30.4.11

MLCC: SUDAH SEPARUH

Alhamdulillah 12 peserta sudah disemak secara senyap oleh Pengetua Bayt Al-Iman. Selebihnya tunggu masa free insyaAllah! :)

1. http://korangtahutak.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
2. http://threeq-threeq.blogspot.com/2011/03/contest-my-little-galiph.html
3. http://put3-hidupkenaslamber.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
4. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
5. http://norliza989.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
6. http://taufikmaria.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
7. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
8. http://ummihannaluqman.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html#links
9. http://satunokhtah.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
10. http://ady-shariz.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
11. http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
12. http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html

13. http://discoverislam-thetruereligion.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
14. http://mummymyza.blogspot.com/2011/04/bayt-al-iman-caliph-contest.html
15. http://dtehafamily.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
16. http://qisainalove.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
17. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
18. http://ninagacontest.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html 
19. http://nisajijah.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
20. http://mummymairacontestga.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
21. http://cunaghulam.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
22. http://ummu-kauthar.blogspot.com/2011/04/selamat-hari-lahir-anakku.html
23. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
* hijau: telah disemak

MLCC: TOP 10!

Alhamdulillah 10 peserta telah dipilih oleh Pengetua untuk ke separuh akhir. TOP 10 ini adalah keputusan Pengetua Bayt Al-Iman sepenuhnya tanpa campur tangan saya untuk mengelakkan pilih kasih antara kawan-kawan. Jadi, tulisan-tulisan dibawah adalah pilihannya sendiri.

Diumumkan TOP 10 MLCC adalah...


1. http://korangtahutak.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
2. http://threeq-threeq.blogspot.com/2011/03/contest-my-little-galiph.html
3. http://put3-hidupkenaslamber.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
4. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
5. http://norliza989.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
6. http://taufikmaria.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
7. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
8. http://ummihannaluqman.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html#links
9. http://satunokhtah.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html

10. http://ady-shariz.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
11. http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
12. http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
13. http://discoverislam-thetruereligion.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
14. http://mummymyza.blogspot.com/2011/04/bayt-al-iman-caliph-contest.html
15. http://dtehafamily.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
16. http://qisainalove.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
17. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
18. http://ninagacontest.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html 
19. http://nisajijah.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
20. http://mummymairacontestga.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
21. http://cunaghulam.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
22. http://ummu-kauthar.blogspot.com/2011/04/selamat-hari-lahir-anakku.html

23. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html

Tahniah kepada yang berjaya ke separuh akhir MLCC. Bagi yang tidak terpilih, belum rezeki anda tetapi insyaAllah ada cenderahati dari kami di Bayt Al-Iman ;)

CONTEST: BABY & DADDY MOMENT

Bayt Al-Iman telah ditag oleh Ummu Ahmad untuk contest ini ;)

Klik sini untuk turut serta!

MUHAMMAD sungguh lena ketika menggenggam erat jemari ayah selepas keletihan beriadah di setiap ceruk dalam Bayt Al-Iman yang ketika ini berumur kurang 6 hari untuk mencecah usia 8 bulan. Kini Muhammad berusia 8 bulan 5 hari insyaAllah! ;)

Nama: MUHAMMAD
Umur: 8 Bulan 5 Hari

Bayt Al-Iman mengucapkan semoga D'La Maya beroleh redho dan keberkatan rezeki disisi Allah insyaAllah!

Bayt Al-Iman tag ibu Danial, mummy Razziq dan ummi Auni ;)

29.4.11

ADYSHARIZ LUCKY DRAW

Bayt Al-Iman support Adyshariz Lucky Draw!


Klik sini untuk turut serta!

Hariz pemuda islam hebat!
Siapkan dirimu dengan iman, ilmu dan amal
Sedarlah tugasmu sebagai bakal pemuda islam yang rela syahid
Jiwa dan raga hanya diwaqafkan atas nama islam
Kembalikan kegemilangan islam yang dulu
Tanamkan semangat cinta akhirat
Dunia akan tunduk menyembah di telapak kakimu!

Muhammad berkata-kata ;)
Muhammad dan seisi Bayt Al-Iman mengucapkan selamat ulangtahun ke-2
Semoga Hariz dikurniakan kesihatan, umur dan keluarga yang berkat
InsyaAllah kita bergabung ruh bersedia di barisan hadapan sebagai tentera Allah!

Bayt Al-Iman tag 'double C' ;)
Che- D@deelicious dan Cunaghulam@disepanjangjalan

Referral: Adyshariz

27.4.11

PEMENANG UTAMA JA2GA!

