18.1.12

GENAP SEBULAN BERNIKAH

Pagi tadi saya menerima mesej mengejut yang tertulis seorang rakan semasa di tingkatan 1 sekolah menengah dahulu yang baru bernikah genap sebulan yang lalu telah meninggalkan bumi sementara ini ke tempat jaminan hakiki. Apa yang mengharukan arwah baharu mendirikan baitul muslimnya 17 Disember lalu dan pada 17 Januari semalam iaitu genap sebulan, arwah meninggal. Selama 4 minggu bergelar suami, 2 minggu daripadanya dihabiskan di atas katil di wad ICU kerana koma akibat kemalangan sebelum Allah menjemputnya kembali. Cerita sebenarnya saya kurang pasti. Apa yang saya tahu arwah kemalangan setelah menghantar isterinya.

Sebelum ini, tamat sahaja kuliah 5 setengah tahun pada tahun 2009, saya dikejutkan kakak kepada kawan sekuliah saya yang kematian suaminya setelah 5 bulan bernikah jika saya tidak silap. Kematian suami diawal usia perkahwinan yang merupakan saat-saat bulan madu merupakan tamparan emosi yang bukan sedikit. Walau saya cuba meletakkan diri ditempat wanita-wanita kuat ini, namun ianya tetap tidak mampu menyamai emosi yang ditanggung mereka dan saya yakin arwah suami mereka tiada galang gantinya. Begitulah kesetiaannya seorang manusia yang bergelar wanita. Fitrah kurniaan Allah yang berbeza dibandingkan dengan dengan lelaki.

Tiba-tiba saya merasa saya sudah tersangat tua. Sesungguhnya kematian tidak mengenal muda atau tua. Kita juga tidak akan tahu takdir walau sedetik kehadapan yang tertulis untuk kita. Memikikan kematian, menimbulkan insaf yang betapa setiap yang ada adalah pinjaman belaka. Tidak lebih dari itu. Semoga Allah memberkati usia kita dengan melorongkan jalan-jalan yang sentiasa mendekatkan kita dengan redhoNya insyaAllah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Tidak sangka apabila saya cuba google nama arwah sebentar tadi, Allah mempertemukan saya dengan blognya disini. Al-Fatihah buat Mohd. Fikri Bin Ismail!

8 comments:

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. kesiannya dekat isteri arwah.. tak tahu saya nak ckp macamna.. apa2 pun, salam takziah untuk family arwah & al fatihah untuk arwah..

Ruse Sulaiman said...

innalillahiwainnalillahirojiun.. saya pun tak pasti keadaan saya ditempat isterinya. apa pun Allah lebih menyayanginya. semoga rohnya dicucuri rahmat. insyaAllah

NoEn said...

Alfatihah untuk arwah..sy pun bru kehilangan sahabat waktu sekolah dulu minggu lepas selepas koma 2minggu akibat pendarahan otak..baru berkahwin 2tahun..

mummyrinazone beauty said...

Al-fatihah untuk arwah..sesungguhnya allah amat menyayanginya..

Unknown said...

salam takziah. AlFatihah.

memang tamparan yg sgt hebat utk si isteri.. semoga diberi ketabahan hati yg kuat.

Nida said...

Al-Fatihah..

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali...

myamyza said...

al-fatihah

ummu Fateh said...

salam ummu Muhammad...

Tazkirah yang amat mengesankan di pagi Jumaat.

Moga diri saya dapat memanfaatkan ruang dan peluang yang Allah anugerahkan untuk berbakti kepada Suami.