13.11.11

HOBI BERENANG

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Dikala usia setahun dua bulan ini Muhammad amat gemar mandi kolam. InsyaAllah ianya menjadi hobi Muhammad sejak Muhammad berusia 3 bulan lagi. Ibu ada abadikan Muhammad mandi kolam buat pertama kalinya di entry DIA SUDAH MULA... diusia Muhammad 3 bulan. Ada juga rakaman video dalam simpanan ibu sebagai tontonan Muhammad disuatu masa kelak insyaAllah dengan izin Allah. Andai ibu pergi dulu dari ayah mahupun Muhammad, insyaAllah semua harta ibu adalah dibawah tanggungjawab ayah. Nanti Muhammad dan ayah boleh lihat-lihat simpanan gambar-gambar dan video-video di dalam hard disc ibu. Moga Allah pelihara kesihatan hard disc ibu dan dijauhi daripada tanpa jangkitan kuman virus ;).

Koleksi gambar yang masih dalam simpanan ibu. Ini gambar-gambar semasa Muhammad berusia sekitar 3 bulan.

Asbab Pertemuan
Alhamdulillah dengan izin Allah, ibu ayah membeli kolam Muhammad buat pertama kalinya ketika Muhammad berusia 3 bulan insyaAllah asbab pak andak dan cik dyan yang ketika itu bercerita berkenaan bayi berenang diusia bayi di youtube. Kemudian, Allah menggerakkan ibu untuk mencari video tersebut dan bertitik tolak dari itu, Allah temukan ibu kedai yang menjual kolam untuk bayi siap dengan pelampung leher. Keterujaan ibu dan ayah ketika itu subhanallah sungguh bersemangat. Sebaik sampai, ayah  terus sahaja memenuhkan kolam Muhammad dengan air. Muhammad tidak menunjukkan apa-apa reaksi takut kerana melalui pembacaan ibu, bayi berusia 3 bulan tiada lagi rasa takut. Muhammad sangat gembira dan kaki Muhammad mengocak air di dalam kolam dengan gembiranya sambil berbunyi-bunyi. Subhanallah sungguh rindu! ;)

Mula Takut Selepas Bercuti
Maka bermulanya episod Muhammad berenang hampir setiap hari untuk beberapa bulan selepas itu dan latihan berenang Muhammad pernah terhenti kerana Muhammad demam dan ianya sebenarnya menggangu tahap keyakinan Muhammad di dalam air. Diusia Muhammad 6 bulan, Muhammad sudah tahu apa itu rasa takut dan Muhammad mula takut dan mungkin gayat dengan pelampung yang melingkari leher Muhammad. Muhammad jadi tidak suka masuk ke dalam kolam Muhammad lagi sehinggalah ianya pecah diusia Muhammad 9 atau 10 bulan jika ibu tidak silap.

Ini Muhammad ketika berusia 6 bulan. Walaupun mula takut tetapi kadang-kadang Muhammad terlihat enjoy dengan berenang dan menendang dinding kolam sehingga tertolak ke dinding yang satu lagi. Ianya berulang-ulang. Sangat indah untuk dikenang ;).

Hikmah Kolam Pecah
Semenjak kolam Muhammad bocor dan semakin lama semakin parah, kolam Muhammad pun pecah. Maklong kata membazir kerana ibu menghabiskan RM 170 untuk sebuah kolam yang hanya mampu bertahan 5 hingga 6 bulan. Namun tidak bagi pihak ibu. Allah mahu mengajar ibu ayah. Bagi pendapat dan pengamatan ibu, selepas ini ibu ayah mahu mencari kolam yang tidak memerlukan angin kerana kolam yang memerlukan angin ini mudah pecah lebih-lebih lagi jika tiada pengurusan yang sistematik dan pemantauan sepanjang masa. InsyaAllah sekiranya Allah izinkan Muhammad ada adik nanti, mungkin kolam disebelah lebih sesuai disuia bayinya dan apabila semakin besar, adik boleh beriadah bersama dikolam Muhamamd pula ;). Makluman awal, Muhammad belum ada tanda-tanda mahu beradik ;D.

Ini pula sekitar 7 bulan. Muhammad sudah punya baju berenang tetapi amat labuh dan besar. Alhamdulillah ianya sudah muat meskipun agak labuh. InsyaAllah boleh pakai lama ;).