Alhamdulillah ada rezeki Bayt Al-Iman kerana terpilih sebagai pemenang utama Jemari Asmara 2nd Giveaway! ;)


Bayt Al-Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur GA, Jemari Asmara. Juga kepada penaja hadiah, Asmara's Collection. Terima kasih daun keladi! ;)

Semoga dikurniakan dan dimurahkan rezeki, usia dan baitul muslim yang berkat yang dihiasi dengan penyejuk-penyejuk mata yang hebat-hebat insyaAllah!

SI PENG'CAPTURE' 55555

Alhamdulillah! Bayt Al-Iman baru sahaja berkenalan dengan blog Kak Yong. Perasaan mahu ikut serta 'Segmen Review Bersama Kak Yong' telah lama sejak terpandang di blog PuanNina ku, namun baru ada ruang dan peluang. Saya kategori golongan yang hanya pandai menulis blog namun bukan faham mendalam 'perkakasan' di dalam blog yang macam-macam. Jadi, Bayt Al-Iman berminat untuk 'diselongkar' oleh Kak Yong! InsyaAllah menagih secangkir ilmu daripada orang yang berilmu ;)


Sedang saya 'bermain pondok-pondok' di blog Kak Yong sebelum ini, saya pun sempatlah meng'capture' 55555 di blog beliau. Terima kasih kepada Kak Yong kerana sudi membuat entry 'Si pengcapture 55555' Bayt Al-Iman sedikit terlewat untuk respon. Terima kasih kerana sudi menyumbang idea untuk Bayt Al-Iman kami. Ukhuwwah fillah abadan abada untuk Kak Yong sekeluarga insyaAllah! ;)

24.4.11

PESERTA MLCC

Peserta My Little Caliph Contest (MLCC) adalah...
1. http://korangtahutak.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
2. http://threeq-threeq.blogspot.com/2011/03/contest-my-little-galiph.html
3. http://put3-hidupkenaslamber.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
4. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
5. http://norliza989.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
6. http://taufikmaria.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
7. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
8. http://ummihannaluqman.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html#links
9. http://satunokhtah.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
10. http://ady-shariz.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
11. http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2011/03/my-little-caliph-contest.html
12. http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
13. http://discoverislam-thetruereligion.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
14. http://mummymyza.blogspot.com/2011/04/bayt-al-iman-caliph-contest.html
15. http://dtehafamily.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
16. http://qisainalove.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
17. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
18. http://ninagacontest.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html 
19. http://nisajijah.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
20. http://mummymairacontestga.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
21. http://cunaghulam.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html
22. http://ummu-kauthar.blogspot.com/2011/04/selamat-hari-lahir-anakku.html
23. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/04/my-little-caliph-contest.html


TUTUP!

MLCC DITUTUP RAPAT!

Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”Ahli Sejarah Byzantine

 
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):
Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.
Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.
Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakop pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun. Sumber.
InsyaAllah dengan ini Bayt Al-Iman menutup rapat My Little Caliph Contest pada 20 jamadil awal 1432H iaitu pada ulang tahun 575 tahun Konstantinopel dibebaskan oleh panglima Allah yang hebat, Muhammad II. Semoga akan lahir Muhammad Al-Fateh KEDUA untuk membela agama Allah di akhir zaman ini insyaAllah!

MY LITTLE CALIPH CONTEST DIBUKA SEMULA

Assalamualaikum WRT..
Bayt Al-Iman berbesar hati ingin membuka semula My Little Caliph Contest
InsyaAllah bagi memberi peluang kepada ibu-ibu yang mahu memeriahkan lagi contest ini
Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.

InsyaAllah mudah-mudahan apa yang kita tulis hari ini
Luahan harapan yang kita catatkan disaat mereka tidak mengerti lagi
Memberi satu 'rasa' yang berbekas di hati anak-anak kita ketika mereka dewasa.

Dengan ini Bayt Al-Iman membuka semula My Little Caliph Contest
Sehingga 24 April 2011 jam 10 pagi. InsyaAllah.

MY LITTLE CALIPH CONTEST

* entry sehingga 10 am, 24 April 2011

Assalamualaikum WRT
Alhamdulillah kami di Bayt Al-Iman dengan penuh rasa kesyukuran
Ingin menganjurkan My Little Caliph Contest.

