8.4.11

KE ARAH HAFIZ CILIK

Muhammad kecil ibu ayah milik Allah ;)
Ibu bukanlah seorang ustazah apatahlagi hafizah layaknya
Ibu bersekolah di aliran sekular yang hanya belajar untuk berjaya dunia
Pemikiran juga berjaya didoktrinkan/diprogramkan berjaya itu A dan kerja profesional
Tetapi apabila hidayah dan taufik Allah itu datang menyinggah
Azam ibu untuk potong filem sejarah generasi lepas dan mulakan filem yang baru
InsyaAllah semoga Allah izinkan ibu lahirkan generasi pewaris risalah Rasulullah SAW
Generasi sebagai Al-Quran merayap di permukaan bumi
Individu sebagai contoh konkrit Islam yang dapat dilihat oleh manusia dengan sebenar-benar Islam.

Alhamdulillah dengan kasih sayang dan rahmat Allah
Ibu berpeluang berkenalan dengan ibu huffaz cilik darwishndarwisya
Yang mana kedua anaknya telah diajar Al-Quran seawal 6 bulan
Subhanallah! Hasilnya anak-anaknya mampu menghafal 30 surah ketika berumur 3 tahun
Doa ibu diusia 7 tahun, roh 30 juzuk Al-Quran telah tersemat kemas di hati Muhammad
Menuntut ilmu merata dan hafiz pula hadis Rasulullah SAW
InsyaAllah Muhammad ianya bukan mustahil!

Alhamdulillah telah selamat sampai pada hari Khamis setelah berjalan-jalan dari satu kedai ke kedai online yang lain. Sahabat-sahabat kecil Muhammad boleh cari disini. Ibu pilih kedai ini kerana kos posnya sama sahaja untuk seberat manapun bahan jualan. Kedai ini juga banyak pilihan dan ada yang dijual dengan set.

Ini ialah set untuk Muhammad Al-Hafiz. Set buku Al-Furqan beserta buku tajwidnya. Juga, kad tunjuk Al-Baqry kaedah cepat membaca Al-Quran.

Ini pula set bahasa syurga (lungatul jannah). Muhammad nanti pergilah berguru dan menjadi guru ibu ;)  Ibu hanya ada sijil agama darjah khas. Hanya boleh mengajar Muhammad sekadar basic dengan bantuan buku sahaja.

Tidak lupa juga Bahasa Kebangsaan kita ;)

Muhammad juga perlu menguasai English. Berusahalah wahai anak untuk menguasai sebanyak mana bahasa pun supaya Islam itu sampai dan tersebar diseluruh pelosok dunia!

Muhammad kecil...
Seawal usia 6 bulan ibu ayah sudah mendedahkan Muhammad dengan Iqra'
Selain menyediakan biah yang soleh untuk Muhammad
Sejarah ibu berpantang hanyalah di Bayt Al-Iman yang dijaga sepenuhnya oleh ayah
Lebih kepada berpantang cara sendiri (tidak ikut petua mengarut orang dulu-dulu)
Semua kerja ayah yang buat dari memasak sehinggalah membersihkan najis Muhammad
Muhammad tahu kenapa? Hanya dan kerana Allah!
Ayah tidak mahu suara kelekaan dari TV mahupun radio menjadi teman tidurmu
Ayah tidak mahu perkataan-perkatan yang jauh dari syiar Islam singgah dicuping telingamu
Ayah mahu ibu selesa dan aurat ibu terjaga rapi dari yang haram
Kerana kita yang mencorakkan baitul muslim sebagaimana yang kita mahu
Dan ayah pastinya yang akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat nanti
Selagi termampu dan izinNya TV adalah diharamkan di Bayt Al-Iman kita!
Dengarnya seperti konservatis/jumud/zuhud dan pelbagai label untuk kami tetapi..
Awas! Anak-anak anda sedang ditarbiyyah syaitan! -pesan Murabbi ibu supaya ditampalkan di TV rumah setiap mutarabbinya
Radio ibu pula sekadar perhiasan dengan sesekali mendengar kuliah tafsir Ustaz Zahazan
Ayah tidak gemarkan nasyid-nasyid masa kini yang padanya menyakitkan telinga tapi ibu suka ;)
InsyaAllah demi pembangunan modal insan Islam kami sepakat banyak perkara
Semuanya hanya kerana Allah! Tiada yang lain!

Mujahid kecil pembela agama Allah!
Ketahuilah! Musuh-musuh Islam telah mencapai tujuan mereka yang keji dan busuk!
Mereka berjaya mengubah dunia Islam menjadi umat yang saling bertengkar
Menjadikan negara-negara Islam saling bersaing dan berperang
Doktrin ummat Islam mengasingkan agama dari kehidupan (sekularisme)
Maka tugas kita sebagai khalifah ahli ibadah meleburkan pemikiran jajahan laknatullah
Menjadi manusia-manusia muslim yang hebat penerus perjuangan Baginda SAW
Ayuh Muhammad kecil yang berani dan hebat!

7 comments:

Abah Yie & Ummi Na said...

muhammad, auni pun ada buku2 sama macam muhammad tu. hari tu ummi belikan buku terbaru Lughatul Jannah untuk auni. Buku2 Al-Furqan tu ada yg dah koyak, auni asyik lipat2 hehe. lps ni ummi nak belikan auni buku English dan Malay tu pula.

Jom Muhammad, kita belajar sama-sama :)

Zefa NorAsmara said...

Subhanallah! Kagum dgn smgt juang ibu dan ayah Muhammad.. semoga apa yang diharap, diimpi dan diperjuangkan menjadi nyata. Amin!!

ummu muhammad said...

ummi na kite ingat yang bahasa english tu ade buku..die ade flashcard dn buku warne dgn cd..

jom auni mudah2an Allah izin kite dan semue sahabat2 kecil kite menjadi al-quran merayap diatas permukaan bumi insyaAllah! :)

ummu muhammad said...

aunt zefa syukran! doakan Muhammad! mudah2an abg yusof dgn kak maryam juga hebat dan jadi al-quran merayap! :)

puan nina said...

Muhammad rajin membaca =) boleh ajar Danial nanti..

ummumuhammad join la ga nih
http://sitisifir10.blogspot.com/2011/01/giveaway-bagaimana-menggalakkan-anak.html

ummu muhammad said...

ibu danial pun lagi rajin membace..jadi danial pun mesti superb!

tulah nina tengah congak2 jugak dlm kepale ni ape nk tulis..anak baru 7 bulan..apelah sgt nampak hasilnye..

nina nanti belikan danial jugak buku furqan. jom ramai2 lahirkan generasi al-quran merayap! insyaAllah! ;)

nabilah hani said...

kak lin, as salam. mana nak beli flas card alphabet arab tu..?