Kolam Baru
Alhamdulillah diusia Muhammad setahun, ibu ayah hadiahi lagi Muhammad dengan kolam yang tidak perlu dipam. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kita Bayt Al-Iman yang punya ruang khas di dalam rumah untuk meletakkan kolam dan sebagai ruang riadah untuk Muhammad dan insyaAllah adik-adik Muhammad. Kali ini ibu ayah tambah dengan perkakasan seperti pelampung kereta dan bola-bola kecil sebagai alat pembelajaran Muhammad di dalam kolam. Pertama kali Muhammad masuk ke dalam kolam yang baru ini, Muhammad  mungkin masih trauma dengan kolam lama Muhammad yang tinggi dan pelampung leher yang melingkari leher Muhammad. Alhamdulillah kali ketiga barulah Muhammad begitu teruja dengan kolam dan perkakasan di dalamnya seperti pelampung kereta dan bola-bola kecil.  Muhammad umpama profesional yang melompat di atas pelampung kereta Muhammad.

Ini pula sekitar setahun. Perkembangan dan kemahiran berenang yang begitu menggembirakan ibu dan ayah. Bukan mudah rupanya mengembalikan keyakinan terhadap air kepada Muhammad.

Percambahan Kemahiran
Namun lama-kelamaan, Muhammad tidak berapa peduli lagi dengan pelampung kereta Muhammad kerana Muhammad sudah mula duduk di dalam kolam dan tunduk dipermukaan air membuat gelembong udara. Kemudian, apabila Muhammad sudah mula merasa selamat dengan kolam Muhammad ini, Muhammad mula merangkak dan menggerakkan kaki seolah berenang a.k.a berangan ;D. Muhammad juga sudah mula menelan air dan pandai mengeluarkan semula. Alhamdulillah tiada lagi tangisan dan yang ada cuma keriangan. Subhanallah! Ya Allah kurniakan Muhammad dengan kehebatan sunnah kekasihMu, Rasulullah SAW!

video
Video bukti Muhammad yang sungguh gembira berada di dalam kolam dan membenarnya hobi Muhammad iaitu sunnah berenang insyaAllah! ;)

Subhanallah TERAPUNG!
Pernah suatu hari, Muhammad tidak mampu mengawal keseimbangan badan Muhammad sehinggakan Muhammad terapung ke atas dengan tangan dan kaki terbuka umpama bintang. Ibu cuma membiarkan sahaja memandangkan Muhammad terapung. Subhanallah! Saat yang begitu indah berlaku dihadapan mata ibu. Muhammad cuba untuk pusing dan berjaya setelah beberapa kali cubaan. Semua percubaan dalam keadaan Muhammad terapung. Apabila Muhammad kembali berdiri, Muhammad memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga kiri Muhammad sambil bercakap-cakap. Mungkin mahu memberitahu ibu 'telinga tidak dengar masuk air ini ibu' ;).

video
Ini rakaman Muhammad dengan aksi berenang dengan teknik ciptaan sendiri secara alami ;).

Belajar Dari Kesilapan
Ibu yakin, setiap daripada kita telah dibekalakan dengan potensi berenang secara semula jadi, cumanya, ditahap manakah kita cuba untuk memaksimakan kebolehan semulajadi ini. Muhammad dan ibu melalui dua zaman yang berbeza. Nenek selalu berpesan yang nenek dahulu jahil dalam membesarkan anak-anak dan nenek meminta tolong ibu adik-beradik untuk tidak mengulanginya semula. InsyaAllah sedayanya ibu dan ayah cuba untuk menunaikan amanah Allah iaitu Muhammad. Membesarkan anak lelaki semestinya berbeza dengan anak perempuan. Lelaki mesti unggul dalam segala hal kerana lelaki adalah pemimpin. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita wahai anak!

Hanya Hujung Minggu
Ibu dan ayah hanya mampu menyediakan kolam renang Muhammad seminggu sekali. Contohnya setiap hujung minggu sabtu, ibu atau ayah mengisi penuh kolam Muhammad. Air tersebut Muhammad gunakan sehingga ahad dan ibu atau ayah akan membuang air dan menjemur kolam. InsyaAllah latihan dan riadah sunnah Muhammad ini akan berulang diminggu hadapan. Kekerapan Muhammad ke kolam dalam sehari adalah 2-3 kali. Muhammad akan riadah selepas ibu atau ayah mensucikan Muhammad. Peristiwa yang paling Muhammad sedih ketika ibu membuang air di dalam kolam setiap tamat hujung minggu. Muhammad akan marah. Sepanjang hari bekerja, Muhammad akan jenguk tempat kolam Muhammad dijemur sambil menarik baju tanda mahu ke kolam.

video
Kolam yang ini ayah angkat dari jemuran kerana Muhammad kelihatan sangat merindui kolam Muhammad. Beginilah aksi Muhammad di dalam kolam walaupun tiada air. Kesian anak ibu T_T.