SYARAT-SYARATNYA:

1. Buat satu entry mengenai:
(a) pilihan cita-cita untuk anak anda seperti doktor, saintis, guru dll dan
(b) kerana apa anda memilih cita-cita tersebut untuk anak anda.
2. Tiada had umur anak dan hanya satu entry diperuntukkan untuk kesemua anak anda.
3. Terbuka kepada bujang/ibu/bapa yang berumur 17 tahun ke atas.
4. Tiada had perkataan dan anda bebas untuk menggunakan kreativiti masing-masing seperti puisi, pantun dan sebagainya untuk diselitkan di dalam entry anda.
5. Enrty anda insyaAllah diadili oleh Pengetua Bayt Al-Iman.
6. Letakkan banner di atas dan link bersama entry tersebut kepada entry ini serta letakkannya di sidebar blog anda.
7. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini dan insyaAllah akan disemak oleh kami secara berperingkat-peringkat.
8. Hadiah adalah seperti berikut:

1 x HADIAH TEMPAT PERTAMA
2  x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Washable Liner
1 x Laundry Net

1 x HADIAH TEMPAT KEDUA
1 x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry Net

3 x HADIAH SAGUHATI
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry NET

9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 am, 24 APRIL 2011.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

23.4.11

PANAH BERACUN!

Kebiasaannya kami (suami, Muhammad dan saya) akan keluar ke tempat bertugas bersama. Perjalanan adalah satu arah. Muhammad akan berhenti dahulu di rumah Cik Hawanya. Kemudian, suami dan terakhir adalah saya. Tempat bertugas saya yang paling jauh. Jadi, pagi-pagi adalah masa kami untuk berbual bersama-sama selepas tamat kuliah tafsir Ustaz Zahazan dan menghabiskan bacaan ma'thurat masing-masing semasa dalam perjalanan. Saya teringat suami membawakan kisah 'panah beracun' iaitu kuliah yang baru didengarnya malam semalamnya.

Panahan Beracun
“Rasulullah bersabda dengan membawakan firman Allah dalam hadits Qudsi: “Pandangan mata adalah panah beracun dari antara panah-panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya karena takut kepada-Ku maka Aku ganti dengan keimanan yang dirasakan manis dalam hatinya.” [HR. Al Hakim]

Suami: Tahukan firman Allah dan hadits Rasulullah SAW berkenaan 'panah beracun'? Sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membawa imej Islam supaya berhati-hati dengan mata.
Saya: Kenapa dengan mereka?
Suami: Ustaz tu kata, jangan ingat kamu berpakaian elok, nampak elok semuanya (islamik), Allah tak nampak apa yang kamu tengok. Kamu memang takkan terang-terangan tapi ekor mata kamu itulah panahan beracun yang dimaksudkan Rasulullah SAW.

Closed Circuit Television
Saya mendengar sambil fikiran saya menerawang mengimbas kenangan di zaman kolej dahulu. Seringkali junior (saya batch pertama degree fresh SPM) atau adik-adik usrah yang mengadu tentang seorang pelajar lelaki yang mereka gelar 'Closed Circuit Television' yang begitu jelas matanya melihat-lihat ke arah pelajar-pelajar perempuan tidak kira dimana sekalipun, pasti matanya begitu suka melihat perempuan. Jadi, gelaran 'Closed Circuit Televison' itu terlahir apabila ketinggiannya yang lebih sedikit dari pelajar yang ketinggiannya biasa-biasa, tampak begitu ketara apabila dia melihat + merenung ke kiri dan kanannya terutama ketika berhimpun.

Untuk Orang Beriman
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24: 30]


Tambah suami lagi, ustaz yang memberi kuliah tersebut berkata, jelas ayat ini ditujukan kepada lelaki beriman. Maksudnya lelaki yang telah sedia baik sememangnya juga tidak akan terlepas dengan 'panah beracun'. Pernah saya mendengar ceramah seorang ustaz terkenal dari pantai timur mengatakan, "jangan percaya semua lelaki atas dunia ini kecuali saya," katanya secara berseloroh. Disini menunjukkan sebaik mana sekalipun seorang lelaki, wanita perlulah lebih berhati-hati. Tazkirah ringkas suami yang lebih kepada peringatan secara halus kepada saya supaya sekadarnya sahaja berurusan dengan manusia yang bernama lelaki insyaAllah!

20.4.11

HADIAH UNTUK CIKGU

Semalam Muhammad dapat hadiah. Hari ini saya pula yang dapat hadiah. InsyaAllah Chemistry antara ibu dan Muhammad ;). Semasa waktu rehat dan saya sedang berjihad menyahut seruan Allah membuat stok EBM untuk Muhammad di bilik rakan setugas, Mokna, tiba-tiba pintu bilik Mokna diketuk dan dikuak.

"Cikgu W**** bagi cikgu hadiah," kata kawan sekelas si pemberi hadiah. Saya pun tercengang-cenganglah campur segan dengan Mokna. Hadiah apakah ini? Hari lahir lama lagi. Hari guru pun belum lagi.

