29.11.11

BOLA NYANYI SAMPAI

Alhamdulillah hadiah kemenangan di my.little.secret melalui segmen kedua telah pun selamat sampai sebelum kami berangkat ke kampung ayah Muhammad lagi. Asbab kekangan masa ketika itu, saya tidak sempat untuk menulis sebuah entry penghargaan. Alhamdulillah rezeki mainan berjenama yang mahal buat Muhammad.

Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi ;P.

Bercerita perihal mainan, saya baru sahaja berbual dengan ayah Muhammad berkenaan satu ilmu yang saya dengar secara tidak sengaja suatu masa dahulu ditempat bertugas. Seorang rakan sekerja bercerita berkenaan anaknya yang mahu mainan kuda jongkat-jongkit, saya sendiri tidak tahu mahu diistilahkan sebagai apa nama mainan tersebut, sehingga anaknya menangis yang tidak dapat dikawal. Mainan kuda tersebut pula harganya hampir seratus ringgit. Mahu tidak mahu si ayah terpaksa juga.

Situasi kedua pula situasi yang dialami sendiri oleh saya sendiri yang mana adik bongsu saya iaitu paksu Muhammad semasa kecilnya juga berkelakuan begitu sehingga berguling di atas lantai pasaraya apabila mahukan sesuatu permainan. Kesimpulan pendek yang saya perolehi daripada situasi-situasi begini, saya dan suami perlu bijak mengawal keadaan diawalnya.

Caranya, apabila keluar dan berhajatkan sesuatu untuk anak-anak, ambil sahaja tanpa menyuakan atau memberitahu yang mainan itu adalah khusus untuknya. Namun lain pula dengan buku. Tanamkan minatnya terhadap buku tidak mengapa. Kedua, saya dan suami masing-masing berazam tidak mahu mengajar anak-anak dengam kenderaan statik yang berbunyi kerana pada pemerhatian saya, anak-anak akan menangis dipenghujungnya apabila ibu atau ayah kehabisan token/syiling.

Mungkin ini sebagai teori saya semata keranna setakat hari ini, Alhamdulillah Muhammad belum pandai menunjukkan apa-apa mainan apabila di pasaraya. Mungkin dia belum faham dan saya juga tidak berhajat untuk memahamkannya. Sebenarnya dizaman paksu Muhammad kecil, banyak memberi implikasi kepada saya hari ini. Allah takdirkan saya yang banyak menjaganya semasa kecilnya untuk mengambil pengajaran untuk anak-anak saya insyaAllah.

Walau apapun, terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak penaja hadiah kerana dengan izin Allah dapat juga Muhammad dipinjamkan dengan mainan yang berjenama. Mainan termahal yang pernah dipunyainya setakat hari ini. Alhamdulillah ;).

6 comments:

Unknown said...

tahniah buat ummu Muhammad & Muhammad dpt bola baru lah yer.. :)

@LeenShamsh said...

terima kasih kak yong..rezeki Muhammad dapat bola mahal..hhee

IntaNBerliaN said...

yeay.. muhammad dpt mainan baru..! mesti muhammad seronok dgr bola tu bunyi2... hihii

NoEn said...

alhamdulillah rezeki muhammad

myamyza said...

alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, hehehe

@LeenShamsh said...

intan: hadiah ni sampai kat rumah nenek..paksu dgn kak iya muhammad yg terlebih excited heheh..

noen: alhamdulillah ;)

myza: ayat ni mengingtakan daku kepada kakakku, maklong Muhammad ;)