2.7.11

TERAPI AIS

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Sakit yang Allah bagi ini belum sama dengan sakitnya mati. Sakit yang Allah bagi rasa ini belum sama dengan sakitnya Rasulullah dibedil panah serang hendap tentera musyrik semasa Ghazwah Uhud. Sakit yang ibu alami kini belum sama dengan sakitnya Nusayba yang ditikam di tengkuk. Sakitnya ibu kali ini sangatlah ringan berbanding orang-orang beriman sebelum kita ya Muhammad. Mungkin belum layak dipanggil sakit ;)

Memperkasa Makanan Sunnah
Ibu masih tidak sedap rasa. Rasa bagai baru balik camping yang seminggu lamanya. Ada juga doktor beri 2 jenis ubat. Ubat tahan sakit juga bisa-bisa badan tapi ibu masih tahan daripada makan ubat. Ibu sudah terlalu banyak makan ubat sejak sekolah kerana selalu sakit kepala ;)  Ibu cuti makan ubat selagi terdaya kerana sedang memperkasa makanan sunnah insyaAllah! ;) Stress dengan sistem exam oriented semasa sekolah dulu. InsyaAllah Muhammad tidak perlu seperti ibu, berhempas pulas untuk A kerana lahirnya Muhammad adalah untuk ummat. Stress untuk merubah dunia wahai anak! Ini perintah Allah ya Muhammad!

Terapi Ais
Antara ikhtiar ibu adalah mandi ais aromaterapi. Muhammad pun sama juga dimandikan ais pagi dan petang hari ini. InsyaAllah ianya asbab membantu keseimbangan sistem tubuh. Muhammad mandi seperti biasa. Selepas itu Muhammad diwudu'kan. Ayah selalu juga wudhu'kan Muhammad selepas membersihkan Muhammad sama ada pee, poo ataupun sesudah mandi. Semoga Muhammad sentiasa kekal berwudhuk sehingga ke akhirnya. Kemudian, barulah Muhammad dibilas dengan air yang mengandungi ais yang dititikan 2-3 air aromaterapi infrasonik. Sejuk yang segar ;)


Istiqomah
Allah sangat mencintai amalan yang sedikit tetapi berterusan. Begitulah juga perihal ikhtiar ibu untuk mengurangkan rasa tidak selesa ibu ketika ini. Ianya perlu dilakukan konsisten kerana menjadi sunnatullah orang berusaha selalunya berjaya. Muhammad juga perlu istiqomah kekal berwudhuk sehingga ke akhirnya supaya syaitan takut dan susah untuk mendekati Muhammad ;)

Semoga Muhammad, ayah dan ibu menjadi manusia yang lebih baik dari masa kesemasa dan seterusnya istiqomah menuju Allah dan Rasul insyaAllah!

4 comments:

Abah Yie&Ummi Na said...

biasanya kalau sakit kepala, ummi akan tido sambil tutup mata dengan kain :) tak bagi nampak cahaya. pastu ummi minta auni main dengan abah.

* kalau x jadi juga, ummi siram kepala dengan ais hehe.

* berminat dengan air aromaterapi tu..berapa harganya ya?

ummu muhammad said...

ummi na ade tak bace yg kat kuskom care nk gune air ni? kite pun tk pndai sgt..tapi tulah care terapi die bnyk berasaskan ais je..

kate kak usrah tu bile kite tnye set bersalin, die kate bende yg same jugak..

alhamdulillah pernah kepala muhammad lebam, cepat2 sapu lawan arah jam, alhamdulillah surut cepat tak jadi nak biru sgt warne kt tempat lebam tu..

harge die sebotol kecil je rm70..tak tau boleh kurg ke tak..kalau ummi na bermint kite boleh tenyekan diskaun.. ;)

ummi na cube tgk web sahabat rki www.sahabat-rki.com/awla

bunga said...

baru nk mntk k.lin trgkn psl air aromaterapi infrasonik 2....huhu

ummu muhammad said...

bunga: ini hanya kaedah rawatan alternatif..k.lin kalu boleh nk elak makan ubat..asyik makan ubat je dari mude..bia badan balik semule kepada sistem die tanpa gangguan..semuanya asbab je nak sembuh..Allah lah yg Maha Penyembuh..ade org sesuai ade orang tak sesuai..begitulah sekiranya Allah nak bagi sembuh..heee ;)