"Siapa bagi? Salah cikgu ke awak ni?" kata saya.
"Betul cikgu W**** bagi".
"Kenapa W**** bagi?" tanya saya lagi.
"Dia kata cikgu _____ dgn ______" (nanti masuk bakul angkat sendiri pula ;)

 
Alhamdulillah, insyaAllah anak didik saya sudah merasa apa perasaan saya kepadanya. Hadiah sebuah cawan inilah (siap tanda harga ;) bukti penerimaannya walaupun saya bukanlah kategori pendidik yang sabar. Sesekali suara saya kuat juga dan pembaris kayu selengan mesti ada yang hinggap di mana-mana. Bukan pukulan mencederakan tapi sekadar menyapa lengan mereka ;)

Bila saya fikir-fikirkan mungkin disebabkan saya ada mengajarnya iqra' tempoh hari. Mungkin ini sign daripada ibu dan ayahnya supaya terus mendidik anak-anaknya untuk beragama. Saya tidak menyalahkan mereka. Memang begitulah doktrin Yahudi laknatullah.

Tahun ini saya ada target dan azam untuk pelajar islam di sekolah. Tahun lepas adalah tahun pertama saya dan lebih kepada tahun memahami seisi sekolah. InsyaAllah saya faham dengan baik. Tahun ini alhamdulillah Allah mudahkan saya dengan meletakkan saya di sebuah bilik khas untuk memudah cara mendidik anak-anak seislam saya. Saya sangat sedih dengan realiti islam disini dan sesungguhnya tanggungjawab beraqidah bukan sahaja terletak di bahu ustaz/ustazah malah saya sebagai guru islam walaupun mengajar sains matematik yang insyaAllah faham asal usul kejadian saya perlulah lebih giat untuk meng'islam'kan mereka insyaAllah!

Target dan azam saya sebagai pengganti ibunya disekolah pada tahun ini adalah untuk mengkhatamkan iqra' untuk kedua beradik ini serta seorang sepupunya di tahun 6. Selain itu, saya mohon Allah memberikan saya kekuatan untuk mengajarkan mereka cara dan bacaan dalam solat kerana fitrah mereka bersih insyaAllah lebih mudah dan mereka merupakan murid tercerdik di dalam tahun masing-masing.

Itu sahaja target saya. Target saya BUKAN A! Apa guna segulung ijazah andai mak ayahnya meninggalkan dunia tetapi tiada satu amalan pun yang sampai daripada anak-anaknya. Tidak dapat saya bayangkan, jenazah ibu dan ayahnya hanya ditemani suara kaset alunan al-Quran kerana mereka TIDAK MAMPU MENGAJI! Semoga Allah memudahkan urusan cikgu wahai anak-anak didikku!

16.4.11

MANGSA PERADABAN

Selain matematik dan sains, saya juga mengajar kajian tempatan. Apabila tiba tajuk yang bertemakan 'kemerdekaan', perasaan bersalah meluap-luap terhadap anak-anak didik saya. Saya umpama mak ketam yang mahu mengajar anak-anaknya berjalan tegak kerana saya tahu yang sejarah itu palsu dan rancangan kemerdekaan ini telah cantik disusun ceritanya sejak Kerajaan Turki Uthmaniyyah musnah sepenuhnya pada tahun 1924 hasil tangan yahudi dan nasara untuk menjatuhkan sistem kekhalifahan Islam! Ya semuanya adalah RANCANGAN!

Siapa Yahudi?
Kita telah belajar sejarah peradaban Islam sejak dibangku sekolah tetapi sehingga kita kita gagal untuk melahirkan bangsa Islam yang merasa BANGGA terhadap agamanya seperti kaum Yahudi. Yahudi/Israel telah diasuh dengan semangat perkauman dan kebencian terhadap bangsa lain atas nama agama. Maka tidak hairanlah kaum Yahudi mempelopori semua urusan dunia contohnya perniagaan. Kita boleh lihat produk-produk Yahudi yang berkembang ke seluruh dunia. Mereka bekerja kuat demi mencapai hajat bangsanya! Tetapi malangnya, mereka tidak pula diserapkan bahawa mereka jugalah bangsa yang membunuh para nabi dan mendustakan Rasulullah SAW. 

