh noenn diriku baru tau ranking2 ni..terime kasih banyak tau...oh top ok ke? memang sabun rumah ni gune top..
alya senang mama tukang jahit handalan..pilih je pesen bunge kat tepi ke kat depan ke..mesti cantik telekong alya ;)
vcd beli islamicparenting..kedai mama darwish darwisha ;)
tulah comel je cd pesen nih..yag tempahan tak dapat lagi ni, akak tu cakap kilang cine tengah buat design baru lagi..harap2 tepi CD tu warne hitamlah hehe
terime kasih banyak noen info sabun tu!
Subahanallah... Muhammad bijaknya..
pandai ibu menguruskan muhammad. :)
teringin nak guna cd utk anak2, tp nk mulakan mcm x mampu sbb agak mahal bg sy.
boleh kot..tp guna kuantiti yg sangat sedikit..kite guna biozip je pun tuk basuh cd alya...hehe (bukan main bg list kat org, tp diri sendiri tak ikut pun) ngeh..ngeh..
mummy: masih belajar..kene beljar dgn mummy 4 hero ni dulu..ushae kecil yang mudah2an anak2 suke dgn lorong yang telah ibu ayah buatkan dgn izin Allah
CD tu beli sket2 memang tak mampulah nak beli banyak..kite pakat2 dgn kawan selalunye sebab nak harge murah heheh..
heheh takpe yg penting ilmu n info tu sampai..lebih2 tu pandai2lah nak ikut ke tak hehehe..
papepun terime kasih byk..tulah untuk berpesatuan ibu2 sedunie..ambil faedah dari pengalaman2 mereke2 berpengalaman ;)
Kesian Muhammad... Anak lelaki kena kuat ;)
Saya dulu takut nk bagi susu kambing sebab takut panas. Skrg nak tukar susah sikit.. Sebab dia dah serasi susu yg ada.
Semoga Muhd yang berbadan besi terus berjaya dengan misi dan visi Ummunya
sejuk hati tengok video muhammad solat tuh, bamlom kite baru pandai berdoa dengan sujud.
puas hati dapat baca update panjang2 tentang muhammad..
Subhanallah...terhibur tengok keletah Muhammad....semoga adik auni pun rajin membaca Al-Quran macam Abang Muhammad ye :)
haip!!!jgn puji lebih2...
sangat2 terima kasih pada anda kerana sudi tolong promote susu tu...hehehe..insyaallah blog khas dalam pembikinan...
Wah colourful sungguh cd Muhammad. Owl tu comey comey belake =) senangkan kalau insert itam? xde rasa geram je tgk kuning kalau kat insert putih.
Alhamdulillah, Muhammad n Ahmad sehati sejiwa 'mengembek' bersama minum susu kambing ;)
Salam UM..seronok tgk telatah Muhammad yg sungguh bijak tetapi pemalu :D
K.atie dah balas email...
UI: tulah memang bertande pehe die..mcm kene dere dah anakku heheh..
badan besi..pejal dan berat, sume org dah tak larat nak dukung lame2 hhehe
mummy: mase umo bamlom dulu pun muhammad pandai mcm bamlom..lepas nih dah tambah umo bamlom mesti tambah lagi akal die tambah2 nanti dapat cakap ;)
kak ina: adik auni? adakah kak ina ade berite gumbira???? :D
fifah: kenyataanlah fifah..pasangan ideal..ustaz matematik dgn uztazah agame ;) takpe kayuh pelan2..nanti tambah sket2 barang2 dalam blog..kwn fifah lagi hebat mcm mawaddah..kene gali2 ilmu die mintk pengalaman org berpengalaman dlm bisnes ;)
ummi ahmad: ahmad nak dapat adikkah? heheh..minum susu kambing setakat hari ni, alhamdulillah memang lawas dan takde masalah ruam kulit kt muhammad.sesuai kot susu karihome tu dgn die
kaktie: muhammad nak ikut jejak abang long anak kaktie..doakan muhammad n adik2 die wahai kaktie ibu yg tepilih ;)
salam kak lin..
apa khabar?? anis ni..bekas pengasuh muhammad..hihi..
kak lin, anis harap ada masa nanti nak jumpa kak lin..nk minta penerangan lbh lanjut tentang CD tu..mungkin masa raya nanti ke..boleh ye? :)
jaga diri, peluk cium untuk muhammad.. :)
anisssssss!!!!! rindunyeee..dah ade berite gumbirakah? mudah2an ;)
k.lin tak pakar sgt..tapi tulah geng ibu2 blogge ni ramai yang banyk info n gune CD mcm kakak noen kite heheh..die tahu die share..bestkan? ;) buatlah blog nis.. ;)
nanti datang tau..insyaAllah adik Muhammad ni awal ramadhan kalau takde aral..raye nanti datang dgn suami n haida..raye kat sini jelah insyaAllah tahun nih ;)
k.lin tunggu tau nis ;)
eh..tersilap lah...Kakak Auni :) adik auni insyaAllah akan menyusul...doakanlah ye agar khabar gembira menjenguk di TM ni :)
hihi..rindu kak lin juga..rindu muhammad sgt.. :)
Alhamdulillah kak lin..da lekat..tp masih baru..belum sebulan rasanya..doakan kandungan anis sihat2 je ye.. ;)
bnyk benda nk belajar dari kak lin ni..CD, breast pump etc, etc..hihi..tgu raya sebab masa tu insyaAllah da masuk trimester kedua..tu yg da blh plan brg2 baby sikit nanti.. :)
kak ina: insyaAllah mase disi Allah dah tepat mesti TM akan dimeriahkan dgn adik auni pulak hehe..
