1.4.12

EPISOD 2: VAKSIN MENINGIKOKAL MENINGITIS

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Sekitar bulan 10 tahun 2011, ibu dan ayah akhirnya sepakat untuk meneruskan niat mendaftar umrah dengan travel agensi yang pernah disertai nenek ibu. Kami pernah juga membuat beberapa survey yang lebih murah harganya namun sekitar 5K juga asbab cuti sekolah dan untuk anak-anak 2 tahun ke bawah seperti Muhammad, harga minimum di agensi lain adalah RM1400, beza sebanyak RM400 berbanding agensi yang kita pilih iaitu RM1800. Namun, takdir Allah membawa kita untuk memilih travel agensi ini memandangkan nenek ibu yang berpuas hati dengan cara kerja mereka insyaAllah.

Gambar dan Pasport
Cuti akhir tahun, kita balik ke kampung ayah lebih kepada untuk menguruskan hal pasport dan suntikan Vaksin Meningikokal Meningitis untuk tokwan Muhammad. Seharian juga menguruskannya. Pagi-pagi kita ke kedai gambar untuk mengambil gambar berukuran pasport yang berlatar belakangkan biru dan juga gambar untuk visa yang berlatar belakangkan putih yang agak besar sedikit. Masing-masing 4 keping diperlukan. Belanja untuk gambar kita 4 beranak hampir seratus. Kemudian, kita ke pejabat pendaftaran negara untuk menguruskan pasport pula. Setiap seorang dikenakan RM100 untuk 2 tahun tempoh yang dibenarkan jika ibu tidak silap. Alhamdulillah sejam sahaja menunggu dan semuanya siap. Untuk tidak merumitkan, urusan gambar dan pasport kesemua kita telah siap dikampung ayah lagi.

Muhammad di pejabat pendaftaran negeri.

Vaksin Meningikokal Meningitis
Selepas Zohor, kita mencari klinik untuk suntikan Vaksin Meningikokal Meningitis yang diwajibkan sebagai prosedur ke luar negara. Hanya tokwan yang divaksin disana memandangkan kita bertolak pada Mac 2012 dan kita hanya berjumpa dengan cuti hujung tahun lepas untuk selesaikan segala urusan tokwan Muhammad dikampung ayah. Harga vaksin untuk seorang adalah RM120. Ketika itu, ibu baru sahaja mengetahui yang adik sudah berada di alam rahim ibu ;). Disebabkan kesukaran untuk mencari peluang berinternet dikampung ayah, ibu, ayah dan Muhammad menangguh dahulu suntikan vaksin ini untuk mencari tahu perihal suntikan untuk ibu hamil dan anak dibawah 2 tahun. Di fikiran ibu hanya ada untuk mencari penawar yang boleh mengeluarkan vaksin itu semula setelah disuntik. Alhamdulillah segala urusan tokwan di kampung beres dalam masa sehari.

Email Kepada Penulis Buku 90 Ubat Mengandungi Babi
Setelah seminggu lebih dikampung ayah, kita kembali ke BAi untuk menguruskan perihal kita pula dengan travel agensi. Sebelum itu, ibu segera email kepada Abd Rahman, B.Pharm, penulis untuk www.halalscience.com iaitu penulis buku di entry 90 UBAT ADA BABI. Di bawah ibu copy and paste beberapa soalan yang ibu ajukan kepada beliau.

Soalan 1: Saya nak tanya perihal vaksin yang diwajibkan apabila kita pergi haji atau umrah? macam mana statusnya?
Klik untuk paparan lebih jelas.

Soalan 2: Bagaimana pula dengan status ibu mengandung, perlukah disuntik vaksin untuk mengerjakan umrah?
Klik untuk paparan lebih jelas.

Soalan 3: Anak saya setahun 4 bulan dan tidak divaksin setelah mendapat tahu berkenaan vaksin sekitar 5 bulan..jadi adakah perlu dia divaksin untuk berangkat ke umrah?
Klik untuk paparan lebih jelas.

Selamat Daripada Divaksin
Akhirnya, setelah mencari tahu di internent dan pergi ke beberapa klinik untuk comfirmation, akhirnya ibu dan Muhammad terselamat daripada disuntik vaksin memandangkan ibu adalah ibu hamil dan Muhammad tidak melebihi 2 tahun lagi. Hanya surat yang mengesahkan ibu sedang hamil dan Muhammad adalah kurang daripada 2 tahun sebagai syarat pelepasan visa. Hanya ayah yang tidak mampu untuk elak lagi untuk disuntik. Di pusat rawatan rki ada menyediakan satu formulasi yang insyaAllah boleh mengeluarkan vaksin yang telah disuntik namun takdir tidak menyebelahi ayah ketika itu kerana formulasi itu kehabisan stok. Mahu tidak mahu ayah terpaksa juga mengeraskan ototnya ketika disuntik. Untuk pengetahuan juga, ibu hamil yang tidak melebihi 7 bulan sahaja yang dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. Jadi, sekali lagi Allah izinkan ibu ke tanah suci kerana ketika berangkat, usia adik di dalam kandungan ibu adalah 5 bulan lebih. Terima kasih Allah kerana mengurniakan adik Muhammad sebagai helah bela diri untuk ibu daripada disuntik ;).