Mangsa Peradaban
Anak-anak kitalah adalah mangsa peradaban! Kenapa begitu? Kerana sejarah yang kita pelajari di sekolah hanyalah kisah-kisah kosong yang tiada nilai selain untuk peperiksaan. Sejarah yang kita belajar DIHIJAB dariapa berhubung dengan nilai-nilai Al-Quran yang ternyata banyak dogengan dan laporan kosong penuh kepalsuan! Semuanya hasil penipuan Kuffar yang sengaja mereka-reka pemalsuan terhadap sejarah. Yahudi ini kaum yang pengecut! Mereka sebenarnya sangat takut akan lahirnya panglima-panglima Allah yang berkualiti seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh yang KEDUA kerana hanya manusia yang punya perwatakkan hebat seperti tokoh-tokoh ini pada akhir  zaman inilah yang akan membebaskan dan menjahanamkan kezaliman mereka dan syiar Islam kembali bertakhta.

Malas Membaca
Bekas Menteri Luar Israel, Moshe Dayan pernah menyatakan secara terbuka tentang keinginan kaum Yahudi yang bercita-cita untuk menubuhkan negara HARAM ISRAEL dan si laknatullah ini pernah dikecam hebat oleh bangsanya sendiri kerana kaumnya bimbang yang kenyataannya dibaca oleh bangsa Arab (kita pun termasuk juga). Namun dengan tenang laknatullah Moshe Dayan ini berkata "TENANGLAH, PERCAYALAH KEPADAKU, BANGSA ARAB (kita juga yang islam) TIDAK AKAN MEMBACANYA, KERANA MEREKA TIDAK SUKA DAN MALAS MEMBACA".

Kemerdekaan Terancang
Cubalah buat kajian tentang kemerdekaan kita. Apa perlunya rombongan kemerdekaan pergi ke London? Kenapakah kita yang merdeka tetapi perlu lagi menyembah (pergi berombongan) kesana sedangkan ini tanah kita!

Apungkan Diri Anda
Cuba anda bayangkan anda sedang terapung dan nampak keseluruhan Malaysia. Pastinya pusat pemikiran kita hanya kepada isu semasa negara. Tetapi saya diajar untuk mengapungkan diri bukan sahaja di dalam negara malah apungan yang bisa menampakkan keseluruhan dunia disamping iktikad berusaha memberi kesedaran kepada setiap individu Muslim tenang penderitaan saudara kita di Palestin. WAJIB kita berusaha bersama memerangi Yahudi laknatullah! Kerana sejarah membuktikan yang hidup kita di dunia adalah peperangan menegakkah agama Allah!
Sila buka mata anda BESAR-BESAR! Palestin hanya tinggal tompok-tompok kecil bewarna hijau. Itu pada tahun 2000 tetapi kini sudah 2011. Tompokan hijau hanya tinggal di kawasan GAZA yang mana tentera laknatullah sehingga kini masih tidak boleh membolosinya. Kerana apa? Kerana kekuatan tentera Allah Ikhanul Muslimin yang mempertahankannya. Apakah perasaan anda ketika ini?

Kita HEBAT!
Islam adalah agama yang hebat! Tahukah kamu yang kita pernah memayungi 2/3 DUNIA? Ya! kita pernah mengusai dunia! Islam menjadi rujukan seluruh alam dibawah satu sistem pentadbiran. Dan tanggungjawab kitalah mahu mengembalikan sistem islam ini semula!
Lihatlah KEHEBATAN kita!

Kesedaran
Menjadi sunnatullah orang yang berusaha itu berjaya. Apa yang kita usahakan itulah hasilnya. Mustahil kemenangan diberikan kepada kaum Muslimin yang MALAS berhadapan dengan musuh yang berjuang habis-habisan. Ketahuilah kelak kita akan dipersoalkan di hadapan Allah akan tugas dan peranan kita hidup di dunia ini. Sesungguhnya peringatan ini juga kepada saya yang menulis!
Rujukan: Thoriq Ahmad, Ini Sejarah Kita
Gambar: google
Saham jariah berpanjangan: Murobbi dan Mak-mak usrahku. Jazakallah khairon!

15.4.11

AWARD DARI 'KAWAN'

Alhamdulillah Bayt Al-Iman telah di'tag' untuk menerima award ini
Terima kasih kepada Ini Blog 'Kawan'

7 Perkara Mengenai Saya:
1. Seorang manusia yang ditugaskan sebagai HAMBA (51:56) dan KHALIFAH (2:30) di dunia sementara yang hanya mengharap redho Allah dalam melalui hari-hari dalam kehidupan.
2. Menyahut seruan As Syahid Hassan Al-Banna: “Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya.”
3. Suka menulis dan semoga Allah bagi ruang dan peluang untuk saya mengembangkannya.
4. Sedang mengFIKRAHkan baitul muslimku ;)
5. Mahu melahirkan mujahid-mujahid dan srikandi-srikandi Islam yang BERKUALITI.
6. Seorang ibu yang bersemangat untuk pembangunan modal insan Muslim hebat dan berjanji setiap anak  yang dilahirkan telah DIWAQAFKAN atas nama ISLAM!
7. Bercita-cita untuk SYAHID dan berdoa Allah dan Rasul redho dengan saya ketika dijemput kembali ke dunia yang kekal abadi disana. InsyaAllah!