p/s: betullah kak ina..tgk anak main sorang2..kesian tgk die..carikan kawan nanti siaplah ayah n ibu die hehhe
anis: alhamdulillah!!! mabruk!!! bestnye die rezeki die awal ;)
insyaAllah boleh..k.lin banyak google je nis..cedok sane cedok sini..bace pengalaman ibu2..alhamdulillah best bace pengalaman org2 yg pelbagai..mudah2an Allah anak2 anis dikuniakan susu ibu yg melimpah ruah di awal2 kelahiran ;)
Cd pulak setakat hari ni yg Muhammad punye bukan branded sgt atau yg mahal2 pun..beli banyk dgn kawan siap insert dapat berbelas ringgit utk sekeping cd..kire mcm k.lin ni return customer..tapi kalau anis nanti nak beli..insyaAllah boleh join kawan k.lin tu sebab die baru beli sket2..mcm nak tambah order je die..adik kawan k.lin tu pun tgk mcm berminat.. ;)
p/s: nanti kite cerite lagi..raye datang tau bawak perot boyot heheh..mudah2an semue selamat n dipemudahkan..doakan k.lin selalu ;)
assalamualaikum... boleh saya tau dimana kedai yg menjual susu karihome tu. sbb anak saya baru lepas menjalani operation usus. setakat ni saya dapat harga rm84. area KL. ni email saya.. wmzwb@putra.edu.my
assalamualaikum...
found your blog recently..sbb saya tercari-cari kt mane jual susu karihome yg murah..anak saya baru 2 bln tukar susu karihome lepas buat operation..boleh bgtau tak kt mane puan beli susu dgn harga 75 setin tu kt mane..terima kasih diatas perkongsian..
Assalamualaikum...found your blog recently after searching about susu karihome..cuma nak tnya kt mane puan beli susu karihomer dgn harga yang RM75 setin tu ya?terima kasih atas perkongsian.. :)
anon: puan, saye dah send email..harge karihome kt situ skrg dah 79.90 T_T
wansha: waalaikumusslam..kedai baby shop jalan rahmat tapi sekrang dah jadi 79.90 setin dan pekerje situ bgtau ianya akan naik lagi..myb permintaan banyak demandlah sket T_T
slm sis sy pun nk tau kedai tu..boleh email sy x?hasanahhussain@gmail.com....so far dpt rm84.50 plg murah...tq sis,slm pkenalan sy hasanah...
Salam Sis,
Saya pun berminat nak tau kedai yang jual Karihome tu. mintak tolong email kan yer.. ctza81@gmail.com
Terima Kasih
Salam....
Sis, boleh sy tau kt mane kedai yg jual susu karihome tu? baby sy skang minum susu berasaskan soya, now plan nk tukar Karihome. harap dpt email pada sy: aizuzafu84@hotmail.com
Salam Perkenalan! Tenkiu ;)
Hi sis boleh tahu tak kedai mana yang jual katihome murah tu please? Sms or email 0172960477 farahhaneem@yahoo.com
salam... sis leh bg alamat penuh kedai yg jual susu tu tak? nanti anta kat email saya ek.. mazlinna651@gmail.com terima kasih
assalammualaikum sis, bleh bg alamat kedai yg juak susu karihome x? Emailkan kat sy ye shue_096@hotmail.com :-) terima kasih sis
Salam. bole emailkan saya alamat kedai yg jual susu karihome mras1979@yahoo.com. terima kasih
Salam. bole emailkan saya alamat kedai yg jual susu karihome mras1979@yahoo.com. terima kasih
Assalamualaikum. Blh email kt sy alamat kedai yg jual susu kambing murah tu? Sbb plan nk tukar ke susu kambing. hyangimz@yahoo.com
Salam sis..sy pun nk tahu kat mana blh dptkan karihome dgn hrga mcm tu..emel ye..zab_2946@yahoo.com.
Salam perkenalan..tqvm
Salam sis..sy juga nk tahu kat mana ye kedai tu..sms ye 012-3553270.
Tolong sms kt sy alamat kedai tersebut boleh tak?
salam sis,bole tlg emailkan kt saya kedai yg mnjual susu kambing karihome tu? xkisah la brpe pn hrganya. email ke pwincess_sayra@yahoo.com.my. tq
salam.tlg emailkan skali kedai susu karihome ke pwincess_sayra@yahoo.com.my tq
salam,
boley gtau sus tue kat mana murah..selama nie beli kat c4 rm85..skrg da naik 93..plz share..huhuhu
salam,
bley gtau kat kedai mana yg murah tue? slalu beli kat c4 rm85 skrg da rm93..plz share..
rozmakadir@gmail.com
assalmualaikum semua..maaf dipohon sebab saye tidak sempat untuk email dan sms rakan2 yg dirahmati Allah semua..
kedai yang saye maksudkan ialah kedai baby shop di jalan rahmat batu pahat..mule2 dulu beli mmg murah tapi skrang mugkin asbab permintaan tinggi harga di sana pun naik mendadak..asbab itu juga kami tidak ke sana lagi untuk mencari susu kerana tidak balik modal perjalnan ;D
jadi, kami beli di tempat kami sahaja yang dulu paling murah rm84 setin tetapi kini dan terbaru pada tarikh beberapa hari lepas, setin 900g telah brharge rm89..
sekian terime kasih semua. maaf atas keterlewatan. salam ukhuwwh fillah! ;)
Post a Comment