15.10.10

AZAN, QAMAT & TAHNIK

15 Ramadhan 1431H
2.00 pm
-Oleh kerana degup jantungmu laju dan beberapa masalah lain, hanya selepas Zohor ayah dapat mengazankan dan mengqamatkanmu. Nyawa adalah terpenting!
-Dan ayah rupanya juga sempat membaca doa untuk bayi chinese berdekatanmu.

Azan dan Iqamat
-Kenapa azan? Kenapa qamat? Sudah tentu kerana sunah Nabi kita dan juga kerana ingin mengingatkan dirimu tentang perjanjian yang pernah diikat dengan Allah semasa di alam roh. Sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad, roh sudah diajak oleh Allah mengadakan suatu perjanjian dengan cara berdialog.
-Apakah dia perjanjian kita wahai mujahidku dengan Allah? Untuk mengabdikan diri kepada Allah dan Khalifah di muka bumi ini. Lihat hatimu surah (2:30) dan (51:56).

Tahnik

-Kemudian tahnik pertama dari ayah menggunakan kurma Nabi pemberian nenek.
-Kenapa tahnik? Kerana sunah Nabi kita juga dan supaya mujahid ibu dan ayah mempunyai lidah yang fasih (membaca al-Quran dan hadis) dan terkawal dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah.
-Walaupun tahnik ini boleh dilakukan orang bertaqwa yang soleh namun, ayah adalah lebih utama kerana doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya (riwayat Tirmizi).

-Ditempatkan di wad 10.
-Diberi uri untuk dicuci dan ditanam.

16 Ramadhan 1431H
8.00 pm
-Hanya selepas ayah solat Magrib, barulah ibu dibenar melihatmu buat pertama kalinya setelah sebeg air ubat (untuk tujuan pengecutan rahim) habis dimasukkan ke dalam badan ibu.
-Dirimu sedang nyenyak tidur. Dirimu lebih iras ibu berbanding ayah.
-Ibu belek jari tangan, jari kaki dan rambutmu yang sangat lebat.
-Di pergelangan kakimu, ada diikat dengan butiran pengenalanmu. Pengikat yang hampir sama dengan pengikat dipergelangan tangan ibu semasa tiba dan ditahan di hospital.
-Oh! Bayi kepada nama ibu. Kamu adalah mujahid. Berat mujahid ibu dan ayah 3.34kg dengan panjang 49cm. Masa dilahirkan 12.08 pm.

Kiri ialah pengikat pergelangan tangan ibu dan kanan pengikat pergelangan kakimu.

11.00 pm
-Sekali lagi ibu dan ayah menjengukmu di bilikmu. Banyak kawan-kawanmu yang lahir sama hari denganmu. Hampir 10 bayi. Dari 10 tadi, hanya seorang bayi perempuan.
-Ini malam kedua ibu di hospital.

Hilang kesakitan saat pertama kali melihatmu..
Bersambung..

2 comments:

Nurul Husna said...

Anak Muhammad ini mengingatkan saya pada abang ngah Muhammad saya yang tidak pernah dapat bertemu. Meninggal ketika kecil. Semoga kelahiran ini meneruskan legasi pemilik nama agung ini, Nabi Muhammad s.a.w

attuffahumairah said...

AMIN YA RABBAL ALAMIN..mudah2an keberkatan nama junjungan mulia Nabi Muhammad saw bersama mujahid kecilku, Muhammad.. ;)