15 Rakan-rakan bloggerku yang di'tag' dan sebabnya ialah:
14. Ummu Kauthar
15. Semua yang sudi terima award ini ;)
Sebab: Semua di atas adalah yang setia mewarnai tulisan/entry saya yang kebanyakkannya adalah ibu-ibu. Saya sayang mereka kerana ALLAH! Semoga Allah merahmati mereka. Terimalah award ini. Ambil jangan tak ambil! ;)


Kepada yang kawan-kawanku yang telah di'tag' sila-silakanlah:
1. Copy imej award pada entry baru anda..
2. Buat link pada pemberi award (Bayt Al-Iman).
3. Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda.
4. Tag pula 15 blogger pilihan anda.
5. Alasan kenapa tag blog mereka.
Ukhuwwah fillah abadan abada! ;)

14.4.11

GIVEAWAY: BAGAIMANA MENGGALAKKAN ANAK MEMBACA BUKU

Muhammad baru berusia 7 bulan lebih dan terasa belum layak untuk berkongsi tip menggalakkannya membaca. InsyaAllah Bayt Al-Iman mahu sama-sama meriahkan giveaway ini, insyaAllah!

Melalui pengamatan saya sebagai ibu Muhammad, insyaAllah Muhammad mempunyai minat untuk membaca. Sedikit kronologi saya mula membaca bersamanya:

1. Semasa di dalam kandungan, kami sudah beberapa kali qatam al-Quran selain membaca bahan-bahan ilmiah lain.
2. Saya mula membacakannya sirah Rasulullah SAW dan para sahabat ketika usianya dalam hari sebagai teman tidurnya sehingga kini.
3. Selain itu saya membelikannya pelbagai bahan bacaan yang bewarna untuk merangsang minatnya kepada buku.
3. Mula mengaji iqra' ketika usianya 6 bulan dengan mengambil jarinya tunjuk ke huruf bertanda di dalam Iqra'.
4. Kini sedang berusaha menggunakan alat bantuan mengajar seperti Al-Furqan dan kad imbas Al-Barqy sebagai persediaan awal ke arah hafiz kecil. (main kejar-kejar kerana Muhammad hanya dapat memberi tumpuan untuk beberapa ketika sebelum menyambung semula aktivitinya ;)
5. Menjadi rutin harian kami suami isteri MESTI membaca 2 helaian kalamullah setiap kali selepas solat Subuh paling kurang dalam sehari. Muhammad mengaji bersama kami sekiranya terjaga awal dari tidurnya. Muhammad menunjukkan minat seperti khusyuk ketika kami membaca Al-Quran. Ini salah satu cara kami menarik minatnya kepada Al-Quran.

InsyaAllah dengan keberkatan pengasuh Muhammad menjaganya ketika saya dan suami keluar bekerja mencari redho Allah, perkataan 'ma ma' dan 'ba ba' sudah keluar dari mulutnya sama seperti helaian pertama di dalam buku 'Al-Furqan' jilid 1.

InsyaAllah fokus saya dan suami ketika ini hanyalah pada Al-Quran. Mudah-mudahan Allah terangkan hatinya untuk menjadi hafiz kecil seperi Muhammad Bin Idris (Imam Syafi'e) untuk memartabatkan golongan huffaz yang AMAL di persada dunia. Doakan kami!

Bayt Al-Iman memerihkan lagi giveaway tajaan sitisifir10 ;)
Klik sini untuk turut serta!

kredit: ibudanial ;)

TOLONG SAYA!

Tolong saya sedeqahkan Al-Fatihah khas untuk Allahyarhamah HAPSAH BINTI IBRAHIM yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam. Beliau adalah ibunda kepada insan yang bertanggungjawab mengembalikan kesedaran beragama dan tujuan penciptaan saya di dunia fana' sementara ini. Kali terakhir saya berjumpa dengan ibundanya ketika beliau menziarahi kami di Bayt Al-Iman selepas melahirkan Muhammad. Semoga Makcik Hapsah beroleh pahala dan saham jariah berpanjangan hasil daripada kesolehahan anaknya SaufiahAz-Zahrah @mak usrahku ke2 yang begitu thabit pada jalan ini. Saya kagum! InsyaAllah!