Sebenarnya banyak yang Allah kurniakan kepada kita wahai Muhammad. Sebelum ini ibu dan ayah memang sengaja tidak 'menjaga' untuk menjarakkan kehamilan memandangkan ayah mengesyorkan ibu untuk hamil diusia muda sebanyak mungkin memandangkan faktor larat orang muda. Jadi, terlintas digerakkan hati ibu, alangkah baiknya dapat ke tanah suci bersama Muhammad dan sedang hamil. Sekurang-kurangnya adik sudah 5 bulan dan merasai segala yang ibu rasakan selain mengelak daripada 'cuti' setiap bulan. Seperkara lagi, ibu begitu kasihan dengan adik. Adik tidak dapat sepertimana Muhammad. Semasa mengandungi Muhammad, ibu begitu cergas dengan ibadah sunnat berbanding dengan mengandung pada kali ini. Banyak hak adik yang ibu nafikan. Jadi, ibu berharap dengan umrah, mudah-mudahan ianya terbayar dengan apa yang Muhammad dapat ketika di alam rahim ibu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar wahai Muhammad dan khalifah kecil II ibu ayah ;).

12 comments:

Zefa NorAsmara said...

Beruntung Muhammad dan adik.. sudah jejak ke tanah suci.. :D

NoEn said...

bertuah muhammad dan adik...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ummu Muhammad..seronoknya k.atie baca kisah Ummu Muhammad sekluarga menjadi tetamu ALLAH.
Alhamdulilah,segala2nya dipermudahkn oleh Allah.
Bertuahnya Muhammad & adiknya telah menjadi tetamu ALLAH di usia yg muda.
Ttg ank llaki k.atie tu.Alhamdulilah.Sebenarnya k.atie & suami xmemaksa mmg minat & kecenderungan anak llaki lbh kpd ke agamaan & mencintai Al Quran.Alhamdllh.
Dan kami telah mendaftarkn anak llaki k.atie sekolah tahfiz seusia 13 tahun lagi.Yg penting minat & kecintaan anak kita trhadap Al Quran..InsyaAllah,dia pasti menjadi mujahid Islam
K.atie doakn semoga Muhammad akan menyertai seperti mana anak lelaki k.atie,InsyaAllah.
Sama2 kita memperjuangkan kalimah Allah & Agama Islam.

Ummu Muhammad said...

kak zefa & noen: alhamdulillah dengan izin Allah..semoga akak n noen cepat2 juge menjadi tetamu Allah ;)

kaktie: untungnye kaktie...kite baru berbual dgn ayah Muhammad..memang budak2 hafiz ni kurniaan Allah dan sellaunya mereka sendiri yang berminat ke arah itu..kaktie antere ibu2 yang bertuah..mohon doakan kami sekurang-kurangnya adalah seorang yang mcm anak bujang kak tie ;)

Ummi Iman said...

salam. baru2 ni saya ada terdgr bahawa vaksin sblm kita mengerjakan umrah dan haji ni adalah haram. sumber yg diterima dari sebuah pondok. dan doktor yg mengesahkan perkara tersebut. apa yg diberitahu byk vaksin yg dicipta utk memusnahkan umat islam. di buat dari benda2 yg kotor. sdgkan rakyat negara lain tdk mengambil vaksin tersebut. risau juga mendengarnya. tgh mencari maklumat adakah perkara ini betul2 benar. byk agenda yahudi sebenarnya utk menghancurkan islam. terutama dari segi pemakanan. wallahuaklam.
http://danish2damia.blogspot.com/2011/12/status-vaksin-haji.html

Ummu Muhammad said...

ummi iman: saye pun pernh buat entry khas tntang vaksin kanak2 yang tiap2 bulan tu..dan vaksin haji nipun lebih kurang juge kate abu baka, farmasis tu tapi memang takde jalan lain nak elak sebagai prosedur ke luar negara..nak tak nak kene pegang harus seperti yg difatwakan..wallhua'lam..nak buat mcm mane ummi iman..kami selamat, ayahanda Muhammadlah kesian T_T

nur said...

salam, macam mana nk contact akak? Saya nk minta kepastian cara bagaimana untuk elak dari injection ini. Saya hamil 3 bln pada bulan june (bulan kami akan mengerjakan umrah). Terimakasih.

Ummu Muhammad said...

wkmslm nur..alhamdulillah..insyaAllah awak tk perlu risau sebab ibu preggy tak kene suntik..cume minta doktor buat surat mengesahkan awak preggy n serahkan kpd pihak travel agensi..tu jelah..

kalau nak contact ni email: attuffahumairah@gmail.com

nadia rashid said...

Alhamdulillah puan, dah lama sy cari info macam ni mengenai suntikan...akhirnya jumpa kat sini...:D jadi boleh la pegi umrah jika kita hamil kurang dr 7 bulan tanpa vaksin..:D

maria Mohd said...

Aslmkm puan, saya juga tidak memberikan vaksin kpd anak spt jadual yg ditetapkan klinik setelah mengetahui vaksin itu tidak halal. Sy berdoa semoga para pengkaji dan pihak2 terbabit menemui cara terbaik utk perlindungan rasmi kesihatan kpd rakyat Malaysia dari sumber yg halal

maria Mohd said...

Aslmkm puan, saya juga tidak memberikan vaksin kpd anak spt jadual yg ditetapkan klinik setelah mengetahui vaksin itu tidak halal. Sy berdoa semoga para pengkaji dan pihak2 terbabit menemui cara terbaik utk perlindungan rasmi kesihatan kpd rakyat Malaysia dari sumber yg halal

Shakina Farhan said...

ya Allah..syukur Alhamdulillah..tq sbb share..:)