Hikmah Sunnah Berenang
Berenang merupakan sunnah Rasulullah SAW yang perlu diajarkan kepada anak-anak selain memanah dan menunggang kuda. Ibu ada abadikan kebaikkan berenang di dalam entry HIKMAH SUNNAH BERENANG. Yakinlah segala sunnah yang telah diajarkan oleh kekasih Allah dan kekasih kira Rasulullah SAW kerana setiap satu yang diajar Baginda mempunyai hikmah yang tersangat tinggi nilainya disisi Allah. Kajian manusia mendapati berenang mampu membantu tumbesaran bayi, membantu penghadaman dan meningkatkan sistem imun bayi, membantu perkembangan otak dan meningkatkan IQ dan EQ bayi, menyelaras corak tidur yang normal, mengurangkan kekerapan bayi menangis dan membantu mengeratkan hubungan bayi dan ibu bapanya. Berenang bukan setakat sentuhan kulit dan air sahaja tetapi ianya membantu deria-deria yang lain seperti pendengaran, bau dan imbangan. Berenang juga membuatkan semua organ dalaman dan sistem saraf juga 'bersenam' insyaAllah. Semua fakta dan kajian ini insyaAllah ada ibu abadikan di label berenang dalan blog Bayt Al-Iman kita insyaAllah. Mudah-mudahan Allah pelihara blog kita ini untuk tatapan semula dimasa hadapan dan insyaAllah mudah-mudahan ianya ada manfaat untuk ummat islam keseluruhannya insyaAllah!

InsyaAllah ini sahaja coretan ibu untuk hobi Muhammad sejak berusia 3 bulan. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan Muhammad untuk menjadi perenang yang hebat. Ibu ayah juga tidak sabar untuk melihat Muhammad belajar menunggang kuda dan memanah dan pastinya tidak sabar melihat Muhammad membesar sebagai panglima Allah yang cekap berkuda dan mahir memanah disamping Al-Quran telah sebati di dalam diri Muhammad sehinggakan Muhammad mampu menjadi Al-Quran merayap keseluruh pelosok dunia. Ya Allah sampaikan waktu itu untuk ibu ayah melihatnya! Muhammad hebat diredhoi Allah dan Rasul!

9 comments:

Princess Solehah said...

syabas Muhammad :) Auni dan ummi masih belum pndai berenang :p hehe

Ummu Ahmad Salahuddin Al-Ayyubi said...

Muhammad babbling sama macam Ahmad je bunyinya =) Bahasa bayi memang serupa!

Betullah, satu pool tak tahan lama. Ahmad pun kena beli baru. Yang lama dah kena gigit dengan Cik Ti,huhu.

Berenang sambil dengar Al-Quran memang best. Air menyerap bacaan Al-Quran bagi terapi kat anak kita. Muhammad mujahid Allah yang hebat!

Ummu Ahmad Salahuddin Al-Ayyubi said...

Mesti Muhammad cakap bila Ahmad nak join swimming sama2 ni =)

ayukemboja said...

k.lin penah cite dl.air sejuk elok tok bayi.tp org2 tua slalu soh kita mndikan baby dgn air suam takut kembong. adakah seawal usia baby lahir kta boleh mndikan dgn air sejuk. (masih kurg faham). huhu

OneSimpleMother said...

wahh.. hebat sungguh muhammad. beruntung muhammad punyai ibu dan bapa yang selalu mendahulukan sunnah.. :)

Zefa NorAsmara said...

Wah.. Nanti Muhammad lg terror berenang dr abang yusuf ni.. :D

IntaNBerliaN said...

muhammad yg sgt pandai!! sy xda pulak ajar alisha berenang.. sy n suami pun xpndai brenang tp bila tgk muhammad berenang, sy teringin nk beli kolam renang jugak.. hihii

ummu muhammad said...

ummi na: samelah dgn ibu muhammad pun..muhammad pun same..die baru nak jinak2 dgn air..sebelum ni takut..lame2 dah berani nak selam2 pulak ;)

ummi ahmad: aminn!! insyaAllah mudah2an mereka membesar sbg tentera2 Allah yang diredhoi!

ayu kemboja: air sejuk benanrnye insyaAllah bantu dalam bine sistem imun anak..kite banyak disogokkan dgn teori2 mak2 kite zaman dulu..Muhammad dulu pun kene bebel dgn nenek die sampai sekarang..insyaAllah mandikan je awal2 lahir tu..sebelah ayah Muhammad mandikan terus dgn air sejuk..insyaAllah badan anak kebal ;)

OSM: luqman pun hebat! same2 doa ye kak mas utk generasi anak2 kite insyaAllah! ;)

ibu zefa: nanti nk lumbe berenang dgn abg yusof ;)

intan: sokong2! kolam ni kalau offer dalam 29.90 tak silap..kalau tak offer sekali gande..yang jenis kecil sikit pun ade tapi rendah lagi..yg ni tinggi sikit..kalau ade baby akan dtg, insyaAllah kaki tak jejak dasar kot kalau pakaikan pelampung leher ;)

Ummi Nur said...

Subhanallah..

Sangat comel Muhammad..:))