AL-FATIHAH!

13.4.11

TUDUNG KESELAMATAN

Peristiwa 1
Semasa mengajar sains tahun 3 yang mempunyai 7 orang murid. Saya sedang mencatat sesuatu di papan putih sambil disalin oleh murid. Telinga saya menangkap dialog di antara 2 orang murid yang betul-betul dibelakang saya berbual dengan dialek asli lebih kurang beginilah sebab saya hanya boleh mengajuk sedikit sahaja.

Murid 1: Die ngatak suruh diam. Buat kerja dulu baru boleh cakap. Bile kita siapkan, kita cakap disuruh diam. Lepas tu dicubiknye kita ek kan.
Murid 2: Ha ngendek (saya pun tak pandai ajuk)

Saya sudah tergelak-gelak (geli sungguh hati). Saya kemudian terus berpaling mematahkan kata-kata mereka.

Saya:  Awak mengumpat cikgu ke?
Murid 1: Bukan cikgu..
Saya: Habis tu hik ngatak sapa?
Murid 2: Cikgu N****. Dia ngatak boleh cakap kalau kerja siap. Bila kerja siap, dia marah.
Murid 1: Ye cikgu. Dia suke cubit orang. Sakit die cubit kecik.

* Hati saya terdetik. Budak-budak ini mesti boleh mengata saya juga. Tak berapa lama kemudian memang budak bertuah 2 orang ini mengata saya.


Peristiwa 2
Masih lagi semasa mengajar sains tetapi dihari yang berlainan. Sedang saya sibuk-sibuk sebab murid baru masuk. 2 orang murid yang sama lagi.

Murid 1: Cikgu W**** ngatak tudung cikgu besar. (tudung saya memang ala-ala kelambu ;)
Murid 2: Bukan cikgu. S***** yang ngatak.
Saya: Aissshhhh tudung ni bukan tudung sebarangan awak tahu.(sambil mencari idea alasan yang munasabah untuk tahap mereka)
Murid 2: Kenapa cikgu tak pakai tudung kecik macam cikgu-cikgu yang lain? (soalan cepu emas ni selalu saya dapat daripada murid)
Murid 1: Ha..Kenapa cikgu tak pakai macam cikgu (menyatakan beberapa nama cikgu mereka)
Saya: Hey cuba awak bayangkan awak sekelas pergi camping di dalam sebuah hutan. Ada sebatang pokok yang ada sarang tebuan. Tiba-tiba sarang tebuan itu dijolok. Apa yang awak buat?

Murid terlopong seketika mendengar cerita rekaan saya hasil inspirasi teringat tulisan Ustazah Fatimah Syarha dalam majalah Solusi isu keberapa saya kurang pasti. Isu mengenai tudung labuh.

Murid 1: Kok(saya/aku) larik cikgu.
Saya: Itu sekiranya ada sungai. Kalau beadak? (tiada) Mesti awak dah lebam-lebam kan?

Murid-murid tersenyum.

Saya: Dengan tudung cikgu yang besar ni, cikgu terus buat macam ni (sambil menyauk kepala murid saya yang terdekat diletakkan di bawah tudung saya).

Murid-murid terkejut dan ketawa suka seketika sebelum saya menyambung cerita semula.

Saya: Macam W**** dia hanya tudung kecil (seorang sahaja pelajar Islam) yang boleh melindungi dia seorang. Tudung cikgu yang besar ni mampu memuatkan bukan sahaja S***** malah W****. Tengok ni yang takde tudung kepale, mesti dah bengkak disengat tebuan. Jika suatu hari awak main-main kat padang, ada tebuan kejar, awak cepat-cepatlah lari masuk bawah tudung cikgu. Awak nak selamat tak?
Murid-murid: Nakkkk...
Saya: Jadi tudung cikgu ni bukan tudung sebarangan. Ini TUDUNG KESELAMATAN! Tudung apa?
Murid-murid: TUDUNG KESELAMATAN!
Saya: Pandai!


Setiap kali saya memandang satu persatu wajah anak-anak didik saya, ada satu perasan halus yang sukar saya gambarkan. Kasihan saya melihatkan mereka hanya kerana mereka bukan beragama Islam. Semua orang Islam tahu, sekiranya kita mati bukan berada di dalam agama Islam, nerakalah habuannya. Pasti!

Hati seorang pendidik khalifah...
Anak-anak kecil yang suci bersih fitrahnya,
Sekiranya kamu tahu tudung ini adalah tudung kasih sayang Allah buat cikgu
Tudung ini membuatkan cikgu izzah (bangga) dilahirkan Islam
Nikmat iman dan islam milik Allah yang cikgu pohon sehingga kehujung nyawa
Hanya mampu mendoakanmu diberikan taufik dan hidayah agar sejahtera aqidah
Kerana hanya aqidah mengaku hanya Allah Tuhan yang Esa
Hanya Islam tiada agama lain yang layak untuk ke syurga Allah.

Anak-anak kecil yang tidak berdosa,
Kematian itu datang tidak kenal tua ataupun muda
Andai Allah menjemputmu sekarang pastinya syurga itu milikmu walau bukan Islam agamamu
Kerana kamu masih tiada catatan amal sehingga kamu bisa membezakan baik atau tidak
Sedangkan cikgu sekiranya kematian itu datang
Apakah jawapan cikgu atas tanggungjawab yang diamanahkan Allah?

Ya Allah! Sesungguhnya tugas manusia itu berat!
Tidak hairan Abu Bakar ra mahu menjadi uban dirambut orang yang beriman
Kerana amanah ini Rasulullah SAW diutuskan menjadi qudwah (teladan) ulung
Sebagai contoh manusia sehingga akhir zaman
Dan cikgu sedang berdoa+berusaha+tawakkal...

11.4.11

4S?

Malam semalam sebelum saya tidur disamping menidurkan Muhammad, saya sempat belek-belek majalah Solusi isu 30. Mata saya tertangkap tajuk menarik 'Umpama Syaitan yang Menipu' ruangan kiasan oleh Ustaz Shauqi Othman. Kata-kata beliau saya ringkaskan:

Golongan munafik dan yahudi sama sahaja seperti syaitan yang berusaha mempengaruhi kehidupan manusia terutamanya umat Islam untuk melakukan keingkaran kepada Allah. Taktik 4S laknatullah ini sedikit sebanyak telah menghasilkan kejayaan. Apakah dia 4S?

1. SEX
- sedikit sebanyak umat Islam dilalaikan keseronokkan seks melalui kaca TV dan pawagam
- pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dihalalkan atas nama kemodenan dan 'berfikiran terbuka'
- akibatnya lahirlah perlakuan sumbang seperti perzinaan makin bertambah hari ke hari

2. SONG
- pelbagai program hiburan dan muzik ditampilkan dan bentuk menyeronokkan dan 'lazat'
- budaya hedonisme disuburkan dengan begitu meluas
- akibatnya keruntuhan akhlak berlaku begitu berleluasa
- umat islam hilang jati diri dan hala tuju dalam kehidupan, tenggelam dalam suasana hiburan yang disediakan musuh Islam
- apabila budaya hedonisme ini semakin mekar, maka ia sinonim dengan kewujudan dan kesuburan arak, dadah dan pelacuran
- islam tidak mengetepikan hiburan tetapi ambillah tahu hiburan yang sebagaimana yang islam suruh

3. SPORT
- dalam aspek sukan, musuh-musuh islam telah berjaya menjauhkan umat islam daripada agamanya dengan menampilkan aksi dan pakaian sukan yang kebanyakkanya tidak menutup aurat
- bukan itu sahaja, malahan elemen perjudian juga dimasukkan dalam acara sukan secara berleluasa
- islam bukanlah agama yang jumud, riadah dan bersukan juga digalakkan tetapi ikutlah garis panduan syarak

4. SMOKE
- sebagaimana yang dimaklumi, pengeluar rokok terbesar adalah berkait rapat dengan yahudi
- yahudi sendiri melarang rokok memasuki premis kediaman mereka kerana merokok adalah sesuatu yang dilarang di negara Israel (pencuri tanah)
* selain itu, kajian mendapat terdapat gelatin babi di dalam rokok (fakta yang pernah saya jumpa mengikut kajian terkini)

Tidak hairanlah apabila produk barat terus mandapat tempat dalam kalangan masyarakat islam. Sebagai contoh apabila diberi pilihan 'Coca cola, Mecca Cola, Zam zam cola atau Radix Cola' maka sudah tentu dengan penuh bangga Coca cola yang dipilih. Inilah mentaliti segelintir masyarakat kita yang tidak dapat membezakan di antara kaca dan permata. Mereka sebaliknya terus rela dijajah pemikiran sehingga memandang apa-apa sahaja yang datang dari barat itu merupakan sesuatu yang baik dan hebat.

Moga jati diri masyarakat kita kukuh dengan penghayatan terhadap ajaran islam dan menjauhkan diri daripada tertipu dan terpedaya agenda daripada musuh-musuh islam.